Anda di halaman 1dari 7

Siti Khulaidah

Pendidikan Seni Visual


Tugasan
1. Jelaskan apakah pengajaran berkesan serta faktor yang mempengaruhinya.
(20 markah)
Terdapat

pelbagai

pendapat

mengenai

maksud

pengajaran

berkesan.

Pengajaran berkesan bermaksud seorang pengajar atau guru yang harus memiliki
pengetahuan yang luas dan mendalam mengenai sesuatu ilmu pengetahuan serta
mempunyai kemahiran atau teknik profesional yang tinggi (Dunne, R. & Wragg, T.,
1994). Mereka berpendapat yang pengajaran berkesan menuntut guru untuk
memahami isi kandungan sesuatu mata pelajaran dan memiliki ilmu pengetahuan
mengenai topik dan perkara yang hendak diajar serta perlu menyiapkan diri dengan
kemahiran tertentu dari aspek pengurusan kelas, menyoal soalan, penerangan yang
jelas dan pemantauan

proses pembelajaran. Dalam Pendidikan Seni Visual

terdapat beberapa kaedah pengajaran berkesan iaitu:


a.
b.
c.
d.
e.
f.

Memberi bantuan klinikal


Merancang pengajaran
Melaksana pengajaran (menarik dan memberi kesan)
Pengurusan bilik darjah
Memantau kemajuan
Menyayangi pelajar

Pengajaran yang berkesan di dalam bilik darjah boleh meningkatkan tahap


prestasi pelajar kepada yang lebih baik bagi setiap mata pelajaran yang diambil di
sekolah. Hal ini disebabkan apabila pelajar itu tertarik dengan cara pengajaran oleh
guru tersebut maka prestasi pelajar itu akan meningkat dan seterusnya akan mudah
difahami oleh pelajar. Sesi pembelajaran yang berteraskan sistem pembelajaran
didalam kelas sahaja tidak mampu untuk meningkatkan prestasi pelajar tetapi
penambahan sistem pembelajaran melalui aktiviti kokurikulum mampu meransang
minat pelajar dalam aktiviti atau bidang yang pelajar itu minati.Contohnya seperti

permainan catur yang mampu membina minda pelajar untuk lebih kreatif dan berdaya
saing dalam pembelajaran. Oleh itu pemikiran yang kreatif ini hendaklah dijana oleh
guru dalam apa jua aspek dan cara mengikut sukatan dan huraian yang telah
dibekalkan pada setiap guru.
Antara faktor yang menyumbang kepada pengajaran yang berkesan adalah
guru bijak dalam menggunakan bantuan alat bantu mengajar (ABM). Alat-alat ini
mampu memberikan pelajar rasa minat untuk belajar dan tidak mudah bosan. Alat
bantu mengajar ini memberikan pelajar mudah mengingat sesuatu subjek yang
dipelajari dan mudah untuk difahami. ABM yang biasa digunakan didalam sesebuah
sekolah adalah seperti kad imbasan, gambar, VCD dan sebagainya. Alatan seperti ini
kebanyakan telah disediakan oleh pihak sekolah untuk memudahkan guru-guru
pendidikan seni mengajar.
Kemahiran menyoal adalah kemahiran yang penting dalam aktiviti pengajaran
dimana ia adalah antara faktor terbesar yang mampu membina semangat untuk
belajar. Pembentukan soalan yang diberikan oleh guru hendaklah tepat, jelas dan
ringkas. Guru pula hendaklah melayan jawapan dengan memberikan pujian dan
sekiranya jawapan yang diberikan salah maka guru hendaklah baiki jawapan murid.
Begitu juga dengan kemahiran menerang dan kemahiran-kemahiran lain yang mesti
dikuasai oleh guru bagi menarik perhatian murid
Selain itu sudut membaca yang ada didalam kelas memberikan peningkatan
minat membaca terhadap pelajar. Ruang membaca yang mempunyai buku-buku cerita
akan menanamkan minat membaca dikalangan pelajar samada dirumah mahupun
disekolah. Di sekolah ruang membaca pelajar dapat diisi terutama ketika guru tiada
didalam kelas atau semasa rehat. Beberapa program juga turut dijalankan
dikebanyakan sekolah seperti program mari membaca dimana murid dikehendaki
membaca buku dan direkodkan oleh guru. Pelajar yang mempunyai bilangan buku
yang paling banyak dibaca akan diberikan ganjaran oleh pihak sekolah.

