Cheese Stim Cake
Cheese Stim Cake
Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Setelah itu, putar
dengan pengadun selama 20 saat sahaja. Ketepikan.
B). Lapisan Keju :
Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar
hingga berkrim.
Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi.
Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati.
C). Cara mengukus :
Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. Sediakan loyang dan sapukan dengan
mentega.
Adunan coklat dan adunan keju hendaklah dibahagi dua bahagian sama rata. Mula-mula
tuangkan lapisan coklat ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit. (penutup
loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih supaya air kukusan tidak menitik ke dalam
loyang). Loyang tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik.
Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. Kukus lagi selama 20 minit.
Setelah itu, masukkan pula adunan coklat. Ulangi proses hingga habis kesemuanya.
Seterusnya boleh juga ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit.
Setelah masak, tutupkan api. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang...
** Perlu diingatkan kek ini TIDAK menggunakan serbuk penaik atau soda bikarbonat. Harap
maklum.