Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN

"Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita
meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan
cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan
bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya.
Mendepani arus globalisasi, setiap kita pasti mahukan keadaan alam sekitar yang terbaik dan
indah mahupun aset pembangunan melampaui kesedaran kita terhadap kepentingan alam sekitar.
Oleh yang demikian, anjakan paradigma harus dilakukan agar punca-punca berlakunya alam
sekitar dapat dikurangkan.
Pencemaran alam sekitar boleh dibahagikan kepada tiga perkara iaitu pencemaran udara,
pencemaran air dan pencemaran bunyi. Pencemaran udara nyata memberikan heterogen impak
kepada manusia sekiranya sampah sarap dan sisa toksik terus dihumban ke dalam punca utama
aliran air iaitu sungai dan laut. Sampah sarap yang terkumpul pastinya akan menyekat aliran air
lantas menyumbang kepada takungan air. Hal ini berpotensi menyebabkan banjir kilat. Selain itu,
sisa toksik dan minyak daripada kilang menyebabkan ekosistem organisma marin terganggu
apabila disalurkan ke sungai atau laut. Lebih parah lagi, pencemaran air memberikan kesan yang
eksplisit terhadap kesihatan manusia kerana hal ini seolah-olah menjadi medium penyebar
penyakit-penyakit seperti taun dan juga denggi. Ironinya, semua golongan harus mengenepikan
sifat tamak dan mulalah menjaga alam sekitar.
Tambahan lagi, minda manusia berjiwa rakus seperti golongan pemaju perumahan masih
dangkal kerana asyik memikirkan keuntungan. Jadi, kealpaan ini menyebabkan pencemaran
udara. Hal ini kerana, semakin banyak pokok-pokok ditebang bagi memberikan medan kepada
kemajuan sektor pembangunan. Pencemaran udara berlaku apabila gas karbon dioksida yang
dibebaskan oleh manusia tidak dapat diserap oleh sang flora dek kerana populasinya kian
merudum. Proses perumahan di kawasan lereng bukit juga harus dihentikan kerana menyoroti
peristiwa lampau, tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 2009 menjadi indikator yang
jelas bahawa hal ini tidak harus dimanifestasikan.
Di samping itu, masalah pencemaran alam sekitar diperkasakan lagi dengan pencemaran
bunyi. Hal ini lebih tertumpu kepada rumah-rumah di kawasan perindustrian. Banyak aduan

yang disiarkan di media apabila ketenteraman penduduk diakui terganggu dengan bunyi bising
yang terhasil daripada pengilangan berskala besar seperti kilang kelapa sawit dan sebagainya.
Rentetan daripada itu, asap yang dibebaskan tanpa tapisan menyebabkan pencemaran
pencemaran udara yang teruk. Oleh yang demikian, pengusaha kilang harus bersifat inovatif dan
pragmatis agar pencemaran tersebut dapat dikekang.
Namun begitu, sekiranya pencemaran-pencemaran tersebut terus menggugat keindahan
alam sekitar, kita haruslah memikirkan pendekatan yang efektif agar ianya

tidak

bermaharajalela. Langkah yang boleh diambil adalah proses pemeliharaan dan pemuliharaan
yang berterusan. Cara ini dapat meningkatkan kandungan gas oksigen dalam udara selain
kelebihan menahan tanah daripada runtuh sekiranya penanaman di lereng-lereng bukit dilakukan
secara progresif. Di samping itu, pemaju perumahan yang masih tegar menjalankan projek di
kawasan yang tidak diluluskan harus menjalani hukuman berat. Hal ini bagi memartabatkan
kesedaran mereka bahawa alam sekitar amat penting. Bagi memastikan langkah ini menjadi,
pihak berkuasa tempatan harus melakukan observasi dengan kerap. Sekiranya pihak berkuasa
tempatanlah yang menjadi petualang dengan menerima suapan, maka benarlah pepatah,
"harapkan pagar, pagar makan padi". Mereka harus dihukum.
Oleh itu, semua pihak haruslah bersinergi agar alam sekitar dapat dikekalkan
keindahannya. Janganlah kita menjadikan modenisasi sebagai alasan yang konkrit untuk
mencemar alam. Seharusnya, kita hendaklah mengetahui bahawa jika alam sekitar terus
dicemari, generasi akan datang akan kehausan signifikan alam sekitar terhadap masyarakat di
dunia.

