Anda di halaman 1dari 14

Punca Berlakunya Pencemaran

Alam Sekitar

Akta Kualiti Alam Sekeliling


1974
mengandungi peruntukan yang bertujuan mencegah, menghapus, mengawal
pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekeliling dan dari aspek yang
sering dikaitkan dengan alam sekitar iaitu pencemaran yang membawa
kepada maksud apa-apa perubahan secara langsung dan tidak langsung
terhadap sifat-sifat fizikal, haba dan kimia termasuk kesan biologikal terhadap
alam sekeliling yang meliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut
dan untuk masalah ini, pelbagai punca telah dapat dikenal pasti yang
menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada
masalah pencemaran alam sekitar ini ialah masalah sikap individu dan
organisasi yang tidak bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran
sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah
individu, mereka akan sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata
tanpa menghiraukan keadaan persekitaran dan mungkin mereka merasakan itu
adalah perkara remeh apabila mencampakkan secebis tisu atau sisa makanan
di tepi jalan. Walhal, jika direnungkan andai ada seratus orang pengguna
yang bersikap sedemikian sudah semestinya jalan raya akan menjadi kotor
dan dipenuhi dengan sampah-sarap. Manakala untuk organisasi seperti kilang
yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam
penghasilan keluaran mereka, pada kebiasaannya kilang itu akan mengambil
langkah mudah apabila membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut
dan sungai jika kilang itu didirikan berdekatan dengan kawasan tersebut. Ini
akan mengakibatkan pencemaran air dan kilang yang melepaskan asap tanpa
pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran
udara. Hal ini berikutan sikap individu dan pemilik kilang yang tidak
bertanggungjawab dan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari
pencemaran alam sekitar yang mereka cipta sendiri.

Selain itu, antara punca lain ialah pembangunan secara tidak


sistematik. Apabila pihak kerajaan atau pihak swasta merancang untuk
membangunkan sesuatu kawasan, mereka seharusnya memikirkan secara
terperinci kesan-kesan negatif yang akan timbul terutama yang melibatkan
alam sekitar dan bukan tertumpu kepada kebaikan dan keuntungan
pembangunan semata-mata kerana akibat dari pembangunan yang akan
dijalankan boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air, udara, tanah dan
bunyi yang akan dihasilkan. Mungkin disebabkan penggunaan jentera yang
terlalu banyak akan menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran udara
jika jentera-jentera berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan asap yang
berlebihan. Akibat daripada projek-projek pembangunan itu, ia juga boleh
terjadinya pencemaran air terutama pada waktu hujan jika tanah lapang yang
telah dibersihkan untuk projek pembangunan itu iaitu tanah merah mengalir
terus ke dalam sungai atau laut yang berdekatan . Hal ini boleh menjejaskan
tahap kebersihan kualiti air dan boleh mengancam kehidupan ekosistem
dalam air yang seterusnya membawa kepada pencemaran alam sekitar.

Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal,


lori dan kapal terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang kepada

berlakunya pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan


pencemaran bunyi. Hal ini kerana setiap kenderaan akan melepaskan asap
kenderaan yang mengandungi gas yang berbahaya. Hal ini jika peningkatan
taraf hidup masyarakat terus meningkat pada zaman sekarang maka tahap
pencemaran juga akan turut meningkat berikutan semakin bertambah jumlah
penggunaan bilangan pengguna jalan raya yang selesa menggunakan
kenderaan mereka sendiri untuk bergerak ke destinasi yang ingin dituju
berbanding beramai-ramai menggunakan kenderaan awam yang semestinya
dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Hal ini akan
menyebabkan pencemaran udara dan seterusnya menjejaskan sistem
pernafasan dan daya penglihatan manusia serta pencemaran bunyi yang
terhasil oleh kapal terbang yang berlepas atau mendarat terutama dikawasan
perumahan yang berhampiran dengan lapangan terbang boleh menjejaskan
daya pendengaran manusia. Hal ini jelas menerangkan bahawa penggunaan
kenderaan bermotor juga menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran
alam sekitar.

Antara punca lain penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah


pembakaran secara terbuka. Hal ini jelas dapat dilihat berikutan pembakaran
pokok-pokok tua di kawasan ladang dan hutan untuk tujuan penanaman
semula. Jika dilihat dari satu sudut, penanaman semula sememangnya sangat
baik tetapi akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh
sesetengah pihak sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya pencemaran
udara. Di samping turut memusnahkan kehidupan flora dan fauna
disekitarnya. Disebabkan pembakaran secara terbuka ini jugalah suhu bumi
menjadi semakin meningkat dan keadaan cuaca di bumi semakin panas.
Inilah sebenarnya akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dijalankan
yang akhirnya membawa kepada pencemaran alam sekitar serta sekali gus
turut menjejaskan kehidupan dan kesihatan manusia.

