Anda di halaman 1dari 27

SMK PESANTREN ABDUL

TAIB MAHMUD

‘EKSPEDISI’

NAMA: RAJIB ABDULLAH BIN ANTHONY


HASBI
KELAS: 3 MALIKI
NO. KAD PENGENALAN: 950217-13-6259
NAMA CIKGU MATA PELAJARAN: CIKGU SITI
ROKIAH
sinopsis

Novel EKSPEDISI mengisahkan pengalaman menarik dan mendebarkan yang dialami oleh
anggota ekspedisi yang diketuai oleh Cikgu Murad. Antara yang turut terlibat dalam
ekspedisi tersebut termasuklah Hadi, Pak Musa, Zarul, Salim, Nazri, Send Nam, Surindran,
Ban Lee dan Shanta.

Ekspedisi itu akan melibatkan kawasan hutan di belakang


kampung Hadi. Menurut ayah Hadi iaitu Pak Salleh,
kawasan itu amat bahaya kerana terdapat pelbagai jenis
binatang buas, hantu, jin dan jembalang. Pada mulanya,
Pak Salleh tidak membenarkan Hadi menyertai ekspedisi
tersebut kerana Pak Saleh tidak suka kepada Cikgu
Murad yang dianggapnya sebagai penjenayah.
Bagaimanapun, Hadi tetap dengan pendiriannya dan
menyertai ekspedisi tersebut. Ketika Hadi menyertai
ekspedisi tersebut, ayahnya juga keluar berburu di
kawasan ekspedisi itu berlangsung.

Dalam ekspedisi itu, mereka menempuh pelbagai halangan seperti menuruni lurah, mendaki
bukit, dan meredah hutan. Mereka juga menemui pelbagai benda yang menarik seperti tasik
yang indah dan padang yang luas. Dalam perjalanan tersebut, Hadi termimpikan ayahnya.
Ayahnya amat marah dia menyertai ekspedisi tersebut.

Anggota ekspedisi akhirnya sampai di puncak Gunung Itik. Dari puncak gunung tersebut
mereka ternampak sebuah pondok. Sedang mereka mengintai ke dalam pondok tersebut,
beberapa orang lelaki datang ke pondok tersebut. Bagaimanapun, anggota ekspedisi sempat
menyelamatkan diri mereka. Hadi pula hampir-hampir
terperangkap oleh seorang lelaki daripada anggota
sindiket tersebut tetapi apabila dia menjerit, dia
sebenarnya sudah berada di rumah iaitu dua hari
selepas ekspedisi tersebut mencapai kejayaan. Ketika
Hadi pulang daripada menyertai ekspedisi tersebut, ayahnya belum pulang. Bagaimanapun,
ayahnya pulang kemudian dalam keadaan selamat.

Penduduk Kampung Dataran gempar apabila Cikgu Murad ditangkap oleh polis. Dalam
perbualan antara Pak Salleh dengan Hadi, Pak Salleh memberitahu Hadi mengenai aktiviti
cikgu Murad. Cikgu Murad sebenarnya seorang penjenayah yang terlibat dengan sindiket
mencuri jongkong emas dan tempat persembunyian kumpulan penjenayah tersebut ialah di
puncak Gunung Itik.

Pak Salleh juga membongkar rahsia kekayaannya kepada Hadi dan Mak Jamilah.
Kekayaannya dihadiahkan oleh Tauke Eddie Jar kerana dia telah membantu menyelamatkan
jongkong emas milik tauke itu yang dicuri oleh satu sindiket.

Hadi tidak mempercayai kata-kata Pak Salleh. Pak Salleh pun menceritakan pengalaman
terbarunya ketika berburu. Dia nampak Cikgu Murad mengetuai
kumpulan tersebut di puncak Gunung Itik. Bagaimanapun, Hadi
tidak mempercayainya kerana ketika kejadian yang diceritakan
oleh ayahnya, Cikgu Murad ada bersama-sama mereka dalam
ekspedisi tersebut.

Pada suatu malam, Pak Salleh, Mak Jamilah dan Hadi diminta ke
balai polis. Di balai polis, mereka dapati cikgu Murad telah
dilepaskan. Pak Salleh tidak begitu setuju dengan tindakan tersebut
kerana dia yakin bahawa cikgu Murad terlibat dalam sindiket tersebut. Seorang inspektor
polis menjelaskan keadaan sebenarnya kepada Pak Salleh. Inspektor itu ialah ketua dalam
operasi membanteras sindiket tersebut. Selepas itu, inspektor polis itu menunjukkan seorang
penjenayah yang wajahnya mirip cikgu Murad.

