Anda di halaman 1dari 10

SEMBUNYI

Mari kita main sembunyi,


Bila saya kira sembunyi,
Buka mata terus mencari,
Ha ha ha ha tak dapat cari.

Adakah murid tahu postur


yang betul dalam nyanyian?

POSTUR DALAM
NYANYIAN

POSTUR BERDIRI

Kaki- berdiri tegak dengan keadaan kaki direnggang sedikit.


Lutut- dilonggarkan (rileks), tidak kaku.
Badan- belakang badan serta kepala dalam keadaan lurus.
Pinggang - pinggang sedikit kehadapan tanpa
menonggekkan bahagian punggung.
Dada- dinaikkan seperti mendabik dada
Bahu- ditolak ke belakang iaitu tidak membongkok.
Tangan- di sisi
Kepala - dagu perlu selari dengan lantai iaitu tidak
mendongak ke atas atau menunduk

POSTUR DUDUK

Bahagian badan hingga kepalakeadaannya sama seperti posturberdiri.


Belakang badan- tidak bersandar.
Punggung- terletak di tengah kerusi.
Kaki- diletak di atas lantai dengan satu
kakike hadapan sedikit dan direnggang
sedikit.
Tangan- diletak di atas paha

Anda mungkin juga menyukai