Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
melihat
pelbagai
jenis
buku
yang
menarik
serta
menyeronokkan untuk dibaca. Mereka berpeluang untuk
memilih buku-buku yang disukai dan diminati. Dalam hal ini,
peranan ibu bapa amat penting untuk membimbing anak-anak
agar dapat memilih buku yang berkualiti yang mampu
membina pemikiran atau minda anak-anak. Selain itu, anakanak juga berpeluang untuk membaca buku-buku yang
berunsurkan keagamaan, falsafah, motivasi dan sebagainya..
Hal ini secara tidak langsung, dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan dalam diri anak-anak. Di samping itu, anak juga
berpeluang untuk membaca buku-buku yang memaparkan
sejarah negara lain. Hal ini, dapat meningkatkan pengetahuan
am anak-anak tentang Negara luar. Tegasnya, usaha ibu bapa
membawa anak-anak mereka ke pameran buku merupakan
salah satu langkah efektif yang melahirkan minat anak-anak
untuk membaca karya-karya ilmiah dan menjadi ulat buku dan
seterusnya menjadi generasi yang cinta akan ilmu
pengetahuan.
Selain itu, ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada
anak-anak dalam aspek membaca. Justeru, ibu bapa
hendaklah memulakan budaya membaca di rumah dengan
menyediakan persekitaran yang boleh merangsang minat
anak-anak untuk membaca buku-buku ilmiah. Ibu bapa
hendaklah membaca buku-buku dan surat khabar pada setiap
hari terutama pada waktu senggang. Perbuatan ibu bapa yang
suka membaca pasti akan dicontohi dan diikuti oleh anak-anak
kerana pepatah menyatakan bagaimana acuan begitulah
kuihnya, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Pada
zaman ini, anak-anak tidak tahu untuk mengisi masa lapang
dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah Jadi, ibu bapa boleh
mendidik anak-anak sejak kecil lagi untuk membaca buku-buku
ilmiah. Bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari
rebungnya dan asas pendidikan bermula dari rumah. Ibu
bapa boleh melakukan aktiviti membaca bersama anak-anak
pada hari cuti sewaktu semua ahli keluarga berehat di rumah.
Dalam hal ini, Ibu bapa janganlah menjadi seperti ketam
mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan diri
sendiri tidak betul. Sekiranya, ibu bapa tidak pernah
membaca bahan-bahan ilmiah, bagaimanakah anak-anak
hendak membaca bahan-bahan tersebut. Anak-anak akan suka
membaca apabila melihat orang tuanya membaca. Jelasnya,
ibu bapa harus menjadi suri teladan yang baik kepada anak-
Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu,
pendidikan anak-anak sebenarnya bermula dari rumah.
Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.
Selain itu, ahli keluarga khususnya ibu bapa berperanan sebagai suri teladan
kepada anak-anak bagi memastikan anak-anak mempunyai sahsiah yang baik . Hal
ini demikian kerana anak-anak yang berusia setahun jagung memang mudah
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah melatih anak-anak agar saling
bekerjasama DAN BERKASIH SAYANG BAGI MELAHIRKAN ANAK-ANAK YANG BERSAHSIAH
MULIA . DALAM HAL INI , IBU BAPA PERLULAH MEMBERIKAN SEPENUH KASIH SAYANG
KEPADA DIRI ANAK -ANAK BAGAI MENATANG MINYAK YANG PENUH AGAR ANAK - ANAK
TAHU MENGHARGAI HIDUP UNTUK SALING BERKASIH SAYANG . I BU BAPA PERLU
MELETAKKAN PANGGILAN MANJA UNTUK ANAK -ANAK SEPERTI PANGGILAN KAK LONG
ATAU ABANG LONG BAGI ANAK SULUNG DAN K AK NGAH ATAU ABANG NGAH BAGI ANAK
KEDUA SUPAYA KEMESRAAN DAN KASIH SAYANG SESAMA AHLI KELUARGA TIDAK LUPUT .