Pak Salleh insaf akan kesalahannya menuduh Cikgu Murad terlibat dalam kumpulan haram
itu. Pak Salleh meminta maaf daripada Cikgu Murad. Bagaimanapun, Pak Salleh berpuas hati
kerana punca kekayaanya selama ini diyakini oleh orang ramai.
BAB 1
 Pak Salleh tidak suka Hadi menyertai ekspedisi yang diketuai oleh Cikgu Murad di
hutan belakang kampung mereka kerana disitu terdapat banyak binatang buas dan
juga hantu jembalang.
 Walaupun pelbagai alasan diberikan oleh Hadi, Pak Salleh tetap tidak mengizinkan
Hadi pergi.
 Hadi memikirkan hubungan ayahnya dengan cikgu Murad yang tegang akhir-akhir
ini.
 Mak Jamaliah, iaitu isteri Pak Salleh hairan melihat perubahan suaminya yang akhir-
akhir ini hidup senang-lenang.
 Hadi juga merasakan bahawa hidup keluarganya tiba-tiba berubah menjadi senang
sejak tiga tahun kebelakangan ini,
 Petang itu, Hadi memberitahu rakannya, Zarl bahawa ayahnya tidak membenarkan dia
menyertai ekspedisi.

BAB 2
 Hadi menjelaskan keenggannya untuk menyertai ekspedisi tersebut walaupun Cikgu
Murad dan rakan-rakannya menentang.
 Cikgu Murad menjelaskan tujuan ekspedisi tersebut iaitu untuk membelah rimba,
meredah belantaradan juga mempelajari kaedah mengelak diri apabila bertembung
dengan binatang buas.
 Para akan peserta akan sampai di sebuah gunung iaitu Gunung Itik.
 Hadi semakin berminat untuk menyertai ekspedisi tersebut setelah Cikgi Murad
menunjukkan gambar-gambar ketika dia mendaki gunung itu suatu ketika dahulu.
 Hadi bersetuju untuk menyertai ekspedisi itu tetapi dia memberitahu ayahnya bahawa
dia tidak jadi menyertainya.
 Sementara itu, Pak Salleh pula ingin pergi berburu selama seminggu.

BAB 3
 Hadi bermimpi ayahnya mengamuk apabila mengetahui dia ingin menyertai ekspedisi
itu.
 Apabila Hadi memberitahu kedudukan sebenar, Pak Salleh mengungkit keburukan
Cikgu Murad.Menurut Pak Salleh, Cikgu Murad seorang penjenayah.
 Hadi menjerit apabila diserang oleh ayahnya dan semua anggota ekspedisi terkejut
daripada tidur.
 Pak Musa berbual-bual dengan Hadi mengenai kekayaan ayah Hadi.
 Selepas bersarapan, anggota ekspedisi bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan.

BAB 4
 Anggota ekspedisi berwaspada ketika dalam pengembaraan dan mereka menempuh
pelbagai halangan.
 Mereka turut melihat dua ekot anak harimau tetapi kedua-dua binatang patah balik.
 Mereka berkhemah di suatu kawasan lapang.
 Cikgu Murad menyuruh dua rakan Hadimendirikan khemah. Anggota ekspedisi yang
lain disuruh mencari kayu api dan mengangkut air.
 Malam itu, Hadi bermimpikan ayahnya yang mengajak dia balik. Pak Salleh merentap
tangan Hadi dan Hadi jatuh melambung ke dalam paya.
 Apabila sedar, Hadi memikirkan semula mimpinya sama ada mimpi itu menunjukkan
petanda buruk akan berlaku atau persoalan mengenai keluarganya akan terurai.

