Pendidikan kesihatan dan seksualiti merupakan mata pelajaran yang penting yang perlu
dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pada masa kini pendidikan
kesihatan dan seksualiti adalah dua pembelajaran yang berkait rapat antara satu sama lain
memandangakan ia akan memberi kesan terhadap perkembangan kesihatan fizikal murid dari
aspek sosial, emosi dan seksual. Seksualiti didefinisikan sebagai sesuatu perasaan yang
melibatkan kefahaman diri terhadap emosi dan tindak balas seksual seseorang. Perasaan
tersebut merangkumi aspek perkembangan manusia selain fungsi anatomi, fisiologi dan
biokimia sistem tindak balas seksual manusia. Seksualiti juga merupakan aspek yang
merangkumi
aspek
kognitif
iaitu
kebolehan
membuat
keputusan
dan
seterusnya
bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah dibuat. Bagi afektif pula iaitu perasaan
kemesraan diterima, rasa disayangi, disukai dan rasa dihargai, tingkah laku manusia apabila
membina hubungan yang sihat dan kemahiran berkomunikasi dengan individu lain.
Pengertian.
Pendidikan seksualiti merupakan pendidikan seumur hidup yang melibatkan proses
memperolehi maklumat membentuk kepercayaan dan pegangan nilai seseorang. Pendidikan
seksualiti ini menekankan perkembangan seksual, reproduksi manusia dan kesihatan hubungan
interpersonal, perasaan kasih sayang, hubungan rapatm bahasa badan dan peranan gender
seseorang. Dalam pendidikan seksualiti ini akan membantu murid untuk belajar tentang
perkembangan diri mereka yang mana berlaku dalam persekitaran di sekolah. Malah dalam
pendidikan seksualiti ini dapat membantu mereka menjadi individu yang berkeyakinan kerana
mereka akan sentiasa berkomunikasi dengan rakan-rakan. Dari segi pergaulan mereka
memerlukan sikap yang positif supaya mereka dapat membina hubungan yang baik dengan
rakan-rakan. Seperti cara berkomunikasi yang baik, menggunakan tutur kata yang sopan, sikap
menghormati rakan-rakan dan sebagainya. Apabila mereka berjaya menerapkan sikap-sikap
tersebut dalam diri mereka maka mereka dapat membina hubungan yang baik dengan individu
yang lain. Untuk mengajar mata pelajaran ini ini sebagai guru perlu memahami keseluruhan
aspek kehidupan manusia yang mana membincangkan tentang perkembangan manusia,
hubungan sesama manusia, kemahiran persona, tingkah laku seksual, kesihatan seksual dan
masyarakat dan budaya seseorang. Pendidikan kesihatan dan seksualiti ini penting dan perlu
Matlamat
Pendidikan Kesihatan dan seksualiti bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui
pembelajaran aktiviiti fizikal dan amalan kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan
mengutamakan tiga perkara utama seperti kognitif mengetahui dan memahami akan aspek
kecergasan dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Selain itu, bertujuan membantu
pelajar menjadi sihat dan cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
Pembentukan individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek.
Pendidikan Kesihatan dan seksualiti bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan
kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Wujudkan insan yg berpelajaran dan berpengalaman tentang kesihatan. Membantu orang ramai
mencapai tahap kesihatan yang optimum dengan tingkalaku dan usaha sendiri. Memajukan
keadaan komuniti dan meningkatkan tanggungjawab kesihatan kerajaan.
