Anda di halaman 1dari 107

FUNGSI PTV DALAM

PELAKSANAAN
RBT DI SEKOLAH
RENDAH.

Pendidikan Teknik Dan Vokasional memainkan


peranannya dalam pembangunan Negara yang
industri.
Melalui penubuhan awal PTV di negara ini,
didapati bahawa fungsi utama PTV pada
awalnya ialah untuk mempersiapkan individu
dengan kemahiran tangan (hands-on)
berbanding dengan kemahiran-kemahiran lain.
PTV turut memainkan peranan sebagai aliran
pendidikan yang menerapkan nilai-nilai murni
dalam setiap individu.

PERANAN DAN FUNGSI PTV

DALAM PELAKSANAAN RBT DI SR,


PTV BERFUNGSI;

Membangunkan personaliti dan tingkahlaku serta membentuk


nilai-nilai spiritual, nilai-nilai kemanusiaan, dan kemahiran berfikir
secara harmoni;

Menyediakan pembelajaran individu sepanjang hayat melalui


pembangunan alat-alat berfikir yang diperlukan, sikap, kemahiran
keusahawanan dan teknikal;

Membangunkan kapasiti membuat keputusan dan kemahiran


kerja berpasukan serta kepimpinan di tempat kerja dan komuniti;
dan

Membolehkan individu menangani kemajuan yang pantas dalam


bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Manakala peranan
dan fungsi pendidikan teknik dan vokasional dalam konteks sosial
dan ekonomi:

Penyumbang pencapaian matlamat masyarakat dalamper


kembangan ekonomi,budaya, sosial dan
pendemokrasian;

Pemacu kefahaman dan keupayaan bertindak dalam


aspek teknologi dan saintifik;

Membolehkan masyarakat menyumbang kepada pengeka


lan pembangunan alam sekitar melalui pekerjaan dan
bidang lain dalam kehidupan mereka;

Sebagai sebahagian sistem pembelajaran sepanjang hay


at yang boleh disesuaikan dengan keperluan negara
tertentu dan perkembangan teknologi yang meluas; dan

Memudahkan artikulasi secara mendatar dan menegak


dalam sistem pendidikan dan antara sekolah ke dunia
pekerjaan.

KONTEKS
INDIVIDU

Memberi

peluang kepada seseorang individu


yang lemah dalam akademik.

Melatih

pelajar untuk memperoleh kemahiran


yang luas dalam bidang yang khusus.

Membentuk
Memupuk

kemahiran individu.

sikap dan tabiat kerja yang baik dan


murni supaya menjadi seorang pekerja yang
produktif dan bertanggung jawab.

Melahirkan

pekerja mahir dan separa mahir yang


berkualiti untuk memenuhi tenaga kerja dalam
bidang industri Negara.

Menanam

semangat keusahawanan dalam diri


seseorang individu.

Melatih

individu untuk memiliki kemahiran


interpersonal.

Melahirkan

individu yang mampu berdikari.

Menyediakan

infrastruktur dan bekalan tenaga manusia


yang mahir berasaskan sains dan teknikal.

Membolehkan

manusia memahami perubahan-perubahan


teknologi di mana sains dan teknologi adalah ciri utama

Memperluaskan

pilihan kepada pelajar untuk


mendapatkan pendidikan;

Memberi

peluang kepada individu untuk melanjutkan


pengajian dalam pendidikan yang sama; ataupun bidang
lain pendidikan am;

Berhubung

kait dengan keadaan sebenar pekerjaan dan


kehidupan bekerja;

Menyediakan individu untuk kehidupan bekerja yang


memuaskan;

Menyedarkan individu tentang potensi dirinya; boleh membuat


keputusan, melanjutkan pelajaran, mengambil
bahagian dalam
masyarakat dan kepimpinan.

Menyediakan individu dengan asas-asas pekerjaan dan


latihan yang berkesan;

Menyumbang kepada kesamaan peluang di kalangan sistem


pendidikan

Mewujudkan wadah bagi satu sistem pendidikan sepanjang


hayat

Membentuk

modal insan yang mahir, harmonis, cekap,


berketrampilan,beretika, berilmu dan beriman, berkebolehan,
berfikiran terbuka, kreatif dan inovatif, bijak mencari dan
menggunakan maklumat yang dipeloleh, serta memiliki ciriciri seorang keusahawanan.

Memberi

latihan awal bagi tiap-tiap indivu supaya mereka


berpeluang memilih kerjaya masing-masing.

Mengadakan

latihan untuk mengemaskinikan kemahiran


pekerja-pekerja yang ingin meneruskan kerjaya dalam bidang
masing-masing.

Mewujudkan

peluang latihan semula bagi pekerja-pekerja


yang ingin menukar kerja mereka atas sebab-sebab perbadi
dan pekerjaan lapuk.

Memberi

peluang yang sama dengan individu normal untuk


pelajar berkeperluan khas supaya mereka tidak tersisih.

Memberikan

kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan


kemajuan Negara yang kini makin membangun kepada
pelajar berkeperluan khas untuk mendapatkan peluang
pekerjaan yang diingini.

Berfungsi

dalam pembangunan tenaga manusia minda


kelas pertama di Malaysia.

Memperkembangan

skill culture atau budaya kemahiran


dan tanggapan kerja manual. Jadi, dengan merangsang
penggunaan tangan dan minda dalam praktikal dan teori,
PTV dapat menyediakan sumber manusia dan
menghasilkan pelajar minda kelas pertama.

KONTEKS
SOSIAL

PENGENALAN
Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa
sosial pula bermaksud segala yang berkaitan
dengan masyarakat, perihal masyarakat,
kemasyarakatan atau berkaitan dengan
persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa
lapang atau suka bergaul dan bermesra atau
berkenaan hal-hal kemasyarakatan.
Sosial pula dibahagikan kepada dua
bahagian; kestabila sosial dan nilai
masyarakat. PTV menjalankan fungsi yang
berbeza mengikut dua bahagian tersebut.

