Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG BESAR (U)

02100 PADANG BESAR (U) PERLIS.


TEL:04-9491719
FAX :04-9490059
_____________________________________________________________
Tarikh :4 April 2016

Semua Ibubapa/Waris / Penjaga Murid


Sekolah Kebangsaan Padang Besar (U)
02100 Padang Besar
Perlis.
Tuan/Puan,
PENJELASAN MENGENAI KUTIPAN DANA PIBG TAHUN 2016
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Berdasarkan Mesyuarat AJK PIBG SKPBU pada 31 Mac 2016 yang lalu, semua
barisan kepimpinan AJK Ibu bapa dan AJK guru yang hadir telah sebulat suara
meluluskan penetapan tarikh pembayaran dana PIBG adalah seperti berikut:
2.1 Tahap 1 : 11-15 April 2016
2.2 Tahap 2 : 25-29 April 2016
4.
Oleh yang demikian, tuan/puan diminta membayar dana PIBG kepada guru kelas
anak tuan/puan masing-masing pada atau sebelum tarikh di atas. Selain itu
dimaklumkan bahawa dana PIBG adalah RM35.00 bagi satu keluarga serta lain-lain
bayaran seperti lampiran yang dibekalkan terdahulu.
5.
Kesudian dan kesanggupan tuan/puan membayar dana PIBG secepat mungkin
sangat-sangat dialukan oleh pihak sekolah dan PIBG. Dana tersebut akan diuruskan untuk
kepentingan kurikulum, kokurikulum, pengurusan pihak sekolah serta program-program
PIBG.
6.
Kerjasama dari pihak tuan/puan didahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
.................................................
(ZAINORIN BIN ZAKARIA)
Guru Besar
SK Padang Besar (U)
s.k: 1.YDP PIBG
2. Unit Perhubungan JPN
3. Fail PIBG

Anda mungkin juga menyukai