Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Pertamanya, saya Chin Yi Yee dari kelas RBT ingin bersyukur kepada
Tuhan yang telah memberikan kekuatan supaya dapat menghasilkan kerja
kursus ini dengan penuh kesabaran dan ketabahan ketika menghadapi apaapa masalah sahaja dalam sepanjang pelaksanaan tugasan ini.
Terdapat

juga,

saya

ingin

mengambil

kesempatan

ini

untuk

mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-kedua ibu bapa saya.


Sokongan dan dorongan mereka terhadap saya amat digalakkan walapun
mereka jauh dari sisi saya. Mereka juga sentiasa memberikan nasihat agar
sentiasa tabah dalam menghadapi apa-apa jua halangan. Oleh itu, jasa ibu
bapa tidak akan saya lupa selama-lamanya.
Selain itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, iaitu Dr. Auzait Bin Shamsudin
atas kesudian beliau membimbing saya dalam tempoh menghasilkan tugasan
kerja kursus ini. Sokongan moral yang diberikan juga menggalakkan supaya
saya sentiasa bersemangat menyiapkan kerja kursus moral ini. Beliau juga
bersabar dan sanggup mengajar saya tanpa jemu ketika saya menghadapi
masalah.
Bukan setakat itu sahaja, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan
seperjuangan saya terutamanya Ting Siew Lim kerana Siew Lim banyak
membantu saya sepanjang penyiapan tugasan ini dan memberikan idea-idea
atau pendapat yang penting bagi saya supaya saya dapat menghasilkan kerja
kursus yang berkualiti.
Akhirnya, saya juga ingin memberikan sekalung penghargaan kepada
semua pihak yang telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung
sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini. Saya juga ingin memohon maaf jika
terdapat sebarang silap dan salah ataupun salah faham sepanjang tempoh
ini.