Anda di halaman 1dari 9

BENGKEL TERAPI PERSONALITI

Masa
7.30 8.00 a.m
8.00 8.30 a.m

Perkara
Pendaftaran, taklimat program
Slot 1
Ice- breaking

8.30 10.30 a.m

Ah haa!
Slot 2

10.30 11.00 p.m


11.00 1.00 p.m

Begini Caranya
Minum pagi
Slot 3

1.00 2.00 p.m


2.00 4.30 p.m

Check Your Personal


Makan tengahari & solat
Slot 4

4.30 5.00 p.m

Kenali Gayaku
Minum petang & solat

TENTATIF PROGRAM

PENGENALAN
Modul penampilan diri ini merangkumi ABC iaitu Appearance (Penampilan), Behaviour
(Kelakuan) dan Communication (Komunikasi) yang mana akan memfokuskan kepada pelajar
tingkatan 5. Modul ini dilaksanakan untuk memberikan persediaan awal kepada para pelajar
dalam menghadiri temuduga. Elemen penampilan diri dan sahsiah ini adalah penting bagi
pelajar untuk menjadi lebih energetik dan yakin diri. Hal ini kerana perbuatan dan imej
seseorang akan memberi impak tentang apakah pandangan orang lain terhadap diri dan
organisasi yang diwakili. Sasaran peserta iaitu pelajar tingkatan 5 yang mana akan
menamatkan pengajian dan mungkin akan bekerja.

OBJEKTIF UMUM
Menunjukkan persediaan yang perlu ada dalam diri pelajar untuk menghadapi sesebuah
sesi temuduga.

OBJEKTIF KHUSUS
Menunjukkan contoh berpakaian yang baik, sopan dan beretika.
Menjelaskan kepentingan penampilan diri yang sesuai.
Menerangkan teknik semasa temuduga.
Meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar.
Mewujudkan kerjasama dalam kalangan pelajar.

SLOT 1
Tajuk aktiviti

: Ah Haaa!

Tempoh masa

: 1 jam

Peralatan yang diperlukan

: Tiada

Kaedah penyampaian

Objektif:
1. Dapat mengenali rakan dengan lebih baik dan membina hubungan sesama rakan;
2. Dapat mengenalpasti gaya pembelajaran yang dominan antara visual, audio atau
kinestetik;
3. Menerapkan elemen peka dan fokus apabila menjalani sesuatu aktiviti.
Langkah-langkah:
1. Fasilitator memberi arahan kepada peserta memilih pasangan masing-masing.
2. Salah seorang pasangan dikehendaki memerhati fizikal pasangannya secara
keseluruhan dengan teliti dalam masa 3 minit.
3. Kemudian, pasangan yang memerhati tadi dikehendaki memusingkan badan
bertentangan dengan pasangan.
4. Pasangannya diberi masa dalam 5 minit untuk mengubah kepada 5 daripada keadaan
asal fizikal.
5. Selepas itu, pasangan yang memerhati diminta untuk meneka 5 perubahn tersebut
dalam masa 2 minit.
6. Fasilitator bertanya siapa yang berjaya meneka kelima-lima perkara yang diubah
dengan betul dan menerangkan rasional daripada aktiviti tersebut.

7. Seterusnya, fasilitator bertanya 6 soalan ringkas untuk tujuan mengenalpasti gaya


pembelajaran peserta secara rawak yang merangkumi visual, audio dan kinestetik.
Siapa yang suka dengan nota yang berwarna-warni, tersusun dan menarik?
Siapa suka suasana yang tenang apabila belajar?
Siapa suka belajar sambil mendengar ceramah motivasi?
Siapa yang boleh belajar melalui nota secara audio?
Siapa yang tidak boleh berada kedudukan yang sama semasa belajar?
Siapa tidak boleh belajar lebih dari 2 jam?
8. Fasilitator menerangkan secara ringkas ciri-ciri pelajar mengikut gaya pembelajaran
berdasarkan soalan yang diberikan.
9. Fasilitator meminta refleksi daripada beberapa orang pelajar dan membuat rumusan
daripada aktiviti yang dijalankan.
Rumusan:
Setiap individu itu unik dan memiliki gaya pembelajaran yang tidak sama. Oleh itu, individu
harus memanfaatkan kelebihan yang dimiliki secara maksimum supaya pembelajaran berlaku
dengan lebih berkesan.

