Anda di halaman 1dari 3

Pendahuluan

- aktiviti luar darjah yang bermanfaat


- Kegiatan yang merangkumi persatuan, unit uniform serta
permainan
- Semua pelajar digalakkan menyertai
Antara.
ISI 1
- dapat memenuhkan masa lapang.
- Pelajar yang aktif dalam kegiatan ini akan terhindar
Seterusnya ,.
ISI 2
- dapat melatih pelajar menjadi pemimpin.
- Sebagai contoh, apabila pelajar memegang jawatan pengerusi,
mereka akan
Selain itu,
ISI 3
- dapat membentuk disiplin diri.
- kegiatan-kegiatan ini dijalankan mengikut peraturan dan jadual yang
telah ditetapkan.
- Oleh itu, kita akan menjadi
Akhir sekali ,..
ISI 4
- akan mengukuhkan lagi perpaduan.
- disertai oleh ramai ahli serta terdiri daripada pelbagai kaum
- Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan..
Konkusinya,
PENUTUP
- banyak kebaikan
- wajib menyertainya..
- melahirkan pelajar yang berjaya

Faedah-faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum


Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan
beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan
kokurikulum kerana kegiatan ini mempunyai banyak faedahnya.
Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat memenuhkan masa lapang. Pelajar yang aktif
dalam kegiatan ini akan terhindar daripada terlibat dengan gejala sosial kerana banyak masa mereka
digunakan untuk aktiviti kokulrikulum di sekolah seperti sukan dan sebagainya. Oleh itu, masa lapang dapat
diisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah.
Seterusnya, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai
jawatan dalam persatuan seperti jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli
biasa. Sebagai contoh, apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua.
Dengan itu, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.
Selain itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Sebagai
contoh, kegiatan-kegiatan ini dijalankan mengikut peraturan dan jadual yang telah ditetapkan. Kita perlu
mematuhi peraturan dan jadual tersebut supaya segala aktiviti yang direncana dapat dijalankan dengan
lancar. Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum.
Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab
tentunya disertai oleh ramai ahli serta terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lainlain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul dan bertukar-tukar pendapat. Dengan ini
akan mengeratkan hubungan sesama mereka dan seterusnya akan mewujudkan perpaduan antara kaum.
Konklusinya banyak kebaikan apabila murid-murid menyertai kegiatan kokurikulum di
sekolah.Pelajar- pelajar wajib menyertai kegiatan kokurikulum ini dan perlu bergerak aktif.Kegiatan ini akan
dapat melahirkan para pelajar yang cemerlang dan berketerampilan.

Anda mungkin juga menyukai