Kebersihan kelas juga menyumbang kepada faktor pengajaran berkesan. Bilik


darjah yang bersih memberikan inspirasi kepada murid semasa belajar. Di sini guru
memainkan peranan dalam memberikan dorongan kepada murid untuk bersama-sama
menceriakan bilik darjah masing-masing. Tahap keceriaan dalam sesebuah bilik darjah
akan menjadi lebih menarik apabila diwujudkan satu sudut Mari Membaca dimana
sudut ini diletakkan beberapa buah buku cerita, artikal dan akhbar bagi merangsang
murid didalam kelas untuk membaca dan seterusnya menanamkan minat membaca
dikalangan pelajar.
Selain itu, pihak guru atau sekolah boleh mewujudkan medan info di sekeliling
perkarangan sekolah bagi menggalakkan setiap pelajar untuk membaca info-info
berkenaan dengan pelajaran. Ia juga sebagai alat rujukan dan tambahan maklumat
untuk pelajar secara umumnya disekolah. Pelajar dapat melihat dan menjadikan papan
maklumat yang mengandungi informasi sebagai alat rujukan pada masa lapang.
Contohnya pihak sekolah melukis mural di dinding-dinding bangunan sekolah dengan
mural yang berkaitan bercirikan mata pelajaran bahasa Melayu seperti pepatah
melayu, pantun, dan sebagainya.
Selain itu aktiviti luar adalah amat digalakkan. Aktiviti luar yang menarik mampu
menjadi nilai tambah pada murid untuk belajar dengan lebih tekun. Contonya aktiviti
lawatan ke Zoo dan guru mengadakan sedikit pembelajaran selama lima ke sepuluh
minit sebagai maklumat tambahan kepada pelajar. Aktiviti praktikal seperti ini mampu
menguatkan ingatan pelajar dalam pembelajaran. Misalnya melawat ke kandang
harimau. Guru memberikan sedikit sebanyak maklumat tentang harimau dan dalam
masa yang sama guru membuat kuiz untuk menguji tahap kefahaman pelajar.
Begitu juga peranan ibu bapa dalam menyumbang pengajaran berkesan pada
murid-murid. Ibu bapa hendaklah mengambil berat tentang pelajaran anak-anak
mereka di sekolah. Ibu bapa memberikan respon yang baik ketika ditanya anak-anak
mereka. Contoh yang dapat dilihat disini adalah seperti apabila guru memberikan
tugasan kepada murid-murid maka mereka hendaklah menyempurnakan tugasan itu.
Ibu bapa pula hendaklah memastikan tugasan yang disediakan guru kepada anak

mereka siap. Disamping itu mereka boleh memberi respon yang membina untuk
membantu tugasan anak-anak mereka sekiranya mereka tidak memahami kehedak
soalan.
Penggunaan teknologi maklumat juga adalah faktor yang mana mampu
menyumbang kepada pengajaran berkesan dan seterusnya mendorong murid untuk
belajar.Pengajaran yang berasaskan teknologi maklumat juga adalah seperti internet.
Tetapi pihak ibu bapa dan keluarga hendaklah memastikan anak-anak mereka
melayari internet dengan betul kerana kebanyakan anak-anak apabila mereka tidak
dipantau ketika menggunakan internet mereka mudah mengakses laman-laman web
porno, dan laman-laman web yang melalaikan pelajar itu sendiri.
Jadual belajar yang berkesan yang dibekalkan guru juga adalah penting untuk
mendorong murid belajar dengan baik. Apa yang penting jadual tersebut mempunyai
ruang untuk pelajar istirehat dan bukan dibekalkan dengan jadual belajar yang
berterusan. Jadual belajar yang berterusan menyebabkan pelajar akan mula rasa
hilang minat untuk belajar.
Aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk aktif dalam badan beruniform dan
persatuan serta kelab. Bukan itu sahaja malahan mereka juga akan aktif dalam
bersukan. Sekolah boleh menghantar murid yang mempunyai bakat yang tinggi dalam
mana-mana bidang untuk ke peringkat sekolah dan ke peringkat seterusnya. Melalui
aktiviti seumpama ini minda pelajar akan cergas dan aktif dalam menerima
pembelajaran harian
Faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada pengajaran berkesan adalah
banyak yang mana ia mampu mendorong murid untuk belajar dengan baik dan
cemerlang. Faktor dan peranan daripada guru dan ibu bapa adalah antara yang
terpenting yang mana ia mampu menyumbang seseorang murid itu untuk belajar
dengan lebih baik. Selain itu, factor-faktor lain seperti alat bantu mengajar,
mengadakan aktiviti tambahan dan sebagainya juga boleh menyumbang kepada
dorongan pelajar untuk belajar dengan lebih baik. Oleh itu, sekiranya factor-faktor ini di

titik beratkan oleh setiap guru mahupun mereka yang berkenaan maka prestasi murid
akan bertambah cemerlang dan sekolah akan terbilang.