KONTEKS SOSIAL

KESTABILAN SOSIAL
PTV

memberi peluang kepada masyarakat untuk malibatkan


diri dalam bidang-bidang tertentu seperti keusahawanan,
pembuatan, pertanian dan lain-lain.
PTV membantu masyarakat untuk menghasilkan kualiti kerja
yang baik.
PTV menyumbang kepada
pencapaian matlamat masyarakat dari segi perkembangan
ekonomi,budaya, sosial dan pendemokrasian;
Membantu mengurangkan peningkatan bilangan
pengangguran di kalangan lepasan sekolah;
Menyumbang kepada pembangunan masyarakat moden
yang kompleks.
Membantu memenuhi keperluan ekonomi masyarakat dapat
mewujudkan satu kumpulan pekerja yang terlatih, produktif
dan mahir

NILAI MASYARAKAT
PTV menimbulkan kepercayaan dan norma hidup.
Mempertingkatkan kualiti hidup manusia dalam
kelompok masyarakat dengan membantu mereka
supaya menjadi lebih produktif, berdikari, boleh
menyumbang dan dapat menjadi rakyat yang dapat
memenuhi kehendak-kehendak diri (self-fulfilling
citizens).
Memupuk sikap dan tabiat kerja yang baik dan murni
supaya menjadi seorang pekerja yang produktif dan
bertanggung jawab.
memenuhi aspirasi dan harapan masyarakat,
bangsa dan negara kearah melahirkan generasi
insan yang produktif dan bersatu padu.

KONTEKS
EKONOMI

PENGENALAN

Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa Ilmu


berkenaan pengeluaran, pengagihan,
penggunaan barang-barang dan
perkhidmatan atau system pengendalian
sumber kekayaan (kewangan, perindustrian,
perdagangan, dll) sesebuah Negara atau
keadaan kekayaan atau kebendaan. PTV
memainkan perana penting dalam
pembangunan ekonomi Negara. Antara fungsi
PTV dri konteks ekonomi adalah;

PTV memberi dan meningkatkan peluang


pekerjaan.
PTV memainkan peranan penting dalam
penjanaan ekonomi.
PTV membantu Negara kita untuk
mempelbagaikan ekonominya.
Melalui PTV ekonomi Negara terpelihara dan
mantap.
PTV membantu Negara kita dalam uasaha
mencapat taraf Negara maju selaras dengan
matlamat wawasan 2020.

Menyediakan tenaga manusia yang mempunyai


kemahiran dan pengetahuan asas bagi memenuhi
keperluan sektor industri dan perdagangan;
PTV berperanan untuk memperkenalkan konsep
dunia pekerjaan kepada pelajar-pelajar. Ia
memberi pendedahan yang secukupnya kepada
alam pekerjaan. Ia merapatkan jurang antara
kurikulum dengan alam pekerjaan dan merupakan
salah satu pemangkin kepada peningkatan
ekonomi negara.
Membantu dalam pembangunan kemahiran yang
spesifik kepada bidang pekerjaan tertentu.

SOROTAN
KAJIAN

Menurut kajian Siti Nor Atiqah Abdul Padzil, Rohana Hamzah Dan
Amirmudin Udin pendidikan teknik dan vokasional berfungsi dalam
pembangunan tenaga manusia minda kelas pertama di Malaysia.

Kajian ini mengatakan bahawa pendidikan vokasional menyediakan


latihan-latihan untuk perkerjaan tertentu.

Sementara itu, PTV banyak membantu dalam pembangunan


kemahiran yang spesifik kepada bidang pekerjaan tertentu.

Pendidikan vokasional juga memainkan peranan penting dalam


perkembangan skill culture atau budaya kemahiran dan tanggapan
kerja manual.

Jadi, dengan merangsang penggunaan tangan dan minda dalam


praktikal dan teori, PTV dapat menyediakan sumber manusia dan
menghasilkan pelajar minda kelas pertama.

Menurut kajian Lokman Mihd Tahir Dan Nurul Mustafa,


pendidikan teknik dan vokasional PTV memberi peluang
yang sama dengan individu normal untuk pelajar
berkeperluan khas supaya mereka tidak tersisih.

PTV memberikan kemahiran-kemahiran yang sesuai


dengan kemajuan Negara yang kini makin membangun
untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang dingini.

Sementara itu, PTV menyediakan silibus khas untuk


pelajar berkeperluan khas untuk memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran mereka supaya mereka
mendapat pencapaian dan keupayaan akademik yang
sama dengan pelajar normal.

Kedua-dua kajian yang dijalankan menberi


kesan yang baik terhadap PTV.
Bukan sahaja melibatkan pelajar yang
normal, pendidikan PTV juga melibatkan
pelajar yang berkeperluan khas dan memberi
kemahiran yang sama dengan pelajar
normal.
Kajian
dan
penilaian
yang dijalankan
memainkan
peranan
penting
dalam
perancangan, pembuat dasar dan pentadbir
berkaitan PTV.

KREATIVITI
DALAM
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN

KREATIVITIDALAMPENGAJARANDAN
PEMBELAJARAN

Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi adalah


berasaskan kepada kemahiran teknologi dan kreativiti.
Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa, kreativiti bermaksud
Kemampuan (kebolehan) mencipta, daya kreatif,
kekreatifan.

Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa, reka bentuk


bermaksud Susunan bahan yang dirancang untuk
menghasilkan sesuatu produk atau impak dan teknologi
pula bermaksud aktiviti atau kajian yang menggunakan
pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri,
pertanian, perubatan, perniagaan, dll atau kaedah proses
menangani sesuatu masalah teknikal. Kreativiti dalam
pengajaran dan pembelajaran RBT merangkumi enam
elemen.

Antaranya ialah;

Penyelesaian

PENYELESAIAN
MASALAH DAN
REKA BENTUK

PENYELESAIAN MASALAH DAN


REKA BENTUK

Penyelesaian masalah merupakan aktiviti-aktiviti yang


melibatkan masalah berbentuk perkataan, masalah bukan
mekanis, teka-teki, kuiz ataupun penggunaan pelbagai
kemahiram dalam situasi yang sebenar.

