Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN

Ia adalah bantuan kewangan disediakan kerajaan bagi memastikan harga bagi


beberapa barangan dan perkhidmatan berpatutan untuk membantu rakyat Malaysia
yang memerlukan barangan dan perkhidmatan berkenaan. Pengurangan subsidi
bahan api dan gula adalah langkah pertama dalam pelaksanaan rasionalisasi
berkala yang lebih besar. Untuk masa akan datang, tambahan dan perubahan yang
sepatutnya akan dilakukan terhadap program subsidi ini. Jika subsidi berterusan
pada tahap sekarang, kita mungkin akan menghadapi beberapa masalah. Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala yang juga Ketua Pegawai Eksekutif,
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), mengumumkan bahawa
kerajaan tidak mampu lagi menampung kadar subsidi seperti yang ada sekarang.
Malah negara akan muflis/bankrap dalam masa lima tahun kalau kadar perbelanjaan
negara tidak dikurangkan. Beliau juga membandingkan negara kita dengan Greece
yang kini mengalami krisis kewangan yang teruk dan hampir muflis. Salah satu cara
menjimatkan perbelanjaan adalah dengan mengurangkan atau menghapuskan
langsung subsidi. Subsidi, tak kira subsidi tol, bahan api, elektrik, gula, tepung atau
minyak masak dikurangkan atau dimansuhkan secara berperingkat mulai tahun ini.
Matlamatnya adalah untuk kurangkan perbelanjaan sehingga RM103 bilion dalam
tempoh lima tahun.
Sebenarnya Malaysia adalah negara yang paling tinggi subsidi di dunia, subsidi
berjumlah RM74 bilion tahun lalu memanglah besar. Daripada jumlah itu, subsidi
sosial sebanyak RM42.4 bilion, bahan api dan elektrik (RM23.5 bilion), prasarana
(RM4.8 bilion) dan makanan (RM3.4 bilion). Purata subsidi itu bersamaan RM12,900
bagi setiap isi rumah.

1.2

KEPERLUAN MENGURANGKAN SUBSIDI NEGARA

Inflasi di negara ini boleh dikawal dan diuruskan dengan baik, walaupun kerajaan
mengurangkan pemberian subsidi. Ia hanya boleh dikawal sekiranya pengurangan
subsidi itu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Analisis telah dibuat oleh Bank
Negara Malaysia (BNM) dan menunjukkan ia akan meningkat kepada tiga peratus
atau turun kepada 2.9 peratus untuk masa ini. Hutang negara akan meningkat pada
tahun itu sekiranya negara terus bergantung kepada pemberian subsidi kerajaan.

Antara cadangan pengurangan subsidi membabitkan subsidi gas yang


mengakibatkan peningkatan tarif elektrik, kenaikan kadar tol, caj hospital awam
dinaikkan dan sebagainya. Kerajaan juga mencadangkan agar langkah
mengurangkan subsidi petrol secara berperingkat dalam usaha menjadikan Malaysia
sebagai negara berpendapatan tinggi dan maju.

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang memberikan subsidi yang banyak di
dunia dengan jumlah subsidi sebanyak RM74 bilion pada 2009. Ia meliputi subsidi
sosial sebanyak RM24.8 bilion, minyak sebanyak RM23.5 bilion dan makanan
sehingga mencecah RM3.1 bilion. Sementara itu, kaji selidik BNM menunjukkan
inflasi akan meningkat kepada empat peratus pada 2011 hingga 2012 dan berada
sekitar tiga peratus selepas 2013 (Siti, 2011).

Langkah ini sebahagian pelaksanaan Model Ekonomi Baru dan Rancangan


Malaysia Ke-10 rasionalisasi subsidi adalah satu daripada beberapa langkah dalam
Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia ke-10. Dengan melaksanakan
langkah ini yang mana seperti dikatakan Perdana Menteri akan memperbaiki tahap
kompetitif dan kebolehan pasaran... dan akan memastikan penggunaan sumber
yang optimum, Malaysia sudah mengambil langkah konkrit terhadap pelaksanaan
inisiatif pembaharuan ini. Ini adalah langkah bersama yang diputuskan kerajaan dan
rakyat langkah ini dipersetujui Kabinet sebulat suara, tetapi ia tidak dilakukan
kerajaan secara bersendirian. Melalui proses Makmal dan Hari Terbuka, ribuan
rakyat Malaysia memberikan input terhadap keputusan ini, selepas mereka
mengikuti lain-lain inisiatif, termasuk Program Transformasi Kerajaan dan sekarang
Bidang Keberhasilan Utama yang mana makmal sedang berlangsung (1Klik, 2010).

2.1

PERMASALAHAN KAJIAN

Kebaikan Subsidi Dalam Memajukan Ekonomi Negara


Orang yang beli beras bayar harga yang tinggi sedikit dan harga tambahan itu
dipindahkan kepada penanam padi sebagai subsidi. Ambil contoh subsidi baja.
Petani dapat baja dan pengilang dapat hasil membekalkan baja. Kalau tidak kerana
skim subsidi baja, industri baja kita tidaklah sebesar sekarang. Subsidi menjana
ekonomi. Seorang pengguna yang terima RM1 ringgit subsidi akan belanja duit itu.

