Anda di halaman 1dari 6

NABILLAH BINTI RAMLI

EDU3053 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

ULASAN MEMBANDING BEZA MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN ADDIE DAN ASSURE

Model ADDIE adalah satu model reka bentuk pembelajaran. Model ADDIE adalah satu
model yang berorientasikan produk. Model ini juga merupakan proses generik yang perlu
diubahsuai sebelum dapat digunakan menjadi asas kepada semua model. Model ASSURE
adalah satu model yang berorientasikan bilik darjah. Model ini untuk menyediakan panduan
merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Model ini
tidak berhajat menjadikan guru sebagai pembina bahan kerana tugas guru lebih banyak
ditumpukan kepada pengajaran. Model ini membantu guru merancang pengajaran yang
memanfaatkan penggunaan media. Kedua-dua model ini mempunyai persamaan dan juga
perbezaan.
Kedua-dua model ini mempunyai pendekatan yang sistematik. Kedua-dua model ini
mempunyai langkah-langkah yang teratur dari permulaan hingga akhir. Ia bertujuan untuk
membina pembelajaran yang interaktif, inovatif dan mementingkan prestasi. Selain itu,keduadua model ini juga dimulakan dengan analisis. Sebelum memulakan sesuatu, kita perlu
mengkaji pelajar atau produk supaya langkah seterusnya dapat diatur dengan baik. Bagi proses
akhir, model-model mengambil langkah penilaian. Ia bertujuan untuk melihat prestasi yang
dicapai. Hal ini kerana model-model ini mementingkan prestasi bai melihata keberkesan
langkah yang diambil. Kedua-dua model ini adalah model reka bentuk pembelajaran yang
berfokus kepada pencapaian pelajar dan perkembangan guru.
ASSURE diasaskan oleh Heinich, Molanda, Russell pada tahun 1989. Namun, bagi
model ADDIE dianggap tiada pengasas kerana tidak dapat dikesan siapa pengasas bagi model
ADDIE yang sebenar. Seterusnya, ASSURE adalah model yang melibatkan pelajar di dalam
bilik darjah kerana ia berpusatkan murid. Manakala ADDIE tidak melibatkan pelajar kerana ia
lebih berfokus kepada hasil. Namun, model ini berpusatkan kepada murid dan guru.
Perbezaan seterusnya adalah ASSURE berskala kecil dan lebih tertumpu kepada
perancangan pengajaran bilik darjah. ADDIE berskala besar dan bersifat generik. Model ini
menilai pelajar dengan mengambil gaya pembelajaran yang terbaik. Namun, bagi ASSURE,
penyemakan dilakukan selepas membuat penilaian. ADDIE mengamalkan iteratif iaitu
menyemak pada setiap langkah yang diambil.

NABILLAH BINTI RAMLI


EDU3053 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Selain itu, ASSURE berfokuskan kepada situasi yang berlaku dalam bilik darjah.
Manakala ADDIE pula lebih fokus kepada penghasilan produk. ASSURE mempunyai enam
peringkat iaitu Analyse Learner, State Learning Objectives, Select Media and Method, Ulitise
Media and Method, Require Leaner Response dan Evaluate. Manakala ADDIE pula mempunyai
lima peringkat iaitu Analyse, Design, Development, Implementation dan Evaluation. Bagi
pemilihan media dan bahan, ASSURE adalah lebih terperinci kerana ia tertumpu kepada
perancangan pengajaran. Bagi ADDIE pula, ia tidak perincikan dalam penggunaan media dan
bahan kerana tidak melibatkan pelajar.