Berdasarkan Lester (1970) dalam Rosnanaini Sulaiman,


Maimun Aziz dan Mok Soon Sang, 2011, kemahiran berfikir,
masalah bermaksud Sesuatu situasi apabila seseorang
individu atau kumpulan ini dikehendaki melaksanakan
kerja penyelesaiannya. Mereka hendaklah menentukan
strategi dan kaedah penyelesaian masalah terlebih dahulu
sebelum melaksanakan kerja penyelesaiannya. Strategi
penyelesaian masalah itu harus melibatkan pelaksanaan
suatu set aktiviti yang boleh memberikan penyelesaiannya.

CIRI-CIRI MASALAH
Mengandungi

unsur-unsur yang terdapat dalam alam sekitar.

Penyelesaiannya

memerlukan perancangan strategi dan pemilihan kaedah

yang sesuai.
Perancangan

strategi dan pemilihan kaedah yang sesuai bergantung kepada


pengalaman, pengetahuan dan kemahiran murid yang sedia ada serta
kefahaman masalah yang berkenaan.

Kebolehan

penyelesaian masalah adalah berkaitan peringkat perkembangan


kognitif yang sesuai, sekurang-kurangnya sampai ke peringkat aplikasi.

Cara

penyelesaian masalah tidak boleh dihafaz seperti menyelesaikan soalan


mekanis. Setiap soalan bermasalah memerlukan pelaksanaan satu set aktiviti
yang sistematik.

Proses

penyelesaian masalah memerlukan aplikasi kemahiran, konsep atau


prinsip yang telah dikuasai terlebih dahulu.

KAEDAH PENYELESAIAN
MASALAH
Terdapat beberapa kaedah untuk
menyelesaikan masalah yang berlaku dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Antaranya ialah;

Kaedah penyelesaian masalah sendiri


Kaedah inkuiri
Kaedah dapatan
Sumbangsaran
Teknik TOC

PRINSIP MENGGUNAKAN KAEDAH


PENYELESAIAN MASALAH
Untukmenjalankanaktivitipengajarandanpembelajaranrekabentukdanteknologi

melaluipenyelesaianmasalahdenganberkesan,guruharusmemahamidan
mematuhibeberapaprinsipyangberkaitan.
Soalan

harus diberikan sebaik sahaja murid memperolehi ilmu pengetahuan atau


menguasai kemahiran yang berkaitan.
Soalan bermasalah harus dibina daripada isi yang boleh menggalakkan harus
dijalankan oleh murid sendiri. Guru boleh member sedikit bimbingan sahaja bagi
murid-murid yang berfikir lambat secara individu.
Soalan bermasalah harus dibina berdasarkan kepada kebolehan dan
pengetahuan lepas murid serta sesuai dengan pengalaman mereka.
Sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, guru harus membimbing
murid memahami dan mengenal pasti masalah itu.
Berbincang dengan murid berbagai cara yang membolehkan mereka
menyelesaikan masalah.
Elakkan member tunjuk ajar cara guru tentang cara menyelesaikan masalah.
Segala proses pemikiran car penyelesaian harus dijalankan oleh murid sendiri.
Guru boleh member sedikit bimbingan sahaja bagi murid-murid yang berfikir
lambat dengan secara individu.

LANGKAH DALAM
PENYELESAIAN MASALAH

Menurut John Dewey, pembelajaran


penyelesaian masalah melibatkan lima
peringkat seperti di rajat dibawah:

Mengenalpasti masalah

TUJUAN PENYELESAIAN MASALAH

Untuk memberi pengalaman kepada pelajar-pelajar


menggunakan kemahiran yang dikuasai untuk menyelesaikan
masalah yang berkaitan.
Untuk mengalakkan murid-murid berfikir secara analitis, logik,
rasional dan objektif dalam proses penyelesaian masalah.
Untuk memberi peluang kepada murid-murid menggunakan
pengalaman, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mereka
baru perolehi.
Untuk memperkukuhkan kemahiran, konsep, prinsip dan teori
yang baru dipelajari.
Untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang
kepentingan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dipelajari.
Untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan penaakulan
murid-murid dalam proses penyelesaian masalah.

REKA BENTUK
Reka bentuk ialah suatu aturan susunan
perancangan bahan dalam konteks
penghasilan semua produk.

CIRI-CIRI REKA BENTUK YANG


BAIK
Sesuatu reka bentuk yang baik ialah suatu
produk yang dapat:

Berfungsi dengan baik dan cekap.


Sangat ekonomikal dalam lingkungan
kekangan yang dikenakan.

KEKANGAN REKA BENTUK


o

Kekangan adalah merupakan suatu aturan yang


terpaksa dipatuhi. Diantara kekangan utama
dalam reka bentuk adalah:
Kos
Keboleharapan (reliability).
Keselamatan.
Prestasi.
Kehendak akta kilang dan jentera.
Pertimbangan sosiologi.
Pencemaran
Penggunaan tenaga.

Reka bentuk dan teknologi menyediakan


pelajar-pelajar yang berpengetahuan dan
mahir dalam aktiviti mereka bentuk dengan
menggunakan proses-proses yang betul.

PROSES-PROSES DALAM REKA


BENTUK
Keperluankepadarekabentuk

FAKTOR MEREKA BENTUK


Murid didedahkan kepada pengenalan kreativiti
serta melakukan kajian reka bentukdan fungsi
terhadap sesuatuproduk.Tumpuan ditekankan
ialah kesesuaian reka bentuk dengan diri sendiri.
Pelajar-pelajar akan didedahkan kepada faktorfaktor mereka bentuk.

Faktor
Faktor
Faktor
Faktor

manusia
fungsi
estetik
kekuatan

PEMIKIRAN
KREATIF

PENGENALAN

Pemikiran kreatif telah diberi tempat yang tinggi


dalam kehidupan manusia.
Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa, kreatif
bermaksud mempunyai kebolehan untuk
mencipta, menghasilkan dan seterusnya
mengembangkan sesuatu idea yang baru dan asli.
Dalam buku Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz
dan Mok Soon Sang, 2011, kemahiran berfikir
mengatakan bahawa kreatif juga merupakan
keupayaan seseorang untuk mencipta sesuatu
yang baru dan pada masa yang sama mampu
mengolah idea.

