Anda di halaman 1dari 13

SULIT

011

BAHAGIAN A
[20 markah]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. ________________ itu telah dihadapkan ke mahkamah kerana meragut beg
tangan gadis itu.
A Pencuri

C Peragut

B Pelayan

D Perompak

2. Ibu, bilakah _______________ akan pulang ke kampung menziarahi nenek?


tanya Farhana.
A kita

C kami

B saya

D mereka

3. Sultan Mahmud seorang raja yang adil. ______________________ disayangi


oleh rakyatnya.
A Dia

C Mereka

B Beliau

D Baginda

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah

Gambar 1
4. Emak ______________ santan kelapa dahulu sebelum dimasukkan ke dalam
periuk.
A menapis

B menuras

D mengayak

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah

menuang

SULIT

011

Gambar 2
5. Erma belajar _________ sarung ketupat daripada neneknya
A memilin

C menyulam

B menenun

D menganyam

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah

Gambar 3
6. Ayah membaca se __________ surat khabar sambil mendengar radio.
A helai

C kajang

B keping

D naskhah

7. Badrul memanjat pokok manggis itu sehingga ke puncaknya dan berasa


________ apabila terpandang ke bawah.

A gusar
B gayat
C gerun
D gagah
8. Bungkusan yang besar itu diterima ___________________ pak ciknya yang
menetap di luar negara.
A

dari

B daripada
C kepada
D

untuk

9. Saya menolong ibu ___________________ makanan tengah hari.


A

terhidang

B menghidang
C berhidang
D

hidangan

10.

Abang akan membawa saya ke Kota Kinabalu esok. _____________,

saya tidak dapat menyertai kamu pergi memancing ikan


A Justeru
B

Kemudian

C Sebelum itu
D Tambahan pula
11.
Suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil itu _____________ oleh
sorakan penonton.
A hiruk-pikuk
B simpang-siur
C mundar-mandir
D lintang-pukang
12.
Ceramah _________________ Gaya Hidup Sihat itu disampaikan oleh
pegawai kesihatanHospital Kuala Lumpur.

A
B
C
D

akan
seperti
tentang
terhadap

13.
Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.
14.
Di tepi sungai itu ada beberapa rumpun pokok buluh.
A Terdapat beberapa rumpun pokok buluh di tepi sungai itu.
B Beberapa rumpun pokok buluh ditanam di tepi sungai itu.
C Di tepi sungai itu mungkin ada beberapa rumpun pokok buluh.
D
Ada sungai di tepi beberapa rumpun pokok buluh itu.
15.
Saya berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh,
kata Haiza kepada Jamil.
A Jamil menjelaskan bahawa Haiza berjaya melanjutkan pelajaran di
sekolah berasrama penuh.
B Jamil dan Haiza diberitahu bahawa mereka berjaya melanjutkan pelajaran
di sekolah berasrama penuh.
C Jamil dimaklumkan bahawa Haiza berjaya melanjutkan pelajaran di
sekolah berasrama penuh.
D Haiza memberitahu Jamil bahawa dia berjaya melanjutkan pelajaran di
sekolah berasrama penuh.

16.

Pilih ayat yang betul.

A
Dia mengulang kaji pelajaran hingga larut malam.
B
Di masa lapang, Vince dan abangnya gemar memancing ikan.
C
Mahmud menerima kad ucapan dari sahabat penanya di Brunei
Darussalam.
D
Tolong berikan surat ini kepada Encik Lim! kata kerani itu kepada
Hakimi.
Soalan 31 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
9.00 pagi
Ayah dan Pak Ngah masih berada di sisi kawah di belakang rumah. Beberapa
orang jiran dan penduduk kampung turut berada di situ untuk sama-sama
membantu. Ibu dan kakak sibuk menyiapkan pelamin dan bilik pengantin. Aku
dan Farid sedang mencuba-cuba mikrofon yang disewa daripada Persatuan
Belia Taman Setia.

