Anda di halaman 1dari 3

Adat perkahwinan suku kaum murut di Rumah Panjang.

Upacara perkahwinan orang Murut adalah sangat unik kerana upacara perkahwinan
yang diamalkan penuh dengan adat dan berlangsung di rumah panjang . Adat
tinauh adalah adat yang paling tertinggi dalam adat istiadat perkahwinan kaum
Murut Tahol atau Tagal. Adat tinauh adalah adat hantaran mas kahwin atau
barangan perkahwinan yang terakhir oleh pengantin lelaki kepada pengantin
perempuan. Adat Tinauh ini boleh dilakukan selepas 20 atau 30 tahun selepas
perkahwinan

mereka.

Adat

ini

boleh

juga

dilakukan

semasa

perkahwinan

berlangsung dan mengikut kemahuan serta kemampuan pihak pengantin lelaki.


Adat barian sampai mati juga adalah adat kaum Murut yang sangat unik dan
menjadi adat turun-temurun dalam perkahwinan. Namun demikian, pada masa ini
adat tersebut sudah tidak diamalkan oleh kaum Murut disebabkan arus pemodenan
yang berlaku. Perkahwinan orang Murut adalah seawal umur 15 hingga 18 tahun
bagi si teruna dan 13 tahun bagi si gadis. Mas kahwin yang biasa dipohon oleh ibu
bapa si gadis orang Murut adalah 2 ekor kerbau; 1 tajau sejenis tilauan; 1 tajau
jenis minukul; 1 tajau jenis belaying, 1 tajau jenis manila 1 buah gong dan 1
sumpitan. Istiadat perkahwinan akan dijalankan selama lima hari berturut-turut, tiga
hari di rumah pihak perempuan dan dua hari di rumah pihak lelaki. Dalam masa tiga
hari tetamu akan bersukaria sambil makan dan meminum air tuak. Pertandingan
meminum tuak secara persahabatan juga diadakan.

(Tajau-tajau yang digunakan untuk tujuan menyimpan air tuak dan sebagai hantaran perkahwinan
kaum murut).

Tarian Lansaran
Tarian Lansaran merupakan tarian traditional suku kaum Murut. Tarian lansaran ini
biasanya ditarikan di lantai khas yang berukuran kira-kira 81 kaki persegi yang
dibina di tengah-tengah rumah panjang yang diperbuat menggunakan kayu bulat.
Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya boleh melantun seperti
"spring". Di atasnya tarian lansaran dilakukan oleh kumpulan penari lelaki dan
perempuan dengan pakaian tradisional warna hitam dan hiasan manik-manik yang
berwarna-warni, kaum lelaki memakai topi berbulu burung serta pakaian diperbuat
daripada kulit kayu bercampur kain berwarna. Penari tarian ini membuat bulatan
sambil melonjak-lonjak di atas lantai lansaran dengan diringi oleh bunyi hentakan
susunan kayu bulat di bahagian bawah lantai lansaran, sambil itu penari lelaki akan
melonjak ke atas untuk mencapai "kinkilat" (singkowoton) yang digantung di
bahagian atas sambil bersorak tanda gagah. Kemuncak tarian lansaran ialah
berbalas-balas pantun tanda mengeratkan lagi tali silaturahim antara mereka. Pada
masa lalu tarian itu diadakan bagi menyambut kepulangan para pahlawan yang
telah mencapai kemenangan setelah bertarung di medan pertempuran

(Reka bentuk Lansaran yang terdapat di rumah panjang murut ).


Etnik Sabah dalam Kepelbagaian Kebudayaan. Diiakses pada laman sesawang:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/7481-etnik-sabah-dalamkepelbagaian-kebudayaan.html

Kementerian Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan. Adat perkahwinan bangsa di


malaysia.Diakses pada laman sesawang:

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/189-adat-danpakaian/1424-adat-perkahwinan.html

Anda mungkin juga menyukai