Anda di halaman 1dari 5

Kisah Perangkap Tikus

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika
mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil
menggumam, hmmm makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar
agaknya?
Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik
panik bukan kepalang.
Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, Ada perangkap tikus di rumah! Di
rumah sekarang ada perangkap tikus!!
Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, Ada perangkat tikus! Sang Ayam
berkata, Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan
aku.
Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi.
Sang Kambing pun jawab selamba, aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada
yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.
Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. Maafkan aku. Tapi
perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni
boleh masuk perangkap tikus?
Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata,
Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan
aku.
Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia
akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun
mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan
dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa
yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin
ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.
Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak
sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran.
Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja
demam.
Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup
kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun
dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat sup.
Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman
menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya
untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan
akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.
Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami
pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.
Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan
orang-orang yang berziarah.
Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari
kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.
Begitulah kisahnya. Jadi pengajarannya, jika suatu hari, anda mendengar

seseorang dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda,
fikirkanlah sekali lagi.
Posted by izawani at 8:04 PM 1 comment:
Kisah Dakwah Si Anak Kecil
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan
anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan
menyebarkan risalah dakwah bertajuk Jalan-jalan Syurga dan beberapa karya
Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin
dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya seraya berkata Ayah! Saya dah
bersedia
Ayahnya terkejut dan berkata Bersedia untuk apa?.
Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah
Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat
Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun
Ayahnya menambah Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini
Dengan merintih anaknya merayu Kalau begitu, benarkan saya pergi ayah?
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya.
Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!
Terima kasih Ayah Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan
memberikan risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah Jalan-jalan Syurga ada pada
tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada
risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa
yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu, namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang
memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini
diserahkan.
Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Dan akhirnya pintu rumah
itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.

Mukanya suram dan sedih.


Nak, apa yang makcik boleh bantu?
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH
amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu. kata makcik itu dalam
nada yang penuh lembut.
Minggu berikutnya sebelum khutbah solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan sedikit tazkirah.
Sebelum selesai tazkirahnya dia bertanya Ada sesiapa nak bertanya atau
menyatakan sesuatu.
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu.
Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak
pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum
Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal
beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini. Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri.
Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi
diketatkan di leher.
Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya
tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi
jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar
ketukan dan loceng ditekan sekali lagi.
Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke
pintu
Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat.
Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH
amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik itulah kata-kata yang
paling indah yang saya dengar.
Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal
mereka..Aku tak perlukan itu lagi.
Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu, ALLAH Maha Esa.
Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini.

Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya
ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka
Semua para jemaah mengalirkan air mata. Mereka mengucap syukur pada Allah.
Ramai juga yang bertakbir, ALLAHUAKBAR!
Imam lantas meluru menuju ke arah anaknya dan terus memeluk anaknya yang
berada di bahagian saf hadapan dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang
amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang
berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
Posted by izawani at 7:44 PM 2 comments:
Monday, October 17, 2011
Batu besar dan batu kecil...
Satu hari seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang pengurusan masa
kepada mahasiswa. Dengan penuh semangat ia berdiri depan kelas dan berkata.
Okay. Sekarang masa untuk quiz. Kemudian ia mengeluarkan sebuah baldi
yang kosong dan meletakkannya di meja. Kemudian ia mengisi baldi tersebut
dengan batu-batu yang besar.
Dia terus mengisi batu sehingga tidak ada lagi batu yang muat untuk
dimasukkan ke dalam baldi, dia bertanya pada kelas, Menurut anda, adakah
baldi ini sudah penuh? Semua pelajar serentak berkata, Ya!

Cikgu bertanya kembali. Betulkah? Kemudian dari dalam meja ia


mengeluarkan sebekas batu kerikil kecil, lalu menuangkan kerikil-kerikil itu ke
dalam baldi lalu menggoncang-goncang baldi itu sehingga batu kerikil itu turun
ke bawah mengisi celah-celah kosong di antara batu-batu besar.
Kemudian, sekali lagi ia bertanya pada kelas, Ok, adakah sekarang baldi ni dah
penuh? Kali ini para pelajar terdiam. Seseorang menjawab, Mungkin tidak.
Bagus.. sahut pensyarah.
Kemudian dia mengeluarkan sekantung pasir dan menuangkannya ke dalam
baldi. Pasir itu jatuh mengisi di celah-celah ruang kosong antara batu dan kerikil.
Sekali lagi, ia bertanya pada kelas,
Baiklah, sekarang baldi ini sudah penuh?
Belum! jawab seluruh kelas.
Sekali lagi dia berkata, Bagus Kemudian dia mengeluarkan sebotol air dan
mulai menuangkan airnya ke dalam baldi sampai ke penuh.
Ok sekarang lihat eksperimen kedua saya,dia pun memasukkan air terlebih

dahulu sehingga , kemudian meletakkan sekantung pasir dan batu kerikil. Baldi
itu kelihatan sudah penuh sehingga dia hanya dapat meletakkan sedikit sahaja
batu-batu besar. Banyak lagi batu besar tidak dapat dimasukkan ke dalam baldi.
Dia cuba menyumbat dan menggoncang baldi tetapi masih ada banyak lagi baki
batu besar yang tidak boleh dimasukkan.
Lalu dia berpusing ke kelas dan bertanya, Tahukah anda apa maksud illustrasi
ini?
Kenyataan dari batu dan baldi ini mengajarkan pada kita bahawa:
Bila anda tidak memasukkan batu besar terlebih dahulu, maka anda tidak akan
boleh memasukkan semuanya.
Apa yang dimaksudkan dengan batu besar dalam hidup anda? keluarga anda,
pelajaran anda,ibadat anda, pekerjaan anda dan perkara yang penting dalam
hidup anda seperti kesihatan anda, kawan-kawan anda dan yang seharusnya
dijadikan prioriti utama dalam hidup anda.
Ingatlah supaya memasukkan Batu Besar dahulu sebelum batu-batu kecil atau
anda akan kehilangan semuanya. Bila anda mengisinya dengan perkara-perkara
kecil (seperti kerikil dan pasir) maka hidup anda akan penuh dengan perkaraperkara kecil yang merisaukan dan ini sepatutnya tidak perlu seperti bermain
games,facebook, melepak dan sebagainya sehingga masa anda terbuang begitu
sahaja sehari sedangkan anda tidak memenuhkan baldi anda dengan batu
besar.
Kerana dengan demikian anda tidak akan pernah memiliki masa yang cukup
untuk perkara-perkara yang besar dan penting.
Oleh kerana itu, setiap pagi atau malam, ketika akan merenungkan cerita
pendek ini, tanyalah pada diri anda sendiri: Apakah batu besar-batu besar
dalam hidup saya? dan buatlah perkara itu dahulu