BAB 5
 Pagi itu anggota ekspedisi meneruskan perjalanan ke Gunung Itik.
 Mereka sampai di sebuah kawasan tasik dan mereka berehat di situ.
 Dalam perjalanan, mereka melihat pelbagai jenis binatang.
 Mereka sudah melihat puncak Gunung Itik yang berbalamp-balam dari jauh.
 Perjalanan mereka terpaksa diteruskan pagi esok. Mereka berkhemah di suatu tempat.
 Malam itu, Pak Musa, Cikgu Murad dan Hadi melihat cahaya lumpuh suliuh yang
menuju kearah mereka.
 Cahaya itu muncul dari balik gunung dan bergerak pantas di tengah-tengah kawasan
gunung. Lama-kelamaam cahaya itu hilang,
BAB 6
 Anggota ekspedisi meneruskan perjalanan dan sampai di puncak yang pertama.
 Dalam perjalanan ke puncak, Hadi terlihat seseorang menuju kea rah mereka tetapi
akhirnya orang itu hilang dari pandangan.
 Di puncak gunung, anggota ekspedisi menemui sebuah pondok menyerupai dangau di
tengah sawah.
 Pak Musa masuk ke dalam pondok itu.
 Mereka terdengar bunyi helikopter yang melintasi kawasan gunung itu kemudian
menghilang.
 Anggota ekspedisi melihat tiga orang lelaki menuju kearah mereka. Salah seorang
daripada mereka mirip dengan orang yang mereka kenali.
 Hadi terpisah dengan anggota ekspedisi yang lain.
 Wajah lelaki yang berhadapan dengannya bertukar menjadi wajah ibunya.
 Hadi tersedar bahawa sudah dua hari dia pulang daripada menyertai ekspedisi.
Bagaimanapun, ayahnya belum pulang daripada berburu.

BAB 7
 Cikgu Murad ditahan reman oleh polis untuk disiasat.
 Penduduk kampung menganggap pihak polis sudah salah membuat perhitungan
kerana Cikgu Murad seorang yang baik dan dihormati.
 Malam itu, Pak Salleh menceritakan kepada Hadi mengenai punca kekayaannya iaitu
dia mendapat bantuan tauke Eddie Jar.
 Pak Salleh menceritakan pengalamannya tiga tahun lepas sehingga dia menemui
sebuah pondok di puncak Gunung Itik.
 Di pondok itu, Pak Salleh menemui jongkong emas milik Eddie Jar yang telah dicuri.
Pak Salleh juga terserempak dengan tiga orang lelaki yang terlibat dengan penjenayah
tersebut dan salah seorangnya adalh Cikgu Murad.
 Pak Salleh juga menceritakan kisahnya pergi berburu baru-baru ini dan di puncak
Gunung Itik dia ternampak Cikgu Murad dan tiga orang lelaki di belakang Cikgu
Murad.
 Hadi tidak berpuas hati dengan cerita ayahnya kerana dia mengetahui bahawa Cikgu
Murad ada bersama-sama anggota ekspedisi ketika itu.
BAB 8
 Pak Salleh, Mak Jamaliah dan Hadi ke balai polis.
 Pak Salleh hairan kerana Cikgu Murad dibebaskan.
 Inspektor polis menjelaskan bahawa Cigu Murad tidak terlibat langsung dalam
sebarang kes jenayah. Malah, Cikgu Murad juga turut membuat aduan kepada pihak
polis mengenai penemuan pondok dan beberapa orang lelaki yang mereka nampak di
puncak gunung.
 Polis membuat serbuan dan menangkap empat orang lelaki di dalam pondok.
 Inspektor itu membawa Pak Salleh, Jamaliah dan Hadi ke sebuah bilik kurungan. Di
dalam bilik itu ada seorang lelaki yang wajahnya mirip Cikgu Murad.
 Pak Salleh meminta maaf daripada Cikgu Murad kerana selama ini dia tersalah
anggap.
 Selepas peristiwa itu. Berita mengenai tumpasnya kegiatan jenayah tersebut terlebar
luas. Wajah Pak Salleh terpampang di media massa. Dia puas hati kerana orang ramai
sudah yakin akan punca kekayaannya.
SINOPSIS
TEMA DAN PERSOALAN

TEMA
Kegigihan pelajar untuk mencapai matlamat mendaki Gunung
Itik.

HURAIAN
Cikgu Murad, Pak Musa, Hadi, Zarul, Salim, Nazri, Seng Nam,
Ban Lee dan Shanta gigih dalam pengembaraan mereka dan
akhirnya sampai di puncak Gunung Itik.
Mereka menempah pelbagai halangan tetapi berjaya melepasi
segala halangan.
Dalam keadaan tertentu mereka seronok mengembara terutama
apabila mereka menemui sesuatu yang baru dalam
pengembaraan.
Mereka juga menempuh detik-detik mencemaskan iaitu
menemui beberapa orang lelaki yang mencurigakan.

