Anda di halaman 1dari 12

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Definisi dan konsep Pendidikan Khas


Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas.
Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, serta yang
mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas.
Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas menekankan kepada
kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak
tersebut dalam kemahiran perkembangan (developmental skills). Pendekatan tradisi atau
terdahulu menekankan kepada kecacatan dan ketidakupayaan individu.
Special education means specially designed instruction that meets the unusual needs of
exceptional children. (Hallahan & Kauffman, 1994)
Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan
pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. PK menyediakan peluangpeluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang standardize atau
biasa. (Culcatta, R.A., & Tompkins J.R. Fundamentals of Special Education, 1999).
Falsafah Pendidikan Khas
Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang
berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan
kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan peroduktif selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Objektif Pendidikan Khas
Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan

keperluan khas
Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan
keperluan khas

Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan


keperluan khas

Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini

Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan
khas

Ciri-ciri Khas Pendidikan Khas


Guru-guru terlatih khas

Pendekatan pelbagai disiplin

Program pendidikan yang diindividukan (Individualized Education Programme)

Kurikulum yang khas

Objektif pengajaran yang nyata, bermakna, khusus dan bersifat jangka pendek.

Penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran

Penilaian kemajuan yang kerap dan berterusan, dan rekod penilaian yang sesuai

Kaedah pengajaran yang khas

Kaunseling ibu bapa

Khidmat yang disediakan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan


Masyarakat (Maklumat Pendidikan Khas 2007)
Cacat fizikal yang teruk

Rencatan akal sederhana dan teruk

Pelbagai kecacatan dan

Kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah


yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian


Pendidikan Malaysia adalah:
Sindrom Down

Autisme ringan

Attention Deficit Hyperaktif Disorder

Terencat akal minimum

Bermasalah pembelajaran spesifik (disleksia)

Konsep Program Khas menurut Akta Pendidikan 1996


2

Program Khas bererti:


1. Satu program yang disediakan di sekolah khas* bagi murid yang mempunyai kecacatan
penglihatan atau kecacatan pendengaran.
2. Program Percantuman/Integrasi di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai
kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran; dan
3. Program Pendidikan Inklusif bagi murid-murid yang berkeperluan khas yang boleh
menghadiri

kelas

biasa

bersama-sama

murid

biasa.

* Konsep Sekolah Khas menurut Akta Pendidikan 1961


Sekolah Khas ialah sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk muridmurid yang kurang upaya.
SENARIO PENDIDIKAN KHAS
Akta Pendidikan 1996: Murid-murid berkeperluan khas di bawah tanggungjawab Kementerian
Pendidikan ditakrifkan sebagai murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan,
pendengaran dan masalah pembelajaran. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang
dimaksudkan ialah mereka yang ada masalah kognitif yang dianggap boleh diajar (educatable)
dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal yang merangkumi:
Kanak-kanak Down Syndrom

Kanak-kanak Autistik Ringan

Kanak-kanak kurang keupayaan mental

Kanak-kanak bermasalah emosi

Kanak-kanak bermasalah kesihatan

Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan

1998: Jab. Pendidikan Khas diberi tanggungjawab mengendalikan Program Pendidikan


Pemulihan Khas bagi kanak-kanak lembam (slow learner).
Syarat Penyertaan Program Khas:
Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di Malaysia, kanak-kanak yang boleh dididik
adalah layak untuk mengikuti program khas, kecuali mereka yang:
1. Cacat angota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa
2. Mempunyai pelbagai kecacatan atau yang mengalami kecacatan anggota yang terlalau
serius, atau yang terencat akal yang berat (homes/hospital/bawah JKM). Jadi murid
3

berkeperluan khas adalah mereka yang boleh dididik jika mereka mampu mengurus diri
sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh panel yang
terdiri daripada : pengamal perubatan, pegawai dari kementerian pendidikan dan
pegawai dari JKM sebagai berupaya mengkuti program pendidikan kebangsaan.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KPM
Dikendalikan oleh:
J.P. Khas (JPK)

J.P. Negeri (JPN)

J.P. Teknikal (JPT)

3 jenis program:
Sekolah Pendidikan Khas (SPK)