PEMIKIRAN KREATIF DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
RBT ADALAH UNTUK

menjana dan menghasilkan idea,


mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa,
pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat
maujud, abstrak, idea atau gagasan.
menerokai dan mencari makna , pemahaman
dan penyelesaian masalah secara inovatif.

Ciri-ciripemikirankreatif
Pemikiran kreatif melahirkan pelajar reka bentuk dan teknologi yang mempunyai ciri-ciri
kreatif dengan menggunakan ciri-cirinya
keberanian

Pemikiran kreatif mengandungi ciri keberanian untuk menjanakan idea yang pelbagai dan baru
tanpa dikongkong oleh idea lama. Oleh itu, pelajar reka bentuk dan teknologi yang kreatif perlu
berfikiran terbuka, sanggup menerima risiko dan kritik orang lain.
Imaginasi

Pemikiran kreatif mengandungi ciri imaginasi yang mencapah serta kemahiran sistesis untuk
mencantum idea-idea yang sedia ada agar menkadi idea atau hasilan yang baru.
Perkembanganidea

Pemikiran kreatif mengandungi cirri perkembangan idea yang dapat menyediakan pelbagai
alternatif yang baru.
Rekacipta

Pemikiran kreatif mengandungi ciri reka bentuk yang berasaskan kemahiran sistesis untuk
menghasilkan idea yang baru.

UNSUR-UNSUR KREATIVITI
Fisher (1990) dalam bukukemahiran berfikir
oleh Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz dan
Mok Soon Sang, 2011, telah mengaitkan
pemikiran kreatif dengan 4 aspek;

Idea atau produk yang dijana


Proses merekacipta atau menjana
Manusia yang merekacipta
Persekitaran yang kreatif

KESIMPULAN

Pemikiran kreatif ini dapat membantu


seseorang pelajar untuk bertindak kreatif
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
reka bentuk dan teknologi . Dalam
mempertimbangkan kepentingan kreativiti,
semuamurid mempunyai hakyang
samauntuk menjadi kreatif dan mempunyai
capaian penuh terhadap peluang dalam
bidang-bidang kreatif kurikulum.

PEMIKIRAN
KRITIS

PEMIKIRAN KRITIS

Berdasarkan kamus dewan bahasa (2005), edisi keempat, kritis


bermaksud tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui
sesuatu atau menimbangkan baik buruk sesuatu perkara terlebih dahulu.
Mayfield (1997) dalam Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz dan Mok
Soon Sang, 2011, kemahiran berfikir menganggap pemikiran krisis
melibatkan pemerhatian secara sedar, membuat analisis, taakulan dan
menganalisis berasaskan bukti-bukti.
John Arul (1997 ) dalam Som HJ.Nor Dan Mohd Dahalan Mohd Ramli,
1998, Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK) pula
mengatakan bahawa Pemikiran kritis sebagai sati aktiviti mental yang
berkaitan dengan menilai maklumat berdasarkan ciri-ciri dan criteria
tertentu. Pemikiran kritis dan kreatif sering bertindak antara satu sama
lain terutama dalam menyelesaikan masalah.
Berdasarkan Som dan Mohamad Dahalan (1998) dalam Som HJ.Nor Dan
Mohd Dahalan Mohd Ramli, 1998, Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan
Kreatif (KBKK), kritis bermaksud kecekapan dan keupayaan seseorang
menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran
sesuatu idea, meniliti kebernasan, keesahan dan mengenalpasti
kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang sewajarnya
dengan menggunakan alasan atau bukti yang munasabah.

PRINSIP-PRINSIP PEMIKIRAN KRITIS

Mengikut Chiras (1992) dalam Som HJ.Nor Dan Mohd Dahalan


Mohd Ramli, 1998, Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif
(KBKK) terdapat 11 prinsip pemikiran kritis yang dapat membantu
pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran RBT. Antaranya
ialah;
Mengumpul

maklumat dengan lengkap.


Memahami dan mendefinisikan kesemua masalah yang dihadapi.
Mengemukakan kaedah-kaedah untuk memperolehi fakta.
Mengemukakan soalan mengenai kesimpulan.
Meneroka andaian dan bias yang tersembunyi.
Mempersoalkan sumber fakta.
Tidak mengharapkan kesemua jawapan.
Mengkaji sesuatu secara keseluruhan.
Mengkaji secara berganda sebab dan kesan.
Mengawasi sebab seseorang berhenti berfikir.
Memahami bias diri sendiri.

CONTOH-CONTOH KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS:

membanding dan membeza:


membuat kategori,
meneliti bahagian-bahagian kecil dan
keseluruhan.
menerangkan sebab.
membuat urutan.
menentukan sumber yang dipercayai,
membuat ramalan,
mengusul periksa andaian,

Aktiviti yang boleh dilakukan dengan


menggunakan pemikiran kritis dalam aktiviti
pembelajaran dan pengajaran;

Menilai

pendekatan murid dalam reka bentuk dan


pembuatan;
Menggunakan produk yang dihasilkan oleh murid
bagi melihat kelemahandalam reka bentuk dan
proses pembuatan;
Melihat alternatif-alternatif yang ada; dan
Menyediakan mereka bagi tugasan membuat
keputusan pada masa akan datang.

PEMIKIRAN ARAS
TINGGI

PEMIKIRAN ARAS TINGGI

Berdasarkan Onosko dan Newmann (1994) dalam


Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz dan Mok Soon Sang,
2011 pemikiran Aras Tinggi (higher-order thinking)
didefinisikan sebagai penggunaan minda secara
meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru.
Zevin (1995) dalam Som HJ.Nor Dan Mohd Dahalan
Mohd Ramli, 1998, Kemahiran Berfikir Secara Kritis
Dan Kreatif (KBKK) mengatakan bahawa pemikiran
Aras Tinggi merupakan perluasan maklumat yang sedia
ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang
baru atau asli. Masalah-masalah yang mempunyai
pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi
kepada Pemikiran Aras Tinggi

ARAS PEMIKIRAN MEMPUNYAI 6 PERINGKAT


MENGIKUT TAKSONOMI BLOOM
Aras tinggi

Aras rendah

PENGETAHUAN
Aras ini menguji kebolehan pelajar mengingat kembali
maklumat yang diterima atau dipelajari.

PEMAHAMAN
Aras ini menguji kebolehan pelajar memahami, menukar dan
menjelaskan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip dan hukum
yang telah dipelajari.

APLIKASI
Aras ini menguji kebolehan pelajar menggunakan maklumat,
iaitu, fakta, konsep, hokum, teori, prinsip, kemahiran
pengetahuan dan hukum di dalam situasi yang relevan untuk
menyelesaikan masalah yang berkaitan.

ANALISIS
Aras ini menguji kebolehan pelajar membanding dan menghuraikan
faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan diantara satu
sama lain.

SINTESIS
Aras ini menguji kebolehan pelajar mengabungkan maklumat
dikumpul dan membina struktur baru yang berbeza daripada keadaan
yang asal.

PENILAIAN
Aras ini menguji kebolehan pelajar membuktikan, menilaikan,
mengesahankan, mengkritikan, merumuskan atau member pendapat
sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, prinsip dan teori. Arasini
merupakanaraspemikirantinggi.

CARTA PEMIKIRAN ARAS TINGGI

JENIS PEMIKIRAN TINGGI YANG PENTING:

Menjana
membolehkan pelajar menjanakan alternatif, dan
kombinasi idea

Menjelaskan idea
membolehkan pelajar menjelaskan idea dan
menganalisis alasan

Menilai kemusabahan idea


membolehkan pelajar menilai maklumat asas, menilai
inferensi (kegunaan bukti), dan menilai inferensi
( deduksi)

Strategi yang boleh digunakan dalam


penggunaan KBAT

Soalan terbuka

Teknik Penyoalan

Perbincangan

Metakognisi

Pengurusan Grafik

Kaedah Penyelesaian masalah

KESIMPULAN
Kesimpulannya, penggunaan strategi dan
teknik yang pelbagai mampu melahirkan
pelajar berfikiran aras tinggi. Penglibatan
pelajar secara langsung di dalam bilik darjah
secara tidak langsung akan melahirkan
pelajar yang bersifat kritis dan kreatif.
Penggunaan dan pemilihan metadologi P&P
reka bentuk dan teknologi yang sesuai boleh
menimbulkan minat serta membangkitkan
motivasi pelajar sekaligus dapat
meningkatkan kefahaman dan kemahiran
mereka dalam reka bentuk dan teknologi.

AKTIVITI
REFLEKSI

AKTIVITI REFLEKSI

Berdasarkan kamus dewan bahasa (2005), edisi keempat,


refleksi bermaksud bayangan atau gambaran (dalam
cermin, fikiran, dll).
Hanipah, 2002 dalam buku kemahiran berfikir oleh
Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz dan Mok Soon Sang,
2011, mengatakan bahawa refleksi adalah proses
merenung kembali, menganalisis masalah, mencari bukti
dan alasan, cadangan dan tindakan untuk memperbaiki
diri.
Berdasarkan buku pedagogi, Strategi dan Teknik Mengajar
Dengan Berkesan oleh Shababuddin Hasyim dan rakanrakannya, refleksi bermaksud inkuiri yang sistematik pada
amalan pengajaran sendiri bagi membaiki amalan
pengajaran serta memperdalam kefahaman mengenai
sesuatu perkara.

PROSES AMALAN REFLEKSI SCHON

Schon (1983) dalam buku pedagogi, Strategi dan


Teknik Mengajar Dengan Berkesan oleh
Shababuddin Hasyim dan rakan-rakannya,
berpendapat refleksi sebagai suatu usaha yang
bertumpu kepada knowing in action bagi
menganalisis masalah-masalah debgab
menggunakan kemahiran interaktif dan interpretif.

Proses ini mendedahkan pelajar kepada caracara menganalisis dan proses membuat refleksi

PROSES AMALAN REFLEKSI


SCHON
Mencetus (menimbulkan rasa ingin tahu mengenai masalah)

LANGKAH MENJALANKAN
REFLEKSI

REFLEKSI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI DAPAT MEMBANTU GURU

Mengenal

pasti kekuatan dan kelemahan dalam P&P


reka bentuk dan teknologi yang telah dijalankan.
Mengambil tindakan susulan untuk mempertingkatkan
mutu P&P reka bentuk dan teknologi dan seterusnya
boleh dijadikan sebagai asas kepada penulisan jurnal.
Menilai pendekatan murid dalam reka bentuk dan
pembuatan;
Menggunakan produk yang dihasilkan oleh murid bagi
melihat kelemahan dalam reka bentuk dan proses
pembuatan;
Melihat alternatif-alternatif yang ada; dan
Menyediakan mereka bagi tugasan membuat keputusan
pada masa akan datang.

PEMBELAJARAN
SCAFFOLD

PEMBELAJARAN SCAFFOLD

Pembelajaran scaffold ialah merupakan teknik pemudah


caraan.
Berdasarkan buku pengurusan kurikulum oleh Mok Soon
San (2008), Scarffolding bermakna membina sesuatu
sistem struktur untuk memanjat dengan tujuan membuat
sesuatu kerja di tempat yang tinggi. Dibawah kenteks
pendidikan, ia merupakan sistem struktur(bantuan) yang
menyokong pelajar menjalankan aktiviti atau tugasan.
Mengikut Vygotsky dalam buku pengurusan kurikulum
oleh Mok Soon San (2008), proses scarffolding bergerak
dari komunikasi sosial luaran kepada proses metakognisi
dalam seorang pelajar, mengembangkan penaakulannya
supaya mmikir dan memilih strategi yang berkesan untuk
menyelesaikan masalah.

PENGENALAN

Pembelajaran scaffold amat diperlukan dalam


pembelajaran reka bentuk dan teknologi.Dalam
mempertimbangkan kepentingan kreativiti,
semuamurid mempunyai hakyang samauntuk
menjadi kreatif dan mempunyai capaian penuh
terhadap peluang dalam bidang-bidang kreatif
kurikulum. Namun, murid-murid tidak bertindak
balas dengan cara yang sama terhadap kreativiti.
Peluanguntuk murid berkembang kreatif dalam
bilikdarjah bergantung kepadapembelajaran
Scaffold maksimumolehguru-guru, rakan sebaya
dan keluarga.

CIRI-CIRI YANG MERANGKUMI PEMBELAJARAN


SCAFFOLD
Teknik

CIRI-CIRI KUALITI
DALAM
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN

Perkembangan

PERKEMBANGAN
DAN
PROSES PEMBINAAN
KEMAHIRAN

PERKEMBANGAN DAN PROSES


KEMAHIRAN

Penyertaan dan penghayatan secara aktif dalam satu


proses yang berdaya cipta kreatif dan inovatif perlu
dilakukan untuk melaksanakan perkembangan dan proses
pembinaan kemahiran murid dalam pengajaran dan
pembelajaran reka bentuk dan teknologi.
Dengan menggunakan pemikiran kreatif boleh menjana,
mengubahsuai atau memperbaiki idea-ideabarudaripada
sesuatu bahan atau produk yang telah sedia ada.
Murid juga akan memperolehi pengalaman dalam
membuat keputusan dan juga bersikap tanggungjawab
terhadap idea-idea yang digunakan.
Kesimpulannya, ciri ini dapat membentuk seorang murid
yang berfikiran kreatif dan inovatif dalam pembelajaran
reka bentuk dan teknologi

PENGETAHUAN
DAN
KEFAHAMAN
DALAM RBT

PENGETAHUAN DAN
KEFAHAMAN DALAM RBT

Kepentingan kefahaman konsep dalam


pembelajaran reka bentuk dan teknologi
serta pengetahuan terhadap pengajaran dan
pembelajaran reka bentuk dan teknologi
perlu diberi penekanan.
Kaedah pengajaran yang berkesan
memainkan peranan yang penting dalam
melakukan pengetahuan dan kefahaman
dalam reka bentuk dan teknologi.

Penekanan diberikan juga kepada kepentingan


pengkaedahan pembelajaran dan bagaimana ianya dapat
membantu pelajar dalam memahami sesuatu konsep
dengan jelas agar ianya dapat diaplikasikannya dalam
kehidupan seharian mereka.
Menurut Huraian Sukatan Pelajaran KHSR, reka bentuk
dan teknologi diajar secara susunan yang merangkumi
dua bidang iaitu teori dan amali. Dalam bidang ini
terdapat beberapa aspek sokongan lain yang terdiri
daripada penyelesaian masalah, penakulan serta
pemikiran kreatif dan kritis dan nilai-nilai sejagat. Secara
tidak langsung aspek-aspek ini memberi kesan kepada
pemahaman proses pengajaran dan pembelajaran reka
bentuk dan teknologi dalam kalangan pelajar.

Kaedah pemahaman konsep dalam pengajaran reka


bentuk dan teknologi pada masa kini telah memberi
keutamaan kepada pembentukan konsep reka bentuk
dan teknologi yang dikaitkan dengan pengalaman
pelajar di dalam bilik darjah maupun di luar bilik
darjah. Para pendidik juga sedia maklum bahawa
pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak boleh
dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang
lain sebaliknya ia hanya boleh dibina oleh pelajar itu
sendiri melalui proses berinteraksi dengan
persekitaran pembelajaran. (Dalam kajian mengenai
Kepentingan kefahaman konsep dalam matematik
oleh Azizi hj. Yahaya dan Elanggovan a/l m.
Savarimuthu)

Menurut Ausubel et. al. (1978) dalam


Research On Teaching And Teacher
Education, proses pengajaran dan
pembelajaran tidak lagi dilihat dari
perspektif orang dewasa iaitu pendidik
sahaja tetapi adalah dari perspektif pelajar.
Dengan cara ini, para pendidik akan dapat
menambahkan lagi ilmu pengetahuan serta
kefahaman terhadap strategi pengajaran dan
pembelajaran reka bentuk dan teknologi

SIKAP
DAN
KUALITI
PERIBADI

SIKAP DAN KUALITI PERIBADI

Berdasarkan Wagner (1969) dalam The study of attitude


change: an introduction sikap mendefinisikan sebagai
mengandungi komponen afektif, kognitif (Katz, 1993) dan
tingkahlaku (Oppenheim, 1966) yang berhubung kait
dengan penilaian, pengetahuan dan kecenderungan untuk
bertindak terhadap sesuatu objek sikap itu.
Kamus Dewan (2007) mentakrifkan sikap ialah perbuatan
atau tindakan yang berdasarkan kepada sesuatu pendapat,
fikiran dan pandangan. Menurut Teori Sikap Fishbein
(1963) dalam An Investigation Of The Relation Between
Beliefs About An Object And The Attitude Toward That
Object sikap adalah suatu bentuk perubahan kelakuan
positif atau negatif.

Sikap dan kualiti peribadi merupakan pembawaan


seseorang yang dipengaruhi oleh pemikiran, perasaan
dan haluan tingkah kalunya.
Sikap seseorang berkembang menerusi pendidikan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran RBT, sikap biasanya
ditegaskan ialah sikap positif terhadap pendidikan, cinta
kepada pembelajaran, nilai hormat-menghormati,
berkelakuan baik, pergaulan baik, belajar dengan tekun
dan sebagainya.
Berdasarkan sukatan pelajaran sekolah rendah,
Kemahiran Hidup, sikap positif serta budaya kerja yang
relevan sentiasa merentasi aktiviti yang dikendalikan
sepanjang pengajaran dan pembelajaran RBT.
sikap positif dan kualiti peribadi seperti berusaha
mencapai kecemerlangan, berfikiran terbuka, bersedia
menimbangkan pelbagai faktor dan berhati-hati
menggunakan sumber dapat dipupuk supaya menjadi
kebiasaan dalam pengendalian dan urusan hidup murid.

NILAI-NILAI
DALAM RBT

NILAI-NILAI DALAM RBT

Nilai merupakan darjat kehargaan atau kualiti yang berguna


dalam sesuatu.
Nilai yang dipegang oleh seseorang adalah diperolehi melalui
pembelajaran dan pengalaman, dan bukan dilahirkan secara
semulajadi.
Taksiran nilai seseorang terhadap sesuatu biasanya dapat
diperlihatkan daripada pernyatan dan tingkah laku orang itu.
Unsur-unsur nilai dalam pendidikan adalah merangkumi
kejayaan, persaingan, penyelesaian masalah, kejujuran,
ketekunan, kerjasama, muhibah, taat setia dan lain-lain.
Misalnya, nilai dalam reka bentuk dan teknologi ialah
memupuk keinginan dan kebolehan murid mengenal
seberapa banyak tentang reka bentuknya, supaya ia dapat
menghargai ciptaan baru dan dengan itu menginovasikan dan
memperbaikinya untuk menjamin kesejahteraan hidup.

Nilai juga terbahagi kepada tiga aspek; kognitif,


afektif dan tingkah laku.
Aspek kognitif ialah nilai terhadap sesuatu
perkara yang dimiliki oleh seseorang.
Aspek afektif pula melibatkan nilai yang
berkaitan dengan perasaan dan penghargaan
terhadap sesuatu objek atau kejadian.
Aspek tingkah laku melibatkan kecenderungan
dan dedikasi melakukan sesuatu yang
mencerminkan sebahagian daripada nilai.
Ketiga-tiga apek ini adalah saling berkaitan yang
mengawal tingkah laku dan pandangan seseorang.

UNSUR-UNSUR NILAI MURNI YANG DITEGASKAN


DALAM PENDIDIKAN REKA BENTUK DAN
TEKNOLOGI

Kreatif
Produktif
Keusahawanan
Cekap
Professional
Serba boleh membaiki peralatan rumah
Cekap mengaplikasikan sains dan teknologi
Berusaha
Kebolehan mengubahsiau
Inovatif mereka cipta
Ingin maju dan memikirkan mutu
Berani bersaing
Berani meneroka
Yakin diri
Jimat cermat

Pembangunan diri
Rasional
Logis
Analitis
Peka mengikuti perkembangan ilmu
Berdikari
Rajin
Tekun
Sabar
KerjasamaPemikiran moden
Fikiran positif
Tidak pesimis
Progresif
Agresif
Bertanggungjawab
Beretika dalam pekerjaan
Bijak merancang dan mengurus

Nilai-nilai dalam pendidikan reka bentuk dan


teknologi dapat membina keyakinan, kefahaman,
penghayatan dan pengamalan nilai murni dalam
kalangan pelajar.
Suasana pembelajaran nilai dalam RBT pula
bercorak terbuka, mempunyai aktiviti-aktiviti
kreativiti dan inisiatif dan mengalakkan muridmurid berinteraksi.
Kesimpulannya, pengajaran reka bentuk dan
teknologi tidak hanya memberi tumpuan kepada
kandungan ilmu pngetahuan dan kemahirankemahiran, tetapi juga memberi tumpuan kepada
perkembangan rohani, nilai dan sikap yang baik.

PEMBINAAN
KEMAHIRAN
KOLABORATIF
DALAM KUMPULAN

PEMBINAAN KEMAHIRAN
KOLABORATIF DALAM KUMPULAN

Istilah kolaboratif adalah falsafah mengenai interaksi


dan gaya hidup personal. Kaedah kolaboratif
mencadangkan apabila kita berhadapan dengan orang
lain di dalam kumpulan, kita perlu menghormati
mereka sebagai individu selain menghargai
sunbangan mereka kepada kumpulan tersebut.
kaedah ini juga adalah kesediaan setiap ahli
membina persefahaman antara satu sama lain dan
bukannya mewujudkan persaingan. Oleh itu, kaedah
ini diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran
RBT di mana setiap ahli ingatkan apa saja kejayaan
atau kegagalan kelas tersebut bergantung kepada
sumbangan ahli kelas itu sendiri.

Pembelajaran kolaboratif telah


diperkenalkan dengan pelbagai cara dalam
pelbagai aspek yang berbeza dalam
pendidikan. Menurut Whipple ( Dipetik
daripada Kimber, 1994) menyatakan bahawa
pembelajaran kolaboratif adalah corak
pedagogi yang menekankan usaha bersama di
kalangan pelajar-pelajar, fakulti dan
pentadbir. Ia menekankan konsep inquiry
sebagai asas proses pembelajaran.

Dalam model pembelajaran kolaboratif yang


dikemukakan oleh Ried (1989) dalam
Penilaian Terhadap Pelaksanaan
Pembelajaran Kolaboratif Dalam Pengajaran
Pendidikan terdapat lima (5) fasa untuk
membentuk instruksi bagi pembelajaran
kolaboratif, iaitu penglibatan, eksplorasi,
transformasi, persembahan dan refleksi.

Reka bentuk dan teknologi dapat membantu pelajar dalam


melakukan sesuatu dengan berjaya sebagai satu kumpulan.
Kemahiran kolaboratif dapat menyelesaikan masalah yang sering
berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan
teknologi dengan mudah dan cepat.
Pelajar dapat menjana idea-idea yang baru dan efektif melalui
idea-idea yang dikongsi semasa kolaboratif. Jadi kemahiran
kolaboratif dapat dibina dalam kalangan pelajar semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi melalui
kerja kumpulan.
Pembinaan pembelajaran reka bentuk dan teknologi berkumpulan
ini penting untuk menambahkan kemahiran pembelajaran pelajar
dari segi pemahaman konsep reka bentuk dan teknologi.
Kekuatan pembelajaran kolaboratif adalah memberi peluang
kepada pelajar untuk berbincang, bertukar fikiran dan
menghasilkan idea baru.