NABILLAH BINTI RAMLI


EDU3053 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3) PENULISAN AKADEMIK
Facebook merupakan web jaringan sosial yang paling diminati oleh kebanyakan
pengguna. Facebook Inc merupakan pihak yang mengendalikan secara persendirian tapak web
rangkaian sosial iaitu Facebook. Bermulanya pada tahun 2006, sesiapa sahaja yang berumur
13 tahun ke atas dan mempunyai alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook.
Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa. Facebook pada saat
ini telah menarik minat berbagai dari kalangan tenaga pengajar untuk dimanfaatkan dalam
komunikasi berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran secara online. Fenomena ini
menarik, kerana pada awalnya Facebook sebagai salah satu jaringan sosial yang bertujuan
sebagai tempat saling berinteraksi antara seorang individu dengan individu lain kemudian dilihat
oleh sebagian para akademik sebagai peluang untuk dimanfaatkan bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran online.
Kekangan masa yang dimiliki oleh guru mungkin boleh menyebabkan kualiti proses
pembelajaran dan pengajaran menjadi rendah. Mana tidaknya, kekurangan masa guru
menyebabkan para pelajar sukar untuk berjumpa dengan guru dalam mendapatkan khidmat
nasihat daripada guru. Hal ini secara tidak langsung mampu menjadi salah satu faktor kepada
kejatuhan kualiti proses pembelajaran dan pengajaran. Jadi, facebook boleh bertindak sebagai
medium interaksi sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak kementerian.
Kegunaan facebook juga ialah untuk memperoleh bantuan teknikal dan khidmat nasihat
pakar. Facebook merupakan jaringan sosial yang menghubungkan seseorang dengan orang
yang lain diseluruh pelusuk dunia. Secara tidak langsung, seseorang itu boleh mendapatkan
khidmat nasihat dan tunjuk ajar daripada orang lain. Hal ini seperti berkongsi ilmu dengan orang
lain melalui facebook.
Perkongsian sesuatu ilmu dapat memperkembangkan lagi kemajuan ilmu dan pelajaran
kepada diri seseorang. Contohnya, kita tidak faham cara penggunaan perisian Xampp untuk
membuat sistem database. Jika kita tidak memahami perisian Xampp maka database yang
akan dibentuk adalah kurang berfungsi. Jadi, kita boleh bertanyakan kepada orang lain yang
mana lebih arif mengenai perisian Xampp untuk membantu kita. Hal ini memudahkan kita untuk
mempelajari atau memahami dengan lebih mendalam tentang sesuatu perkara atau ilmu. Cara
ini juga boleh membantu kita didalam proses pembelajaran dan pengajaran.

NABILLAH BINTI RAMLI


EDU3053 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Link juga salah satu daripada aplikasi yang terdapat didalam Facebook. Pensyarah yang
mengajar boleh memuat naik apa-apa sahaja yang perkaitan pengajaran dan pembelajaran.
Link ini tidak terhad kepada nota kuliah mahu pun muat turun tugasan, tetapi ia juga boleh
dalam pelbagai bentuk seperti contoh pensyarah boleh memberi link buku-buku yang tidak
terdapat di perpustakaan bagi tujuan rujukan, video eksperimen, gambar-gambar dan pelbagai
lagi. Dalam erti kata lain, pensyarah secara tidak langsung berinteraksi tentang pengajaran dan
pembelajaran dalam medium yang berbeza. Dengan cara ini, kedua-dua pihak yang terbabit
akan mendapat banyak faedah dan manfaat dari banyak aspek. Data-data pengajaran dan
pembelajaran tidak semestinya berkaitan dengan subjek, tetapi link juga boleh membantu
peningkatan moral seperti video motivasi dan cara-cara belajar juga boleh dikatakan baik
kerana ianya membantu pelajar untuk memantapkan emosi, minda dan fizikal seseorang
pelajar.
Maklumat yang boleh dikemaskini memberi faedah kepada proses pembelajaran dan
pengajaran. Contohnya, pensyarah boleh menyampaikan maklumat terbaru mengenai
pertukaran tarikh dan tempat perkuliahan melalui facebook. Selain itu, nota baru yang ingin
ditambah oleh seseorang pensyarah mampu dilakukan didalam facebook. Apabila seseorang
pensyarah tersebut mengemaskini maklumat yang ingin dihantar kepada pelajarnya, secara
automatik maklumat baru tersebut akan muncul didalam akaun facebook setiap pelajarnya.
Maklumat tersebut akan muncul di news feed. Jadi, maklumat mampu dikemaskini didalam
facebook dan sangat membantu didalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Selain itu, aplikasi ini juga untuk berkongsi dan bertukar pendapat atau sesuatu ilmu
sesama penggunanya. Ia lebih kepada kaedah dialog yang mana setiap pengguna akan
memberikan pendapat mereka kepada orang lain. Ia boleh dilakukan melalui penghantaran
komen kita didalam facebook. Pendapat ini mungkin betul, mungkin salah. Bertukar pendapat
antara satu sama lain adalah sama seperti debat. Setiap pihak akan cuba untuk
mempertahankan isi atau pendapat mereka. Jadi, proses pertukaran pendapat melalui facebook
akan menyebabkan proses perkongsian sesuatu ilmu atau perkara berlaku. Hal inilah yang
membolehkan seseorang itu lebih memahami tentang sesuatu perkara. Secara tidak langsung,
ia membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Namun, keburukan facebook dalam proses pembelajaran adalah maklumat yang
dikongsi adalah kurang dipercayai kerana bergantung kepada sumber yang kurang sahih. Ini
kerana pengguna facebook mengambil maklumat terus daripada enjin carian seperti google,

NABILLAH BINTI RAMLI


EDU3053 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

bing, yahoo dan sebagainya. Kebanyakan maklumat yang dipaparkan didalam enjin carian
tersebut adalah kurang diyakini kesahihan maklumatnya. Seperti contoh laman web Wikipedia
memberi banyak maklumat berguna kepada kita tetapi kesahihan laman sesawang tersebut
boleh disangkal kerana maklumatnya boleh diubah oleh pengguna lain. Jikalau maklumat
daripada laman sesawang dibandingkan dengan buku yang ditulis kesahihan buku lebih baik
kerana ianya ada penulis dan disahkan oleh badan-badan tertentu sebelum diterbitkan.
Kelemahan facebook untuk proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk
mengakses ke akaun facebook ianya memerlukan capaian internet. Oleh itu, pengguna perlu
mendapatkan capaian internet untuk berhubung dan berbincang tentang pelajaran. Kepada
pengguna yang berada dikawasan yang terpencil dan juga tidak mendapat capaian internet ini
akan menyebabkan mereka ketinggalan daripada apa yang dibincangkan oleh kumpulan untuk
pelajaran mereka.
Pengguna facebook secara ratanya mengakses facebook dan berada di talian selama
sejam sehari. Rata-rata pengguna facebook adalah remaja dan boleh dikatakan semuanya
mempunyai akaun facebook dan menghabiskan waktu mereka didepan komputer peribadi.
Kesan daripada ini adalah mereka telah mengurangkan masa untuk mengulangkaji pelajaran.
Selain berpeluang dapat berkenalan dan bertukar maklumat dengan rakan, pengguna
juga dapat berinteraksi dengan pengguna lain tanpa perlu bersemuka seperti perbualan dalam
talian, bertukar pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, blog dan kumpulan
perbincangan. Pada kebiasaannya, penggunaan aplikasi ini adalah lebih kepada interaksi sosial
dan memenuhi masa lapang seseorang itu. Hal ini adalah kerana laman web ini dibina pada
awalnya lebih kepada hubungan sosial antara sesuatu komuniti tertentu dan corak penerimaan
ini telah diteruskan dan tetap dilabelkan sedemikian oleh pengguna laman.
Aplikasi
kemungkinan

ini
untuk

banyak

mengandungi

berkongsi

dan

pelbagai

membina

jenis

perisian

pengetahuan.

yang

Proses

menyediakan

pengajaran

dan

pembelajaran yang menggunakan aplikasi ini menyediakan satu model pembelajaran dan juga
penglibatan dalam masyarakat kepada pelajar. Menerusi penggunaan, pelajar mendapat
keyakinan baru dan pengalaman perkembangan diri yang membolehkan mereka membina
pengetahuan secara kreatif, terarah kendiri dan pembelajaran sepanjang hayat.
Pelajar dimotivasikan secara semulajadi melalui amalan pedagogi yang berkesan dan
penggunaan teknologi. Internet dan alatan rangkaian sosial seperti Facebook mampu memberi

NABILLAH BINTI RAMLI


EDU3053 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

peluang kepada pelajar untuk mencari maklumat, mengumpul bahan mereka sendiri,
berkomunikasi, membina makna, dan menilai hasil akhir. Pelajar dengan amalan pembelajaran
terarah kendiri akan mewujudkan suasana pembelajaran aktif.
Para pengajar menggunakan aplikasi tersebut untuk membincangkan isu-isu dalam
pendidikan secara langsung dengan pelajarnya berhubung dengan subjek/kursus yang diajar.
Dengan ini, pelajar berkemahiran dan dapat meningkatkan kemahiran menggunakan ICT dan
laman sosial serta berdikari menyelesaikan masalah pembelajaran dan tugasan mereka.
Seringkali juga kedengaran masalah penyalahgunaan Facebook dalam kalangan
dewasa mahupun pelajar. Penyalahgunaan ini membawa kesan yang buruk kepada minda dan
seterusnya mempengaruhi tingkahlaku terutamanya kepada pelajar. Pelbagai budaya dari barat
yang sememangnya kurang sihat untuk diikuti oleh masyarakat di negara ini. Sebagai contoh,
gaya rambut dari barat diikuti oleh pelajar sekolah kerana bagi mereka itu adalah sesuatu yang
baharu dan kelihatan segak. Tabiat ini terbawa-bawa ke sekolah dan menyebabkan mereka
melanggar etika berpakaian.
Teknologi yang ada bukanlah menjadi sebab datangnya keburukan tetapi ianya
mendatangkan kebaikan apabila digunakan dengan cara yang betul. Penggunaan Facebook
boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak formal. Dengan
adanya Facebook ruang lingkup pembelajaran bukan sahaja berlaku di kelas malahan dapat
dilakukan dimana-mana dan pada bila-bila masa dengan syarat adanya sambungan Internet.
FTMK sebagai fakulti peneraju dalam teknologi maklumat telah memanfaatkan Facebook dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui tembual bersama pensyarah dan pelajar yang
menggunakan Facebook dapat disimpulkan bahawa banyak kebaikan dalam penggunaan
Facebook iaitu memudahkan komunikasi, kos komunikasi yang murah atau percuma,
merapatkan jurang antara pensyarah dan pelajar, memudahkan perbincangan dan membantu
dalam pembinaan kemahiran insaniah tertentu seperti kerjasama kumpulan.