Anda di halaman 1dari 1

Kepercayaan kepada tuhan

Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada
tuhan. Sesungguhnya dengan nama tuhanlah bangsa dan Negara ini wujud
sebagai sebuah bangsa dan Negara yang berdaulat. Islam adalah agama rasmi
Persekutuan. Agama2 dan kepercayaan2 lain juga boleh diamalkan dengan aman
da tenteram. Tindakan membeza-bezakan seseorang atas alasan agama adalah
dilarang.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Malaysia
mengamalkan
sistem
Demokrasi
Berparlimen
dan
Raja
Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai
ketua negara. Sistem Beraja juga diamalkan di setiap negeri dan Yang di-Pertua
bagi negeri2 yang tidak ada raja. Prinsip ini menunjukkan setiap warganegara
perlu menumpukan sepenuh taatsetia, jujur, dan ikhlas kepada Ketua Negara
kita.
Keluhuran perlembagaan Perlembagaan
Negara memberi perlindungan kepada setiap anggota masyarakat Negara ini
dari segi melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
Perlembagaan juga meletakkan tanggungjawab2 dan kewajipan2 warganegara
yang mendukungnya. Sejajar dengan itu, setiap warganegara harus
menghormati, menghargai, dan memahami maksud dan latar belakang
penggubalannya bagi memastikan Malaysia terus aman, makmur dan maju.
Disebabkan perlembagaan digubal berdasarkan kesepakatan semua kaum dan
pihak Negara ini. Jesteru, tidak ada sesiapa pun yang boleh mempertikaikan dan
mempersoalkan tentang setiap kandungan Perlaembagaan Negara.
Kedaulatan Undang-Undang
Perlembagaan merupakan undang2 tertinggi dalam Malaysia. Kepatuhan kepada
undang2 Negara mampu menjamin keharmonian masyarakat dan keselamatan
Negara juga lebih terjamin. Oleh itu, setiap rakyat mesti patuh kepada undang2
agar keselamatan Negara terus terjamin dan usaha2 pembangunan dari semua
aspek dapat dijalankan dengan lancar. Rakyat memang mempunyai kebebasan
untuk bersuara tetapi perlu ingat kita masih tertakluk kepada undang2.
Kesopanan dan kesusilaan
Prinsip ini memberi penekanan kepada peri pentingnya personality dantingkah
laku seseorang dalam menggambarkan kebudayaan rakyat Negara ini. Sifat
sopan-santun dan tatasusila adalah penting dalam konteks perhubungan
masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Bahasa yang lembut dan tingkah
laku yang sopan dapat menjamin hubungan yang harmoni dan saling hormatmenghormati antara satu sama lain. Pembentukan individu yang berdisiplin dan
berhemah dapat menjamin kewujudan sebuah masyarakat yang saling
berinteraksi dalam suasana yang bersatu padu dan aman.