Anda di halaman 1dari 34

1

PENGENALAN
Menurut Azizah (2002), pendidikan awal kanak-kanak ditakrifkan sebagai

pendidikan kanak-kanak yang bermula daripada saat kelahirannya hingga kepada umur
lapan tahun. Pendidikan ini termasuk program-program untuk bayi (infants), untuk
kanak-kanak yang baru berlatih (toddlers), untuk sekolah asuhan kanak-kanak(nursery
school), untuk asuhan kanak-kanak (child care), dan program-program prasekolah yang
termasuk kindergarden dan peringkat sekolah rendah.
Pada masa ini pusat pendidikan awak kanak-kanak menjadi institusi yang
penting dalam masyarakat. Hal ini disebabkan perubahan dari segi cara hidup dan
perubahan struktur keluarga akibat perubahan ekonomi dan corak hidup kini. Pada
zaman dahulu ekonomi sesebuah keluarga bergantung kepada lelaki sebagai orang
yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk memikul bebanan keluarga. Pada zaman ini
taraf keluarga semakin tinggi, khususnya di bandar telah mendesak kaum wanita untuk
keluar bekerja. Dengan ini mereka terpaksa mencari tempat untuk meninggalkan anakanak dalam jagaan orang lain sementara mereka keluar bekerja. Selain itu keadaan
keluarga pada masa ini juga telah berubah dengan bertambahnya keluarga tunggal
akibat daripada perceraian. Keadaan ini memerlukan pusat jagaan anak-anak untuk
membantu ibu bapa dalam mengasuh dan mengembangkan potensi anak-anak supaya
mencapai kecemerlangan yang maksimum.
Di peringkat awal kanak-kanak, ianya tidak hanya tertumpu kepada sesuatu
pengalaman pembelajaran di sekolah tetapi ia merangkumi segala pengalaman dalam
kehidupan hariannya sama ada di pusat asuhan, di rumah atau di luar rumah seperti
komuniti yang juga memainkan peranan yang penting. Komuniti atau masyarakat boleh
mempengaruhi kanak-kanak serta ibu bapa kerana wujudnya jaringan hubungan.
Mereka juga memerlukan peluang untuk melibatkan diri dalam berbagai jenis
pengalaman. Pendedahan dan penglibatan ini penting untuk mereka berkembang
dengan sempurna (Rozumah & Salma, 1985).

Dalam tamadun Barat, pendidikan awal bermaksud pendidikan peringkat


prasekolah. Pada mulanya peringkat ini hanya meliputi kanak-kanak dari umur tiga
hingga enam tahun, yang lebih dikenali dengan peringkat kindergarden. Selepas
beberapa kajian, konsep pendidikan awal ini dipinda supaya meliputi kanak-kanak di
peringkat selepas lahir hingga ke peringkat enam tahun. Peringkat selepas lahir hingga
ke peringkat tiga tahun dikenali juga sebagai peringkat nursery.

Dari perspektif Islam, pendidikan awal bermula dari masa anak masih berada
dalam kandungan ibu sehingga kanak-kanak berumur enam tahun. Secara umum,
pendidikan awal Islam boleh dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat sebelum
lahir dan peringkat sesudah lahir.
Pendidikan awak kanak-kanak penting dan perlu diberikan perhatian kerana 90%
daripada perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai
umur

lima

tahun.

Pandangan

ini

sesuai

dengan

pendapat

Piaget

bahawa

perkembangan kognitif pesat semasa peringkat deria motor, iaitu semenjak kanakkanak lahir hingga berumur dua tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak banyak
menggunakan deria motor seperti menghisap, menangis dan mengenggam. Pada
peringkat ini juga kanak-kanak mengembangkan pengetahuan asasnya yang berkaitan
dengan empat ciri, iaitu pengetahuan tentang objek, sebab-sebab sesuatu, ruang dan
masa. Pengetahuan ini menjadi asas untuk perkembangan selanjutnya yang lebih
sofistikated.
Peringkat kedua dalam perkembangan kognitif mengikut Piaget ialah peringkat
pra operasi (dua hingga enam tahun). Pada peringkat ini, kanak-kanak menggunakan
simbol atau nama bagi objek-objek di persekitarannya. Setelah menguasai bahasa ia
mula belajar mengaitkan nama dengan objek-objek. Pemikirannya pada masa ini lebih
konkrit,

egosentrik

dan

belum

memahami

konsep

pengekalan.

Pemusatan

pemerhatiannya pada masa ini hanya pada satu aspek dan mengetepikan aspek yang
lain. Pada akhir peringkat ini kanak-kanak kurang egosentrik dan mengembangkan

skemanya ke arah yang lebih umum, lebih abstrak dan lebih berkebolehan dalam
menyelesaikan masalah.

Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak


Penglibatan dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantu-

membantu antara dua pihak ataupun beberapa pihak. Penglibatan ibu bapa dalam
pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak dan membantu mengekalkan kejayaannya (Rohani Abdullah, 2007).
Sebagai ibu bapa, anda lebih mengenali anak anda, dan anda mempunyai kuasa
untuk terlibat secara aktif didalam pengalaman prasekolah anak anda. Sekiranya dari
pemerhatian anda memberikan gambaran bahawa di situlah anak-anak anda akan
dapat berkembang dengan sepenuhnya, maka anda telah pun menemui prasekolah
yang betul. Kanak-kanak juga mempunyai sifat-sifat yang diperolehi melalui tindak
balas dengan alam sekeliling tempat mereka dilahirkan (Rosmah & Salma, 1985).

Menurut Siti Fatimah Abdul Rahman (2006), terdapat kajian membuktikan


bahawa ada kaitan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian kanak-kanak.
Dalam kata lain, kajian ini merumuskan bahawa sekiranya kita mahu anak-anak berjaya
dalam bidang pendidikan, kita perlu terlibat secara langsung dalam arus pembelajaran
mereka. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak secara tidak langsung
memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak antaranya sikap
bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di samping menunjukkan tingkah laku
yang lebih baik dan seimbang.

Di Malaysia Event et al. (1999) mendapati bahawa dalam penglibatan ibu bapa
terdapat ruang lingkup yang agak terbatas. Corak penglibatan ibu bapa ditentukan oleh

penganjur sesebuah tadika. Ada pola yang menunjukkan kecenderungan ibu bapa
terlibat dalam aktiviti kokurikulum tetapi ibu bapa tidak dijangka dan dirancang terlibat
dalam pengendalian pengajaran harian dalam kelas tadika. Hanya 10% daripada ibu
bapa yang aktif di tadika, sementara majoriti tidak terikat dalam aktiviti tadika. Diantara
sebab yang dinyatakan adalah kekurangan masa dan ibu bapa mempunyai
tanggungjawab di rumah, serta kurangnya latihan ibu bapa mengenai peranan mereka
sebagi pendidik kanak-kanak pra sekolah.

Di luar bandar dan di pinggir bandar, tadika agensi kerajaan mempunyai identiti
sebagai tadika berasaskan komuniti. Walaubagimanapun dalam pendidikan pra sekolah
identiti tersebut tidak tercapai jika ibu bapa tidak bertindak aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di tadika. Tadika yang berkualiti mengintegrasikan
penglibatan ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Ibu bapa kerap dilihat dalam aktiviti di luar tadika seperti menemani anak mereka
dalam lawatan ke muzium dan taman hiburan. Penglibatan ibu bapa lebih merupakan
pendekatan satu arah, iaitu daripada atas ke bawah. Kesinambungan penglibatan ibu
bapa lebih bersifat inisiatif guru daripada inisiatif ibu bapa pada andaian tadika pula ibu
bapa perlu diberitahu mengenai apa yang harus dilakukan. Penglibatan ibu bapa boleh
meningkatkan kualiti tadika. Ibu bapa perlu dididik mengenai peranan dan
tanggungjawab mereka supaya matlamat pendidikan tadika berkenaan dapat dicapai
dan peranan mereka sebagai pendidik di rumah dilatih (Rohaty,c 2003).

Kepentingan Penglibatan Ibu Bapa

Penglibatan ibu bapa memberi kebaikan kepada kanak-kanak, guru-guru


dan ibu bapa sendiri. Antara faedah yang dikenalpasti:

Kebaikan kepada kanak-kanak.

Mereka dapat melihat peranan ibu bapa yang berbeza iaitu sebagai guru.

Mereka dapat berkenal mesra, bersoal jawab dengan orang dewasa


berkenaan dengan sesuatu pengalaman atau pengetahuan kerana ibu
bapa datang daripada pelbagai pekerjaan.

Mereka dapat lebih perhatian daripada orang dewasa ketika menjalankan


aktiviti kumpulan dimana nisbah kanak-kanak berbanding orang dewasa
adalah kecil.

ii

Kebaikan kepada Ibu Bapa

Mereka dapat melihat tingkah laku anak disekolah.

Mereka berpeluang mempelajari cara atau kaedah guru mengatasi


masalah tingkah laku anak-anak.

Mereka dapat memahami apa yang sudah, sedang dan akan diajar
kepada anak mereka selama berada di sekolah.

Mereka lebih memahami kurikulum dan aktiviti yang dipelajari oleh anakanak mereka.

Mereka boleh menyambung aktiviti susulan ataupun aktiviti rangsangan.

Mereka dapat bersoal jawab dan berkongsi masalah dengan guru.

Mereka dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.

iii

Kebaikan kepada Guru

Mereka mendapat buah fikiran dan maklum balas secara terus daripada
ibu bapa apabila hendak menjalankan aktiviti.

Mereka dapat berkongsi masalah dan bersoal jawab bagi meningkatkan


perkembangan anak-anak.

Mereka boleh menjadi penghubung antara ibu bapa dan sekolah.

Mereka dapat belajar dan meningkatkan pengetahuan hasil interaksi


dengan ibu bapa yang mempunyai pelbagai latar belakang pekerjaan dan
pendidikan.