Program Inklusif

Program Pendidikan Khas Integrasi

STRUKTUR PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


ditubuhkan pada 1 Oktober 1995 bertanggungjawab untuk:

merancang dan mengurus semua sekolah pendidikan khas rendah dan menengah,

merancang dan menyelaras semua program pendidikan khas integrasi (percantuman),

merancang, menyelaras dan menilai dasar- dasar dan peraturan dari segi peluang
pendidikan yang seimbang, khidmat Bantu dan sokongan bagi pelajar pendidikan khas
dan dasar pendidikan vokasional pendidikan khas
4

merancang kurikulum, aktiviti dan hal ehwal pendidikan khas,

menyediakan perancangan, penyelidikan dan penilaian pendidikan khas,

menyediakan perancangan latihan dan pembangunan staf, dan

menyelaras Program Pendidikan Pemulihan Khas

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS


Program pendidikan khas bererti (AKTA PENDIDIKAN 1996)
Satu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai

kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran.


Satu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai
kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran; dan

Satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid yang berkeperluan khas yang boleh
menghadiri kelas biasa bersama dengan murid-murid biasa.

JENIS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS:


(1) SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS (SPK)
Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Khas (JPK)

Sekolah yang menyediakan perkhidmatan khas untuk murid bermasalah pendengaran


dan penglihatan (rendah dan menengah).

(a) Prasekolah
Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:
berumur tidak kurang dari lima (5) tahun

disahkan oleh pengamal perubatan

boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

(b) Pendidikan Rendah


Syarat kemasukan murid ke Program PendidikanKhas Kementerian Pendidikan Malaysia ialah:
berumur 6+ hingga 14+ tahun

Tempoh minimum belajar: 6 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun
maksimum)

disahkan oleh pengamal perubatan, dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Semua sekolah rendah pendidikan khas (masalah penglihatan & pendengaran)


mengikuti aliran akademik dan menggunakan Kurikulum Kebangsaan. Mereka akan
menduduki UPSR semasa Tahun Enam.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah


asrama dan makan minum percuma, dan bantuan kewangan RM50 sebulan (bagi
mereka yang berdaftar sebagai OKU).

Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum
kebangsaan atau kurikulum alternatif

(c) Pendidikan Menengah


Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia ialah:
berumur 13+ hingga 19+ tahun

Tempoh minimum belajar: 5 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun
maksimum)

disahkan oleh pengamal perubatan

boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu dan vokasional.

Murid bermasalah penglihatan dan pendengaran boleh mengikuti pendidikan menengah


aliran akademik di sekolah menengah yang mempunyai program Pendididkan Khas
6

Integrasi atau di Sekolah Pendidikan Khas (contoh: SMPK Persekutuan Pulau Pinang
atau SMPK Setapak)

Mereka menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) spt murid di arus
perdana. Manakala murid bermasalah pembelajaran akan mengikuti Program Khas
Integrasi menengah dan penilaian dibuat berdasarkan pencapaian mereka di peringkat
sekolah.

Selepas Tingkat 3, mereka diberi peluang untuk membuat pilihan untuk meneruskan
pelajaran dalam bidang akademik atau vokasional. Murid bermasalah penglihatan akan
menduduki SPM dan seterusnya mengambil STPM bagi yang layak.

Mereka yang memilih aliran akademik boleh meneruskan pelajaran ke sekolah


menengah pendidikan khas atau sekolah yang mempunyai program Pendidikan Khas
Integrasi.

(d) Pendidikan Pasca Menengah


Jabatan Pendidikan Teknikal juga memberi peluang kepada murid-murid bemasalah
pendengaran untuk melanjutkan pelajaran di politeknik dengan menawarkan kursus-kursus
teknikal, elektrik, perhotelan dan rekaan fesyen.

(2) PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

Untuk murid bermasalah pembelajaran, pendengaran, dan penglihatan.

Untuk memastikan murid khas mendapat pendidikan dalam persekitaran terhadap yang
minimum (LRE).

Murid ditempatkan di kelas khas di sekolah harian biasa supaya mereka dapat bergaul
dengan murid biasa dan tidak rasa terpinggir.

Program diwujudkan di sekolah harian biasa (rendah, menengah, dan sekolah


teknik/vokasional) yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara
pengasingan dan separa inklusif.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS TEKNIK DAN VOKASIONAL


7

Ditadbir oleh Jabatan Pendidikan Teknikal, manakala JPK bertanggungjawab terhadap

perkara-perkara berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.