PERSOALAN
ANGGOTA EKSPEDISI
PERSOALAN HURAIAN CONTOH
BEKERJASAMA KETIKA DALAM
PENGEMBARAAN SEPERTI
MENDIRIKAN KHEMAH.DAN
MENGANGKUT AIR. KAYU DAN
SEMANGAT MELAKUKAN SESUATU
KERJASAMA KERJA DALAM BENTUK
KERJASAMA

PAK SALLEH
MENGESYAKI CIKGU
DENDAM DAN SALAH MENGESYAKI INDIVIDU MURAD ADALAH
SANGKA SEORANG
SEBAGAI PESALAH DAN
PENJENAYAH
MENDENDAMI INDIVID
-UTERSEBUT.

PAK SALLEH DAN MAK


KASIH SAYANG KASIH SAYANG DALAM SEBUAH JAMALIAH MEMEPERLIHAT
KELUARGA KASIH SAYANG MEREKA YANG
MENDALAM TERHADAP HADI.

ANGGOTA EKSPEDISI
SETIA TERHADAP RAKAN DAN BERUSAHA SEDAYA UPAYA
SEMANGAT SETIA
ADANYA SEMANGAT BERSATU UNTUK MEMASTIKAN
KAWAN DAN KEJAYAAN DALAM
PADU ANTARA KAUM.
PERPADUAN PENGEMBARAAN.
PLOT....

PERMULAAN CERITA
M EMPERKENALKAN watak-watak seperti Pak Salleh, Mak Jamilah dan juga Hadi.
Diketengahkan masalah mengenai Hadi yang ingin menyertai ekspedisi yang diketuai oleh
Cikgu Murad tetapi tidak diberi keizinan oleh ayahnya, Pak Salleh. Pak Salleh menganggap Cikgu
Murad adalah seorang penjenayah

PERKEMBANGAN CERITA

M ENGISAHKAN pengembaraan yang diketuai oleh Cikgu Murad dan dibantu oleh Pak Musa
ke Gunung Itik. Hadi turut menyertai ekspedisi ini. Anggota ekspedisi menemui pelbagai
halangan tetapi berjaya ditempuhi oleh mereka.

PERUMITAN CERITA

A NGGOTA ekspedisi melihat cahaya lampu suluh. Mereka juga menemui sebuah pondok di
puncak Gunung Itik. Disamping itu, mereka melihat sebuah helikopter mendarat dan tiga orang
lelaki yang mencurigakan.

PUNCAK CERITA

C IKGU MURAD telah ditangkap oleh pihak polis. Ada penduduk kampung yang menyokong
tindakan polis dan ada yang tidak menerima tindakan itu. Hadi tidak mempercayai Cikgu Murad
terlibat dengan jenayah seperti yang didakwa oleh ayahnya.

PELERAIAN

P AK SALLEH, Mak Jamilah dah Hadi ke balai polis. Pihak polis menerangkan keadaan sebenar
mengenai Cikgu Murad yang tidak terlibat dengan sebarang kegiatan jenayah. Pak Salleh
meminta maaf daripada Cikgu Murad. Pihak media membuat liputan luas mengenai Pak Salleh. Pak
Salleh berpuas hati kerana punca kekayaannya selama ini sudah diyakini oleh orang ramai.
WATAK DAN
PERWATAKAN

WATAK DAN PERWATAKAN

1. Watak utama dalam novel ini ialah Hadi


2. Watak sampingannya termasuklah Cikgu Murad, Pak Salleh, Pak Musa, dan Mak

Jamilah.

   HADI

1. Anak tunggal kepada pasangan Pak Salleh dan Mak Jamilah.

2. Belajar di tingkatan 5 dan akan mengambil peperiksaan SPM tidak berapa lama lagi.

3. Suka duduk melamun atau berkhayal. Buktinya, ketika dia duduk di bangku

berhampiran dengan tangga, dia berkhayal tentang pengalamannya menyertai

ekspedisi ke Gunung Itik.

4. Mudah berubah fikiran. Contohnya, pada mulanya Hadi mengatakan bahawa dia tidak

dapat menyertai ekspedisi kerana dilarang oleh ayahnya. Namun begitu, apabila

mendengar pengalaman Cikgu Murad berekspedisi, dia membuat keputusan untuk

menyertai ekspedisi itu.

5. Dia juga berani. Hal ini terbukti apabila Hadi sanggup meredah hutan dan terdedah

kepada bahaya apabila menyertai ekspedisi.