BUDAYA TERIMA KASIH JUGA PERLU DIAJARKAN KEPADA ANAK-ANAK SUPAYA WUJUD
RASA PENGHARGAAN TERHADAP ORANG LAIN SETIAP KALI MENERIMA BANTUAN . IBU
BAPA JUGA HENDAKLAH MELATIH ANAK -ANAK BEKERJASAMA DALAM MELAKUKAN
SESUATU PERKARA DAN KERJA RUMAH AGAR ANAK -ANAK MEMBESAR DALAM SUASANA
YANG SALING BEKERJASAMA . PERBUATAN SEPERTI INI AKAN TERBAWA-BAWA APABILA
ANAK -ANAK SUDAH DEWASA DAN MEMPUNYAI KELUARGA SENDIRI . J ELASNYA, IBU BAPA
YANG BERPERANAN UNTUK MEWUJUDKAN KERJASAMA DAN KASIH SAYANG DALAM
KALANGAN AHLI KELUARGA AKAN DAPAT MELAHIRKAN WARGA YANG BERSATU -PADU DAN
SALING MENGHORMATI .
SETERUSNYA,
. IBU
ANAK-ANAK
MENGGOSOK
DAPAT MENJADI INSAN YANG SENTIASA BERJIMAT CERMAT DAN TIDAK BOROS DALAM
BERBELANJA
. ANAK-ANAK
TIDAK SOMBONG
AKHIR
ANAK YANG DIBERI KEBEBASAN PENUH OLEH IBU BAPA DIBIMBANGI AKAN TERJEBAK
DENGAN PERBUATAN TIDAK BERMORAL YANG BOLEH MENCONTENG ARANG DI MUKA
KELUARGA
. OLEH
ITU
BERLAKU TERHADAP ANAK -ANAK PADA SETIAP MASA AGAR IBU BAPA BOLEH BERTINDAK
LEBIH AWAL, BAK KATA PEPATAH
HABIS .
IBU
BAPA PERLULAH
MENGAMBIL
BERAT DENGAN
BERJIMAT SEBELUM
SIAPA ANAK
MEREKA
BERKAWAN ATAU BERSAHABAT DAN MENGETAHUI TUJUAN ANAK KELUAR RUMAH DAN
BALIK LEWAT KE RUMAH .
HADAPAN
ANAK - ANAK
SEKIRANYA
DAPAT
BERDASARKAN
DISELAMATKAN .
IBU BAPA MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH ANAK ANAK
. UNTUK
MENYEDARI AKAN
. SETIAP
DENGAN
PENGETAHUAN
DAN
ILMU
KEIBUBAPAAN
. HAL
INI
PENTING
KERANA
PEMBENTUKAN SAHSIAH ANAK -ANAK HARUS BERMULA DENGAN DIRI KELUARGA ITU
SENDIRI
. IBU
ROLE
TEGASNYA,
RUMAH TANGGA
MERUPAKAN KEBUN YANG SUBUR UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG BERJIWA LUHUR
DAN BERSAHSIAH MULIA .
RUMAHKU, SYURGAKU
Salah satu tanggungjawab ibu bapa kepada tanah air ialah membentuk dan
mengasuh anak-anak menjadi warganegara yang berjiwa patriotik dan
cinta akan negara.
Huraikan peranan ibu bapa bagi memupuk semangat patriotik dalam jiwa
anak-anak itu.
biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang
bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan
seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.
.
..........Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan
mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi,
berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi
mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya
mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum
makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat
makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan
mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk
gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.
.
..........Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga
perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan
gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan
mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan
sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini
dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan
sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu
bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara
demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta
membentuk kehidupan yang sihat.
.
..........Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang
lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna
kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka.
Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi
manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra
bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan
satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial
manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini.
.
..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi
menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu
mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan.
Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu
persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup,
mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di
sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada
perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan.
Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu
dicapainya kelak.
.