TAKRIFAN PENCEMARAN
Apa itu Pencemaran? Apabila kita memikirkan tentang pencemaran, kita terus memikir
tentang asap yang keluar daripada kilang, atau sungai yang tercemar oleh sisa toksid. Seterusnya
kita akan menjawab pencemaran adalah sesuatu yang datang daripada bahan pencemar. Tetapi
apa yang sesuatu yang dicemarkan oleh bahan pencemar?
Pencemaran boleh dimaksudkan adalah ganguan terhadap kita dan sekeliling kita.
Bayangkan apabila ada pembinaan yang berdekatan dengan tempat tinggal kita. Bunyi yang kuat
daripada pembinaan itu akan mengganggu kualiti hidup kita. Kita juga melihat berita di
televisyen, nelayan mengadu bahawa hasil tangkapan mereka berkurangan kerana sisa buangan
oleh kilang. Daripada kedua-dua contoh tadi, adalah jelas pencemaran adalah gangguan.
Holdgate, 1979 mendefinisikan pencemaran adalah aktiviti manusia kepada alam sekitar
yang memberi impak kepada hidupan dan ekosistem. Di sini kita melihat kenapa pencemaran
adalah aktiviti manusia? Melalui maksud umum, pencemaran ialah sesuatu yang dicemarkan
oleh bahan pencemar, kita harus memikirkan siapa yang menyebabkan bahan pencemar itu? Di
dalam dunia ini, manusia mendominasi segala aktiviti yang melibatkan alam sekitar. Kenyataan
ini disokong oleh jurnal Science, 1997 yang menyebut dominasi manusia di dalam ekosistem
bumi.
Miller, 2010 membahagikan pencemaran kepada dua iaitu Point Source dan NonPoint Source. Point source adalah sumber pencemaran secara langsung, sebagai contoh, kita
dapat melihat debu yang dihasilkan di kuari perlombongan manakala Non-point source adalah
sumber yang secara tidak langsung. Misalnya, racun serangga yang digunakan oleh petani
dibawa oleh air hujan jauh kepada air bawah tanah dan sungai, walaupun ianya hanya digunakan
kepada pokok sahaja. Secara mudah, kita dapat mengetahui bahawa point source ialah asal
pencemaran yang kita dapat lihat dan non-point source adalah sebaliknya.

Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba,
cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan
sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta
mengganggu ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar.
Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar
1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara
langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana
bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga
menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya
atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organismaorganisma lain, tumbuhan dan haiwan.

INDEKS PENCEMARAN UDARA


Indeks Pencemaran Udara (IPU) atau dalam bahasa Inggeris: Air Pollution Index (API)
merupakan suatu kaedah umum dan termudah untuk menghuraikan status kualiti udara
khususnya di China, Hong Kong dan Malaysia. Ia juga dikira dari beberapa set data pencemaran
udara. Di Tanah Besar China indeks IPU ditukar dengan Indeks Kualiti Udara yang dikemas kini
sejak awal tahun 2012.
Berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui
tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon
monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut
IPU adalah seperti berikut:
Nilai IPU
0 - 50
51 - 100
101 - 200
201 - 300
301 - 400
401 - 500
Lebih 501

Kualiti udara
Baik
Sederhana
Tidak sihat
Sangat tidak sihat
Berbahaya
Sangat berbahaya
Kecemasan, (perintah berkurung dan Darurat boleh diumumkan oleh kerajaan)