9.45 pagi
Nasi minyak dan nasi putih serta lauk-pauk sudah siap dimasak. Lagu Selamat
Pengantin Baru mula berkumandang di udara. Ayah masuk ke rumah untuk
menyalin pakaiannya. Pak Ngah mengarahkan aku dan anaknya, Farid
mengemaskan, menyusun dan mengelap kerusi meja di khemah tetamu.
10.15 pagi
Sanak saudara terdekat mula tiba. Ada antara mereka yang membawa hadiah
untuk Abang Long. Pada masa yang sama, dua puluh orang anggota kumpulan
kompang Sri Cahaya tiba. Ketibaan mereka memang kami nanti-nantikan.
Mereka bersedia untuk menyambut rombongan pengantin.
11.30 pagi
Para tetamu sudah memenuhi keempat-empat buah khemah yang telah
disediakan. Ayah ke hulu dan ke hilir melayan saudara mara, sahabat handai
dan para jemputan. Ayah kelihatan agak kekok dan gementar. Aku, Farid dan
beberapa orang saudaraku yang lain sibuk menghidangkan makanan.
12.00 tengah hari
Rombongan pengantin perempuan tiba. Pasangan pengantin disambut dengan
paluan kompang dan aksi pencak silat turut mengalu-alukan ketibaan Raja
Sehari itu. Pasangan ini kemudiannya diiringi ke khemah untuk menikmati
hidangan yang disediakan.
31
Apakah yang mungkin dilakukan oleh ayah dan Pak Ngah pada pukul
9.00 pagi?
A
B
C
D
32

Melayan tetamu
Mendirikan khemah
Memasak lauk pauk
Mencuci pinggan mangkuk

Berpandukan petikan di atas, siapakah Farid?


A
B
C
D

Adik penulis
Abang penulis
Kawan penulis
Sepupu penulis

33

Di manakah majlis kenduri kahwin tersebut diadakan?


A
Di rumah Pak Ngah
B
Di rumah keluarga pengantin lelaki
C
Di Taman Setia
D
Di rumah keluarga pengantin perempuan

34

Perkataan kekok dalam petikan di atas bermaksud


A
janggal
B
malu
C
segan

risau

BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

supaya
kepada
sambil

untuk

pada
ke

dan
atau

Susu mengandungi zat besi yang penting ___________________ pembentukan tulang dan gigi.
Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum minum susu kotak. Mula-mula,
bersihkanlah tangan ______________ bakteria di tangan tidak berpindah ________________ susu
yang hendak diminum. Kemudian , pastikan juga susu yang hendak diminum masih elok dengan
melihat bentuk kotak ________________ menghidu bau susu itu. Susu yang telah melepasi tarikh
luput dan berbau akan memudaratkan kesihatan. Susu perlu diminum sampai habis.
[4 markah]
Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya:
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
Jawapan :

Minggu Cergas Cerdas diadakan bertujuan memberikan kesedaran kepada


orang ramai tentang kepentingan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian.
[2 markah]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Danial, tolong jelaskan


panduan keselamatan
semasa melakukan
aktiviti gimnastik
kepada rakan kamu.

Cikgu Ali

Danial

[2 markah]
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.


__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
[2 markah]

Soalan 23

Baca sajak di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ketika ke sekolah
Ketika kaki ini
Mengorak langkah ke gedung ilmu
Tangan ayah dan ibu
Kukucup pohon restu
Ketika menaiki bas
Berbaris aku tidak terlepas
Kuamati waspada langkah
Agar tidak sumbang tingkah
Ketika bas membelah jalan
Etika berhemah aku biasakan
Aku patuhi pesan ayah dan ibu
Usah berlari, tatapulah buku
Di tangga aku tidak berdiri
Di tingkap aku tidak jengahi
Ketika gedung ilmu kulihat
Dengan tenang
Roda bas kunanti berhenti
Tidak kumahu mengundang tragedi
Ketika kaki ini melangkah ke gedung ilmu
Tangan kuangkat tanda kesyukuran
Aku selamat dalam perjalanan

a. Perkataan gedung ilmu dalam sajak merujuk kepada


_______________________________.

[1 markah]
b. Apakah maksud rangkap pertama sajak di atas?
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
[2 markah]
c. Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan
yang salah berdasarkan sajak tersebut.