..........Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang
dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua
aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih
memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah
kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada
mengubatinya
............Pada masa yang sama, penggunaan bahasa Inggeris juga penting kepada para pelajar bagi
tujuan mendapatkan pekerjaan pada masa depan. Perlu diingat bahawa majikan akan lebih tertarik
untuk mengambil pekerja yang mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa termasuklah
berbahasa Inggeris. Sebagai contohnya, pekerjaan dalam bidang telekomunikasi, penyiaran,
teknologi maklumat dan sebagainya amat memerlukan penggunaan bahasa Inggeris. Oleh itu,
lepasan sekolah atau universiti yang mahir berbahasa Inggeris lebih mudah mendapat pekerjaan
berbanding dengan mereka yang kurang menguasai bahasa Inggeris. Tambahan pula, mereka yang
mahir berbahasa Inggeris lebih diminati oleh majikan dari syarikat-syarikat besar yang biasanya
menawarkan pendapatan lebih lumayan. Jelasnya, bahasa Inggeris amat penting dipelajari di sekolah
demi memanfaatkan pelajar bagi tujuan membina kerjaya pada masa yang akan datang.
______Sementara itu, kemajuan ekonomi negara yang telah melepasi sempadan negara,
mengakibatkan Malaysia memerlukan penduduk yang mampu berbahasa Inggeris dengan baik agar
dapat bersaing dengan mereka dari seluruh dunia. Pendidikan bahasa Inggeris amat penting bagi
melahirkan masyarakat yang dapat berkomunikasi dengan masyarakat antarabangsa. Sebagai
contohnya, perkongsian dalam bidang ekonomi, sosial mahupun bidang teknologi memerlukan
mereka yang mahir berbahasa Inggeris. Umumnya, mereka yang gagal menguasai bahasa ini akan
berdepan dengan pelbagai rintangan yang dapat mengganggu komunikasi serta boleh menggagalkan
peluang yang tersedia pada peringkat antara bangsa. Justeru, pendidikan bahasa Inggeris di sekolah
berperanan membina masyarakat yang lebih berdaya saing pada peringkat global suatu hari nanti.
______Intihanya, bahasa Inggeris merupakan bahasa yang amat perlu dipelajari dan dikuasai oleh
semua pelajar. Seseorang yang dapat menguasai bahasa ini akan lebih berkeyakinan dan mampu
merebut peluang yang tersedia sama ada pada peringkat nasional atau pada peringkat antara
bangsa. Namun begitu, biar bagaimana penting sekalipun bahasa Inggeris ini digunakan oleh
masyarakat antarabangsa namun penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara amat
perlu dipertahankan dan dipertingkatkan martabatnya. Kita tidak mahu bahasa rasmi kita pupus
akibat kelalaian kita mengagungkan bahasa Inggeris umpama kata pepatah Melayu yang dikejar tak
dapat, yang dikendong keciciran
Malaysia kaya dengan bangunan dan monumen bersejarah. Kerajaan telah mengambil langkah
bijak dengan menjadikan binaan lama tersebut sebagai salah satu daripada Warisan
Kebangsaan. Bincangkan kepentingan memulihara dan mengekalkan bangunan bersejarah di
negara
kita.
.
.
.Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama
Malaysia yang kini berjaya menempa nama di persada antarabangsa. Banyak kilang perindustrian,
pusat beli-belah dan perumahan dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Senario ini telah
menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah yang berhektar-hektar. Antara isu yang
hangat yang telah dibincangkan adalah sama ada Stadium Merdeka patut dirohohkan untuk
pembangunan kerana bangunan itu tidak lagi berfungsi sebagai tapak akvtiviti sukan lagi. Isu tersebut
pernah menjadi polemik pelbagai lapisan masyarakat kita. Mengapakah ada kejadian seperti ini
berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya,
terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di
negara
kita.
.
.Satu daripada kemaslahatan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan
bersejarah dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang
telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud bangunan yang
dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwa penting. Walaupun Malaysia telah mencapai
kemerdekaan selama 52 tahun, kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British,
Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di
samping itu, bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan
datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarah
Malaysia yang telah dicatat merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng,
mitos atau legenda. Sebagai contohnya, zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad
ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja
Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling, Gereja
St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang
pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan bahawa berlakunya penjajahan awal
pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha
meruntuhkan
bangunan
bersejarah
dan
monuman
negara
tidak
wajar
dilaksanakan.
.
.Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu
diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat
memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang mempunyai
semangat patriotisme yang semakin menipis. Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya
menggambarkan sejarah hitam negara, namun jika kita menghayati sejarah di sebalik bangunan
tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat
terus mara ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu.
Sebagai contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh
telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar.
Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga
kelemahan tentera pada zaman Kesultanan Melaka. Negara kita jugamampu menjadi negara yang
setaraf dengan negara-negara maju yang lain bagai berdiri sama tinggi duduk sama rendah sekiranya
kita tidak mengambil mudah dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan
bersejarah di negara kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan,
yang
buruk
dijadikan
sempadan.
.
.Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen dapat
menarik pelancong baik pelancong domestik mahupun pelancong dari luar negara untuk melawat ke
negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita
selain menyaksikan pemandangan alam yang indah. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu
diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai. Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah
diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah
menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan
Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah
berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. Usaha
seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi sumber
pendapatan negara. Di samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan bersejarah dan melihat
monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain menikmati keindahan alam semula jadi
negara kita dan artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis bagai menyelam sambil minum
air. Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri
pelancongan
negara.
.
.Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang penting dalam
pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari
dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. Sebagai contohnya, dengan
terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di
pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja
kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan
masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran
Merdeka telah dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah
yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga halnya dengan kepentingan
pancutan air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun
1897. Pancutan air Horse dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor, iaitu
Encik Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah persis
peribahasa, yakni tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, bangunan bersejarah dan monumen
sememangnya
mempunyai
nilai
yang
tersendiri.
.
.Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi muda
negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan dan monumen
yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu
generasi. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih menghargai dan
peka akan perkembangan sejarah negara. Hal ini akan membentuk sebuah masyarakat yang sensitif
terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan bangunan bersejarah. Sesungguhnya, pihak
kerajaan pula perlulah mewartakan bangunan bersejarah sebagai bangunan yang perlu dikekalkan
dan dilestarikan, bak kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Oleh hal yang
demikian, mana-mana pihak yang merobohkan atau memusnahkan bangunan bersejarah, mereka
perlulah dikenakan tindakan undang-undang
Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan masyarakat semakin gusar.
Huraikan punca-punca dan langkah-langkah yang tercetus.
(ubah suai karangan isi agar sesuai dengan SPM)
............Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti
memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh
seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang
berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat
merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan,
masyarakat dan lain-lain lagi.
............Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan
pelajar dan semakin serius masalahnya. Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang. Oleh
itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah
dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini.
............Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang
sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk
mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Ringkasnya,
mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan dalam diri mereka sendiri.
............Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak
juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan
bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.
............Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagungdan berdarah setampuk
pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan
pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahliahli kumpulannya. Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah
memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain.
............Bak kata pepatah tiada penyakit yang tiada penyembuhnya.Terdapat pelbagai langkah drastik
yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini. Antaranya ialah pihak
kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini
dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral,
Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa
perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat
tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit
dalam kes buli ini.
............Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga boleh diadakan secara
berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri
daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu
inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini.
............Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap
pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi
diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk
membuli mangsanya.
............Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah
Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak
pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa
dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan informasi yang diperoleh itu kepada rakanrakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya.
............Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana para pelajar
biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya. Contohnya, jika kawannya
minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama.
Perkara ini sama juga jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah.
............Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha
untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa
pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar
masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.
............Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus
berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan
menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli
akan semakin bertambah dan berleluasa lagi.
.............Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan
juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan
mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada
pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar
kepada pelajar yang lain.
............Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung
kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya
anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan
ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anakanak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya. Bak kata
pepatah bapa borek, anak rintih, ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan
senget.
............Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu
bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan
memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa
sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur
buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi
kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.
............Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan
satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat
negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin
semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan
menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha
menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan
onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat
menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.
Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin kecewa dengan kegagalan
pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jelaskan punca-punca dan langkah mengatasinya.
(Ubah suai karangan ini agar sesuai dengan SPM)
............Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan
golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah
ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?
............Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa era
globalisasi ini. Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggung jawab mereka
mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar
dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibu bapa
mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.
............Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan
drastik. Kelakuan yang tidak senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba
pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang
telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin
pelajar yang terus merosot itu.
............Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering
menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan
sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab
mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut
merosot dengan drastiknya.
............Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut
menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan
masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini
menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan
dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini
menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah
menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.
............Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca
masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa
mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjerumus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang
mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.
............Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa
mereka. Ibu bapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi
mereka dalam kerjaya. Ibu bapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang
berhemah tinggi. Ringkasnya, ibu bapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.
............Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita
disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja terutama daripada pihak ahli
politik. Begitu juga dengan pihak media massa yang hanya tahu menyiarkan sahaja berita sensasi
tentang topik ini berulang kali . Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata
Amalan
berjimat
cermat
dan
menabung.
............Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan
sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin
meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika
berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah
yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan
masyarakat.
............Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia
mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah
mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan
masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung
sebelum
hujan.
............Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil
lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan
perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan
keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan
seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang
selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih
gemilang.
............Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian
Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk
kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang
yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap
tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang
bahagia
mempunyai
masa
depan
yang
terjamin.
...........Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu.
Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan
bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut
keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan
kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami
masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada peribahasaberjimat sebelum
terlambat,
beringat
sebelum
terkena.
............Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak
dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan
masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok,
namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar
amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur
Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak akhi-akhir ini.
Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat ini diamalkan.Pada
pendapat
anda,
apakah
langkah-langkah
untuk
meningkatkan
semangat
ini
dan
kepentingannya.
.............Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran
bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin
hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak
kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada
kepentingannya.
.............Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan
perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan
terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum
yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu,
hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.
.............Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak
setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula
semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui
majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan
majlis
sebegini.
semangat
mulia
ini.
.............Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat
hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan
bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan
oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus
mekar
dalam
masyarakat
kita.
.............Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalam
masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amat strategik.
Sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling berjiran sebelum
berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan
konsep
perpaduan
nasional.
............Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang
dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh
masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?
filem seperti Bukit Kepong, Paloh, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat
cinta akan negara.
Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang
bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di
kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari
kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di
samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum
tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai
bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu
masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan
dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.
Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpinpemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan
fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpinpemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah
selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah
dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan
menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati
ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak
dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk
dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.
Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah
dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini
penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi
individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang
memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri
dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding
dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk
dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan
menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan
memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan
dalam kalangan masyarakat.
Deduksinya, langkah yang sama harus diambil DBP untuk mewujudkan 'jiwa bahasa' dalam
kalangan rakyat.
Mendepani arus globalisasi kini, pelbagai perubahan serta modifikasi yang sudah
dilaksanakan terhadap bahasa Malaysia asal sehingga terbentuk bahasa rojak. Lihat
sahaja di kiri dan kanan jalan raya serta di bangunan-bangunanpencakar langit, banyak
papan tanda memaparkan penggunaan bahasa rojak. Perkara ini tidak patut dibiarkan
berlarutan kerana keupayaannya untuk mencemarkan bahasa adalah tinggi. Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) tidak harusberpeluk tubuh dan mendiamkan diri, sebaliknya
perlu mengambil tindakan Undang-undang bagi menyedarkan pihak berkenaan bahawa
bahasa Malaysia bukanlah sebuah wadah mainan komersial. Oleh itu, 'pidana bahasa' ini
perlu dibejat bagi mewujudkan rakyat kontemporari yang berpegang teguh denganbahasa
ibunda.
Konklusinya, semua pihak haruslah menggembleng sinergi untuk meledakkan darjat
bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan harian, selain status
utamanya sebagai bahasa kebangsaan. Janganlah kita menjadi manusia yang khusyuk
menyelami sungai pemodenan dengan mementingkan bahasa asing sebaliknya menidakkan
kebolehan bahasa Malaysia untuk membawa kita ke mata dunia. Pepatah Melayu ada
menyebut, "yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah
itu bahasa". Oleh hal yang demikian, marilah kita berpijak di bumi yang nyata dengan
menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal nirmala dan 'tak lapuk dek hujan, tak lekang
dek panas'.
