Anda di halaman 1dari 5

Soalan 1.

Bincangkan isu-isu utama pengurusan dan kepimpinan di sekolah tersebut.


Jawapan :
Kepimpinan merupakan kunci utama dalam sesuatu organisasi, pengurusan dan
pentadbiran pendidikan di seluruh dunia. Tetapi perlu diingat bahawa, kepimpinan
dalam pendidikan adalah unik dan memerlukan pengetahuan yang luas kerana ianya
melibatkan pengurusan insan dari pelbagai umur yang berlainan pada satu-satu masa.
David M. Traversi (2007) menyebut bahawa faktor kepimpinanlah yang membezakan
antara sesebuah organisasi yang berjaya atau sebaliknya. Ini adalah kerana segala
keputusan yang dibuat akan bergantung kepada visi dan misi yang ingin dicapai oleh
pemimpin dalam sesuatu organisasi.
Perkara yang paling penting bagi seseorang pemimpin adalah memastikan
setiap program berjalan seperti yang dirancang, tidak kira sama ada program itu kecil
ataupun besar. Dalam melaksanakan program ini seorang pemimpin mungkin akan
menghadapi isu-isu seperti yang dinyatakan dalam petikan, maka beliau perlulah
memilih pendekatan sesuai dengan cabaran yang dihadapi (Institut Aminudin Baki,
2006).

Pemimpin boleh melakukan tugasnya dengan penuh keyakinan sekiranya:

memahami objektif utama dan membuat perancangan awal untuk mencapai objektif;
mempunyai orang bawahannya yang komited untuk mengharungi cabaran bersama
dan saling bantu membantu dalam menangani cabaran.

Seorang pemimpin boleh

diumpamakan sebagai sebuah pancaragam yang bertugas untuk menghasilkan bunyibunyian yang diselaraskan dan irama lagu yang betul melalui usaha-usaha untuk
bersatu dengan ahli-ahli muzik yang lain di dalam pancaragam itu.
Kepemimpinan selalunya dikaitkan dengan proses seseorang mempengaruhi
orang lain supaya mengikutnya untuk melaksanakan tugas-tugas organisasi agar
matlamat organisasi yang dirancang tercapai.

Kepemimpinan dalam erti kata lain

adalah seperti proses seorang ketua kapal di laut menguruskan dan mengarah anak
kapalnya agar kapal yang dinaiki itu tidak tenggelam serta sampai ke destinasi yang
selamat walaupun pada satu ketika terpaksa mengharungi lautan bergelora mahupun

ribut. Hal ini hanya berlaku sekiranya ketua kapal tersebut mampu memastikan anak
kapalnya mendengar arahan serta menghormati keputusan yang dibuat olehnya dan
mampu bekerja sebagai satu kumpulan.
Di samping itu, mengikut Ishak Bin Sin (2002) kepimpinan ini juga bererti
seorang itu perlulah sanggup menanggung risiko, demi menyelamatkan orang
bawahannya, menjadi kepala dalam misi yang berbahaya dan sama-sama merasa
kepayahan yang dialami orang-orang bawahan, (Riket, W. J.,2004). Tindakan seperti
ini membangkitkan semangat orang bawahan untuk melaksanakan tugas dengan lebih
berkesan, bukan sahaja untuk organisasi tetapi juga sebagai petunjuk bahawa mereka
menyenangi pemimpin mereka. Perbincangan dua hala merupakan salah satu cara
untuk menjana pemikiran orang bawahnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah
yang timbul serta berupaya untuk meyakinkan orang bawahan tentang betapa perlunya
orang-orang bawahan bekerja sebagai satu pasukan dan bukan secara individu untuk
mencapai matlamat organisasi.

Malah pemimpin juga perlu berusaha untuk

mempertingkatkan tahap keperluan dan kebolehan orang bawahnya supaya lebih


bertanggungjawab dan berjaya menyelesaikan tugas-tugas organisasi ke peringkat
yang maksimum walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan.
Soalan 2.
Pada pendapat anda mengapakah timbulnya isu-isu tersebut.
Jawapan :
i.

Masalah Hubungan Pengetua Dengan Kakitangan


Hubungan manusia amatlah penting bagi menjamin kestabilan dan keharmonian

sesuatu

sistem

pendidikan.

Justeru

itu

pengetua

mestilah

seorang

yang

bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana yang harmoni di antara pengetua


dengan orang bawahannya. Pengetua yang tidak mahir dalam hubungan interpersonal
akan menghadapi masalah untuk mendapatkan kerjasama daripada guru-guru.
Pengetua juga sering kelihatan mengabaikan hubungan manusia apabila telah dilantik
ke jawatan tersebut kerana mungkin mereka memikirkan bahawa jawatan yang
disandang itu berfungsi sebagai pentadbir sekolah lebih daripada peranan sebagai

pengurus pendidikan. Kadangkala terdapat juga pengetua yang tidak profesional di


dalam menjalankan tugasnya, di mana mereka menegur atau memarahi guru tidak
mengira tempat dan ini menyebabkan guru atau kakitangan lain berasa malu, kecil hati
dan marah terhadap pengetua tersebut.