CONTOH BACAAN IPU PADA 24 JULAI 2013


TEMPAT
BACAAN IPU
Seri Majung, Perak
300
Sibu, Sarawak
56
Kuala Selangor,Selangor
157
Batu Muda,Kuala Lumpur
412
Jerantut, Pahang
23
Kawasan yang berada pada tahap sangat berbahaya ialah Batu Muda kerana mencatat
bacaan 412 sementara kawasan yang masih dalam keadaan baik ialah Jerantut. Bagi kawasan
Sibu, Keadaan jerebunya pada tahap sederhana dan masih terkawal. Manakala bagi Seri Majung
adalah sangat tidak sihat dan dalam Keadaan berjaga-jaga begitu juga dengan Kuala Selangor.
PUNCA TERJADINYA JEREBU
Memang tidak dapat dinafikan, masalah jerebu merupakan fenomena cuaca yang dialami
oleh negara kita saban tahun. Fenomena ini seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan cuaca
negara kerana acap kali melanda negara.
Jerebu ialah keadaan partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan
zarah di dalam keadaan udara kering. Pada amnya fenomena jerebu juga berpunca daripada
pencemaran udara.
Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap
kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-400. Masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia
iaitu:
Pertama melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan
terhadap alam sekitar seperti yang dilakukan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia akhir-akhir
ini telah menyebabkan masalah jerebu di negara kita. Contohnya, asap tebal hampir menjadi
masalah tahunan kepada Singapura dan Malaysia, selalunya bermula pada pertengahan tahun
apabila peladang di Indonesia membersihkan ladang secara murah dengan membakarnya.
Maklumat daripada ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) juga menunjukkan
lingkaran asap jerebu dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia
hingga ke selatan Pantai Barat Semenanjung. Keadaan ini telah menyebabkan Malaysia
mengalami masalah jerebu yang membimbangkan.

Selain itu, faktor yang memburukkan lagi keadaan ialah tindakan masyarakat yang
melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan keadaan jerebu
menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu
seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada individu ataupun pemilik kilang. Contohnya,
sesetengah anggota masyarakat melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah
mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat
pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Begitu juga pemilik kilang kain,
papan dan sebagainya bertindak membakar sendiri bahan buangan kilang mereka. Mereka tidak
betanggungjawab dan tidak mengambil kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu sedikit
demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Mereka juga tidak sedar bahawa asap dari
pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi
kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini mengakibatkan asap dilepaskan ke
udara dan mengakibatkan jerebu.
Kedua, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan
perindustrian yang menggunkan minyak dan arang batu sebagai bahan api. Selain itu bahanbahan pencemar juga dilepaskan daripada proses-proses yang terdapat di dalam industri seperti
industri petrokimia dan industri kuari. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan
dan Lembah Klang. Industri yang berasaskan kayu juga mengundang masalah jerebu. Bahanbahan buangan sisa industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan-serpihan
kayu biasanya dilupuskan secara dibakar. Pembakaran akan menyebabkan karbon monoksida,
sulfur dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu, dan habuk terampai dibebaskan
ke udara yang kesemuanya boleh manambahburukkan lagi masalah pencemaran udara dan
jerebu.
Selain itu, asap hasil daripada pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya juga
menyebabkan pertambahan asap-asap di kawasan sekitarnya. Tambahan pula, peningkatan
jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan juga telah
mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di
jalan raya dan telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida

dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan keadaan jerebu bertambah parah
kerana kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap yang mencemarkan udara.
Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan
dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan
ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan
berlakulah jerebu di negara kita.
Ketiga, masalah jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino.
Akibat dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan
pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang
sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering memudahkan kebakaran
hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke ruang
udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang berjerebu.
Jerebu juga terjadi akibat letupan gunung berapi. Contohnya letupan gunung berapi
Krakatoa dalam tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963, yang telah banyak mengeluarkan
habuk dan gas-gas ke dalam udara.

CADANGAN MENGATASI MASALAH JEREBU


Antara langkah yang boleh diambil ialah tindakan segera untuk menghentikan
pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif
dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu
mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan
terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.
Kedua, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah
jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbn dioksida, karbn monoksida
dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan
yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala
Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.
Ketiga, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan
hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah
bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan
khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.
Keempat, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks
Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermasalah dan mengambil
tindakan susulan untuk mengatasi masalah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari
semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas
yang berlebihan dapat dilakukan.
Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran
dan pada peringkat global untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan
dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian-kajian saintifik digiatkan untuk
menangani masalah ini.