(597 patah perkataan)
KOSA KATA:
1. Signifikan = kepentingan
2. Polemik = perdebatan
3. Diadaptasikan = diubah suai
4. Inisiatif = daya usaha
5. Diimplementasikan = dilaksanakan
6. Mutakhir ini = baru-baru ini
7. Nafsi = mementingkan diri sendiri
8. Dominan = kuat pengaruh
9. Ironinya = secara bertentangan
10. Proaktif = maju
11. Mangkin yang efektif = usaha yang berkesan
12. Membejat kemelut = mengekang masalah
13. Sementelahan pula = tambahan pula
14. Agen perpaduan = pengaruh kesepunyaan kaum
15. Holistik = keseluruhan
16. Rencaman = pelbagai
17. Anjakan paradigma = perubahan yang lebih baik
18. Modifikasi = ubah suai
19. Wadah = alat
20. Komersial = bersifat ekonomi
21. Pidana = kejahatan
22. Kontemporari = era baru
23. Menggembleng sinergi = bersatu tenaga
24. Nirmala = kekal
FORMAT BAHAGIAN B
KARANGAN UMUM
Keperluan soalan
1.
Lima soalan dikemukakan dan anda perlu menjawab satu soalan sahaja.
2.
Sebanyak 100 markah diperuntukkan untuk karangan Bahagian B.
3.
Anda perlu menjawab soalan ini dalam masa yang dicadangkan iaitu satu
jam setengah / 90 minit.
4.
Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 350 patah perkataan.
5.
Terdapat dua bentuk soalan yang disoal iaitu karangan berformat dan
karangan tidak berformat.
6.
Antara jenis karangan berformat ialah :
surat rasmi
laporan
minit mesyuarat
berita
rencana
dialog/wawancara/forum
ucapan/syarahan/ceramah/taklimat
ulasan buku/resensi
7.
Antara karangan tidak berformat pula ialah :
gambaran/keperihalan
cereka/imaginasi
fakta
pendapat/perbincangan
perbahasan
peribahasa/cogan kata
kesusasteraan
8.
Terdapat lima dimensi yang diambil kira dalam penyediaan soalan bagi
Bahagian B iaitu :
diri sendiri
keluarga
masyarakat/negara
antarabangsa
kesusasteraan
TEKNIK MENJAWAB
Penulisan karangan
Bagi karangan Bahagian B, anda perlu menulis karangan anda melebihi 350 patah
perkataan
Bagi memastikan karangan anda pada tahap cemerlang, pastikan karangan anda
mempunyai tujuh perenggan atau melebihi tiga muka surat.
Saya mencadangkan anda menulis perenggan pendahuluan dalam anggaran 70
patah perkataan, isi dalam anggaran 80 patah perkataan (80 X 5 isi = 400) dan
penutup dalam anggaran 70 patah perkataan.
Jadi, jumlah keseluruhan karangan anda ialah 500 patah perkataan dan memenuhi
kehendak arahan soalan.
Formula penulisan karangan
PENDAHULUAN ( anggaran 70 patah perkataan )
Pendahuluan = PU/DEFINISI + AH + AC + AA
Peringatan :
Setiap isi mestilah ditulis dalam satu perenggan sahaja.
Tidak boleh menggabungkan 2 isi dalam satu perenggan.
Tidak boleh menulis 1 isi dalam beberapa perenggan (dikira sebagai
mengulang isi).
PENUTUP ( anggaran 70 patah perkataan )
Penutup = AK + AC + AH
Peringatan :
Jangan memasukkan isi dalam kesimpulan.
Perenggan kesimpulan haruslah seimbang dengan perenggan pendahuluan.
Mesti memasukkan ayat cadangan dan harapan.
Pembahagian masa
Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 90 minit.
Peruntukkan masa yang saya cadangkan adalah seperti berikut:
Strategi
Membaca dan memahami arahan
soalan
Menyediakan rangka karangan
Mengarang
Menyemak
Menyemak dan menyusun jawapan
Jumlah masa
PENILAIAN
Ciri-ciri Karangan Cemerlang
Sesebuah karangan yang cemerlang harus memenuhi kriteria-kriteria yang berikut :
Punca bercambahnya masalah ini termasuklah kurangnya didikan duniawi serta ukhrawi
daripada ibu bapa. Hal ini berlaku kerana mereka terlalu ghairah mengejar kemewahan
hinggakan sanggup mempedulikan asas kehidupan serta dasar keagamaan anak-anak
mereka. Bahkan mereka tidak arif bahawa pengabaian inilah yang bakal merosakkan anak
bangsa kita. Persis slogan 'pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara', ibu bapa
hendaklah mengawasi pergerakan dan pergaulan anak-anak mereka supaya terhindar
daripada maksiat seterusnya mengatur strategi kehidupan anak-anak mereka supaya dapat
menjadi tonggaknegara pada masa akan datang.