Mereka dapat sokongan dalam setiap aktiviti yang telah dijalankan


terutama yang melibatkan tenaga dan bantuan kewangan.

Ibu Bapa Kanak-kanak Istimewa.

Menurut Rohani Abdullah (2007) pendidikan prasekolah mengalualukan kehadiran anak istimewa melalui program inklusif. Penglibatan ibu bapa
yang mempunyai anak istimewa sama pentingnya di prasekolah:

Sikap ibu bapa


Penglibatan ibu bapa di prasekolah dapat mengurangkan tekanan
emosi, kesugulan, kesedihan kerana mempunyai anak istimewa.
Ia juga dapat mengubah sikap ibu bapa pada anak sama ada ia
dianggap sebagai beban ataupun suatu dugaan serta dapat
menyemai pandangan positif dalam kalangan masyarakat pada
anak istimewa.

ii

Pengetahuan berkenaan keperluan anak istimewa.


Ramai ibu bapa menganggap anak istimewa hanya memerlukan
keperluan asas dan kasih sayang. Sebenarnya mereka juga
memerlukan keperluan seperti kanak-kanak biasa hingga tercapai
keperluan

pemenuhan

kendiri

(self-actualisation).

Tanpa

pengetahuan ini, kanak-kanak istimewa tidak akan membesar ke


tahap keupayaan mereka. Ramai ibu bapa oleh kerana bersimpati
kepada anak biasanya memanjakan anak istimewa dan ini
meyebabkan anak sentiasa bergantung kepada ibu bapa seumur
hidup.
iii

Pengetahuan berkenaan peringkat-peringkat anak istimewa


Pengetahuan ini perlu kerana dapat membantu ibu bapa mendidik
anak memperoleh kemahiran-kemahiran yang sesuai (adaptive
behaviour) untuk tingkah laku yang diterima oleh masyarakat.
Kemahiran-kemahiran penyesuaian termasuk kemahiran sensori-

motor, komunikasi (bahasa dan pertuturan), kemahiran membantu


diri (self-help skills), kemahiran sosialisasi, aplikasi kemahiran
asas dalam kehidupan seharian dan kemahiran membuat
keputusan sendiri.

iv

Pengetahuan berkenaan khidmat sokongan


Ibu bapa perlu menyedari bahawa membesarkan anak istimewa
tidak dapat dilaksankan dengan berkesan tanpa bantuan dari luar.
Ibu bapa perlu tahu boleh mendapatkan khidmat sokongan bagi
membantu mereka dalam penjagaan anak istimewa. Khidmat
sokongan boleh diperoleh daripada doktor, guru, jurupulih dan
pekerja sosial. Mereka dapat menghubungi ibu bapa lain yang
senasib dengan di pra sekolah. Dengan bantuan ini, ibu bapa
akan mendapat sokongan dalam menjalankan peranan mereka
sebagai ibu bapa yang baik.

Masa depan kanak-kanak istimewa


Ibu bapa perlu memikirkan masalah-masalah yang dihadapi oleh
anak mereka pada masa depan dan mencari resolusi untuk
masalah-masalah ini. Sebagai ibu bapa mereka mesti berusaha
menjadi

kuasa

penggerak

bagi

menyedarkan

masyarakat

berkenaan, hak asasi dan kemahuan anak istimewa. Ibu bapa


adalah orang yang benar-banar mengetahui, prihatin dan peka
pada anak istimewa. Oleh itu menjadi tanggungjawab mereka
untuk berusaha mendapatkan penglibatan masyarakat demi masa
depan anak mereka. Tanpa penglibatan ibu bapa yang tanpa
usaha yang gigih, kemungkinan nasib anak istimewa tidak cerah.

Falsafah yang harus mendorong ibu bapa Fikirkan berkenaan


keupayaan bukan ketidakupayaan Think Ability Not Disability.
Mereka juga dapat :
i Membentuk kumpulan bertindak yang dapat membantu dan
meringankan bebanan dan masalah yang dihadapi oleh ibu
bapa yang mempunyai anak istimewa.
ii

Mewujudkan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan melibatkan


ibu bapa tersebut di dalamnya.
a Menyedarkan ibu bapa berkenaan langkah-langkah yang
perlu diambil untuk mebuat intervensi awalan dan asas
pendidikan bagi anak-anak yang kurang uapaya serta
memahami aspek-aspek pendidikan yang diperlukan oleh
anak-anak
tersebut

mereka

sama

ada

mengikut
di

keupayaan

dalam

program

anak-anak
segregasi,

pengsealiran atau inklusif apabila tiba di peringkat


persekolahan kelak

Penglibatan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Menurut Rohani Abdullah (2007) komuniti merujuk kepada orang yang ada kaitan
rapat dengan kanak-kanak. Antaranya ibu bapa, saudara mara, semua ahli keluarga
yang tinggal serumah dengan mereka,guru-guru, jiran, rakan sebaya dan orang dewasa
yang mengenali mereka. Golongan yang paling penting adalah orang yang
bertanggungjawab dengan kebajikan mereka.