Kepentingan
Pendidikan kesihatan dan seksualiti adalah penting untuk diberi bimbingan kepada murid
terutama di sekolah rendah. Ini kerana untuk memberi pengetahuan kepada murid untuk belajar
melindungi diri mereka. Seperti yang kita semua ketahui murid di sekolah rendah merupakan
golongan murid yang kurang pengetahuan tentang seksualiti. Memandangkan mereka kurang
arif tentang
Apabila meraka dapat memahami tentang pendidikan kesihatan dan seksualiti akan melindungi
diri mereka daripada bahaya terutama gangguan seksual yang mana jenayah ini sering berlaku
kepada murid sekolah. Bukan itu sahaja murid akan lebih memahami perkembangan diri
mereka dan secara tidak langsung akan mengelak diri mereka dari penyakit-penyakit yang
bahaya. Seperti sekiranya berlaku perubahan tentang kesihatan seksual murid akan faham dan
peka untuk memaklumkan kepada ibu bapa mereka. Keadaan ini akan membantu mereka dari
penyakit yang berbahaya. Selain itu kepentingan dalam pendidikan kesihatan dan seksualiti ini
adalah membantu murid memerolehi kemahiran komunikasi yang berkesan untuk menjaga
keselamatan diri mereka. Di mana mereka faham bagaimana untuk berkomunikasi dengan baik
terutama dengan individu yang mereka bru dikenali. Seperti tidak mudah mendedahkan
maklumat peribadi kepada orang lain iaitu individu yang tidak dikenali. Tidak mudah untuk
berbual mesra dengan individu yang baru dikenali. Seperti kita semua sedia maklum segeintir
murid sekolah rendah ini mereka telus dalam sesuatu hubungan malah mereka mudah untuk
mempercayai seseorang keadaan ini berbahaya jika mereka tidak mempunyai kemahiran
komunikasi berkesan untuk menjaga keselamatan diri mereka. Seterusnya kepentingan
pendidikan kesihatan dan seksualiti ini adalah untuk menggalakkan kesihatan seksual dari segi
fizikal, emosi dan sosial, kesihatan dan kesejahteraan diri murid. Dari segi fizikal di mana murid
faham akan kesihatan fizikal mereka seperti bila waktu mereka akan mengalami akil baligh,
apakah tindakan yang perlu dilakukan apabila mereka mengalami akil baligh dan sebagainya.
Dari segi emosi pula bagaimana murid dapat mengenal emosi mereka, bagaimana mereka
perlu mengawal emosi dan bagaimana menghormati emosi orang lain. Seterusnya dari aspek
sosial pula murid perlu tahu cara komunikasi yang baik dengan rakan-rakan, percakapan yang
baik yang tidak menyakiti hati atau mengelakkan diri dari menyinggung perasaan rakan-rakan.
Perkembangan sosial murid yang baik akan membantu mereka membina hubungan yang baik
dan dapat membantu mereka membina keyakinan diri mereka apabila bergaul dengan individu
lain. Kepentingan pendidikan kesihatan dan seksualiti adalah membolehkan murid menyedari
bahawa sesuatu yang tidak betul berlaku ke atas diri mereka seterusnya mereka dapat
menyedari untuk menyampaikan maklumat kepada pihak yang berkenaan untuk mendapatkan
bantuan seperti ibu bapa, guru dan sebagainya. Ini bertujuan untuk mengelakkan dari
berlakunya masalah seperti penderaan seks, eksplotasi seks dan jenayah seks.
Keperluan
Pendidikan kesihatan dan seksualiti adalah satu keperluan dalam pendidikan di sekolah di
mana ia adalah keperluan kepada perkembangan manusia, keperluan untuk mencapai
kemahiran personal, keperluan untuk membina hubungan, keperluan untuk memupuk kesihatan
seksual. Pendidikan kesihatan dan seksualiti membolehkan murid memperolehi pengetahuan
tentang fungsi anggota badan, perkembangan tumbesaran yang sedang mereka alami dan
perubahan fizikal semasa mereka mencapai akil baligh. Pengetahuan ini akan membantu murid
untu bersedia menghadapi cabara-cabaran perubahan fizikak dan emosi mereka sepanjang
tumbesaran diri mereka. Keadaan ini akan membuatkan murid lebih menyayangi diri mereka
mengetahui bahawa setiap orang adalah bertangungjawab ke atas diri sendiri dan berhak ke
atas anggota badan masing-masing. Bagi keperluan untuk mencapai kemahiran personal pula
pendidikan kesihatan dan seksualiti merupakan sumber ilmu untuk murid menunjukkan
penghargaan diri mereka, kemahiran berkomunikasi secara berkesan, membuat keputusan
dengan bijak bagi meningkatkan kesejahtaraan dan menjaga keselamatan diri apabila mereka
berhadapan dengan situasi yang melibatkan seksuliti. Pendidikan kesihatan dan seksualiti
menjadikan murid lebih berkemahiran dalam membina dan memelihara hubungan yang sihat,
berkongsi fikiran dan perasaan melalui persahabatan, menunjukkan ketrampilan diri, dapat
mengenalpasti kenalan dan orang yang tidak dikenali, menyedari batas-batas perhubungan
antara jantina, mengetahui peranan institusi keluarga, perkahwinan dan keibubapaan.