6. Hadi juga ringan tulang. Contohnya apabila Mak Jamilah menyuruh Hadi membasuh

cawan yang kotor, tanpa banyak dalih, Hadi mencuci cawan itu. Malahan dia juga

menyapu lantai.

7. Hadi mudah meminta maaf. Buktinya, apabila dia ditegur oleh Pak Musa kerana

bercakap celupar di dalam hutan, Hadi segera meminta maaf.


 

   CIKGU MURAD

1. Bertugas sebagai pendidik di sekolah tempat Hadi belajar. Berkelulusan Universiti

Utara Malaysia.

2. Memiliki wajah yang hampir sama dengan wajah seorang perompak emas.

3. Merupakan guru yang sentiasa rajin menjalankan tugasnya.

4. Melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan. Banyak menabur jasa kepada

masyarakat.

5. Amat menggemari aktiviti lasak. Buktinya, beliau suka mendaki gunung. Beliau

mengajak pelajarnya mendaki Gunung Itik.

6. Beliau juga seorang yang pemaaf. Hal ini terbukti apabila dia memaafkan Pak Salleh

yang telah menuduhnya sebagai perompak kerana Pak Salleh pernah terserempak

dengan perompak yang memiliki wajah seperti Cikgu Murad.

7. Cikgu Murad seorang yang tabah. Beliau tetap tabah menghadapi tuduhan bahawa

dirinya penjenayah sehingga ditahan di lokap polis.

Pak Salleh
Bapa Hadi, suami Mak Jamilah, pemburu yang berpengalaman, mahir dalam

bertukang,berani, gigih, cepat marah, dan mudah salah sangka.Dia juga menyayangi Hadi

contohnya, dia tidak membenarkan Hadi menyertai ekspedisi di hutan kerana di dalam hutan

tersebut banyak binatang buas.

Mak Jamilah

Emak Hadi, isteri Pak Salleh,penyayang, rajin, dan bertanggungjawab. Mak Jamilah juga

adalah seorang yang baik hati dan penyabar.

Pak Musa

Pesara pengawai perhutanan, berpegalaman dengan keadaan di dalam hutan, berani,

bertanggungjawab, dan suka menolong orang.


LATAR
LATAR TEMPAT

LATAR TEMPAT PERISTIWA


KAMPUNG DARATAN MERUPAKAN TEMPAT TINGGAL WATAK-
WATAK UTAMA SEPERTI PAK SALLEH, MAK
JAMILAH,HADI DAN LAIN-LAIN LAGI.
TEMPAT HADI DAN RAKAN-RAKANNYA
SEKOLAH KAMPUNG BELAJAR. BERLAKU PERBINCANGAN
DATARAN ANTARA CIKGU MURAD DANAK-ANAK
MURIDNYA MENGENAI EKSPEDISI YANG
AKAN DIJALANKAN.
TERLETAK DI KAMPUNG DATARAN. SEBUAH
RUMAH PAK SALLEH RUMAH YANG CANTIK DI KAMPUNG ITU.
BERLAKU PERBINCANGAN ANTARA HADI
DAN PAK SALLEH MENGENAI EKSPEDISI
YANG AKAN DISERTAI OLEH HADI.
BAGAIMANAPUN, HADI TIDAK
DIBENARKAN MENYERTAI EKSPEDISI
TERSEBUT.
MERUPAKAN LALUAN ANGGOTA EKSPEDISI
KAWASAN HUTAN SEBELUM SAMPAI KE GUNUND ITIK.
BELAKANG RUMAH PAK KAWASAN INI DIANGGAP BAHAYA.
ANGGOTA EKSPEDISI TERNAMPAK DUA
SALLEH EKOR ANAK HARIMAU DI KAWASAN INI.
KAWASAN PERKHEMAHAN BAGI ANGGOTA
TEPI SUNGAI EKSPEDISI. ANGGOTA EKSPEDISI BERHENTI
UNTUK BEREHAT, MANDI DAN MEMASAK
SEBELUM MENERUSKAN PERJALANAN.
KAWASAN INI TIDAK BEGITU LUAS, IAITU
PUNCAK GUNUNG CUMA MUAT UNTUK SEPULUH BUAH
KERETA. ANGGOTA EKSPEDISI MENEMUI
SEBUAH PONDOK DI SINI.
PAK SALLEH, MAK JAMILAH DAN HADI
BALAI POLIS MENEMUI SEORANG INSPEKTOR POLIS
SETELAH MEREKA DIMINTA PERGI KE
BALAI POLIS TERSEBUT. DI SINILAH PAK
SALLEH MULA MENGETAHUI BAHAWA
CIKGU MURAD BUKANNYA SEORANG
PENJENAYAH.
KAWASAN YANG DISINGGAHI OLEH
KAWASAN BERHAMPIRAN ANGGOTA EKSPEDISI. TERDAPAT SEBUAH
TASIK TASIK YANG CANTIK DAN DIKELILINGI
PELBAGAI JENIS BUNGA YANG CANTIK DAN
SEPERTI DIJAGA DENGAN RAPI.
LATAR MASA
LATAR MASA PERISTIWA