Kanak-kanak mempelajari sosial budaya daripada keluarga dan komuniti.


Sebagai kanak-kanak mereka menjadikan keluarga dan komuniti sebagai role model.
Mereka belajar mengenai proses, konsep dan praktis daripada persekitaran yang positif
termasuk aktiviti harian seperti membeli belah, menonton wayang atau menghadiri
pusat ibadah (Arthur et al.2005). Masyarakat setempat merupakan komuniti yang boleh
mempengaruhi kanak kanak. Berhubung dengan orang luar dalam komuniti boleh
menpengaruhi pembelajaran kanak kanak. (Jeffrey Glanz, 2006). Dalam komuniti,
masyarakat mempunyai kepunyaan, tanggungjwab dalam masyarakat, menolong satu
sama lain, memberi komitmen serta hormat (Thompson, 2005).
Seorang kanak-kanak di dalam sesebuah keluarga mungkin akan mempelajari
mengenai huruf dan nombor, sebagai contoh melalui aktiviti menonton televisyen dan
video, membaca jadual keretapi dan memanaskan makanan dalam ketuhar. Selain itu
kanak-kanak juga belajar mengenai huruf dan nombor melalui perkongsian buku dan
bermain permainan puzzle.

Badan Kerajaan
Penglibatan agensi-agensi kerajaan juga turut memberi impak kepada
perkembangan awal kanak-kanak. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) terlibat
dalam pengendalian TABIKA KEMAS untuk kanak-kanak yang berumur 5- 6 tahun atau
di peringkat pra sekolah. TABIKA yang dikendalikan oleh KEMAS ialah TABIKA KEMAS
yang membolehkan kanak-kanak berbilang kaum menghayati nilai-nilai hidup
bermasyarakat dan membentuk anak-anak yang memahami adat dan budaya yang
pelbagai. Hal ini demikian kerana, sifat kanak-kanak boleh dikesan sejak dilahirkan
sama ada dia seorang pemarah atau periang dan sama ada dia mudah ataupun susah
untuk menyesuaikan diri dalam seseuatu keaadaan. Oleh itu, mereka harus diberi
peneguhan atau pengukuhan supaya menjadi kanak bersahsiah baik. (Rohani Abdullah,
2004).

Badan Bukan Kerajaan

Badan amal bukan kerajaan yang menjerumus kepada kebajikan kanakkanak juga wujud di Malaysia. Contohnya, program Click A Child yang dinaungi
Masjid At- Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Islamic Relief WorldWide dan Yayasan
Basmi Kemiskinan. Program yang dijalankan adalah bertujuan membantu
kanak-kanak yang tidak berkemampuan. Antara program yang dilaksanakan
adalah Malam Amal untuk rumah-rumah anak-anak yatim. Dengan program ini,
kanak-kanak dapat dibantu melalui perkembangan awal mereka dengan lebik
baik walau pun tanpa ibu bapa. Stimulasi yang diberikan dari rumah serta
dorongan terhadap minat-minat kanak-kanak merupakan hal vital bagi
perkembangan bakat kanak-kanak (Reni Akbar Hawadi. 2001).

Masyarakat Setempat
Bagi

memberikan

bantuan

yang

berkesan

dan

menggalakkan

perkembangan optimum kanak-kanak, orang dewasa harus peka kepada


keperluan, isyarat dan perkembangan semasa kanak-kanak tersebut. Para guru
sukar melakukan tugas dengan baik seperti hendak menjawab soalan kanakkanak dengan terperinci, apabila kanak-kanak ramai.
Hubungan kanak-kanak dengan masyarakat adalah dengan mewujudkan
hubungan yang mesra dengan kanak. Guru hendaklah sentiasa sedia melayan
pertanyaan mereka memberikan jawapan sebaik mungkin. Tindak balas
mengajar kanak-kanak ketika mencari maklumat dapat menanam sikap positif

dan tingkah laku mencari ilmu melalui rujukan seperti buku, ICT (Rohani
Abdullah. 2004).
Semasa terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum tadika, komuniti juga secara
tidak langsung menjadi pembantu kepada guru kanak kanak. Misalnya, Hari
Potensi, komuniti yang bertugas akan dipecahkan mengikut bahagian masing
masing. Dalam pada itu, mereka juga akan berinteraksi dengan kanak kanak
untuk memberi sokongan supaya mereka dapat melakukan yang terbaik pada
hari itu.

Ahli komuniti boleh menjadi pembantu guru, pensyarah dan tutor

(Marzano, 2003).

