Anda di halaman 1dari 4

KONSEP TAMADUN BARAT

Definisi
Sebuah tamadun yang diasaskan kepada Faham Sekular (sekularisme) dokrin
bahawa moral bersandarkan semata-matakepada kepentingan manusia di dunia dan
menafikan sama sekalipertimbangan kepercayaan kepada tuhan atau hari akhirat
(OxfordEnglish Dictionary) serta kepercayaan bahawa agama tidak patutdilibatkan
dalam aktiviti-aktiviti sosial dan politik dalam sesebuahnegara. (Cambridge
international Dictionary Of English). Istilah secular berasal dari bahasa latin,
saeculum bermaksud tempat-di sini, masa-masakini (kedisinikinian). Yang
hakiki,benar dan mutlak hanyalahdunia ini sahaja. Dengan erti kata lain, pemikiran
dan keinginan nafsumanusia menjadi sumber dan rujukan utama dalam
pembangunan dan pembinaan tamadun mereka.

Sejarah perkembangan dan falsafah tamadun barat


i. Sumber utama pemikiran tamadun barat ialah tamadun greekyunani yang
mementingkan logik akal dan kepercayaan kepadaapa yang mampu dicapai oleh
pancaindera. Tokoh utama Socrates,plato dan Aristotle. Dalam satu dialog,
Aristotle pernahberkata; pada hakikatnya nilai moral dan spiritual yang
mutlak tidak ada. Oleh itu, manusia hendaklah berseronok semasa hidupdi dunia
ini. Hanya itu satu-satunya matlamat hidup manusiamemenuhi keseronokan
pancaindera dan syahwat kebinatangannya. (faham hedonism) .
ii. Ini diikuti dengantamadun Romawi di mana kehidupan hanyaberpaksikan
kebendaan semata. Zaman ini telah memberikansumbangan yang penting dari segi
undang-undang
iii. Pada zaman Kristian barat, gereja dan dunia (politik) mulaterpisah. Pihak gereja
yang mempunyai autoriti bertindakmenghukum para ilmuan dan saintis sehingga
menyebabkan baratmengalami zaman gelap selama kira-kira 1000 tahun. Ketika
inilahtamadun islam mula bersinar di timur.

iv.Kemunculan tamadun barat bermula dengan kebangkitanmasyarakat eropah


yang tidak senang dengan pemerintahangolongan gereja katolik yang terlalu
mengongkong,menindas danmenzalimi rakyat yang inginkan perubahan dalam
Negara.
v. Pengaliran tamadun islam ke eropah sejak abad ke 9-12 telahberjaya membuka
pemikiran masyarakat barat yang datang kepulau silicy yang terletak antara selatan
itali dengan benua Afrikauntuk menimba ilmu pengetahuan yang dipelopori oleh
ilmuanislam.
vi. Akhirnya timbul kesedaran yang membawa kepada tercetusnyazaman peralihan
(renaisance)menyebabkan pemikiranmasyarakat barat terbuka luas dan
menimbulkan permusuhanterhadap gereja yang berakhir dengan kejatuhan
golongan gereja.Muncul mazhab baru dalam agama kristian iaitu progestant.
Parasaintis dan para pemimpin revolusi muncul dengan slogan baru; give it to
ceaser what it is and give it ti God what every tahuningsbelongs to god.Penafian
hak gereja dalam sistem pemerintahanbermula apabila gereja diketepikan dan
dianggap sebagai hak peribadi, bukan lagi sebagai hak masyarakat dan Negara.

vii. Zaman pencerahan (enlightment), bermula dengan revolusiperindustrian


perancis yang membangkitkan pemikiran barat untukmaju dalam bidang sains dan
teknologi, sehingga mendewakansains moden barat yang berjaya menguasai timur
apabila sedikitdemi sedikit wilayah islam ditakluki dan berakhir dengan
kejatuhankhilafah Uthmaniah di Turki pada tahun 1924m.

Fahaman yang mendasari tamadun barat


i.Berpijak

kepada

fahaman

pemikiran

falsafah

sebagai

alternatif kepada

agama.Sekularisme; suatu faham falsafah yangmemisahkan pemikiran dan


kegiatan hidup beragama dalamseluruh kegiatan hidup bermasyarakat dan
bernegara. Merupakan fahaman induk kepada seluruh fahaman moden.
Terdapatpelbagai fahaman yang hakikatnya berpaksikan fahaman sekular seperti
berikut:
i.Modenisme; mengajak masyarakat meninggalkan segala amalantradisional ke
arah hidup secara moden. Lantaran itu, agama jugamesti diubah supaya selari
dengan pemikiran moden.
iii.Rasionalisme; mengajak masyarakat berfikir secara logik danmenolak segala
yang bertentangan dengan logik akal. Lantaran itu,kepercayaan kepada kuasa
ghaib, alam akhirat, syurga, neraka dansebagainya perlu ditolak.
iv.Liberalism;mengajak

masyarakat

berfikir

secara

liberal-bersikapterbuka

menerima apa sahaja pemikiran dan budaya tanpa kawalanperaturan agama dan
adat tradisi.
v. Kapitalisme; memberi kebebasan sepenuhnya untuk mengautkeuntungan dan
faedah untuk peribadi tanpa mengambilkirakepentingan masyarakat
vi.Pragmatism; mementingkan kehendak majoriti dalam masyarakatwalaupun
salah dan member kesan kepada akidah dan akhlakumat.
vii. Kolonialisme; penjajahan yang bukan sahaja menjajah aspekfizikal dan
materialnya tetapi termasuk pemikiran dan adat tradisi masyarakat sehingga yang
terjajah sukar untuk bangkit sebagaibangsa merdeka dan berdaulat kerana perasaan
dan pemikiranmereka sentiasa terkongkong dan terjajah.

viii.Materialism; mementingkan kekayaan dan segala yang bersifatfizik dan


menolak aspek spiritual yang dianggap sebagaipenghalang tamadun. Kuasa ghaib
dan dosa pahala diketepikanoleh fahaman ini.
ix. Selain itu, terdapat banyak lagi fahaman yang lahir dari fahamsekular
sepertihedonism(hidup hanya untuk berseronok) dansebagainya.
http://www.scribd.com/doc/24159335/Tamadun-Islam-vs-Tamadun-Baratfinal#scribd

Anda mungkin juga menyukai