JARAK MASA BERLAKU LEBIH KURANG DUA
MINGGU.
 BERMULA DENGAN PERBUALAN HADI
DENGAN AYAHNYA KEMUDIAN
DIIKUTI DENGAN PERBINCANGAN
ANTARA HADI DENGAN RAKAN-
RAKAN MENGENAI EKSPEDISI YANG
BAKAL MEREKA SERTAI.
PERBINCANGAN INI BERLAKU DALAM
MASA SEHARI ATAU DUA HARI.
 EKSPEDISI YANG DILANGSUNGKAN
ADALAH LEBIH KURANG SEMINGGU.
ANGGOTA EKSPEDISI BERTOLAK
PADA HARI AHAD DAN BERAKHIR
PADA HARI JUMAAT.
 SELEPAS EKSPEDISI ITU TAMAT,
KISAH DALAM CERITA INI BERLAKU
SEHINGGA HARI RABU IAITU KETIKA
PAK SALLEH, MAK JAMILAH DAN
HADI KE BALAI POLIS.

WAKTU PAGI ANGGOTA EKSPEDISI BERSIAP SEDIA
UNTUK BERTOLAK KE DESTINASI.

WAKTU TENGAH HARI KESIBUKAN ANGGOTA EKSPEDISI
MENYEDIAKAN MAKANAN TENGAH
HARI SEPERTI MENYEDIAKAN BAHAN
–BAHAN UNTUK MEMASAK.

PETANG ANGGOTA EKSPEDISI MENYIAPKAN
KHEMAH UNTUK BERMALAM DAN
SELEPAS ITU MEREKA MENUNAIKAN
SOLAT MAGHRIB.

LATAR MASYARAKAT
LATAR MASYARAKAT CONTOH
 MENGETENGAHKAN MASYARAKAT
KATEGORI KAMPUNG, IAITU MASYARAKAT YANG

MASYARAKAT TINGGAL DI KAMPUNG DATARAN.

 PELBAGAI JENIS PEKERJAAN


PEKERJAAN MASYARAKAT SEPERTI POLIS, GURU

MASYARAKAT DAN PENIAGA. PAK MUSA PULA


ADALAH BEKAS SEORANG PENGAWAI
PERHUTANAN.
 TERDAPAT PELBAGAI GOLONGAN
GOLONGAN MASYARAKAT SEPERTI GOLONGAN
REMAJA, DEWASA DAN JUGA ORANG
MASYARAKAT TUA.
 GOLONGAN REMAJA DIWAKILI OLEH
HADI DAN RAKAN-RAKANNYA.
 GOLONGAN TUA DIWAKILI OLEH PAK
SALLEH, PAK MUSA DAN MAK
JAMILAH.
 GOLONGAN DEWASA DIWAKILI OLEH
CIKGU MURAD DAN JUGA
PENJENAYAH.
 PELBAGAI AGAMA DAN BANGSA
PELBAGAI AGAMA SEPERTI AGAMA ISLAM, BUDDHA DAN

DAN BANGSA 
HINDDU.
WATAK-WATAK TERDIRI DARIPADA
BANGSA MELAYU, CINA DAN INDIA.
 MENGAMALKAN CORAK HIDUP
CORAK HIDUP BEKERJASAMA.
 ANGGOTA EKSPEDISI BEKERJASAMA
MEMBINA KHEMAH, MEMASAK DAN
SEBAGAINYA.
 MASYARAKAT YANG MEMENTINGKAN
KEAGAMAAN KERANA ANGGOTA
EKSPEDISI YANG BERAGAMA ISLAM
MENUNAIKAN SEMBAHYANG
APABILA MASUK WAKTUNYA.
GAYA
BAHASA
DIKSI
 Perkataan yang sesuai dengan tema dan persoalan
Contoh:-kegiatan ekspedisi yang dijalankan oleh Cikgu Murad dan anak-anak muridnya
disertai dengan kata-kata seperti ‘terlalu curam’, ‘diliputi batu-batan tajam’, ‘berlumut’
dan sebagainya.