Seterusnya bagi keperluan untuk pemupukan kesihatan seksual pula, Pendidikan seksualiti
perlu untuk murid memperolehi kemahiran menjaga kebersihan dan kesihatan diri bagi
mencapai kehidupan yang sihat dan sejahtera.Untuk itu, pendidikan kesihatan dan seksualiti
menyampaikan maklumat kepada murid mengenai hak mereka untuk mendapatkan
perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Bagi keperluan terakhir pula iaitu keperluan dari sudut
budaya dan masyarakat Pendidikan kesihatan dan seksualiti diperlukan oleh murid bagi
memperolehi pengetahuan mengenai kesamarataan dari segi peranan gender, identiti gender,
hak seksualiti dan perlindungan undang-undang ke atas seksualiti murid. Kesemua keperluan
ini menunjukkan penyampaian pendidikan kesihatan dan seksualiti kepada murid perlu
dilaksanakan dan diberi fokus utama. Di samping itu, penyampaian pendidikan kesihatan dan
seksualiti kepada murid perlu dapat memenuhi konteks keperluan sebenar golongan murid ini
khususnya dari segi aspek pembinaan kemahiran, pengubahsuaian tingkah laku dan kesihatan
sosial seksualnya.
Proses temubual
Dalam proses penyediaan borang soal selidik dan sesi temubual dengan murid telah
memberikan beberapa maklumat tentang pengetahuan murid terhadap pendidikan kesihatan
dan seksualiti. Malah jelas dari pemerhatian dan temubual yang telah dijalankan menunjukkan
murid di sekolah telah diberi pendedahan dan bimbingan dari guru tentang apakah mata
pelajaran kesihatan dan seksualiti. Berpandukan pemerhatian dan temubual yang telah
dijalankan jelas menunjukkan adalah wajar pendidikan kesihatan dan seksualiti diajar di
sekolah. Ini kerana pendidikan kesihatan dan seksualiti bukan diajar tentang seks semata-mata
tetapi murid diajar tentang perkembangan diri mereka, seperti perkembangan fizikal, emosi dan
sosial. Seperti pemerhatian dan temubual yang telah dijalankan murid memahami tentang
perkembangan fizikal mereka iaitu tentang perkembangan tubuh badan, fungsi tubuh badan,
perubahan perkembangan tubuh badan dan sebagainya. Seperti soal selidik yang telah dijalani
murid faham apakah yang dimaksudkan dengan perkembangan fizikal mereka iaitu seperti akil
baligh. Iaitu apakah proses yang berlaku semasa mereka mencapai akil baligh, apakah yang
seharusnya mereka lakukan apabila mengalami akil baligh, bila kah waktu yang sesuai apabila
mereka mengalami akil baligh dan sebagainya.
Temuramah dilakukan terhadap murid lelaki dan kebanyakkan mereka faham apakah definisi
mencapai akil baligh. Semasa temuramah dijalankan murid juga ditanya apakah yang berlaku
kepada murid perempuan apabila mereka mencapai akil baligh. Ada antara mereka tidak
memahami apa yang berlaku kepada murid perempuan ada juga antara mereka yang
memahami apa yang akan berlaku apabila murid perempuan mencapai akil baligh. Kerana ada
antara mereka menyatakan murid perempuan apabila mengalami akil baligh mereka tidak akan
solat. Seterusnya daripada temuramah dan pemerhatian yang telah dijalankan didapati murid
mengetahui dan memahami tentang perkembangan fisiologikal. Fisiologikal ialah tentang
struktur tubuh badan iaitu sistem pengaliran darah, sistem pendarahan, sistem saraf dan
sebagainya. Murid-murid dapat memaklumkan apakah yang berlaku kepada diri mereka apabila
mereka mencapai akil baligh. Contoh perubahan tubuh badan tumbuh misaiatau janggut,
perubahan suara daripada halus kepada garau, lebih tinggi dari murid perempuan dan
sebagainya. Malah murid faham mengapa perubahan tubuh badan mereka berlaku apabila
mencapai akil baligh, mereka juga mengetahui perkembangan tubuh badan murid perempuan
berbeza dari lelaki apabila mencapai akil baligh. Seterusnya bagi perkembangan psikologikal
daripada temubual dan pemerhatian dapat dilihat murid-murid ini boleh berfikir secara rasional
dan memahami sikap yang dialami semasa mengalami akil baligh. Contoh seperti murid
perempuan mereka akan mudah marah, sensitif, sedih dan sebagainya. Mereka boleh
memahami mengapa perubahan tersebut berlaku kepada diri mereka apabila mencapai akil
baligh malah mereka lebih mudah untuk berkongsi pengetahuan mereka bersama rakan-rakan
tentang bagaimana mencapai akil baligh.