Bagi guru-guru yang tidak berpuas hati

dengan pengetua sukar bagi mereka untuk bekerjasama dan berkomunikasi dengan
pengetua untuk meningkatkan pencapaian prestasi di sekolah. Guru-guru ini akan lebih
banyak mendiamkan diri dan mengikut apa sahaja arahan dengan pasif kerana
minatnya terhadap suasana pekerjaan di tempat tugasnya telah menurun.
ii.

Masalah Kemerosotan Disiplin dan Salah Laku Pelajar


Pihak pengurusan sekolah juga terpaksa menghadapi masalah disiplin pelajar

terutamanya sekolah-sekolah yang mempunyai bilangan murid yang ramai. Masalah ini
sering berlaku di sekolah bandar kerana mereka selalu terdedah dengan perkaraperkara yang tidak baik. Di samping itu, murid-murid juga terdiri dari latar belakang dan
taraf hidup yang berbeza di antara satu sama lain. Dengan ini, masalah salah laku
pelajar pada masa kini sememangnya merisaukan banyak pihak terutamanya ibu bapa,
masyarakat dan negara.

Perkara yang sering menimbulkan masalah disiplin di

sekolah-sekolah adalah seperti menyertai kumpulan samseng, merokok, mencuri,


merosakkan harta benda sekolah, mengugut guru dan pelajar, bergaduh, memukul
pelajar, ponteng sekolah, buli dan sebagainya merupakan perkara biasa yang banyak
berlaku di sekolah rendah mahupun menengah.

Faktor utama masalah disiplin

disebabkan kurangnya didikan ibu bapa di rumah kerana didikan awal bermula dari
rumah. Mengikut Hussein Mahmood (1980), mendapati bahawa masalah besar yang
dihadapi oleh pelajar adalah yang berkaitan dengan rumah dan keluarga. Persekitaran
rumah tangga banyak mempengaruhi perkembangan tingkah laku kanak-kanak dan
remaja.

Sebahagian besar yang menyumbang kepada masalah disiplin di sekolah

adalah juga berpunca daripada kehidupan keluarga sendiri. Dalam usaha menangani
masalah disiplin, para guru dan pentadbir sekolah juga sering merasa bahawa diri
mereka tidak dilindungi oleh undang-undang.

Soalan 3.
Andai kata anda baru dilantik sebagai pemimpin SMKTB, apakah tindakan dan
perancangan anda untuk mengembalikan kegemilangan sekolah tersebut.
Jawapan :
Kecemerlangan atau kejayaan sesebuah sekolah banyak dipengaruhi dan
disebabkan oleh kepimpinan pengetua/guru besar yang berkesan.

Ini bermakna,

pengetua atau guru besarlah yang dapat menggerakkan sekolah itu maju ke hadapan
untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kegiatan ko-kurikulum atau
mundur kebelakang sebagai sekolah yang tidak berkesan.
Sekiranya saya seorang pengetua, saya perlu memiliki idea yang pelbagai dan
mempunyai kemahiran merancang startegik. Perancangan mestilah bermula dengan
pernyataan misi sekolah. Saya mesti mengatur strategi pantas untuk mengenali semua
guru dan staf sokongan.

Apabila telah mengingati nama mudahlah berbual dan

berbincang dengan mereka. Saya mahu gembelingkan tenaga melaksanakan kerja


bersama-sama menggerakkan aktiviti membaca. Aktiviti membaca akan melahirkan
pelajar yang cemerlang. Sebagai seorang ketua, saya mesti mencari jalan agar saya
dihormati. Oleh itu saya akan gunakan kuasa kepakaran untuk membimbing guru-guru.
Apabila sudah rapat dengan mereka, barulah saya menjenguk mereka ketika mengajar
di dalam kelas.
Saya mahu membina keyakinan untuk memantau guru mengajar. Saya juga
mahu mendapatkan maklumat daripada pelajar, maka saya perlu kerap berbual dengan
mereka. Ini adalah satu cara hendak memenangi hati pelajar. Saya perlu berbincang
dengan kelompok guru untuk mengetahui cabaran kerja mereka. Setiap perbincangan
akan menghasilkan suatu ketetapan atau aktiviti baru. Saya juga perlu mengingatkan
guru yang cuai melaksanakan tugas sesungguh hati. Inilah satu kerja yang mencabar.
Waktu untuk saya bertindak sangat terbatas.

Oleh itu saya akan menyemak kerja

bertulis pelajar. Melalui pemeriksaan buku banyak maklumat yang diperolehi. Saya
boleh berbincang dengan guru tentang keperluan memeriksa semula jawapan yang
telah dibuat pembetulan.

Soalan 4.
Nyatakan sekurang-kurangnya dua (2) kekangan utama yang mungkin anda akan
hadapi dalam melaksanakan perancangan tersebut.