Tambahan pula, kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak


kerajaan juga menjadi salah satu punca terus berlakunya pencemaran alam
sekitar pada masa ini. Pihak kerajaan seharusnya membuka mata dan lebih
peka terhadap pembangunan yang dijalankan oleh semua pihak dengan
mengambil kira masalah pencemaran yang bakal terjadi dari setiap projek
pembangunan tersebut dan bukan hanya melihat kepada peningkatan taraf
hidup masyarakat sahaja. Perkara ini sangat penting untuk membantu
mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi, hasil daripada
pembangunan pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku sesetengah
organisasi dan masyarakat yang kurang kesedaran sivik. Oleh disebabkan
kerajaan kurang memainkan peranan dalam menilai aspek-aspek inilah yang

menyebabkan masalah pencemaran berada ditahap yang semakin


membimbangkan pada masa kini.

Kesimpulannya, punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti ini


harus diambil langkah serius oleh semua pihak dan organisasi untuk
mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar baik daripada pencemaran
air, udara, tanah dan bunyi. Ia penting demi memastikan kehidupan dibumi
ini terjamin dan terhindar dari masalah pencemaran yang semestinya
membahayakan dan mengancam kesihatan serta kehidupan flora dan fauna
untuk generasi akan datang yang lebih baik dan sihat serta bebas dari
pencemaran alam sekitar.

Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Pencemaran Alam


Pencemaran alam merupakan isu yang sering menjadi buah mulut
masyarakat sejak belakangan ini. Setiap hari terdapat laporan media tentang gejala
pencemaran alam. Hal ini telah menyebabkan pelbagai pihak berasa bimbang akan
gejala tersebut. Pihak kerajaan dengan pertubuhan bukan kerajaan telah
melaksanakan pelbagai usaha untuk memastikan alam sekitar terpelihara. Walau
bagaimanapun, gejala pencemaran alam masih lagi berleluasa seolah-olah tidak
ada penghujungnya. Jika ditinjau dengan mendalam, terdapat beberapa langkah
yang konkrit untuk menangani gejala ini.
Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran
alam ialah pihak berwajib menghukum individu atau organisasi yang telah didapati
bersalah mencemarkan alam sekitar. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains,
Teknologi, dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia
ada untuk menghukum pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan
hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan alam. Selain itu
tindakan penguatkuasaan undang-undang hendaklah dilaksanakan tanpa sikap
memilih bulu dan dilakukan secara tekal dan tidak seperti melepaskan batuk di
tangga. Individu dan organisasi yang mencemarkan alam biasanya tidak serik
dengan hukuman yang dikenakan. Mereka akan mengulangi perbuatan keji ini jika
hukuman yang dikenakan terhadap mereka tidak begitu berat. Malahan ada yang
sanggup membayar denda kerana mencemarkan alam sekitar kerana mereka tahu
denda tersebut hanya sekali sahaja. Mereka bebas melakukan kesalahan setelah
menjelaskan denda yang dikenakan. Oleh itu pihak berwajib mestilah lebih tegas
dalam mengenakan hukuman terhadap pihak yang melakukan pencemaran.
Selain itu pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar
kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek
yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang
khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan.
Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh juga
dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran
secara lebih berkesan. Murid sekolah khususnya yang belajar di sekolah rendah
wajar didedahkan dengan pengetahuan tentang alam sekitar dengan lebih
sistematik. Jika sejak kecil mereka diberikan pendedahan sedemikian, mereka akan
berasa lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar apabila mereka dewasa
nanti. Langkah ini akan mengatasi gejala pencemaran alam pada masa akan
datang, bak kata pepatah melentur bulu biarlah dari rebungnya. Jadi, pengenalan
pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah merupakan satu langkah untuk
mengatasi pencemaran alam.

Langkah untuk mengatasi pencemaran alam seterusnya ialah pihak kerajaan


perlu melaksanakan kempen dengan lebih berkesan. Kempen merupakan kaedah
yang paling berkesan untuk menyampaikan sesuatu maklumat tentang pelbagai
perkara. Pelbagai media massa dapat digunakan untuk menjadi wadah
penyampaian maklumat melalui kempen. Contohnya, televisyen merupakan media
yang paling dekat dengan masyarakat. Pada umumnya setiap rumah di negara kita
mempunyai set televisyen. Oleh itu televisyen wajar digunakan sebaik-baiknya
untuk menyalurkan maklumat tentang langkah-langkah mengatasi pencemaran
alam. Media-media lain seperti surat khabar dan radio juga wajar digunakan
sepenuhnya untuk menjadi wadah kempen penjagaan alam sekitar. Selama ini
kempen yang dilaksanakan tidak begitu berkesan. Pihak yang terbabit hanya
melaksanakan kempen tidak ubah seperti pahat dengan penukul. Adakalannya
kempen yang dilaksanakan bersifat aktiviti bermusim. Oleh yang demikian, kempen
yang lebih berkesan dan dijalankan dengan bersungguh-sungguh dapat mengatasi
masalah pencemaran alam sekitar.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang dikenal pasti dapat