Murid bermasalah pendengaran yang memilih aliran vokasional atau elektif mata
pelajaran vokasional (MPV) boleh meneruskan pelajaran di sekolah menengah
pendidikan khas atau sekolah menengah teknik.

PENTAKSIRAN MURID PENDIDIKAN KHAS


Semua murid pendidikan khas yang mengikuti kurikulum kebangsaan menduduki

peperiksaan awam spt UPSR, PMR, SPM, dan STPM (pasca menengah)
Bagi murid yang mengikuti kurikulum alternatif:

Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLKV): menduduki penilaian Standard


Kemahiran Kebangsaan (SKK) dan boleh ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia.

Kurikulum yang dibina khusus oleh Bahagian Pendidikan Khas: akan mengikuti
penilaian berasaskan sekolah dan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas
Vokasional.

(3) PROGRAM INKLUSIF (PI)


Peraturan Pendidikan 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid berkeperluan
khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.
o Peraturan (2) menyebut, PI bermaksud: satu program pendidikan inklusif bagi
murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa
bersama-sama dengan murid-murid biasa.

Telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) Kementerian Pendidikan pada
tahun 2000 iaitu: 6.1 mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di
sekolah biasa.

Ditadbir oleh JPN

Murid khas belajar bersama-sama pelajar normal dalam kelas biasa dan diajar oleh guru
biasa serta dibantu oleh Guru Resos Pendidikan Khas.

Tujuannya adalah untuk membangkitkan perasaan memiliki dan dimiliki dan seterusnya
mencetuskan

semangat

kekitaan,

bekerjasama,

bantu-membantu

dan

hidup

bermasyarakat tanpa berperasaan menyingkirkan atau mengasingkan pihak kecil yang


dibawa masuk.(Mohd Siraj Awang,1996)
8

Bertujuan menggalakkan interaksi antara pelajar khas dengan pelajar biasa di samping
memperakui hak pendidikan yang sama untuk semua kanak-kanak tanpa mengambil
kira perbezaan individu.

Diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi untuk membolehkan murid


khas belajar dalam iklim persekolahan senormal yang boleh.

Peraturan Pendidikan (PK) 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid
berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.

Terdapat 2 jenis PI:


o

Inklusif Penuh

Inklusif Separa/Separuh Inklusif

Program PI dimulakan pada 1993 (3 orang pelajar ditempatkan di Ting. 6 Rendah di SM.
Methodist (L), KL.

1994- Pembukaan kelas PI secara projek perintis di 14 buah sekolah di seluruh negara
(pemilihan pelajar adalah melalui program percantuman/sekolah khas, 2 atau 3 orang
dalam 1 sekolah).

1998- 53 buah sekolah rendah; 10 buah sekolah menengah

1999- Jab. Teknikal melaksanakan Inklusif penuh untuk pelajar Masalah Pendengaran
(24 orang di 11 S.M. Teknik/ Vokasional).

2000- diubahsuai kepada separa inklusif, program diluaskan kepada murid Masalah
Pembelajaran di S.M. Teknik/vokasional.

3 buah Politeknik melaksanakan Inklusif bagi pelajar Masalah Pembelajaran pada Jun
2000.

(4) PROGRAM PEMULIHAN KHAS


Merupakan program yang disediakan bagi membantu murid-murid mengatasi masalah belajar
yang khusus terutamanya dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira
(3M). Murid yang telah dikesan dan dikenal pasti sebagai belum menguasai kemahiran asas
3M pada tahap satu akan mengikuti Program Pemulihan Khas. Program ini berada di hampir
semua sekolah rendah. Program yang dijalankan ialah Program Pendidikan Pemulihan Khas
Tahap Satu (PKTS). Murid disaring dengan menggunakan IPP3M 1 (murid Tahun 1), IPP3M2
9

(murid Tahun 2), dan IPP3M 3 (murid Tahun 3). Pendekatan pengajaran dan pembelajaran
ialah dengan menggunakan sistem pengasingan sementara (withdrawal)
(5) PROGRAM BERMASALAH PEMBELAJARAN SPESIFIK DISLEKSIA
KPM mendefinisikan murid yang mengalami masalah pembelajaran disleksia sebagai murid
yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid biasa tetapi mempunyai
kesukaran yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca, dan menulis.
Syarat kemasukan ke program ini:
o

murid telah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran pada tahun 1


sekurang-kurangnya 6 bulan,

murid telah mengikuti proses pemulihan sama ada pemulihan dalam bilik darjah
atau pemulihan khas,

keputusan saringan menggunakan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)


menunjukkan

murid

mengalami

kebarangkalian

disleksia,

dan

disahkan

mengalami kebarangkalian disleksia oleh pengamal perubatan.

