Anda di halaman 1dari 17

Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah

satu proses pengumpulan maklumat oleh


guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar
sendiri tentang kemajuan mereka.
Dalam
Kurikulum
Bersepadu
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998)
pentaksiran
ialah
proses
untuk
mengesan perkembangan, kebolehan,
kemajuan,
dan
pencapaian
pelajar
secara menyeluruh berasaskan matlamat
kurikulum.

Menurut Noraini Idris (2008), pentaksiran


dirancang dan dikendalikan oleh guru dan
menjadi
sebahagian
daripada
proses
pengajaran
yang
diharapkan
dapat
memperbaiki proses pembelajaran pelajar.
Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan
yang bersifat formatif melibatkan guru
sepenuhnya dan memberi peluang kepada
pelajar untuk menunjukkan penguasaan
mereka dalam kemahiran yang dipelajari,
yang tidak boleh ditaksir melalui ujian
bertulis. Kaedah pentaksiran ini amat sesuai
digunakan untuk mentaksir kemahiran
pelajar.

Menurutnya lagi, pentaksiran sebagai


pembelajaran menggalakkan seseorang
guru menggunakan kebijaksanaan untuk
menilai kefahaman pelajar dalam proses
pembelajaran, dan seterusnya membuat
perancangan untuk memperbaiki pelajar.

Contohnya

dalam kelas Matematik,


guru boleh menapis dan membuat
klasifikasi pelajar tentang tahap
kebolehan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. Pelajar
menjalankan aktiviti, dan sebagai
guru, kita menilai pada masa
tersebut.

Pentaksiran

pembelajaran biasanya
diadakan selepas suatu jangka masa
tertentu, misalnya selepas lapan minggu
sesuatu kursus dijalankan. Tujuan
pentaksiran ini adalah untuk melihat
sejauh mana objektif kursus telah
tercapai, dan sejauh mana pengetahuan
dan kemahiran telah diperoleh oleh
pelajar pada akhir sesuatu program.

Menurut

Cronbach (1970), ujian ialah


satu prosedur yang sistematik untuk
memerhati perlakuan atau tingkah
laku
seseorang
individu
dan
menghuraikan dengan bantuan skala
bernombor, atau satu sistem yang
berkategori.

Misalnya,

skala bernombor seperti


angka 30/100 untuk ujian penglihatan,
100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ
Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian
bagi sesuatu mata pelajaran seperti
Sains.
Manakala
contoh
sistem
berkategori pula seperti ekstrovert
atau introvert bagi ujian personaliti,
atau
rabun
warna
bagi
ujian
penglihatan.

Kepentingan pengujian bagi mengukur


perubahan tingkah laku pelajar seperti yang
dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh
Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam
Raminah
Haji
Sabran
(1991)
yang
menegaskan bahawa:
Ujian adalah suatu cara untuk
mendapatkan
contoh
perlakuan
yang
diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan
yang dikawal atau ditentukan. Maklumat
yang diperolehi daripadanya akan dijadikan
dasar untuk membuat penilaian atau
pengadilan. (Raminah 1991:2)

Hasil

daripada jawapan yang diberikan


yang diberikan oleh pelajar, satu
ukuran yang disebut sebagai markah
akan
diberikan
kepada
individu
berkenaan. Pengujian menjelaskan
keadaan berapa baguskah prestasi
murid yang diuji.

Secara

ringkas Pengujian merupakan


satu prosedur yang sistematik bagi
mengukur perubahan tingkah laku.
Tujuan ialah menentukan pencapaian
murid dalam sesuatu pembelajaran.
Boleh dalam bentuk pemerhatian,
ujian lisan mahupun bertulis.

Menurut

Dudi
Indrajit
(2007),
Pengukuran adalah membandingkan
nilai besaran yang diukur dengan
besaran sejenis yang ditetapkan
sebagai satuan.

Menurut Noraini Idris dan Azis Nik Pa


(2008), pengukuran merupakan landasan
bagi definisi operasi pengukuran. Secara
kasar, istilah pengukuran merujuk proses
memberi penjelasan berangka kepada
atribut bagi suatu benda, perkara,
keadaan, orang, atau peristiwa mengikut
peraturan tertentu. Dalam penyelidikan,
hasil pengukuran adalah satu himpunan
pemerhatian yang akan digunakan sebagai
data kajian.

Penilaian

adalah suatu istilah yang


boleh didefinisikan dengan banyak
cara, Stufflebeam et al. (1971:xxv)
menyatakan penilaian sebagai the
process of delineating, obtaining, and
providing useful information for
judging decision alternatives. Definisi
ini menjangkau melepasi daripada
maksud pengujian dan pengukuran.

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian


ialah satu proses yang dianggap sistematik
semasa mengumpul dan menganalisis data
bagi menentukan sama ada sesuatu objektif
yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal
ini seterusnya bagi membolehkan guru
dapat
membuat
pertimbangan
atau
keputusan
yang
tepat
berhubung
pengajaran dan pembelajaran.

Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru


memberikan ujian, adakah guru berkenaan
mengukur pencapaian pelajar atau guru
menilai pencapaian pelajar. Dalam keadaan
ini kita boleh mengatakan bahawa guru
sebenarnya mengukur pencapaian pelajar
melalui ujian yang dijalankan. Dalam
sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa
sebarang pengukuran yang melibatkan
ujian
terlebih
dahulu;
tetapi
hanya
melibatkan pertimbangan nilai sematamata.

Secara ringkasnya Penilaian merupakan


satu proses membuat pertimbangan
dalam mentafsir hasil pengukuran.
Bertujuan
memberikan
maklumat
tentang pencapaian murid, objektif
pelajaran,
kaedah
mengajar
dan
kurikulum.