SLOT 2
Tajuk aktiviti

: Begini Caranya!

Tempoh masa

: 2 jam

Peralatan yang diperlukan

: Slaid, projektor, lcd, skrin layar, mikrofon, speaker

Kaedah penyampaian

: Sembang santai dan Demonstrasi.

Penceramah

: Kaunselor Sekolah

Objektif:
1. Pelajar mengetahui pengertian dan ciri-ciri etika pemakaian yang betul mengikut
majlis/persekitaran/aktiviti.
2. Pelajar dapat menganalisis jenis pemakaian yang sesuai dan tidak sesuai mengikut
persekitaran/majlis/aktiviti
3. Pelajar
dapat
mengaplikasikan

teknik

pemakaian

beretika

mengikut

majlis/persekitaran/aktiviti dalam kehidupan seharian.


Langkah-Langkah:
1. Fasilitator menyediakan tempat yang kondusif dan menyediakan bahan-bahan untuk
penyampaian ceramah lengkap.
2. Fasilitator memastikan pelajar-pelajar dalam keadaan bersedia sebelum ceramah
bermula.
3. Sebelum memulakan sesi perbualan santai mengenai etika pemakaian yang betul,
fasilitator memilih beberapa wakil pelajar yang terdiri iaitu: Seorang pelajar lelaki
Seorang pelajar perempuan (bertudung)
Seorang pelajar perempuan (tidak bertudung)
4. Pelajar-pelajar tersebut dibawa keluar dewan untuk tujuan transformasi untuk
permodelan pada akhir bual bicara.
5. Fasilitator memperkenalkan penceramah kepada pelajar secara ringkas.
6. Kemudian, fasilitator menjemput penceramah untuk memberi ceramah berkenaan
dengan motivasi selama 1 jam 15 minit. (bantuan slaid)
Pengertian pemakaian beretika
Teknik mengenakan pemakaian yang betul.
Contoh-contoh pemakaian bertika dan tidak beretika
Contoh pemakaian mengikut tema/majlis/aktiviti
Kepentingan beretika dalam pemakaian
7. Selepas ceramah selesai, penceramah menyuruh 3 pelajar terpilih untuk ditransformasi
pada awal slot tadi keluar untuk memperagakan imej baru mereka.
8. Penceramah meminta pelajar lain menilai sendiri dengan membandingkan imej asal 3
pelajar tersebut sebelum dan selepas ditransformasi.

9. Kemudian, untuk kesan yang lebih baik, pelajar dikehendaki memilih pasangan dan
secara berpasangan mereka dikehendaki menilai pemakaian masing-masing dengan
memberikan markah kepada tahap penampilan dari satu (rendah) ke sepuluh (tinggi).
10. Setelah membuat penilaian tersebut, setiap pelajar harus memberikan ulasan atau
komen membina tentang sebab mereka memberikan markah sedemikian untuk
membolehkan rakan-rakan memperbaiki kelemahan pada penampilan diri mereka.
11. Sebelum slot ditamatkan, penyampaian cenderamata penghargaan kepada penceramah
jemputan diadakan.
FALSAFAH:
Penampilan diri yang baik akan menggambarkan peribadi anda yang indah. Hargai diri anda
sebelum anda dihargai orang lain.
LAMPIRAN
Slaid penampilan diri

SLOT 3
Tajuk Aktiviti: Check Your Personal
Tempoh Masa: 2 jam
Peralatan Yang Diperlukan: Powerpoint (LCD dan Projektor), Meja dan kerusi
Kaedah Penyampaian: Penerangan ringkas oleh fasilitator dan persembahan kumpulan
(lakonan).
Objektif:
Menunjukkan kepada pelajar tentang bagaimana teknik yang sesuai semasa temuduga.
Meminta pelajar untuk mengaplikasikan teknik yang sesuai semasa temuduga.
Mewujudkan kerja berpasukan dalam kalangan pelajar.
Langkah-langkah:

1. Fasilitator akan memberi penerangan secara ringkas tentang teknik-teknik yang sesuai
semasa temuduga. Penerangan secara ringkas ini adalah melalui tayangan gambar atau
video pendek tentang perlakuan seseorang semasa ditemuduga.
2. Kemudian, fasilitator akan memecahkan pelajar kepada beberapa kumpulan misalnya 5
kumpulan untuk 10 orang.
3. Setiap kumpulan dikehendaki untuk membuat lakonan tentang teknik yang sesuai
semasa temuduga dijalankan. Tempoh perbincangan yang diperuntukkan adalah lebih
kurang 20 minit.
4. Setelah itu, setiap kumpulan dikehendaki menghantar wakil untuk berlakon menjadi
penemuduga dan yang ditemuduga melalui hasil perbincangan yang dilakukan.
Penyediaan tempat untuk temuduga dilakukan supaya pelajar dapat merasai betul-betul
suasana temuduga.
5. Fasilitator akan memberikan komen secara terus terhadap lakonan tersebut.
6. Setelah keseluruhan kumpulan membuat persembahan lakonan fasilitator akan
bertanyakan kepada pelajar tentang apa yang mereka dapat melalui aktiviti ini.
Falsafah:
Ketahui teknik temuduga yang betul.
Rumusan:
Secara keseluruhannya, pelajar dilihat sudah mengetahui secara jelas bagaimana cara yang
betul semasa temuduga. Selain itu, pelajar juga dapat mengaplikasikan dan mengalami sendiri
teknik yang betul semasa temuduga. Tahap kerjasama yang ditunjukkan oleh pelajar juga
adalah sangat baik.
SLOT 4
Nama Aktiviti

Kenali Gayaku!

Tempoh Masa

2 jam

Peralatan Yang Diperlukan

majalah, gunting, kertas A4 & gam

Kaedah Penyampaian

Latihan dalam kumpulan

Objektif Aktiviti

: Di akhir aktiviti ini, peserta akan dapat

Meningkatkan pengetahuan berkaitan dengan penampilan diri yang sesuai;


Memupuk keyakinan dan meningkatkan kemahiran komunikasi;
Mewujudkan kemahiran kreatif dan kritis dalam diri pelajar.

Langkah-langkah
1. Semua pelajar diminta berada dalam kumpulan masing-masing.
2. Fasilitator memulakan aktiviti dengan mengedarkan majalah kepada setiap kumpulan.
3. Dalam kumpulan, pelajar dikehendaki memilih gambar penampilan pakaian yang baik
daripada majalah tersebut.
4. Kemudian gambar tersebut hendaklah digunting dan ditampalkan di atas kertas A4
mengikut kreativiti masing-masing.
5. Pelajar juga diminta untuk membincangkan sebab-sebab pemilihan penampilan pakaian
itu.
6. Setiap kumpulan perlu membentangkan hasil yang diperolehi beserta sebab-sebab yang
telah dibincangkan.
7. Peserta kumpulan lain digalakkan bertanya soalan atau memberi pendapat berdasarkan
pembentangan tersebut.
8. Di akhir aktiviti, fasilitator akan meminta pandangan dan perasaan daripada pelajar dan
seterusnya fasilitator akan menerangkan mesej kepada pelajar.
Falsafah
Model yang baik membentuk keperibadian yang cemerlang.
Rumusan
Melalui aktiviti ini, pelajar dapat membina imej dan penampilan diri yang menarik dan sopan.
Selain itu, pelajar akan membina tahap keyakinan diri melalui imej yang positif yang
ditonjolkan.

RUMUSAN KESELURUHAN
Secara tuntasnya, program ini memberi pendedahan yang mendalam mengenai etika
pemakaian yang betul dan sopan. Penampilan diri yang menarik akan memberikan kesan yang
positif dalam hidup setiap individu. Keindahan peribadi yang baik akan mempengaruhi gaya
dan penampilan diri masing-masing. Diharapkan melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan
ini dapat membina keyakinan diri para peserta untuk melangkah yakin ke alam sosiolisasi
dengan penampilan diri yang sewajarnya.

Anda mungkin juga menyukai