UNSUR BAHASA
 Perkataan pinjaman
Contoh:- Penggunaan bahasa inggeris iaitu “stop. Cukup, Zarul!”
-Penggunaan bahasa arab, “Subhanallah, budak ni..”
-Penggunaan bahasa Indonesia:
 Menurut Pak Musa lagi, batu-batu yang tegak
berceracakan itu persis anak-anak kayu yang
tumbuh rapat-rapat.
 Metafora
Contoh: - Sejalur warna duka terpalit di wajahnya.
-Apa yang memenuhi kotak kenangannya, cepat-cepat beredar
meninggalkannya.
- Tanda-tanda tabir malam akan diangkat pancaran matahari yang bakal
menjenguk kian ketara kini.

 Perkataan singkatan
Contoh: - “Saya tak tahu mak,” jawab Hadi lembut. “Ayah kau tidak cakap ke mana dia
pergi?” “Tak mak.”

3. Peribahasa

a. Bukan sekadar buah hati dan pengarang jantung mereka, dirinya juga tangkai nyawa

Pak Salleh dan Mak Jamilah.

b. Dia mati akal jadinya.

c. Hendak dikatakan ayahnya ada saham berlot-lot sebelum ini, jauh panggang dari api.
 

4. Penggunaan Pantun

Nyiur gading puncak mahligai,

Sayang ketupat berisi inti,

Hancur daging tulang berkecai,

Belum kudapat belum kuberhenti.    


NILAI DAN
PENGAJARAN

NILAI MURNI

1. Kasih Sayang : Pak Salleh dan Mak Jamilah

sayang akan anak tunggal mereka, Hadi. Oleh itu,

mereka berusaha memberikan sepenuh kasih

sayang dan memenuhi kehendak Hadi.


2. Sabar : Cikgu Murad senantiasa bersabar walaupun dia difitnah atau dituduh sebagai

penjenayah oleh Pak Salleh.

3. Kerjasama : Semua anggota ekspedisi senantiasa bekerjasama dalam perjalanan ke

puncak Gunung Itik.

4. Berani : Hadi dan rakan-rakannya berani kerana sanggup berhadapan dengan pelbagai

bahaya ketika menyertai ekspedisi.

5. Dedikasi : Cikgu Murad merupakan guru yang bekerja dengan penuh iltizam. Dia

begitu bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam kegiatan masyarakat juga.

6. Hormat kepada orang tua : Hadi sangat menghormati orang tua. Dia tidak

meninggikan suara ketika bercakap dengan orang tua.

7. Mengakui kesalahan : Pak Salleh segera meminta maaf kepada Cikgu Murad apabila

menuduh Cikgu Murad sebagai penjenayah.

8. Pemaaf atau tidak berdendam. Walaupun Pak Salleh menuduh Cikgu Murad sebagai

ketua penjenayah, Cikgu Murad tetap bersedia memaafkan Pak Salleh apabila Pak

Salleh meminta maaf kepadanya.

9. Gigih. Pak Salleh begitu gigih membuka kawasan hutan untuk dijadikan tapak rumah

dan kebun ketika baru sampai di Kampung Dataran

PENGAJARAN

Secara ringkasnya terdapat beberapa pengajaran yang dapat


dipetik menerusi novel ini. Antaranya ialah :

a. Kita mesti gigih.

b. Kita mesti hormat akan ketua.


c. Kita hendaklah bekerjasama setiap masa agar mudah mencapai cita-cita.

d. Kita hendaklah mengenang jasa seseorang.

e. Kita jangan mudah berprasangka atau terburu-buru membuat tuduhan.

f. Mesti patuh akan arahan ketua.

g. Umat Islam hendaklah menunaikan solat walau di mana mereka berada.

h. Hormat dan menurut arahan orang tua.

i. Orang ramai hendaklah membantu polis membanteras kegiatan jenayah.

j. Meminta maaf atas kesalahan yang kita lakukan

Anda mungkin juga menyukai