Pekedai dapat hasil. Pekedai pasti buat keuntungan kerana barang yang dijual
dengar harga RM1 itu diperolehnya dengar harga lebih rendah daripada pembekal.
Pembekal beli lebih rendah dari pengilang. Setiap kali duit RM1 itu bertukar tangan,
ia menambah kepada nilai ekonomi. Ia menjana pertumbuhan melalui peningkatan
daya pengeluaran, menambah kuasa membeli dan mengurangkan inflasi.

Kesan Negatif Penarikan Subsidi Dalam Ekonomi Negara


Golongan berpendapatan rendah menghadapi masalah kemiskinan. Jika subsidi
baja dan subsidi harga padi ditarik balik, ratusan ribu petani kita akan hidup dalam
kemiskinan tegar dan hasil padi/beras negara merudum. Subsidi adalah sebahagian
daripada ekonomi. Ia menjana pertumbuhan melalui peningkatan daya pengeluaran,
menambah kuasa membeli dan mengurangkan inflasi. Sebaliknya jika subsidi ditarik
balik, kos makanan akan meningkat kerana harga gula dan petrol meningkat.
Golongan berpendapatan rendah akan menghadapi masalah kewangan.

Pengurangan subsidi pasti akan menjejaskan taraf hidup rakyat. Kuasa membeli
mereka akan jatuh dan akan diburukkan lagi oleh kenaikan harga barang dan
perkhidmatan. Pengilang, penyedia perkhidmatan, pengedar dan pekedai akan
menaikkan harga bagi menampung pengurangan atau penghapusan subsidi. Setiap
peringkat rangkaian pembekalan (supply chain) akan menaikkan harga. Lebih teruk
daripada itu mereka akan mengambil kesempatan membuat keuntungan berlebihan
(profiteering). Api inflasi akan menyemarakkan. Jika di luar kawalan, ekonomi
Negara juga akan lumpuh.

2.2

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini untuk memperlihatkan keperluan sistem subsidi kepada
rakyat negara dan kesan yang akan mempengaruhinya. Apa yang pasti melalui
subsidi ini akan wujud kesan baik dan buruk yang perlu diberi perhatian khusus
supaya ia tidak mengganggu kestabilan politik dan ekonomi negara. Antara objektif
kajian ini ialah:

Melihat keperluan subsidi ini kepada pembangunan negara.


2.
Pengurangan subsidi sektor mana yang perlu diberi perhatian utama.
3.
Apakah masalah ekonomi negara yang menyebabkan perlunya pengurangan
subsidi ini.
1.

3.1

SOROTAN LAMPAU

Ashauer (1989), Easterly dan Rebelo (1993), Baxter dan King (1993) serta Bose,
Haque dan Osborn (2007) yang mengesahkan bahawa peruntukan perbelanjaan
atau pelaburan kerajaan ke atas infrastruktur akan menambahkan pembentukan
modal awam yang mampu mempengaruhi produktiviti faktor dan output sektor
swasta. Lanjutan kepada kajian-kajian tersebut, Shelton (2007) serta Folster dan
Henrekson (2001) juga mendapati bahawa Walaupun keluaran negara meningkat,
namun akibat daripada komposisi golongan tua dalam masyarakat juga bertambah,
maka berlaku peningkatan perbelanjaan awam bagi golongan ini terutama sekali
belanja sekuriti sosial. Easterly dan Levine (1997) pula membuktikan wujud korelasi
negatif antara pecahan etnik di Afrika dengan penentuan perbelanjaan awam
disebabkan tiada kata sepakat yang dicapai akibat daripada set cita rasa dan
keutamaan yang berbeza antara
etnik. Walaupun begitu, mengikut Al-Faris (2002), keputusan ujian sebab-penyebab
mengikut versi Granger bagi kebanyakan negara lebih menerima Hukum Wagner
memandangkan nisbah yang tinggi diperuntukkan ke atas perbelanjaan awam yang
dianggap kurang produktif seperti pertahanan dan subsidi.

Kadar inflasi Malaysia pada tahun 2010 berada pada kadar 2.2%, berdasarkan
laporan Financial Times, kajian yang dijalankan oleh Northern Light mendapati 62
peratus pelabur menjangkakan inflasi akan meningkat secara global. Data ini yang
dikeluarkan di Britain menunjukkan Indeks Harga Pengguna di United Kingdom
mencecah 3.7 peratus pada Januari 2011. Ini menguatkan spekulasi bahawa inflasi
sedang meningkat, inflasi dikatakan bakal mencecah kadar empat peratus dalam
beberapa bulan akan datang. Kini penganalisis mempersoalkan sama ada Bank of
England sudah kehilangan kredibiliti.

