Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1

SEMPENA KEM MEMBACA 1 MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH


SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 15
Aluan

Dari raub pergi ke pontian,


Terus pula ke kuala perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang ,
Awal Bismillah pembuka bicara.
Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarkaatuh,
Salam sejahtera, Salam Satu Malaysia dan Salam Perjuangan Menjulang
Pendidikan Sarawak.
Yang Dihormati,
Para Hakim Yang Adil Lagi Bijaksana,
Guru-guru, Jawatankuasa Pelaksana, Para Peserta Serta Warga dewan
Yang Di Kasihi Sekalian.
Alhamdulillah.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan keizin-Nya dapat kita
bersama-sama memeriahkan majlis pada pagi ini iaitu Pertandingan
Bercerita Tahap 1 Peringkat Sekolah tahun 2016.
Dengan kesempatan ini, majlis mengucapkan selamat datang dan
mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian di Dewan Tun Jugah.
Untuk makluman hadirin,
Pertandingan Bercerita Tahap 1 Bagi Tahun 2016,
merupakan sebahagian daripada aktiviti sempena Kem Membaca 1
Malaysia.
Pada hari ini, seramai 12 orang peserta yang akan bertanding dalam
Pertandingan Bercerita Tahap 1 Tahun 2016.

Perkenalkan
Hakim

Hadirin yang dihormati sekalian,


sebentar lagi kita akan mulakan pertandingan bercerita tahap 1
peringkat sekolah tahun 2016.
Sebelum pertandingan bermula, izinkan saya memperkenalkan barisan
panel hakim pertandingan.
Yang pertama, Puan Raudhah Bt Suhaili
Selaku ketua Hakim.

Panel hakim yang kedua ialah Pn Evelyn Ak Bantin


Dan panel hakim yang ketiga ialah Pn Pauline Ak Parik.
Adalah dimaklumkan bahawa, keputusan hakim adalah muktamad dan
sebarang bantahan tidak dibenarkan.
Baca syarat
pertandingan

Seterusnya, izikan saya untuk membaca syarat-syarat pertandingan.


Mohon para peserta mengambil perhatian.

Pertandingan
Bermula
Bahagian 1

Hadirin yang dihormati sekalian,


Pertandingan Bercerita Tahap 1 Peringkat Sekolah Tahun 2016 bahagian
pertama dimulakan dengan peserta pertama iaitu
Adik ....................................................
Dari kelas ..........................................................
Dipersilakan.
Demikian sudah persembahan yang penuh semangat disampaikan oleh
peserta pertama.
Seterusnya, majlis mempersilakan peserta kedua iaitu
Adik.................................................
Dari kelas .................................................
Dipersilakan.
Satu penyampaian persembahan yang mengkagumkan.
Kini tiba giliran peserta ketiga dari
Sekolah .......................
Dipersilakan adik.......................................
Nampaknya saingan kian hangat.
hadirin sekalian, tanpa melengahkan masa
kita mempersilakan peserta keempat iaitu
Adik.........................
dari sekolah............................
dipersilakan.
Amboi-amboi hebat sungguh adik kita bercerita
Kita teruskan pertandingan kita dengan perserta yang ke-5
Dengan ceritanya yang bertajuk........................
Dipersilakan adik...........................
Dari sekolah................................

Begitulah tadi berakhirnya pertandingan bercerita tahap 1 Bahagian


pertama.
Para peserta diminta bersedia untuk pertandingan bercerita Bahagian
kedua iaitu cerita spontan.
Majlis akan berhenti rehat sebentar dan akan disambung semula pada

jam 10.30 pagi.


Pertandingan
Bermula
Bahagian 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada


semua hadirin. Sekarang tiba masanya yang kita nantikan iaitu bercerita
bahagian kedua.
Pada bahagian ini, peserta hanya diperuntukkan 3 minit untuk
menyampaikan ceritanya. Para peserta perlu memilih gambar dari
sampul yang berada pada pihak hakim. Peserta diberikan masa selama 1
minit untuk membuat persediaan bagi menyampaikan cerita mereka
tanpa apa-apa bantuan nota, alat tulis atau alat elektronik.
Tanpa melengahkan masa, saya menjemput peserta pertama untuk
memilih sampul. Dipersilakan saudara/ saudari .
Terima kasih diucapkan. Seterusnya dipersilakan peserta kedua saudara/
saudari ________________________ untuk memilih sampul.
Majlis mempersilakan.

Dengan berakhirnya peserta terakhir itu tadi, maka berakhirlah


Pertandingan Bercerita Tahap 1 bagi tahun 2016. Majlis akan berhenti
rehat seketika, bagi memberi laluan kepada juri untuk membuat
permarkahan pertandingan.