Program rintis disleksia dilaksanakan pada tahun 2004:


o

2 buah sekolah di setiap negeri kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (3


buah)

sebuah di Wilayah Persekutuan Labuan, menjadikan

jumlah: 31 buah

Program ini dilaksanakan dengan menggunakan Model Pendidikan Khas Integrasi


melalui kelas khas, pendekatan separa inklusif atau pengasingan

10

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)


SK Seri Machap, Simpang Renggam, Johor
Kelas PPKI SK Seri Machap ini hanya dikhususkan kepada murid berkeperluan khas (MBK)
kategori Bermasalah Pembelajaran (BP) sahaja.
Masalah pembelajaran dianggap sebagai masalah neurologi. Ianya berkaitan dengan cara otak
menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat. Masalah pembelajaran
merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang
melibatkan kefahaman, penggunaan bahasa lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh

11

menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja atau


mengira.
Masalah pembelajaran termasuklah masalah pembelajaran akademik, bahasa, ingatan, sosioemosi,
kemahiran motor dan koordinasi serta hiperaktiv. Kategori murid-murid masalah
pembelajaran seperti Disleksia, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD),Slow
Learner, Autisme, Sindrom Down terencat akal ringan.
(Sumber: Buku Panduan Pengoperasian Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 2015)

Pada tahun 2016 ini, kelas PPKI SK Seri Machap mempunyai tenaga pengajar yang terlatih
dan berkelayakan dalam bidang pendidikan khas iaitu seramai tiga orang guru (2 lelaki dan 1
perempuan) dan dibantu oleh seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Seramai 7 orang
murid iaitu 3 murid lelaki dan 4 murid perempuan sedang mengikuti program berkenaan. Muridmurid dibahagikan ke dalam kelas berasingan mengikuti tahap IQ mereka iaitu Kelas P.Khas A
dan Kelas P.Khas B
Organisasi PPKI SK Seri Machap tahun 2016 diketuai oleh Pn En. Aminuddin bin Sayuti selaku
Penyelaras, Pn. Zuraimah binti Noor, Em. Mohd Fazli bin Md Aman dan Pn Nur Afiqah binti
Zainal selaku Pembantu Pengurusan Murid (PPM).
Kelas-kelas PPKI terletak di aras bawah dan aras satu di satu blok bangunan bersama dengan
kelas aliran perdana yang lain. Kelas-kelas berkenaan dilengkapi dengan pelbagai jenis bilik
kecil dan kemudahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lancar.
Perancangan dan penyusunan organisasi mengambilkira kekuatan setiap guru supaya
perincian tugas yang lebih jelas dibentuk mampu membawa kemajuan dan menjana potensi
murid. Setiap guru berpeluang mengajar satu mata pelajaran major di samping mata pelajaran
lain mengikut opsyen, kemahiran dan pengalaman. Pengurusan bidang kurikulum, hal ehwal
murid dan kokurikulum dirancang serta dilaksanakan lebih menitikberatkan perkembangan
potensi diri murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pelbagai aktiviti yang telah diikuti oleh murid Pendidikan Khas ini sama ada di peringkat daerah
Kluang dan negeri Johor sepanjang tempoh program PPKI dibuka. Penglibatan murid-murid
dalam aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah juga disertai oleh mereka seperti dalam
kejohanan balapan dan padang, hari penyampaian hadiah, dan juga aktiviti-aktiviti yang
dijalankan oleh pihak panatia pendidikan khas itu sendiri.
Kami berharap dengan tenaga kerja yang ada sekarang dapat merealisasikan impian kami
untuk menjadikan program pendidikan khas integrasi di SKPP dikenali dan dihormati dengan
output yang berjaya, baik dalam bidang akademik, kemahiran serta pengurusan kehidupan.
12