mengatasi masalah pencemaran alam sekitar jika dilaksanakan dengan penuh
iltizam. Dalam hal ini, semua pihak perlulah bekerjasama untuk memastikan
langkah-langkah yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana
alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Jika alam sekitar
terus terabai, generasi akan datang pasti menghadapi masalah alam sekitar yang
lebih buruk. Kerjasama dan kesungguhan semua pihak menyelesaikan masalah ini
diharapkan dapat mengatasi gejala pencemaran alam dengan lebih berkesan
kerana kelestarian alam tanggungjawab kita semua.

Keburukan dan Kesan Tidak Menjaga Alam Sekitar


Kesan Pencemaran Alam Sekitar 1

Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan
di dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat
daripada pencemaran alam sekitar ialah terhadap udara, suhu persekitaran dan
lain-lain. Pencemaran pada hari ini semakin berterusan dari semasa ke semasa.
Sememangnya pencemaran alam sekitar memberi kesan buruk.

Pencemaran udara memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuhtumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara
iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan
pertumbuhan. Barli, kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah
mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato,
kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon
di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan
ekonomi sebahagian daripada penduduk di bumi juga terganggu.
Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan
terbunuh. Haiwan haiwan akan kehilangan habitat kerana bahan tercemar telah
memusnahkan tempat tinggal mereka .Maka,haiwan - haiwan terbunuh dan spesisspesis yang istimewa juga akan menghadapi kepupusan. Bahan-bahan tercemar
seperti sulfur dioksida yang terlepas ke udara oleh kenderaan akan menyebabkan
penghadaman makanan haiwan terjejas. Hal ini menyebabkan haiwan-haiwan
kehilangan nyawa kerana bahan bahan toksid di udara ini telah diserap ke dalam
tubuh badan haiwan tersebut. Sebagai contohnya, gajah,harimau,kuda-kuda,singa
dan sebagainya.

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang


melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas
klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat
penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih
banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada
cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada
manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan
berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan
menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.
Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid
yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida
dengan air hujan. Hal ini berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksidaoksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wap air yang
terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini
terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat- tempat lain dan
membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan
menimpa hidupan yang terdapat di dunia.Hal ini membunuh tumbuh-tumbuhan dan
juga hidupan air.Hal ini juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan
bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan
kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.

Selain itu,kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh
seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang
disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon
menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh
penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon
dioksida yang terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak
menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat ,
persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama
kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi
menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga
berlakunya kejadian alam yang tidak normal.Sebagai contohnya,kegiatan tsunami
yang berlaku di Indonesia telah banyak mengorbankan nyawa manusia dan harta
benda. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada
suhu di bumi ini dan juga menjejaskan kualiti udara.
Pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu
persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising sehingga tahap yang melampau.
Pencemaran bunyi akan menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan
menjadikan kehidupan manusia serta kehidupan lain terganggu. Haiwan juga berasa

takut dan ingin berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap dan nyaman. Hal ini
akan menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem.
Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara
serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat
iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta
kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran
kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8
jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan pendengran menjadi tidak
berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan
Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar memang memberi kesan buruk
kepada seluruh alam sekitar di bumi ini. Saya berharap pihak berwajib dapat
memantau supaya pencemaran ini dapat dikurangkan supaya kehidupan di bumi ini
lebih selesa.
YON SOK CHIN
205784

Kesan-kesan Pencemaran Tanah dan Air

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan atau bencana semula jadi yang


berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga kawasan tersebut telah bertukar warna ,
tidak subur atau berlakunya hakisan. Ia boleh di bahagikan kepada dua jenis iaitu
dalam bentuk cecair atau pepejal. Kebanyakan bahan pencemar ini adalah terdiri
daripada organik atau kimia. Tahap pecemaran adalah serius apabila sesuatu
kawasan tanah telah bertukar warna , tidak subur serta tumbuh-tumbuhan
dikawasan tersebut menjadi layu. Kebanyakkan tanah yang tercemar adalah
disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia itu sendiri. Sebagai contoh ialah
perlombongan, penebangan hutan yang memyebabkan aliran tanah dari darat ke
laut, pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan kumbahan yang tidak
terkawal,dan tumpahan minyak dan pembuangan sisa nuklear ke dalam laut.
Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang akan menjadi
tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas, lalat dan haiwan-haiwan perosak
yang lain akan tertumpu di kawasan tersebut dan menyebarkan kuman-kuman ke
tempat-tempat lain. Makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas ,jika
dimakan oleh manusia akan menyebabkan keracunan makanan dan seterusnya
diserang penyakit yang serius. Sekiranya serius, akan membawa kematian kepada

manusia atau munculnya penyakit baru yang bahaya seperti H1N1 dan SARS yang
mudah berjangkit.
Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah
salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ia bukan sahaja
merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam
keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi.
Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah. Contohnya
negara Jepun yang sering berlaku gempa bumi akibatnya ramai manusia kehilangan
harta benda.. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan
adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada
tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air
apabila hujan lebat. Selain itu, pembinaan rumah-rumah di tengah bukit juga akan
menyebabkan tanah runtuh apabila berlaku hujan kilat. Nyawa manusia yang
tinggal di tengah-tengah bukit dan di kaki bukit akan tergugat.
Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara seperti
pencemaran-pencemaran lain juga. Ianya juga memberi kesan yang cukup buruk
terhadap kesihatan manusia dan hidupan-hidupan lain. Pembuangan sampah-sarap,
sisa toksik dan nulear akan menjadikan kawasan tanah beracun dan tidak sesuai
untuk didiami oleh manusia dan haiwan. Contoh letupan loji nuklear di Chernobyl,
Russia. Kesannya dapat dirasai sehingga ke Sweden, kerana 23 orang telah
dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk
di sekitar tersebut telah dipindahkan ke tempat lain.
Pencemaran air berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan,
keadaan, warna dan kualiti sehingga tidak sesuai untuk diguna dan akan memberi
kesan kepada para pengguna apabila menggunakan air tersebut. Pencemaran
berlaku sama ada dari segi biologi, kimia, dan fizikal. Pencemaran air bukan hanya
berlaku di sungai sahaja,tetapi juga di laut,pantai, tasik kolam dan sebagainya sama
ada secara sengaja atau tidak sengaja. Punca utama yang mengakibatkan
pencemaran ini adalah daripada bahan pencemar dari kilang-kilang yang
berdekatan. Keadaan atau tahap pencemaran sumber air boleh dinilai berdasarkan
beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti air tersebut iaitu oksigen terlarut,
keperluan oksigen biokimia (BOD), zat terlarut dalam air, pH, dan suhu. Secara
saintifik, pencemaran air boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu
pencemaran fizikal, kimia, fisiologis dan biologi. Pencemaran fizikal ini ditentukan
oleh perubahan warna, suhu dan kekeruhan sumber air tersebut. Punca yang
biasanya menyebabkan pencemaran jenis ini ialah seperti pembuangan sampah.
Manakala pencemaran kimia biasanya disebabkan oleh zat organik termasuk
protein, karbohidrat, lemak dan bahan buangan industri yang mengandungi garam
beracun serta tumpahan minyak di laut.
Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan pelbagai masalah
kepada hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri.

Bahan-bahan yang dibuang ke dalam sungai akan menyebabkan hidupan akuatik


tersebut mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar
ini. Manusia juga akan mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber
makanan hidupan air tersebut. Selain itu, manusia akan mendapat penyakit jika
terminum air yang penuh bahan-bahan cemar seperti lumpur, pasir dan batu halus,
karat besi, bahan buangan industri, logam berat, racun rumpai, bakteria, virus, dan
haloform.
Pencemaran air juga menjadi masalah yang amat serius di negara dunia
ketiga iaitu jutaan manusia mendapatkan air minuman dari kawasan yang dicemari
dengan bahan buangan manusia sendiri. Pencemaran sebegini dikatakan
menyebabkan lebih tiga juta kematian setiap tahun kerana cirit-birit,
kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak.
Selain itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di
dunia pada masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh
tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut. Disebabkan oleh
pembuangan sampah-sarap ke dalam sungai yang menyebabkan sampah sarap
menyumbatkan aliran air tersebut. Selain daripada itu air juga menjejaskan
keindahan alam. Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap dan air yang
kotor menjengkelkan dan tidak indah untuk dipandang akibat daripada
pembuangan sampah-sarap ke lautan. Sesetengah kilang akan memperuntukkan
kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Tetapi, apabila berlaku hujan lebat
atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah iaitu,
pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di
dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai. Masalah kedua pula ialah
sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sistem bawah tanah yang akan menyebabkan
sistem air bawah tanah tercemar.
Kesimpulanya pelbagai langkah yang berkesan haruslah di ambil untuk
mengatasi masalah-masalah pencemaran daripada berleluasa. Barulah generasi
yang akan datang mempunyai persekitaran yang baik dan bebas daripada pelbagai
pencemaran.

Anda mungkin juga menyukai