TEKS PENGACARA PENUTUPAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA


PERINGKAT SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 15
Kata Aluan

Bertongkat si buta di atas pematang,


Berenang si kelah di hujung muara;
Pemanis kata selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.


Daun layu di tengah gurun,
Nampak jalur pohon cemara;
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara.
Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarkaatuh,
Salam sejahtera, Salam Satu Malaysia dan Salam Perjuangan Menjulang
Pendidikan Sarawak.
Yang Berusaha
Tuan Hj Damak B Hj Angu, Guru Besar SK Batu 15
Yang Dihormati,
En Suyong Ak Uyak, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Batu 15,
En. Nordin B Hiri, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Batu 15,
Guru-guru, peserta-peserta dan murid-murid yang di hormati sekalian.
Selamat datang ke Majlis Penutupan Kem Membaca 1 Malaysia, peringkat
sekolah.
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur kerana dengan limpah
kurnianya kita dapat sama-sama berhimpun di sini pada pagi ini.
Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini akan meningkatkan dan
memertabatkan lagi bahasa Melayu, bahasa ibunda kita.
Ulasan Hakim

Hadirin sekalian,
Bagi membuat rumusan pertandingan bercerita tahap 1 yang telah
diadakan sebentar tadi, majlis dengan sukacita menjemput Pn Raudhah
Bt Suhaili selaku ketua hakim untuk menyampaikan rumusan
keseluruhan Pertandingan Bercerita. Dipersilakan.
***
Majlis merakamkan terima kasih.

Cenderahati
Hakim

Tanpa para hakim yang bijaksana, sesuatu pertandingan tidak dapat


diadili dan berjalan dengan lancar.
Sebagai menghargai kesudian mereka melaungkan masa untuk
mengadili pertandingan pidato pada malam ini.
Dengan itu, pihak majlis suka citanya menjemput ..............................
diiringi oleh ______________________ untuk menyampaikan cendrahati
kepada panel hakim.
Dijemput panel hakim pertama ............................... untuk menerima
cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan

Seterusnya dijemput ...................................


Dan Dijemput ..................................
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ...................................
atas kesudian menyampaikan cendrahati kepada para hakim.
Penyampaian
Hadiah

Warga dewan yang dimuliakan,


Sejajar meranti di tanah rendah,
Mencelah berangan tegak merendang
Keputusan dinanti di tangan sudah,
Adat pertandingan ada pemenang .
Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk kita mengetahui
peserta manakah yang menjuarai pertandingan bercerita tahap 1,
pertandingan mewarna huruf Tahun 1 dan pertandingan mencari
perkataan tersembunyi tahun 2.
Bagi pertandingan bercerita tahap 1
#Tempat ketiga dijemput . dari kelas
#Naib johan dipersilakan ........ dari kelas
#Dan
johan
pertandingan
bercerita Tahap
.. dari kelas
Bagi acara Mewarna Huruf Tahun 1
Bagi Kelas 1 Anggerik,
Dijemput adik ________________________
Dan dijemput adik ___________________________
Bagi Kelas 1 Begonia,
Dijemput adik ________________________
Dan dijemput adik ___________________________
Bagi Kelas 1 Cempaka,
Dijemput adik ________________________
Dan dijemput adik ___________________________
Bagi acara Mencari Perkataan Tersembunyi Tahun 2
Bagi Kelas 2 Anggerik,
Dijemput adik ________________________
Dan dijemput adik ___________________________
Bagi Kelas 2 Begonia,
Dijemput adik ________________________
Dan dijemput adik ___________________________

dijuarai

oleh

Bagi Kelas 2 Cempaka,


Dijemput adik ________________________
Dan dijemput adik ___________________________
Penutup

Tahniah dan syabas kepada peserta yang berjaya. Manakala kepada yang
tidak bernasib baik, kecewa bukan penawar segala. Jadikanlah kegagalan
sebagai pembakar semangat untuk mencuba pada masa akan datang.
Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu nokhtah, terimalah
tiga rangkap pantun dari saya;
Gugur menguning buah kuini
Menghijau pohon subur berbaja;
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja.
Mudik ke Serada berperahu payang,
Sambil menantang bunga setanggi;
Kalau ada usia nan panjang,
Karnival mendatang bertemu lagi.
Sebarang kelemahan harap dimaaf
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih daun keladi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Ampun maaf andainya terkasar bahasa, terkhalif bicara dan kurang
manis bermadah pujangga sepanjang karnival ini berlangsung.
Sekian wbt ssalamualaikum.