Anda di halaman 1dari 3

MATLAMAT SEKOLAH

Berusaha dengan secara optimum dan penuh daya kreatif dan inovatif bagi
menjayakan matlamat mencapai tahap sekolah harapan negara
MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH
MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN SENA, KANGAR,
PERLIS ADALAH UNTUK MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU
SECARA SEIMBANG DAN BERSEPADU MELIPUTI ASPEK-ASPEK INTELEK,
ROHANI, EMOSI DAN JASMANI BAGI MELAHIRKAN INSAN YANG
SEIMBANG, HARMONIS DAN BERAKHLAK MULIA
OBJEKTIF:
Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di sekolah ini bertujuan untuk
membolehkan murid:
1. Menguasai Bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa
Kebangsaan dan bahasa rasmi negara
2. Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis
dalam bahasa pengantar sekolah
3. Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya
dalam menyelesaikan masalah harian
4. Menguasai kemahiran belajar
5. Menguasai kemahiran berfikir
6. Bertutur, membaca, menulis dan memahami Bahasa Inggeris selaras dengan
kedudukannya sebagai bahasa kedua
7. Memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahkannya
8. Membina daya kepimpinan dan keyakinan diri
9. Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia
dan alam sekitar
10. Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal
11. Memahami, meminati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan
rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional
12. Menjaga kesihatan dan kecerdasan diri

13. Menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap
keusahawanan dan produktiviti
14. Menguasai kemahiran membaca, menghafal dan memahami pengertian ayatayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam
15. Meyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan
akhlak mulia
16. Membina semangat patriotisme
17. Mengembangkan bakat dan kreativiti
18. Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni dan
menjadikannya asas amalan hidup
PERANCANGAN PEMBANGUNAN PSS
Antara perkara-perkara yang dirancang dalam agenda pembangunan PSS Sekolah
Kebangsaan Sena ialah seperti berikut:
1. Penyenaraian bahan-bahan PSS dalam satu pangkalan data bersepadu untuk
kebolehan muat turun melalui internet
2. Penggunaan beberapa televisyen paparan LCD di kawasan-kawasan yang
strategik di sekitar sekolah untuk tujuan penyebaran maklumat dengan cepat
dan terkini
VISI
Sekolah Kebangsaan Sena dari Sekolah Kluster Kecemerlangan ke Sekolah
Berprestasi Tinggi
MISI
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid melalui pengurusan yang
berkesan berasaskan falsafah pendidikan kebangsaan
MOTTO SEKOLAH
Ilmu Amal
PIAGAM PELANGGAN
Kami, staf Sekolah Kebangsaan Sena berjanji akan:
1. Menghayati budaya kerja berkualiti untuk mencapai tahap kecemerlangan
dalam setiap bidang
2. Berusaha bersungguh-sungguh mewujudkan suasana iklim sekolah yang
harmoni, kondusif dan selamat

3. Berusaha mendidik murid menjalani kehidupan yang sihat, bersemangat juang,


jatidiri dan sanggup menghadapi cabaran
4. Memberi layanan mesra dan memuaskan hati serta bersedia membantu untuk
memenuhi kehendak pelanggan

Anda mungkin juga menyukai