Pakar ekonomi percaya Indeks Harga Pengguna akan meningkat sekitar 3.4 peratus
pada Disember dengan petrol, makanan dan bil utiliti memberikan tekanan paling
kuat terhadap inflasi. Dalam hal ini kadar inflasi di Malaysia dijangka berada pada
kadar 2.5% hingga 3% peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh
kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia. Inflasi bakal meningkat lebih pantas
sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan pemansuhan subsidi di bawah
rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian
(Pemandu). Dengan kadar 2.75 peratus, tahap Kadar Dasar Semalaman (OPR)
adalah menyokong mencatat pertumbuhan teguh dan menangani tekanan inflasi
semasa (Siti Rizadiana, 2011).

Harga minyak dan komoditi dijangka meningkatkan inflasi harga pengguna pada
Disember dengan harga makanan terus meningkat. OPR akan kekal sekiranya
kadar inflasi meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang ekoran kenaikan
harga komoditi dan makanan serta pelaksanaan rasionalisasi subsidi. OPR boleh
meningkat sehingga 3.25 peratus dan dijangka kenaikan untuk kali ketiga sebanyak
25 mata asas lagi sekiranya diperlukan.

Namun, ia bergantung kepada penurunan inflasi menjelang separuh kedua


2011.Inflasi di negara ini boleh dikawal dan diuruskan dengan baik, walaupun
kerajaan mengurangkan pemberian subsidi. Ia hanya boleh dikawal sekiranya
pengurangan subsidi itu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Analisis telah
dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan menunjukkan ia akan meningkat
kepada tiga peratus atau turun kepada 2.9 peratus untuk masa ini (Siti Rizadiana,
2011). Hutang negara akan meningkat pada tahun itu sekiranya negara terus
bergantung kepada pemberian subsidi kerajaan. Ini menunjukkan kecenderungan
kerajaan melaksanakan belanjawan berhemat dengan menetapkan peruntukan
belanja pembangunan terlebih dahulu dan diikuti pengagihan belanja mengurus.
Langkah ini juga dilihat mampu menjimatkan jumlah belanja mengurus semasa
memandangkan jumlah belanja mengurus akan hanya diketahui setelah projek
pembangunan dirancang dengan lebih teliti terutama sekali daripada aspek
peruntukan kos dengan mengambil kira pergerakan tingkat harga semasa.

3.2

HIPOTESIS KAJIAN

Kerajaan telah membelanjakan RM 10.32 bilion sebagai subsidi untuk barangan


keperluan asas bagi tahun 2010. Jumlah ini dijangka akan mencecah RM 20.6 bilion
pada tahun 2011. Subsidi RM 10.32 bilion yang disediakan oleh kerajaan bagi
mengurangkan harga barangan keperluan asas. Melalui pendekatan subsidi,
kerajaan menanggung sebahagian kos harga barangan keperluan supaya harga
barangan tersebut dalam pasaran tempatan dikurangkan agar golongan pendapatan
rendah. Rasional pengurangan bajet subsidi bagi keperluan berikut adalah:
1. Apakah benar kerajaan menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk
subsidi?
2. Adakah benar dakwaan harga barang kian naik kerana kerajaan tidak cekap?
3. Apakah impak pendekatan pemberian subsidi kepada pertumbuhan ekonomi
negara?
4.1

METODOLOGI KAJIAN

Untuk mengkaji keperluan atau perbelanjaan kerajaan yang telah dikeluarkan untuk
subsidi. Kajian akan menilai perbelanjaan yang telah dikeluarkan bermula dari tahun
2004 hingga tahun 2010 dan rasional perlunya ada pengurangan subsidi kerajaan
terhadap perkara-perkara tertentu berdasarkan persekitaran semasa yang kita
ketahui permasalahannya. Perbandingan peratusan tersebut juga melihat
kemampuan ekonomi negara mengapa perlunya ada pengurangan subsidi terhadap
barangan tersebut. Perbandingan tersebut juga melihat jumlah pendapatan negara
secara keseluruhan, perbelanjaan mengurus dan jumlah perbelanjaan subsidi yang
dikeluarkan oleh kerajaan untuk menampung kos-kos tertentu dalam subsidi. Selain
itu menilai keperluan rakyat yang terpaksa ditanggung akibat dari pengurangan
subsidi kerajaan, terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Rujukan
Siti Rizadiana Rahmat. (2011). Kadar Inflasi Di Malaysia Membimbangkan. Atas talian 20
Februari 2012, dari http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/polisiawam/586-kadar-inflasi-di-malaysia-membimbang.
1Klik. (2010). Program Rasionalisasi Subsidi. Atas talian 20 Februari 2012, dari
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/110-ekonomi
/
7088-program-rasionalisasi-subsidi.html
Ashauer, D. (1989). Is public expenditure productive? Journal of Monetary Economics
23:177-200.
Barro, R.J. (1981). Output effects of government purchases. Journal of Political Economy
89: 1086-1121.
Al-Faris, A.F. (2002). Public expenditure and economic growth in the Gulf Cooperation
Council Countries. Applied Economics 34: 1187-1193.
Baxter, M., & King, R. (1993). Fiscal policy in general equilibrium.American Economic
Review 83: 315-334
Easterly, W, & Rebelo, S. (1993). Fiscal policy and economic growth: An empirical
investigation. Journal of Monetary Economics 32: 417-458.

Anda mungkin juga menyukai