Anda di halaman 1dari 5

Kelas Intervensi Awal Membaca Dan Menulis (Kia2m)

Pendahuluan
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan
untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis
dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada
mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis.
Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari
kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Oleh itu strategi
pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan
keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan
seberapa segera yang boleh.
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah dipertanggungjawabkan untuk
menerajui usaha mengatasi masalah ini. Satu program alternatif telah dirancang
untuk menyelesaikan masalah penguasaan membaca dan menulis ini. Program ini
diberi nama Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis KIA2M. Program khas
ini dijalankan oleh guru Bahasa Melayu selama tiga atau enam bulan. Program ini
wajib dikendalikan di semua sekolah kebangsaan manakala sekolah jenis
kebangsaan diberi pilihan, bergantung kepada budi bicara pihak pentadbiran
sekolah berkenaan.
Bahagian Pendidikan Guru (BPG) pula dipertanggungjawabkan untuk
membantu Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) untuk menjayakan program ini.
BPG telah mengarahkan semua Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk
mengambil sekolah orang asli untuk dijadikan anak angkat bagi program KIA2M.
BPG merasakan IPGM boleh membantu menjayakan program KIA2M ini kerana
mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang penting yang diperlukan seperti ilmu
pendidikan dan pemulihan.

Latar Belakang
Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) telah dilaksanakan
pada bulan Mac 2006 ekoran daripada pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006 2010 (Rujuk Rajah 1). Dalam Mesyuarat Memperkasa Sekolah
Kebangsaan telah diadakan pada 22 November 2005 masalah kegagalan
menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam kalangan murid-murid
diberi perhatian serius.
Sebagai

langkah

segera,

Pusat

Perkembangan

Kurikulum

(PPK),

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) diberi mandat untuk melaksanakan program


KIA2M ini.

Selain itu, tujuan utama program ini dilaksanakan adalah bagi

memastikan murid yang mengikuti Kelas KIA2M ini dapat mengenal huruf dengan
tepat, mengeja dan menyebut setiap perkataan dan ayat tunggal dengan sebutan
yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Matlamat Program Kia2m
Program KIA2M dilaksanakan adalah bagi memastikan 100% murid Tahun
Satu menguasai 2M, iaitu kemahiran asas membaca dan menulis. Bagi mencapai
matlamat ini, program ini telah menggariskan tujuan-tujuan seperti berikut :
i.

Membantu murid-murid Tahun Satu menguasai kemahiran asas membaca


dan menulis dalam Bahasa Melayu;

ii.

Memberi

peluang

murid-murid

mengikuti

proses

pengajaran

pembelajaran selaras dengan tahap kebolehan masing-masing;


iii.

Meningkatkan keyakinan diri murid-murid; dan

iv.

Menyemai semangat berminat untuk belajar.

dan

Objektif
1. Menguasai kemahiran asas membaca dan menulis.
2. Murid dapat mengikuti tahap kebolehan diri sendiri.
3. Meningkatkan keyakinan diri dan berminat untuk belajar.

Kumpulan Sasaran
Sasaran utama bagi program KIA2M ini ialah terdiri daripada murid-murid
Tahun Satu yang :
i.

Perlukan pemulihan di dalam kelas;

ii.

Perlukan pemulihan khas;

iii.

Lambat dan masih belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis.
Program KIA2M wajib dikendalikan di semua sekolah kebangsaan. Manakala
sekolah jenis kebangsaan diberi pilihan bergantung kepada budi bicara pihak
pentadbiran sekolah.

Tenaga Pengajar
Program khas KIA2M ini dilaksanakan dan dikendalikan oleh guru-guru
khusus dan khas. Guru-guru ini boleh dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu :
a) Guru Bahasa Melayu Tahun Satu;
b) Guru Pemulihan Khas (sebagai pembantu); dan
c) Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan
Seni Visual.

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran (P & P)


Strategi Pengajaran dan Pembelajaran untuk program KIA2M ini adalah
berpandukan kepada enam langkah utama, iaitu :
i.

Pencalonan;

ii.

Ujian Penapisan;

iii.

Perancangan;

iv.

Pengajaran;

v.

Penilaian, dan

vi.

Tindakan susulan

Kelebihan
1) Dapat membantu murid yang lemah dalam menguasai kemahiran asas, iaitu
membaca dan menulis terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
2) Dapat mengurangkan masalah pembelajaran terutamanya kemahiran 3M
(membaca, menulis dan mengira) dalam kalangan murid-murid
3) Dapat mengenal huruf dengan tepat, mengeja dan menyebut setiap
perkataan dan ayat tunggal dengan sebutan yang betul dan memahami
perkara yang dibaca.
4) Memberi peluang murid-murid

mengikuti

proses

pengajaran

dan

pembelajaran selaras dengan tahap kebolehan masing-masing


5) Meningkatkan keyakinan diri dan berminat untuk belajar.
Kelemahan
1) Perlu menyediakan tempat khas, iaitu kelas pemulihan untuk menjalankan
program tersebut.
2) Guru perlu menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dengan mengikut tahap penguasaan dan kebolehan murid untuk menguasai
kemahiran asas.
3) Memerlukan tenaga pengajar, iaitu guru-guru khusus dan khas yang

mempunyai kepakaran seperti ilmu pendidikan dan pemulihan.

Anda mungkin juga menyukai