Pemuda watan kita sering tersilap memilih jalan seperti peribahasa menyebut'terlajak
perahu boleh diundur, terlajak langkah buruk padahnya'. Hal ini disebabkan,
remaja marcapada lebih cenderung memilih rakan yang mengikut trend walhal budaya
yang disalurkan adalah negatif. Sudah terlalu menggunung budaya barat yang diisi
dalam kotak pemikiran kita sehinggakan kita terlupa kepada budaya asal. Dasar remaja
pula, mereka mahukan sesuatu yang lebih menarik dan mengikut peredaran zaman. Jadi
apabila wujudnya pengaruh rakan sebaya, mudahlah baginya untuk turut serta dan
mencuba perkara baru. Pemilihan kawan yang baik dapat mencorakkan kehidupan kita ke
aras yang lebih sempurna.
Di samping itu, peranan media juga menjadi tulang belakang kepada kegawatan ini.
Media kini lebih gemar memaparkan program-program yang bertentangan
dengan norma masyarakat lokal. Eksploitasi seks terhadap wanita dalam iklan-iklan
sebagai intiha, memesongkan iman para remaja seterusnya menyebabkan mereka
berpotensi untuk terjerumus ke lembah kehinaan. Selain itu, penapisan filem serta drama
dianggap masih longgar kerana wujud adegan-adegan separa lucah yang dapat meracun
minda remaja kita. Oleh yang demikian, remaja seringkali terikut-ikut dengan paparan
negatif yang jelas berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Bagi menangani punca-punca ini, pelbagai inisiatif telah diambil oleh variasipihak.
Antara cara demi menangani polemik sosial ini ialah mengadakan sesi kaunseling yang
melibatkan pihak sekolah, ibu bapa dan remaja itu sendiri. Menerusi pendekatan ini,
masalah yang menyebabkan seseorang pelajar ponteng dapat dikesan. Pihak kaunselor
harus menerangkan impak negatif aktiviti ponteng supaya pelajar tersebut sedar dan
berhati-hati menongkah arus kehidupannya. Hal ini dilihat berkesan demi mengurangkan
kadar
pertambahan
bilangan
pelajar
yang
ponteng
sekolah,
kerana
peribahasa ghalib menyebut "sediakan payung sebelum hujan". Makanya, apabila pihak
yang berkenaan sudah mengetahui punca-punca gejala ponteng, usaha membanteras juga
lebih efektif.
Seterusnya, para pelajar haruslah faham bahawa gejala ponteng bukanlah aktiviti yang
menjamin masa depan. Sepatutnya, masa yang terluang diisi dengan ilmu dan pengajaran
sebagai bekalan untuk masa hadapan. Pihak kerajaan pula perlulah menitikberatkan
peraturan dan undang-undang kerana para pelajar dilihat memandang sebelah mata akan
peraturan sekolah seolah-olah tiada mata yang melihat pergerakan mereka. Apabila
peraturan dan hukuman dilaksanakan, pelajar-pelajar akan tergerak daripada mimpi dan
sedar bahawa kebebasan yang dikecapi adalah terhad.
Tuntasnya, semua pihak terutamanya pelajar sendiri haruslah bertanggungjawab
membaik pulih sistem pendidikan negara agar dapat memacu kejayaan negara seterusnya
bersaing dengan kuasa besar antarabangsa yang lain. Janganlah kita menjatuhkan air
muka negara sendiri tatkala rumpun lain asyik memperlekehkan kemampuan kita.
Sesungguhnya pentarbiahan yang sempurna menjamin keterjelmaan negara seiring
dengan Gagasan 1Malaysia.
