Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN KE KAMPUNG BUDAYA Sarawak

Disediakan oleh : Muhammad Faiz Hatim bin Rahim


Tarikh

: Ahad

Hari

: 13 Mac 2016

Masa

: 8.30 pagi 1.00 petang

Tempat

: Kampung Budaya Sarawak

Pada hari Ahad, 13 Mac 2016 kami telah bertolak daripada IPG Kampus Tun
Abdul Razak pada pukul 8.30 pagi ke Kampung Budaya Sarawak yang terletak di
Santubong.

Perjalanan kami ke sana menaiki bas mengambil masa lebih kurang

satu jam perjalanan. Kami pergi ke sana pada hari cuti, jadi ramai pelancong
daripada dalam dan luar negara berkunjung ke sana pada hari tersebut. Harga tiket
yang dikenakan ialah RM 60.00 seorang untuk dewasa dan RM30.00 untuk kanakkanak. Tetapi disebabkan kami masih lagi bergelar pelajar, menggunakan kad
matrik kami telah mendapat potongan yang banyak sehingga jumlah yang kami
perlu bayar hanyalah sebanyak RM 15.00 setiap seorang.
Sebaik sahaja memulakan perjalanan menjelajah kampung budaya, rumah
pertama yang kami kunjungi adalah replika rumah Bidayuh. Rumah Bidayuh ini
sangat unik kerana berbentuk bulat. Ruang dalamannya sangat luas. Antara barang
yang dipamerkan di rumah Bidayuh adalah gong pelbagai saiz dan gendang.
Barangan yang digunakan dalam ritual masyarakat suku kaum Bidayuh juga turut
dipamerkan. Di dalam rumah tersebut juga terdapat pekerjanya yang segak berbaju
Bidayuh dan menunjukkan kepada kami alat muzik tradisional suku kaum Bidayuh
iaitu tongkungon yang dibuat daripada buluh. Kraf tangan orang utan yang
dihasilkan daripada buah kelapa juga turut dijual. Selain itu, terdapat juga hasil
ukiran kraf tangan kayu yang dihasilkan dan dijual kepada pengunjung yang
berminat.

Seterusnya, kami melawat pula ke rumah panjang suku kaum Iban. Di dalam
rumah tersebut dipamerkan beberapa barangan tradisional suku kaum tersebut
seperti gong, canang, perisai, senjata bermotifkan tradisional dan alat-alat ritual.
Selain itu, kami juga sempat melihat penghasilan kain songket Sarawak. Kemudian,
kami ke rumah suku kaum Penan. Rumah suku kaum ini lebih kecil dan kelihatan
seperti pondok kecil. Bahan asasnya adalah daripada daun nipah dan rumah
mereka tidak dibina besar kerana masyarakat ini merupakan masyarakat nomad
yang berpindah-pindah. Setelah itu, kami beralih pula ke rumah Orang Ulu. Rumah
etnik Orang Ulu ini sangat tinggi dan berada di atas bukit. Dari jauh kedengaran
muzik sape yang mengasyikkan. Hiasan dinding rumah ini tidak kurang hebatnya.
Pengunjung disajikan dengan lukisan mural bermotifkan ukiran tradisional etnik
Sarawak.
Perhentian kami yang seterusnya adalah rumah orang Melanau. Rumah orang
Melanau juga tinggi seperti mana rumah orang Ulu yang kami lawati sebelumnya.
Di dalamnya, pengunjung dapat melihat upacara perubatan tradisional masyarakat
Melanau dijalankan. Upacara dijalankan mengikut adat resam dan kepercayaan
mereka. Kami juga dapat melihat lukisan etnik yang di jadikan perhiasan di dindingdinding rumah tersebut. Setelah meninggalkan rumah Melanau, kami singgah pula
di rumah Melayu. Rumah tersebut sangat cantik dan mempunyai ukiran yang
sangat indah. Daun tingkapnya bermotifkan ukiran yang halus dan warisan
terbilang orang Melayu serta seni kreativitinya yang begitu tinggi nilainya. Dalam
rumah tersebut, kami dihiburkan dengan persembahan daripada dua orang warga
emas Melayu yang menyanyikan lagu joget tanda ucapan selamat datang. Mereka
menyanyi sambil memalu kompang. Semasa berada di dalam rumah ini, kami dapat
melihat

pelbagai

peralatan

membuat

kuih

tradisional

orang

Melayu

yang

dipamerkan.
Seterusnya, kami singgah di rumah etnik terakhir iaitu rumah Cina. Rumah
Cina juga turut dikenali sebagai rumah ladang. Pemandangan dalam rumah ini
mengimbau kembali pada zaman 50-an. Reke bentuk klasiknya dan barang-barang
antik menggamit perhatian pengunjung. Selepas selesai menjelajah dan melawat
semua rumah etnik, kami pun bergerak menuju ke Dewan Teater untuk menonton
persembahan kebudayaan yang diadakan pada jam 11.30 pagi. Persembahan ini
dikira kemuncak kepada lawatan pengunjung ke sini. Di sini kami dapat

menyaksikan persembahan yang sangat unik berdasarkan etnik utama di Sarawak.


Kami disajikan dengan pelbagai persembahan budaya daripada penari dan
penghibur yang sangat berbakat. Banyak yang dapat kami pelajari sepanjang
berada di Kampung Budaya Sarawak ini. Lawatan kami ke Kampung Budaya
berakhir pada jam 1.00 petang. Akhir sekali, kami berkumpul dan siap sedia untuk
ke tempat lawatan yang seterusnya.