APLIKASI LITERASI,
3M DAN ICT
DALAM RBT

APLIKASI LITERASI

Kamus dewan (2002) mentakrifkan literasi


sebagai kebolehan menulis dan membaca,
celik huruf. Kerja-kerja literasi yang
berfokus kepada perkataan, ayat yang
berasaskan tema reka bentuk dan teknologi
dapat menyediakan murid kepada
pembelajaran istilah dan perkataan secara
spesifik. Konsep dan pelaksanaan literasi di
sekolah lebih ditumpukan pada penguasaan
dan kemahiran berilmu yang dusalurkan
melalui penyataan kurikulum kognitif dan
afektif

Guru-guru di sekolah boleh memperkenalkan


cara murid-murid boleh berinteraksi dan
berkomunikasi dengan bergembira melalui
pendidikan literasi.
Gerakan sedaran terhadap pengalaman dan
penhayatan literasi harus disegerakan supaya
kanak-kanak dapat memenuhi cita rasa
hidupnya melalui pengalaman literasi yang
mereka lalui. Dengan ini, pertumbuhan dan
percambahan ilmu berkembang selari dengan
perkembangan mentol,emosi dan sosial.

Guru boleh menginovasikan cara mengajar di dalam


bilik darjah. Bukan sahaja mengajar berdasarkan teori,
guru juga boleh menyediakan sedikit permainan yang
melibatkan perkataan.
Selain itu, guru turut boleh menyediakan flash card
berdasarkan topik-topik reka bentuk dan teknologi.
Akhisekali boleh juga mengadaka permainan seperti
silangkata, puzzle, mencari benda yang tersembunyi
melalui gambar yang tertentu dan sebagainya.
Hal ini dapat meneroka, memperkenal atau
mengukuhkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan
kerja reka bentuk dan teknologisedia ada atau bagi
merancang untuk masa depan.

APLIKASI 3M

3M merangkumi membaca, menulis dan mengira.


Berdasarkan kamus dewan (2002), membaca merupakan
memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak
dengan teliti dan memahami makna kandungannya;
menulis bermaksud memcatatkan kata-kata denga huruf
dan memakai alat tulis; manakala mengira adalah
menghitungkan dan mempertimbangkan. Pendidikan 3M
harus ditekankan untuk meningkatkan tahap pelajar
dalam penguasaan RBT. Berdasarkan pandangan Dekan
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Dr Saedah
Siraj, perlu melaksanakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang berbeza bagi mengatasi masalah
penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan
mengira (3M) di kalangan murid sekolah.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran reka


bentuk dan teknologi yang berbeza dapat
meningkatkan penguasaan 3M di kalangan murid.
Antaranya mengadakan kelas pemulihan, kelas
khas untuk kanak-kanak istimewa, latihan guru
berpendidikan khas, perluasan kempen membaca
dan penempatan kaunselor di setiap sekolah.
Keperluan murid yang mempunyai masalah
pembelajaran dikenalpasti dan pihak sekolah
memastikan merekamenguasai kemahiran 3M ini
melalui pengajaran pemulihan pada Tahap I
(Tahun 1-3) ini.

Langkah

penyaringan dan pengesanan awal murid yang belum


menguasai 3M penting perlu diadakan bagi mengenal pasti
pelaksanaan program pemulihan bersesuaian dengan mereka.
Selanjutnya, pemerhatian juga dilaksanakan untuk mendapati
murid lemah 3M dikelompokkan dalam lima kategori, iaitu anak
Orang Asli, kanak-kanak istimewa atau pendidikan khas, murid
menghadapi masalah psikologi, kanak-kanak terbiar dan mereka
yang sememangnya berketurunan tidak boleh membaca atau
dungu.
Pencarian kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut
kelompok perlu ditekankan oleh Kementerian Pelajaran kerana jika
dilaksanakan secara tunggal, ia tidak boleh diguna atau
diaplikasikan kepada semua murid yang gagal menguasai 3M.
Setiap kelompok murid terbabit diberikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran (P&P) berbeza bagi memastikan kelemahan
pembelajaran mereka dapat diatasi secara berperingkat.

Penggunaan alat muzik dalam proses P&P


disifatkan antara kaedah sesuai untuk
meningkatkan penguasaan kemahiran asas itu
kerana alat muzik adalah perantara sesuai
diguna pakai oleh guru bagi menarik
tumpuan kelompok murid masyarakat
minoriti itu terhadap pengajaran guru.

APLIKASI ICT

ICT merujuk kepada teknologi (hardware, software,


telecomunication dan networks).
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
RBT bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah,
terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan
kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
Penggunaan perisian khusus dalam RBT melalui aplikasi
CD-ROM juga dapat membantu meningkatkan
pengajaran guru dan menarik minat pelajar terhadap
reka bentuk dan teknologi.
Kaedah mengajar RBT dengan menggunakan peralatan
ICT seperti menggunakan projektor LCD, komputer dan
persembahan PowerPoint amat berkesan.

Penggunaan multimedia mempunyai potensi dalam


program tutorial di mana ia memberi sokongan
kepada pelajar mempelajari mata pelajaran reka
bentuk dan teknologi melalui penggunaan audio.
Selain itu, penggunaan animasi dan video dalam
komputer dapat menunjukkan demonstrasi dalam
konsep yang kompleks.
Guru-guru juga boleh menggunakan kaedah
pengajaran dan penilaian pengurusan dalam
komputer ( computer-managed assessent and
instruction khasnya dalam persediaan program
pengajaran individu, ujian skor dan mengawal
tahap pencapaian pelajar dalam reka bentuk dan
teknologi.

CD-ROM (Read Only Memory) atau ingatan baca


sahaja cakera padat merupakan salah satu media
yang dapat digunakan untuk membantu proses
pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan
teknologi. Penggunaan CD-ROM sama pentingnya
dengan penggunaan buku rujukan.
Melalui E-pembelajaran pelajar RBT dapat
mengakses bahan serta mempelajarinya
mengikut keperluan sendiri dari segi masa teknik
juga dalam keadaan tidak formal. Ini
membolehkan guru dan pelajar untuk mengakses
banyak bahan yang terdapat pada pelbagai.

TERIMA KASIH