(551 patah perkataan)
KOSA KATA:
Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yangmampu meranapkan
peradaban bangsa dan negara melanda golongan remaja.Akhir-akhir ini, berita
mengenai golongan remaja yang terjebak dalam gejalasosial kerap terpampang di
dada akhbar. Isu inimenjadi suatu isu yang hangatdiperkatakan dan sering menjadi
buah mulut orang ramai. Antara penyakit sosialyang dimaksudkan ialah gejala
vandalism, buli dan ponteng. Keutuhan institusi keluargabegitu penting dalam usaha
menangani gejala sosial sehingga institusi keluarga diibaratkanseperti batu bata
dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi keluarga begitupenting dalam usaha
menangani gejala sosial sehingga kempen Rumahku Syurgakudiadakan secara besarbesaran. Program ini menekankan kepentingan rumahdiibaratkan sebagai syurga
untuk memastikan keutuhan institusi keluarga.Oleh itu, ibu bapa perlulah menyahut
cabaran bagimenghalang golongan remajadaripada terjebak dalam gejala sosial.
Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepadaanakanak mereka dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yangpenuh. Ibu
bapa perlu menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilaidan
mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikapsesetengah
ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulahdikikis sama sekali.
Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan danmaterialistik yang ada pada diri
mereka akan menyebabkan mereka terlalusibuk dengan kerja mereka sehingga
mengabaikan anak-anak mereka.Contohnya, pada hujung minggu, ibu bapa perlulah
meluangkan masa mereka untukmelakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama
anak-anak mereka. Ibu bapabolehlah membawa remaja makan angin di destinasidestinasi yang menarik dinegara kita. Hadis ada menyatakan bahawa anakanak diibaratkan
sepertikain
putih,
ibu
bapalah
yang
mencorakkannya.
Sememangnya, ibu bapa perlu mampumengimbangi kepentingan keluarga dan
kerjaya mereka kerana anak-anak merekaamat memerlukan kasih sayang seorang
ayah dan ibu.
Golongan remaja perlulah dibekalkan dengan didikan agama dan moralyang
sempurna . Ibu bapa perlulah menekankan kepentingan ajaran agama
terhadappembentukan mental remaja kerana didikan agama dan moral dapat
menjamin bahawaremaja akan dapat membezakan antara perkara yang baik dengan
yang buruk danseterusnya mendorong remaja mengawal tingkah laku mereka.
Tanggapan sesentengahibu bapa bahawa tanggungjawab mereka tidak lebih
daripada menyekolahkan danmenyediakan makan minum anak-anak tidak benar
sama sekali. Mereka jugaharus memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat
ajaran agama yang sempurna. Sebagaicontoh, ibu bapa perlulah meluangkan masa
untuk membekalkan ajaran agamakepadaanak-anak mereka sejak kecil lagi kerana
melentur buluh biarlah darirebungnya. Didikan agama yang dibekalkan kepada
remaja dapat memastikan bahawaanak-anak mereka mempunyai benteng diri yang
kukuh untuk menolak ajakanrakan-rakan untuk melibatkan diri dalam apa-apa
tindakan yang mampu memburukkanimej diri dan merosakkan nama baik sesebuah
keluarga.
Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadapkebajikan
anak-anak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak merekadi sekolah.
Dari semasa kesemasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untukmenghubungi pihak
sekolah untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi olehanak-anak mereka.
Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menghadirkan diri dalamsebarang pertemuan
antara ibu bapa dan guru. Dengan ini, pihak sekolah,guru dan ibu bapa akan dapat
bermuafakat dan bekerjasama untuk membantu remaja yangbermasalah dengan
mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlumemastikan bahawa nasihat
yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak merekatidaklah Bagai me ncurahkan
air ke daun keladi. Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Masalahremaja perlu
dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih baik daripadamengubati.
Ibubapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak-anak merekadengan
meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta benda dan wangringgit.
Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepadaanak-anak mereka . Ibu
bapa sememangnya perlu memastikan segala tingkah lakudan pertuturan mereka
kerana segala perlakuan mereka akan diperhatikan olehanak-anak mereka. Malah,
segala tingkah laku ibu bapa akan ditiru olehanak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa
yang mempunyai tabiat buruk seperti merokokperlulah bertaubat dan berhenti
merokok kerana anak-anak mereka berkemungkinan besarakan terpengaruh dan
seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah mengatasi apa-apakelemahan yang ada pada