Anda di halaman 1dari 3

Perbezaan dan perbandingan profesion seorang guru dan seorang doctor

Definisi
i.

Guru
Guru (dari bahasa Sanskrit) ataupun dikenali juga sebagai pengajar, pendidik, Mudarris dan pengasuh
merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan sepertisekolah atau tuisyen (kelas bimbingan).
Dalam zaman modern ini guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam
sesuatu bidang misalnya pengurusan tadbir guru merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam
bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru perlu
mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam
bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran.
Dari segi agama pula misalnya agama Hindu dan Sikh, guru mempunyai maksud yang lebih tinggi. Ia
biasanya merujuk kepada para pendita yang mempunyai ilmu mendalam dalam hal-hal kerohanian.

ii.

Doktor
Doktor (daripada bahasa Latin yang bererti "guru") orang yang bertugas menyembuhkan orang-orang
yang sakit. Tidak semua orang yang menyembuhkan penyakitboleh/dapat disebut doktor. Untuk menjadi
doktor biasanya diperlukan latihan khusus dan memegang perrsijilan/tauliah khusus, seperti di Malaysia,
harus mendapat tauliah daripada Majlis Perubatan Malaysia di samping sijil kedoktoran daripada manamana universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.

Perbandingan dan perbezaan


i-Perbandigan

1. Seorang guru dan seorang doktor mempunyai ciri persamaan iaitu memerlukan latihan yang berterusan.
Namun begitu latihan berterusan antara seorang doktor dan guru adalah berbeza dari segi mengikut situasi
pekejaan mereka contohnya seorang doktor memerlukan latihan dalam bidang kemahiran membedah pesakit
dan mengetahui kaaedah yang berkesan untuk merawat pesakit. Manakala seorang guru pula memerlukan
latihan yang berterusan namun dalam latihan yang berlainan contohnya pengurusan kelas ataupun latihan
bagi menambahkan kemahiran pengajaran yang berkesan untuk disampaikan kepada orang yang diajar.

2. Dari segi organisasi pula, kedua-dua profesion ini mempunyai organisasi di bawah kementerian yang
berlainan Bidang kedoktoran di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang mana kini diterajui oleh
Menteri yang dilantik oleh kerajaan yang memerintah iaitu YB Datuk Seri S.Subramaniam dan jika dilihat
melalui skop pentadbiran hospital ianya diketuai oleh seorang Pengarah Hospital yang ditauliahkan.
Manakala profesion perguruan pula dilaksanakan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang dipimpin
oleh Datuk Seri Mahdzir Khalid dan jika dikhususkan skop pentadbiran jika di sekolah rendah organisasi
pentadbiran sekolah tersebut dipimpin oleh guru besar atau pengetua sekolah.

3. Audiens juga adalah ciri banding beza yang paling ketara antara profesion perguruan dan juga doktor.
Dimana seorang doktor akan merawat pesakit tanpa mengira had umur. Manakala seorang guru pula akan

terbatas audiens yang diajar mengikut had umur yang ditetapkan oleh pentadbiran pendidikan iaitu 7-12
tahun untuk sekolah rendah dan 13-19 tahun untuk sekolah menegah.

ii-Perbezaan

1. Uniform

i.

Seorang guru tidak memerlukan untuk memakai uniform untuk bekerja cukup hanya dengan berpakaian
formal, kemas dan sopan seperti yang ditetapkan oleh kementerian pelajaran dalam peraturannya
mengenai etika pemakaian seorang guru.

ii.

Manakala seorang doktor dikehendaki memakai uniform ataupun jubah doktor ketika berada dalam
situasi bekerja disamping handaklah memakai pakaian yang sopan dan kemas sepanjang waktu bekerja.

2. Tugas

i.

Seorang guru berfungsi untuk menjadi seorang pemudah cara kepada setiap pelajar yang diajarnya bagi
mendidik pelajar yang diajar untuk mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan kepada mereka
mengikut silibus yang ditetapkan.

ii.

Doktor pula lebih tertumpu tugasnya kepada membantu merawat pesakit yang datang ke hospital, klinik
ataupun pusat-pusat kesihatan yang ditubuhkan.

3. Objektif

i.

Seorang doktor mempunyai objektif ataupun sasaran kerja untuk mewujudkan masyarakat yang sihat dan
sejahtera tanpa penyakit

ii.

Manakala seorang guru pula mempunyai sasaran bagi melahirkan generasi yang cerdik pandai
berpendidikan samada ilmu keduniaan mahupun ilmu akhirat sebagai pewaris masa depan negara kita
Malaysia.

Tidak Beruniform

Beruniform

Latihan
Berterusan

Mendidik Murid

GURU

Mewujudkaan
Melahirkan Generasi
Masyarakat
Sihat
Berpendidikan

Organisasi

DOKTOR

Merawat Masyarakat

Audiens

PERBANDINGAN DAN PERBEZAAN PROFESION SEORANG GURU DAN SEORANG DOKTOR

Anda mungkin juga menyukai