sebagainya. Namun begitu semua program yang telah dijalankan tersebut lebih menjurus
kepada pendidikan kesihatan semata-mata tanpa berkaitan dengan seksualiti. Namun begitu
dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru telah mengajar murid tentang akil baligh iaitu
perubahan yang akan berlaku pada diri mereka semasa mencapai usia akil baligh. Bukan itu
sahaja murid juga ada memaklumkan semasa sesi temubual dijalankan di mana guru juga ada
menerangkan apakah yang berlaku kepada murid perempuan dan murid lelaki semasa mereka
mencapai usia akil baligh. Tetapi penerangan yang disampaikan oleh guru tidak terlalu
mendalam memandangkan peringkat umur murid masih belum memahami apa yang guru cuba
sampaikan dan terangkan. Secara keseluruhan semasa sesi temubual dijalankan kepada murid
dan guru menunjukkan Pendidikan Kesihatan dan Seksualiti masih diajar kepada murid tetapi
tidak mendalam kerana mengikut perkembangan umur murid pada peringkat sekolah rendah.
Pengalaman
Sepanjang menjalankan temubual dan murid menjawab soalan soal selidik didapati murid
memahami tentang tahap perkembangan mereka dan boleh menghormati hak rakan-rakan
yang lain. Maksud menghormati hak rakan-rakan yang lain di sini ialah murid yang sedang
mengalami proses mencapai akil baligh. Iaitu murid yang sedang dalam proses mencapai akil
baligh akan mengalami perubahan suara daripada suara perlahan kepada garau, rakan-rakan
yang lain tidak mengajuk atau mempersendakan dan memberi gelaran-gelaran tertentu atas
tujuan untuk memperlekehkan mereka. Selain itu murid lelaki kebanyakkan mereka tidak
memahami apakah yang akan berlaku kepada murid perempuan yang sedang mencapai akil
baligh. Dari segi emosi pula murid-murid tidak sabar-sabar untuk mengalami pengalaman
mencapai akil baligh kerana mereka teruja ingin mengetahui apakah yang akan berlaku semasa
mencapai usia akil baligh. Dari sudut psikologikal murid-murid mudah memahami emosi mereka
apabila sedang sedih, marah, kecewa dan sebagainya. Malah hubungan mereka sesama rakan
sekelas juga baik seperti pergi ke kantin bersama-sama, tidak menyisihkan kawan yang ada
atau memingkirkan diri dari rakan-rakan dan sebagainya. Dari sudut kebersihan diri pula muridmurid ini faham tentang penjagaan kebersihan diri dan kekemasan diri. Bagi murid pendidikan
khas masalah pembelajaran pula mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dan Seksualiti diajar
tentang kecergasan diri mereka, bermain di padang dan mengikuti aktiviti senaman. Kesemua
aktiviti ini lebih menjurus kepada Pendidikan Kesihatan Jasmani. Murid masalah pembelajaran
selalunya akan dibawa ke padang untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru akan mengajar mereka untuk bermain dengan menggunakan peralatan dan bermain di
padang secara berkumpulan. Proses pengajaran dan pembelajaran mereka lebih tertumpu
untuk menjaga kesihatan. Bagi kebersihan diri untuk murid masalah pembelajaran mereka telah
diajar dalam mata pelajaran Kemahiran Asas Untuk Berdikari. Seperti bagaimana untuk
membersihkan tubuh badan, bagaimana untuk memberus gigi dan sebagainya dalam mata
pelajaran tersebut guru akan mengajar secara spesifik dengan memberi tunjuk ajar kepada
mereka.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya di sini Pendidikan Kesihatan dan Seksualiti adalah perlu diteruskan di
sekolah memandangkan pada masa kini telah banyak berlaku masalah sosial dan gangguan
seksual di kalangan murid sekolah. Adalah wajar untuk diperkenalkan di peringkat sekolah
kerana Pendidikan Kesihatan dan Seksualiti bukan sahaja tertumpu kepada pengetahuan
seksualti sahaja tetapi sebenarnya tertumpu kepada perkembangan fizikal, perkembangan
fisiologikal dan perkembangan psikologikal. Bukan itu sahaja Pendidikan Kesihatan dan
Seksualiti memberi pendedahan tentang seksualiti mengikut tahap perkembangan usia murid di
sekolah rendah. Selain itu juga mata pelajaran ini ada memberi pendidikan tentang emosi murid
iaitu bagaimana mereka mengenal emosi mereka, bagaimana untuk mengawal perasaan
marah, bagaimana untuk merasai tenang dalam diri dan sebagainya.
Rujukan
Mardha. (2010, April 27), Kepentingan seks diperingkat sekolah rendah satu kewajaran.
Retrieved https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2010/04/27/pendidikan-seks-diperingkat-sekolah-rendah-satu-kewajaran/