KERTAS KERJA AKTIVITI KANAK-KANAK TABIKA BERSAMA IBU BAPA

1.0 PENGENALAN

Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh kebiasaannya


kanak-kanak untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Permainan
sukaneka mempunyai peranan yang penting dalam Pendidikan fizikal bagi murid-murid
prasekolah. Walaupun objektif jangka pendek adalah menghiburkan para peserta,
permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang baik terhadap perkembangan
para peserta. Menerusi permainan sukaneka, para peserta dapat membina sifat
jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan,
kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan.
Selain itu, permainan sukaneka juga dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan
kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu pertandingan seperti ini.
2.0 MATLAMAT

Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama,


persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, aktiviti
permainan sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif di
kalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di samping itu, sukaneka ini
juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut aktif dan seronok
menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.
3.0 OBJEKTIF

1 Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta
2 Mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta.

3 Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif.

4 Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing masing.

5 Memberi kebebasan kepada guru pelatih untuk mencorakkan idea melalui


aktiviti-aktiviti sukaneka yang dijalankan.
6 Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan
bertanggungjawab.
7 Menambahkan nilai pengetahuan dan pengalaman guru pelatih dalam
penghasilan kertas kerja.
8 Memberi

peluang

kepada

kanak-kanak

mempelajari,

mengaplikasi,

memperoleh pengalaman dan memperkembang kemahiran, pengetahuan


dan nilai yang terdapat dalam aktiviti sukaneka yang dijalankan.

4.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 27 Feb 2016


Hari

: Khamis

Masa : 8.00 11.00 pagi

6.0 TEMPAT
Gelanggang Bola Tampar Kg. Pondoi Pitas

7.0 KUMPULAN SASARAN


30 orang murid Tabika KEMAS Kg. Pondoi

8.0 JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi

: Pn. Rosnah Bt Amir (Pengerusi Jawatankuasa Tabika KEMAS


Kg. Pondoi Pitas 2016/2017)

Naib pengerusi

: En. Jaafar B. Abdullah (Timb. Pengerusi Jawatankuasa Tabika


KEMAS Kg. Pondoi Pitas sesi 2016/2017)

Setiausaha

: Pn. Sapiah Naruddin (Ibu Murid Tabika KEMAS Kg. Pondoi Pitas)

Naib setiausaha

: Pn. SIti Hawa (Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarela)

Bendahari

: Puan Halimah Dayok (Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS Kg.

Pondoi Pitas)

AHLI JAWATANKUASA: Pn. Aida Bt Ab Rahman


Cik Nuriana Dayok
Pn. Nonong Sani
Pn. Haslinda Payang
En. Roslan Ismail
En. Sabri Jusuh
En.Rozaimi Hanif
En. Mastor Mohamad
Puan Zahidah Ibrahim

9.0 ACARA SUKANEKA


9.1 ACARA KANAK-KANAK
1. Pertandingan mewarna
2. Acara menjunjung telur dalam sudu
3. Acara makan biskut bergantung
4. Acara Tiup Belon Sampai Pecah
5. Acara mencari gula-gula dalam tepung
9.2 IBU BAPA
1. Sambutan Hari Lahir Ibu kanak-kanak Tabika KEMAS Kg. Pondoi yang lahir pada
bulan Febuari
2. Acara mengupas epal tanpa alat
10.1 Kaedah Pertandingan
Semua kanak-kanak Tabika KEMAS Kg. Pondoi diwajibkan mengikuti setiap
acara sukaneka yang dipertandingkan secara individu
2

Senarai Alatan

Alatan
Pinggan
Gula-gula
Tepung
Belon
Tali Rapia
Benang
Biskut
Epal
Wisel
Sudu Besi
Telur
Kek
Kertas Lukisan Bercetak
Warna

Kuantiti
4 biji
40 biji
2 bungkus
50 bij
1 gelung
1 Gelung
1 Pek
4 Kg
1
30 Batang
2 Tray
2 Kg
30 Keping
30 Buah

SUMBER PERUNTUKKAN : Peruntukkan ko-kurikulum prasekolah


3

Anggaran Perbelanjaan

Bil

Perkara

Kuantiti

Harga Seunit

Jumlah Harga

(RM)

RM

Hadiah
Acara kanak-kanak
1

15.00

15.00

10.00

10.00

5.00

5.00

Johan

15.00

15.00

Naib johan

10.00

10.00

Ketiga

1
2 KG
1

7.00
35.00
100.00
200.00

7.00
70.00
100.00
200.00

3.00

300.00
RM 732.00

- johan
2.

Naib johan

- Ketiga
Hadiah
Acara Ibu Bapa

3.
4.
5
6

Kek
Cenderahati Perasmi
Peralatan sukaneka

Makanan dan minuman


100
Jumlah keseluruhan

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

(PN. HALIMAH DAYOK)

(PN. ROSNAH BT AMIR)

Pemaju Masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa

Tabika KEMAS Kg. Pondoi Pitas

. Tabika KEMAS Kg. Pondoi Pitas

Disahkan oleh:
..
( PN.ROSMIAH IELEK)
Penyelia Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak,
Tabika KEMAS P167Kudat.
10.0 RUMUSAN
Diharap agar aktiviti sukaneka yang dijalankan dapat memberi sesuatu yang
baru kepada para peserta. Selain itu, para pelajar juga diharapkan dapat melaksanakan
setiap aktiviti untuk mencapai matlamat permainan sukaneka ini dengan sempurna
supaya mendapat input yang berguna kelak. Sukaneka dapat membentuk kemahirankemahiran asas dalam permainan dan sukan. Selain itu, ia juga dapat membentuk diri
para peserta menjadi seorang yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Sebagai bakal guru pula, apa yang penting, melalui pengelolaan sukaneka ini,
kami dapat belajar mengenai pengurusan, pengelolaan dan perlaksanaan aktiviti di
sekolah nanti. Pengalaman yang ditimba ini sedikit sebanyak dapat memudahkan
tanggungjawab kami apabila bergelar guru kelak. Selain itu, permainan ini juga dapat
memberi kepuasan serta keseronokkan kepada para peserta. Mereka dapat meredakan
tekanan belajar di samping meningkatkan keyakinan mereka terhadap kemampuan dan
keupayaan masing-masing. Disamping Penglibatan ibu bapa, penjaga dan komuniti
adalah sangat digalakkan kerana ia adalah elemen penting dalam pelaksanaan

kurikulum prasekolah. Permuafakatan antara guru dan ibu bapa, penjaga dan komuniti
dapat membantu dalam perkembangan dan kemajuan murid secara berterusan ke arah
melahirkan warganegara yang celik akal dan berintegriti
Lampiran 1
Senarai Nama Peserta Acara:.
BIL

NAMA PESERTA

1.
2.
3.

Pemenang Acara:
BIL

NAMA PEMENANG

1.
2.
3.

Pemenang Acara Mengupas Epal Tanpa Alat


BIL
1.
2.
3.

KEPUTUSAN RASMI

NAMA PESERTA

TEMPAT

ACARA

PEMENANG

ACARA

PEMENANG

Johan
Naib Johan

Ketiga

TEMPAT

Johan
Naib Johan

Ketiga

TENTATIF PROGRAM
7 :30 Pagi

: Kehadiran guru, murid-murid dan ibu bapa

7:45 Pagi

: Senaman aerobik

8:00 Pagi

: Acara pertama (ibu bapa)


1. Meniup Belon sampai pecah

2. Acara menjunjung telur


dalam sudu
3. Acara mencari gula-gula dalam tepung
4. Acara makan biskut tergantung
10:00 Pagi

: Acara indoor
1. Acara mengupas epal tanpa alat (ibu bapa)
2. Sambutan Hari Jadi Ibu Bapa yang Lahir Bulan Feb

11:00 Pagi

: Majlis penutup
1 Ucapan Perasmian Penutupan
2 Penyampaian cenderakenangan kepada perasmi
3 Penyampaian hadiah
4 Nyanyian lagu kebangsaan
5 Jamuan makan
6 Majlis bersurai

TABIKA KEMAS KG. PONDOI PITAS,

89100 PITAS,
SABAH

KERTAS KERJA
SUKANEKA TABIKA KEMAS KG. KUSILAD 2016

Pada:
27 FEBUARI 2016
Tempat:
GELANGGANG BOLA TAMPAR KG. PONDOI PITAS

LAPORAN AKTIVITI SUKANEKA TABIKA KEMAS KG. PONDOI 2016

LAPORAN

SUKANEKA
TABIKA KEMAS KG. PONDOI PITAS
TAHUN 2016

TARIKH: 27 FEBUARI 2016


HARI: KHAMIS
MASA:8.00 PAGI
TEMPAT: GELANGGANG BOLA TAMPAR KG. PONDOI, PITAS

Pendahuluan

Sukaneka kanak-kanak adalah aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Tabika


KEMAS Kg. Pondoi Pitas dengan kerjasama jawatankuasa Tabika KEMAS Kg.

Pondoi. Aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan murid, guru tabika dan juga
ibu bapa.

2.0 Rasional

Tujuan sukan tahun ini diadakan adalah untuk melahirkan murid yang seimbang
dari segi JERI selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Objektif

3.1 Mencungkil bakat terpendam murid


3.2 Melahirkan murid yang berketrampilan
3.3 Memupuk semangat AKU BOLEH di kalangan murid selaras dengan motto
Malaysia Boleh.
3.4 Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek.

4. Tempat: Gelanggang Bola Tampar Kg. Pondoi Pitas

5. Tarikh : 27/2/2016

6. Acara yang dipertandingkan:.

Acara kanak-kanak:1. Pertandingan mewarna


2. Acara menjunjung telur dalam sudu
3. Acara makan biskut bergantung
4. Acara Tiup Belon Sampai Pecah
5. Acara mencari gula-gula dalam tepung
Acara Ibu Bapa
1. Sambutan Hari Lahir Ibu kanak-kanak Tabika KEMAS Kg. Pondoi yang lahir pada
bulan Febuari
2. Acara mengupas epal tanpa alat

7. Keputusan rasmi:
TEMPAT

ACARA

PEMENANG

Johan

Bawa Telur

Huda

Naib

Dalam Sudu

Azim

Johan
Ketiga

TEMPAT

Aisyah

ACARA

PEMENANG

Johan

Cari Gula-

Ihsan

Naib

gula dalam

Jasni

Johan

tepung

Ketiga

Hana

TEMPAT

ACARA

PEMENANG

Johan

Tiup Belon

Izhar

Naib

Sampai

Faiz

Johan

Pecah

Ketiga
TEMPAT

Nurul
ACARA

PEMENANG

Johan

Makan Biskut

Alia

Naib

Tergantung

Nizam

Johan
Ketiga

Ashraf

TEMPAT

ACARA

PEMENANG

Johan

Kupas

Naib

Tanpa Alat

Epal Pn.Miza
Pn. Haslinda

Johan
Ketiga

8. Gambar aktiviti

Pn. Rania

1. Tiup belon sampai pecah

2. Gambar pemenang

3.Bapa murid membantu mempersiapkan acara sukaneka mencari gula-gula dalam


tepung

5. Persediaan acara makan biskut tergantung oleh ibu bapa murid tabika

7 Acara membawa telur dalam sudu

8.Acara mengupas epal tanpa alat

9. Sambutan Hari Lahir Ibu Bapa yang lahir pada bulan Febuari

10. Pertandingan mewarna kanak-kanak

11. Penyampaian cenderakenangan pada perasmi sukaneka


9. Penutup
Acara sukaneka Tabika KEMAS Kg. Pondoi pada Tahun 2016 berjalan dengan baik.
Semua murid mengambil bahagian dan hadiah diberikan pada semua murid tabika.
Hadiah telah disampaikan oleh En. Jamru Mohamad iaitu PK Jabatan KEMAS P167
Kudat.

Disediakan oleh:

..............................................
( HALIMAH DAYOK)
Pemaju Masyarakat
Tabika KEMAS Kg. Pondoi, Pitas

4.0 IMPAK PENGELIBATAN IBU BAPA KEPADA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Dapatan kajian daripada Arnold (2008) dan Izzo et al. (1999) menunjukkan bahawa
penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi menentukan pencapaian akademik kanak-kanak
yang tinggi. Miedel and Reynolds (1999) juga mendapati bahawa penglibatan ibu bapa
yang lebih tinggi di prasekolah berkaitan dengan kemahiran membaca kanak-kanak
yang lebih baik, kadar keciciran yang lebih rendah, masa yang lebih pendek di kelas
pendidikan khas ketika kanak-kanak berada di kelas lapan.
Dalam Bahasa Inggeris istilah kanak-kanak berkeperluan khas dinamakan
children with exceptional needs atau secara ringkas xceptional children. Pelbagai
istilah lain telah digunakan untuk kanak-kanak keperluan khas dan antaranya adalah
kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanakkanak cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah, dan kanak-kanak
terbantut pertumbuhan atau perkembangan.
Semua kanak-kanak berbeza antara satu sama lain. Lazimnya, setelah melalui
suatu program pendidikan, beberapa perbezaan ini dapat dikurangkan. Bagaimanapun,
terdapat sekumpulan kecil kanak-kanak prasekolah yang mana ciri-ciri mental, fizikal
atau emosi mereka berbeza daripada norma sehingga mereka memerlukan program
pendidikan khas atau pendidikan khusus. Mereka ini dipanggil kanak-kanak keperluan
khas (exceptional children) yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak pintar
cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan jauh lebih tinggi daripada biasa. Kedua-dua
kumpulan ini memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar
supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka (Heward, 2003).
Pendidikan prasekolah bertujuan membantu ibu bapa untuk meningkatkan
perkembangan kanak-anak secara holistik melalui pengalaman belajar yang bermakna
dan menyeronokkan serta persekitaran yang diperkaya bagi menstimulasi otak mereka
(Essa, 1996).