Beratur ketika menaiki bas


Menjengah di tingkap ketika bas
bergerak
[1 markah]
d. Mengapakah penulis mengucapkan kesyukuran ketika melangkah ke gedung
ilmu?
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
[2 markah]
Soalan 24
Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Taman Orkid Antarabangsa Serendah terletak 40 kilometer ke utara Kuala Lumpur. Taman Orkid ini
diwujudkan bersempena dengan Persidangan Orkid Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada
tahun 2011.
Taman Orkid ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Orkid yang ditanam di
kawasan ini mempunyai pokok yang segar dan banyak mengeluarkan bunga. Hal ini disebabkan
oleh iklim yang amat menyegarkan di kawasan tanah tinggi.
Di Taman Orkid Antarabangsa ini terdapat lebih kurang 500 jenis orkid. Kebanyakan orkid
di sini adalah orkid kacukan. Namun, ada juga orkid hutan. Orkid-orkid di sini jarang-jarang
ditemukan di tempat lain.
Peminat orkid banyak mempunyai pilihan jika membeli orkid di sini. Harga yang
ditawarkan adalah antara RM5 hingga RM70 bergantung kepada jenis bunganya. Semasa membeli

orkid, pegawai yang bertugas akan menerangkan cara-cara menanam orkid yang betul, cara
mencegah serangan penyakit, dan cara membaja orkid yang betul.
Semenjak taman ini dibuka, kira-kira 25 000 pengunjung telah berkunjung ke sini setiap
tahun. Selain pengunjung tempatan, pengunjung dari luar negara, misalnya dari India, Taiwan,
China, Afrika Selatan, Scotland, Jerman, dan Perancis tertarik untuk datang ke sini.
Di samping berpeluang menikmati keindahan dan kecantikan pelbagai jenis orkid,
pengunjung dapat juga menaiki menara tinjau untuk melihat pemandangan yang menghijau di
Taman Orkid Antarabangsa Serendah.
a. Perkataan keistimewaan dalam petikan bermaksud ________________________________.
[1 markah]
b. Berapakah jumlah pengunjung Taman Orkid Antarabangsa Serendah dalam jangka masa
empat tahun itu?
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
[1 markah]
c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya
telah ditunjukkan sebagai contoh.
Pokok-pokok orkid di Taman Orkid Antarabangsa
Serendah segar dan mengeluarkan banyak bunga.
Orkid di Taman Orkid Antarabangsa Serendah tidak
perlu dijaga dengan teliti.
Orkid yang ditanam di Taman Orkid Antarabangsa
Serendah kurang daripada 500 jenis.
Jenis orkid yang ada di Taman Orkid Antarabangsa

Betul
Salah

Serendah ialah orkid hutan dan orkid kacukan.


[3 markah]
d. Apakah bukti yang menunjukkan bahawaTaman Orkid Antarabangsa mendapat perhatian
orang ramai?
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
[2 markah]
Soalan 25

Baca blog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

http://www.kekcawanbonda.com.my

Selamat
Datang ke Blog
17. L
Kek Cawan Bonda
A menapis
B menuras
Cawan Bonda sesuai untuk pelbagai
C Kek
menuang
seperti perkahwinan, pertunangan,

D dan
mengayak
keramaian.

majlis
ulang tahun kelahiran

Tempahan Kek Cawan Bonda hendaklah dibuat


hari lebih awal.
Perkhidmatan dan penghantaran hanya untuk tempahan
Ipoh, Perak.

lima
di kawasan

Keistimewaan:
Kek Cawan Bonda dijual dengan harga yang berpatutan. Kualiti kek ini baik serta enak
rasanya. Terdapat pelbagai perisa, iaitu coklat, vanilla, strawberi, pandan, pisang dan
oren.
Jika anda berminat, sila hubungi Cik Liza di talian 013-3300330.

a. Perkataan enak dalam blog boleh juga digantikan dengan perkataan


___________________.
[1 markah]
b. Mengapakah tempahan Kek Cawan Bonda perlu dibuat lima hari lebih
awal?
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________
[2 markah]
c. Apakah keistimewaan Kek Cawan Bonda?
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
[2 markah]
d. Bagaimanakah cara untuk menempah Kek Cawan Bonda?
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
[2 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT