Anda di halaman 1dari 5

Pepatah Arab mengatakan, Sabar itu anak kunci kejayaan.

Melemparkan jauh jiwa hamba-usman awang

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada
wajah dan pakaiannya - Hamka

Akhlak yang buruk merosakkan amal, seperti cuka merosakkan madu sabda Rasululah S.A.W

Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya,tumbuh di tepi jalan, dilempar buahnya dengan batu, tetapi
tetap dibalas dengan buah-Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga kau dan engkau menjaga harta. Harta itu kurang apabila
dibelanjakan tetapi ilmu bertambah apabila dibelanjakan - Saidina Ali bin Abi Talib

Menyimpang seinci,rugi seribu batu - Pepatah Cina

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka - Charles Cahier

Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum - Aristotle

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. Hamka

Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan
bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.-Hamka

Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarangorang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.
-Hamka

Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati.-Imam Al-Ghazali

Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab
sopannya.-Maksud hadis

Alexander Graham Bell -Genius adalah 1 % inspirasi dan 99 % keringat

Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-

lebihan. ( Imam Al-Ghazali


Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. (pepatah Melayu)
Bahasa tidak boleh dijual beli. (peribahasa).
Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali. (peribahasa)
Sifat baik ialah tidak pernah putus- asa dan tidak pernah gentar. (Marsekal Foch).
Kalau kail panjang sejengkal ,jangan lautan hendak diduga. (peribahasa Melayu)
Kalau kamu tua,beri nasihat dan jika kamu muda,terimalah nasihat.(peribahsa China).
Kalau engakau disuruh pilih,tentu engkau memilih.(peribahasa Arab).
Kalau takut mati jangan hidup.(Mahatma Gandhi).
Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.-pepatah
Orang yang mempunyai cita-cita selalu memperoleh kemajuan di dalam hidupnya.
Cita-cita membuatkan manusia mengharapkan sesuatu yang lebih sempurna.
Masa itu umpama pedang.Jika kamu tidak menggunakannya,masa akan memancung kamu.
Bertannguh itu pencuri masa(peribahasa Arab)
Masa itu umpama air pasang surut,tiada siapa yang dapat menahannya.
Orang yang berakal tetapi tidak mempunyai adab, seumpama pahlawan yang tiada senjata.
Pena lebih berkuasa daripada pedang."-sukarno
"Berikan kepadaku sepuluh orang pemuda, akan aku bikin sebuah gunung berpindah." Kalimat itu
merupakan retorika Bung Karno yang menggambarkan dahsyatnya potensi pemuda

Pepatah Inggeris ada menyebut, kita adalah apa yang kita makan.
Kita adalah apa yang kita makan, sama seperti yang Nabi Muhammad SAW sebut. Penyakit datang dari
perut, yang bermaksud jika kita tidak mengawal makan minum, kita terdedah kepada penyakit.

Nabi berpesan, jangan kamu makan melainkan kamu lapar dan bila kamu makan, jangan sampai kenyang.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan (pepatah)

Lintah darat (simpulan bahasa)

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh (ungkapan semasa)

Bagai aur dengan tebing (perumpamaan)

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri (pepatah)

Jauh perjalanan luas pengalaman (pepatah)

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing (pepatah)

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah (pepatah)

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni (bidalan)

Kacang lupakan kulit (simpulan bahasa)

Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung (pepatah)

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua (perumpamaan)

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya (pepatah)

Rajin dan usaha tangga kejayaan

Peluang keemasan (simpulan bahasa)

Yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang (pepatah)

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit (bidalan)

Bak cendawan tumbuh selepas hujan (perumpamaan)

Memerah otak (simpulan bahasa)

Mencari jalan (simpulan bahasa)

Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat (pepatah)

Biar mati anak, jangan mati adat (bidalan)

Sediakan payung sebelum hujan (bidalan)

Tulang belakang

Genggam bara api biar sampai jadi arang

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

Seperti lembu dicucuk hidung

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Indah khabar daripada rupa

Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran

Sudah terang lagi bersuluh

duri dalam daging

Akar umbi

api dalam sekam

tepuk dada tanya selera

jika tiada angin masakan pokok bergoyang

bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

Pepatah Arab pula menyebut mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di
atas batu, mendidik ketika anak dewasa mengukir di atas air.

anak umpama kain putih, ibu bapa adalah pencoraknya

bapa borek anak rintik

bagaimana acuan begitulah kuihnya

bagaimana contoh begitulah gubahannya

bagaimana ditanam, begitulah dituai

bagaimana rupa begitulah bayangnya

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bermaksud;


"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau

Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Firman Allah dalam surahAl-Alaq ayat 1-5: Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang

menciptakan sekalian makhluk, Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku, bacalah dan
tuhanMu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, ia mengajarkan manusia
apa yang tidak diketahuinya. -wahyu yang pertama ini adalah perintah Allah yang dituju kepada nabi
Muhammad SAW dan umat manusia seluruhnya. A yat ini menunjukkan bahawa membaca, menulis dan
mencari ilmu pengetahuan adalah kewajipan yang wajib dilaksanakannya
Membaca jambatan ilmu
Bangsa membaca bangsa Berjaya

"Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang

berkedudukan lebih rendah darinya" ~ Confucius


PEPATAH Cina ada menyatakan bahawa yang menggerakkan tubuh badan bukanlah kaki tetapi

sebenarnya minda dan fikiran.


pEMIKIR tersohor, Descartes menekankan bahawa membaca buku bermutu itu ibarat berdialog

dengan orang-orang hebat atau pemikir-pemikir besar. Bahkan, buku dapat mempertemukan dan
menghubungkan dunia masa silam dengan dunia pembaca masa ini.
Tahukah anda berapa judul buku yang menyaksikan matahari setiap hari? Setiap 30 saat, setiap hari,
sekitar 4000 buku baru diterbitkan di seluruh dunia. Ini bermakna, pada setiap tahun, sekitar 1.5 juta judul
baru menemui pembaca. Sejak mesin Gutenberg dicipta pada 1450, sebanyak 50 juta judul buku telah
diterbitkan di planet bumi. Oleh itu, jika anda berhasrat untuk membaca semua buku itu, anda perlu hidup
250,000 tahun! Malah, kalau pun anda hanya membaca judulnya sahaja, anda memerlukan masa selama
15 tahun!

Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, When I have money, I buy books. If
any is left, I buy food..

Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah jariah,ilmu yang
diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya.- Maksud hadis

Bertannguh itu pencuri masa(peribahasa Arab)

Masa itu umpama air pasang surut,tiada siapa yang dapat menahannya.

Masa dihargai,janji ditepati.(pepatah Melayu).

01. Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan
sebesar-besar dosa adalah berdusta
02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada
wajah dan pakaiannya.( Hamka).
03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)
04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat
menunjukkan kesalahan kamu.
05. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77) 06. "Maka
sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah
Yusuf:18)
07. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
08. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk
melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)
09. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
10. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
11. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
12. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
13. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa
yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.
(Saidina Ali Abu Talib)
14. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
15. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari
esok.
16. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur.
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan
agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

17. Kekitaan yang erat tiada yang berat.18. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
19. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang
akan terus hilang.
20. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
21. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

Anda mungkin juga menyukai