Dalam kajian, pendidikan prasekolah merujuk kepada pendidikan yang


disediakan oleh tadika bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Namun
kejayaan pendidikan kanak-kanak di prasekolah ditentukan oleh penglibatan ibu bapa
dan komuniti dalam pendidikan prasekolah terutama kepada kanak-kanak keperluan
khas. Menurut Morrison (1978) pengertian penglibatan ibu bapa dan komuniti yang
komprehensif adalah proses aktualisasi daripada potensi ibu bapa, untuk membantu ibu
bapa mencari kekuatan dan bakatnya serta menggunakannya bagi diri mereka sendiri
dan keluarga. Penglibatan ibu bapa dan komuniti sangat berguna dalam menentukan
pencapaian kanak-kanak keperluan khas mahupun kanak-kanak normal dalam
mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak prasekolah. Conway (2003)
menyatakan penglibatan ibu bapa dan komuniti perlu lagi diberi galakkan kerana
memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan sosial dan kejayaan
akademik kanak-kanak.
Dapatan Marcon (1999) juga menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa yang
lebih tinggi dan jenis penglibatan yang lebih aktif berkaitan dengan kemahiran
berbahasa kanak-kanak yang lebih baik, perkembangan sosial, motor, dan adaptif yang
lebih baik. Kajian lain yang dilakukan di Head Start dan Amerika Syarikat, mendapati
bahawa penglibatan ibu bapa berkaitan dengan keterampilan dan perilaku di kelas
(Taylor & Machida, 1994).
Merujuk kepada dapatan kajian-kajian ini, penglibatan ibu bapa dan komuniti
sangat penting dan pihak sekolah harus menumpukan perhatian kepada cara-cara
untuk melibatkan ibu bapa dan komuniti bagi menyokong kejayaan pendidikan kanakkanak prasekolah sama ada yang berkeperluan khas mahupun kanak-kanak normal.
Guru dan pengetua perlu menyokong penglibatan ibu bapa dam komuniti dalam aktivitiaktiviti di prasekolah dan menyamakan persepsi pengetua dan para guru tentang
penglibatan ibu bapa dan komuniti. Ibu bapa perlu memahami kepentingan pendidikan
prasekolah bagi kehidupan anak-anak mereka dimasa hadapan sehingga penglibatan
mereka di prasekolah boleh ditingkatkan. Penglibatan ibu bapa dan komuniti
merupakan manifestasi daripada persepsi terhadap pendidikan prasekolah. Penglibatan

ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan prasekolah merupakan topik utama daripada
kajian ini bahawa penglibatan ibu bapa berkaitan dengan keterampilan dan perilaku di
kelas (Taylor & Machida. 1994).
Merujuk kepada dapatan kajian-kajian ini, penglibatan ibu bapa dan komuniti
memberi impak yang sangat positif oleh itu pihak sekolah harus menumpukan perhatian
kepada cara-cara untuk melibatkan ibu bapa dan komuniti bagi menyokong kejayaan
pendidikan kanak-kanak prasekolah sama ada yang berkeperluan khas mahupun
kanak-kanak normal. Guru dan pengetua perlu menyokong penglibatan ibu bapa dam
komuniti dalam aktiviti-aktiviti di prasekolah dan menyamakan persepsi pengetua dan
para guru tentang penglibatan ibu bapa dan komuniti. Ibu bapa perlu memahami
kepentingan pendidikan prasekolah bagi kehidupan anak-anak mereka di masa
hadapan sehingga penglibatan mereka di prasekolah boleh ditingkatkan. Penglibatan
ibu bapa dan komuniti merupakan manifestasi daripada persepsi terhadap pendidikan
prasekolah. Penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan prasekolah
merupakan topik utama daripada kajian ini.
5.0

KESIMPULAN
Penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan awal kanak-kanak

memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia di kalangan


kanak-kanak. Peranan ibu bapa, keluarga dan komuniti sebagai rakan kongsi aktif
dalam proses pembelajaran kanak-kanak selalunya memberikan kesan kepada kualiti
perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa juga adalah pendidik pertama dan utama kanakkanak sebelum kanak-kanak berhadapan dengan guru-guru pembimbing di tadika.
Ibu bapa juga membantu meningkatkan kualiti sesebuah program tadika dengan
menyumbang tenaga, berkongsi bakat dalam program tadika. Penglibatan ibu bapa
juga boleh meningkatkan kendiri kanak-kanak dan ibu bapa itu sendiri. Kefahaman ibu
bapa dapat meningkatkan tahap proses pembelajaran di tadika dan ibu bapa
berpeluang melaksanakan peranan sebagai pendidik.

Oleh yang demikian, ibu bapa dan komuniti seharusnya mengambil pendekatan
yang serius dalam membimbing kanak-kanak seawal usia lagi kerana mereka bakal
menerajui pentadbiran dunia kelak. Penglibatan ibu bapa, penjaga dan komuniti adalah
sangat digalakkan kerana ia adalah elemen penting dalam pelaksanaan kurikulum
prasekolah. Permuafakatan antara guru dan ibu bapa, penjaga dan komuniti dapat
membantu dalam perkembangan dan kemajuan murid secara berterusan ke arah
melahirkan warganegara yang celik akal dan berintegriti.
BIBLIOGRAFI
1.Morrison, G.S.1978. Parent involvement in the home, school and community. Ohio:
Charles E. Merrill Publishing Company.
2.Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Shahrani Ahmad. 2007 . Panduan Kurikulum
Prasekolah. PTS Profesisional Publishing SDN. BHD
3.Rohati Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah Cabaran Kualiti. Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
4.Taylor, A. R., & Machida, S. 1994. The contribution of parent and peer support to
Head Start childrens early school adjustment. Early Childhood Research
Quarterly 9(3/4), 205387.
5.Ting Len Siong. 2005, Jun 30. Penglibatan Ibu Bapa Pelajar Luar Bandar Dalam
Membantu Anak Belajar Di Rumah. Kertas penyelidikan yang dibentangkan di
Seminar Penyelidikan Maktab-Maktab zon Timur di Kota Bharu.

Anda mungkin juga menyukai