2. Pilih satu kaedah pengajaran dan pembalajaran Pendidikan Seni Visual dan
terangkan bagaimana anda mengandalikannya.
( 10 markah)
Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang
mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti
seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri
seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti
bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah,
brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain
lagi.Di sini saya ingin memberikan contoh kaedah bercerita menggunakan
boneka.Fungsi boneka-boneka ini ialah untuk menyatakan ekspresi, informasi,
eksplorasi, persuasi dan melayan.. Boneka yang terdiri daripada banyak saiz ini juga
mudah dibawa ke mana-mana dan muudah dihasilkan.

Di samping itu, boneka mempunyai beberapa kelebihan kerana boneka boleh


menyampaikan mesej dengan efektif. Di sebalik teknik boneka yang menggunakan
kaedah penceritaan ini, pelbagai mesej positif dan nilai murni dapat diselitkan dalam
persembahan tersebut. Guru perlu kreatif dalam merangka perjalanan cerita yang
bukan sahaja menarik dan menghiburkan malah mengandungi beraneka nilai murni.
Selain itu, teknik boneka memberi pendedahan kemahiran berkomunikasi
kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai masalah komunikasi seperti
kanak-kanak autisme sepatutnya diberi teknik mengajar dengan menggunakan boneka.
Mereka akan tertarik dengan penceritaan menggunakan boneka. Hal ini secara tidak
langsung dapat memulihkan masalah komunikasi mereka sedikit demi sedikit. Kanakkanak juga dapat menambah perbendaharaan kata mereka. Tambahan pula, teknik

boneka juga dapat mencipta dan merangsang daya imaginasi murid. Mereka akan
meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung
secara semula jadi. Hal ini membuktikan bahawa kanak-kanak perlu didedahkan
dengan teknik boneka supaya murid dapat belajar sesuai dengan keperluan mereka.
Hal ini membuktikan bahawa teknik boneka amat berkesan untuk pembelajaran kanakkanak.
Cara perlaksanaan teknik boneka ini berbeza-beza mengikut jenis boneka yang
dimainkan. Boneka jari dimainkan dengan diletakkan pada hujung jari dan diperbuat
daripada sarung tangan berbentuk kepala boneka. Boneka jari dimainkan dengan
menggerak-gerakkan jari tersebut. Bagi boneka tangan pula, boneka ini dimainkan
dengan tangan. Boneka ini terdiri daripada kepala dan dua tangan, manakala bahagian
badan dan kakinya hanya merupakan baju yang akan menutup tangan dan lengan
orang yang memainkannya. Cara memainkannya adalah dengan menggerakkan kepala
boneka tangan dengan menggunakan jari, manakala ibu jari dan jari kelinking
menggerakkan tangan boneka itu. Selain itu, terdapat boneka tongkat. Boneka ini
dinamakan sebagai boneka tongkat kerana cara memainkannya adalah dengan
menggunakan tongkat.
Kesimpulannya, dapatan analisis daripada teknik boneka menunjukkan bahawa
perlaksanaan kaedah bercerita ini dalam pengajaran dan pembelajaran amat relevan.
Teknik ini wajar dipraktiskan oleh guru untuk memastikan pembelajaran kanak-kanak
dapat dijalankan selari dengan perkembangan mereka.

3. Pendidikan Seni Visual merangkumi 4 bidang . Senaraikan bidang- bidang


tersebut dan aktiviti-aktivitinya.

Menggambar

1.Lukisan
2 Catan
3 Kolaj.
4.Montaj
5 Cetakan
6 Resis
7 Gosokan
8 Stensilan
9 Percikan
10 Gurisan
11 Capan
12 Mozek
13 Poster

Membuat Corak dan

Corak terancang
Corak tidak terancang
1Pualama
2 Tiupan
3 Titisan
4 Ikatan dan celupan
5 Renjisan dan percikan

Membentuk dan
Membuat Binaan

. Mengenal Kraf
Tradisional

( 20 markah)

Arca timbul
2 Asemblaj
3 Mobail
4 Stabail
5 Model
6 Diorama
7 Boneka
8 Topeng
9 Origami
1.Alat domestik
2 Alat permainan
3 Alat pertahanan diri
4 Perhiasan diri
5 Batik
6 Tekat
7 Ukiran
8 Tenunan
9 Anyaman
10 Tembikar

1 Lukisan
2 Catan
3 Cetakan
4 Capan
5 Lipatan dan guntingan
6 Resis
7 Kolaj
8 Kaligrafi