diri seseorang individu, iaitu merujuk kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan
oleh orang lain atau merujuk kepada perasaan-perasaan yang dialami oleh
seseorang dalam dirinya sendiri.
Beliau juga menyatakan terdapat 3 komponen personaliti, iaitu id, ego dan super
ego yang sering mempengaruhi antara satu sama lain dalam mengawal perlakuan
manusia.
1. Id (Prinsip Kenikmatan)
Id adalah bahagian minda berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah
sedar (Kamus Dewan Edisi ketiga DBP). Id merupakan dorongan fisiologikal
yang terletak di peringkat pemikiran bawah sedar. Melalui id, naluri asas
seseorang terbentuk dan ini merupakan tenaga untuk memotivasikan individu
atas prinsip kelazatan atau keseronokkan. Ia dianggap sebagai satu elemen
struktur yang semula jadi, satu elemen yang diwarisi, satu elemen yang sedia
ada dalam diri manusia.
Id tidak dapat membuat penilaian dan tidak mementingkan logik, nilai, moral
atau etika dan objektif atau tujuan keseluruhannya adalah lebih kepada
kepuasan tanpa mengambil kira akibatnya, undang-undang, dapat sosial atau
keperluan orang lain. Id dapat dilihat dengan jelas melalui kelakuan kanak-kanak
kecil yang suka berkelakuan sesuka hati
2. Ego (Prinsip Realiti)
Ego adalah persepsi seseorang tentang harga dirinya yang seterusnya
mempengaruhi kepada keyakinan dirinya (Kamus Dewan Edisi ketiga DBP). Ego
adalah komponen personaliti yang terbentuk melalui pengalaman dalam alam
realiti. Ego adalah berbeza dengan Id kerana ego merupakan komponen
psikologikal yang mengutamakan realiti dan pemikiran logik. Selain itu, Ego tidak
wujud semasa kelahiran, tetapi hanya mula terbentuk pada tahun pertama
kehidupan individu di mana kanak-kanak mendapati tidak semua yang
dikehendaki oleh id dapat dipenuhi dengan segera. Jika id tidak dapat memenuhi
sesuatu keperluan, ego mula wujud untuk mencari cara yang rasional untuk
mengatasi kekecewaan tetapi secara rasional dan munasabah. Contohnya: Id
memberitahu badan ingin tidur, oleh itu, ego akan mencari tempat yang sesuai
untuk tidur.
Ego akan berorientasi atas prinsip di mana ego akan memahami keinginan id
dan membuat rancangan selaras dengan peraturan sosial supaya individu
mendapat kepuasan dan pada waktu yang sama kelakuannya dapat diterima
oleh masyarakat. Apabila ego tidak dapat cari cara yang diterima untuk
memuaskan keinginan id, konflik akan timbul. Dari sinilah, individu akan
menggunakan mekanisme belah bela diri.