Anda di halaman 1dari 3

NILAI

1) Nilai kasih sayang ibu kepada anak


Raidah, iaitu ibu Waheeda sentiasa memujuk Raidah apabila anaknya itu pulang
dari sekolah dalam keadaan menangis, meraung, atau mengamuk kerana diejek
oleh rakan-rakannya.
2) Nilai keyakinan diri
Waheeda berani membuat pinjaman daripada tabung usahawan siswazah untuk
mengusahakan Chalet Inap Desa Tajau Emas walaupun hanya berusia 24 tahun.
Dengan berbekalkan ilmu dalam bidang pengurusan perniagaan dan
pelancongan, Waheeda berkeyakinan bahawa dirinya mampu menjadi seorang
wanita yang berjaya pada suatu masa nanti.
3) Nilai kerjasama
Para pekerja Tajau Emas, Silicon Medical Center dan Aya-Sajinah mempunyai
semangat kerjasama yang tinggi. Di Tajau Emas misalnya, Waheeda
bekerjasama secara erat dengan ibu dan bapanya, Fatimah, Kamri, dan lain-lain
bagi memajukan perniagaan tersebut.
4) Nilai keberanian dan keyakinan diri
Waheeda berani membuat pinjaman daripada tabung usahawan siswazah untuk
mengusahakan perniagaan pelancongan walaupun dia masih muda dan tiada
pengalaman dalam bidang tersebut.
5) Nilai kesyukuran
Waheeda bersyukur apabila pembedahan wajah yang dijalaninya berjaya
sehingga dapat mengubah penampilan dirinya. Dia bertambah bersyukur kerana
pembetulan pada hidungnya berjaya dilakukan oleh Dr. Rushdi.

6) Nilai berdikari
Waheeda enggan bergabung dengan syarikat bapa mentuanya, iaitu Seri Gading
kerana mahu berdikari memajukan Tajau Emas. Sikap berdikari ini
menunjukkan bahawa Waheeda percaya akan kebolehan dirinya tanpa
bergantung harap kepada orang lain.

PENGAJARAN
1) Kita hendaklah berani meneroka bidang baharu untuk meraihkan
kejayaan dalam hidup.
Waheeda berani membuka perniagaaan Inap Desa Tajau Emas dengan
berbekalkan ilmu pengetahuan yang diperolehnya semasa menuntut di
Universiti Teknologi Mara, Skudai, Johor. Di samping itu, Waheeda juga berani
mengambil alih perniagaan Chalet Iwani Iwana dan lading strawberi yang
dimiliki Abdul Aziz di Cameron Highland.
2) Kita perlu bekerjasama untuk menjayakan sesuatu usaha.
Perusahaan Inap Desa Tajau Emas dapat berkembang dengan maju disebabkan
wujudnya semangat kerjasama antara pihak pengurusan dengan para pekerja
syarikat itu. Waheeda sebagai pengurus syarikat telah melayani setiap pekerja
dengan mesra. Pak Fadhir, iaitu bapa Waheeda, menjalankan tugas sebagai
pemandu pelancong di Tajau Emas dengan baik. Raidah, iaitu ibu Waheeda,
bertanggungjawab untuk menghidangkan masakan tradisional Sarawak kepada
para pelancong. Sepupu Waheeda pula memegang jawatan sebagai akauntan
syarikat. Mereka selalu bekerjasama dalam apa-apa aktiviti untuk
mengembangkan perniagaan seperti menghias chalet dengan dekorasi luar biasa
bagi menyambut kedatangan Bayang Muda, iaitu Cicit Raja Charles Brooke
yang pernah memerintah Sarawak antara tahun 1868 hingga tahun 1917.

3) Kita seharusnya bersabar untuk menempuh pelbagai cabaran dan


dugaan hidup.

Waheeda sentiasa bersabar terhadap kerenah suaminya yang amat cemburu dan
panas baran. Waheeda tetap bersabar walaupun diceraikan oleh Zahid atas
tuduhan yang tidak berasas, iaitu dia mencurangi suaminya. Kesabaran
Waheeda juga terbukti dengan keupayaan seorang ibu tunggal membesarkan
anaknya sehingga tamat pengajian di universiti.
4) Kita sewajarnya berani mengakui kesalahan diri dan memohon maaf
atas kesalahan terdahulu.
Selepas hampir 20 tahun meninggalkan anak dan isteri, Zahid berani mengakui
kesilapan dirinya. Dengan rasa kesal, dia memohon maaf daripada anaknya
Izzati dan bekas isterinya Waheeda atas kesalahan dirinya terdahulu.
5) Kita mesti menerima hakikat bahawa kehidupan manusia di alam
fana ini tidaklah seratus peratus sempurna.
Sejak kecil, Waheeda berfikiran bijak tetapi wajahnya kurang menarik kerana
matanya kuyu dan hidungnya pesek. Selepas dapat mencantikkan diri melalui
pembedahan plastic di Singapura, kehidupan keluarga Waheeda tidak bahagia
kerana suaminya cemburu dan panas baran. Akhirnya, Waheeda terpaksa hidup
sebagai ibu tunggal meskipun berjaya menjadi seorang usahawan wanita yang
sangat Berjaya. Barangkali inilah dugaan Ilahi untuk menguji keimanan dan
ketakwaan makhluk ciptaan-Nya di alam fana ini.