KESAN JEREBU TERHADAP GOLONGAN KANAK-KANAK, ORANG TUA,


PEROKOK DAN PESAKIT

Memang tidak dinafikan juga, fenomena jerebu mendatangkan kesan negatif terutama
terhadap tahap kesihatan rakyat di negara kita.

Antaranya ialah, jerebu boleh menjejaskan

kesihatan rakyat terutamanya sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit
kerongkong, selesema, batuk, nemonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung.
Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin
rendah. Oleh itu bilangan golongan tua dan kanak-kanak yang jatuh sakit berkaitan dengan
sistem pernafasan telah meningkat mendadak akibat jerebu dan terpaksa menerima rawatan di
hospital atau di klinik.
Orang ramai yang berada di luar bangunan terutamanya penunggang motosikal
dinasihatkan supaya menggunakan penutup hidung bagi mengelakkan risiko jerebu.Mereka yang
mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paruparu kronik turut dinasihatkan segera berjumpa doktor sekiranya penyakit dialami bertambah
buruk.
Jerebu yang berterusan boleh menyebabkan kesan buruk kepada orang ramai terutamanya
golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan orang tua.
Antara kesan-kesan yang akan berlaku terhadap manusia ialah :

i. Sesak nafas, sukar bernafas akibat kekurangan oksigen di udara.


ii. Tekak menjadi gatal-gatal, kerongkong menjadi gatal.
iii. Batuk, menjadi lebih teruk jika berpanjangan.
iv. Selsema, berair hidung dan bersin, akibat jangkitan kuman di persekitaran.
v. Gatal pada mata, mata akan berair.
vi. Gatal pada kulit, timbul bintik-bintik kecil kemerah-merahan di badan.
vii. Asma, jika tidak dirawat segera akan menjadi lebih parah.
viii. Sakit kepala, akibat terlalu banyak menghidu udara tercemar.
Kesan Setiap Komponen Utama Ketika Jerebu Terhadap Manusia
KOMPONEN UTAMA JEREBU

KESAN TERHADAP KESIHATAN

Karbon monoksida

Melemahkan pengecutan jantung serta


merendahkan jumlah oksigen yang dibawa
oleh darah. Mengurangkan keupayaan beriadah
dan merbahaya bagi pengidap penyakit jantung
yang kronik.

Sulfur dioksida

Meruncingkan lagi masalah penyakit yang


sedia ada terutamanya bronkitis. Menganggu
saluran pernafasan penghidap penyakit asma
dan batuk.

Nitogen dioksida

Merangsang hidung dan tekak terutamanya


yang menghidap asma. Meningkatkan
jangkitan penyakit melalui udara.

Plumbum

Merosakkan sistem saraf dan otak

Partikulat terampai

Meruncingkan penyakit paru-paru dan jantung,


mengubah ketahanan badan melawan bahan
yang disedut dan merosakkan tisu paru-paru
terutamanya yang berpenyakit jantung dan
paru-paru yang kronik.

KESIMPULAN
Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi menyelesaikan
masalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bersinergi dalam mengatasi
masalah tersebut, persis kata orang-orang tua, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Pelbagai langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi.
Sekiranya Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu, sudah pasti negara Malaysia
dapat berkembang maju dalam semua bidang.
Selain itu juga,Kerajaan Malaysia dengan berusaha bersungguh-sungguh membendung
pencemaran udara ini telah terbukti pada tahun 2002 dengan termenterainya satu perjanjian
dengan anggota ASEAN mengenai Perjanjian Jerebu Merentasi Sempadan.Hal ini disebabkan
oleh jerebu yang melanda negara akibat pembakaran hutan di Sumatra dan Kalimantan,Indonesia
pada tahun 1997.Selain itu juga,pada Ogos 2005,Pantai Barat Semenanjung Malaysia juga
dilanda masalah yang sama akibat pembakaran hutan dan mengakibatkan dua kawasan
diisytiharkan darurat iaitu Pelabuahan Klang dan Kuala Selangor setelah indek pencemaran
udara (IPU) dikawasan itu melebihi 500.

Anda mungkin juga menyukai