Anda di halaman 1dari 6

PENULISAN AKADEMIK

Refleksi

Refleksi merupakan suatu proses yang penting dalam kitaran pembelajaran bagi kemajuan
profesion keguruan. Pengalaman pengajaran yang diperolehi oleh guru-guru sejak mereka mula
berkhidmat adalah amat bernilai dan boleh dikongsi untuk manfaat semua guru. Berasaskan
kaedah yang sistematik dalam refklesi, pengalaman tersebut dapat dijadikan pengajaran dan
membawa pengertian kepada semua guru.
Definisi
Amalan refleksi ini diperkenalkan oleh Donald Schon dalam bukunya The Reflective
Practitioner dalam tahun 1983. Menurut beliau, amalan reflkesi merangkumi pengalaman
dalam minda apabila menggunakan pengetahuan teori yang berubah menjadi aplikasi praktikal.
Sacara amnya, refleksi adalah pengalaman hidup peribadi seseorang itu.
Refleksi bagi guru-guru boleh didefinisikan sebagai proses di mana guru-guru mempelajari
kaedah pengajaran sendiri dan menentukan cara-cara yang terbaik untuk mengajar muridmurid. Melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti, guru-guru mempelajari apa yang berjaya dan
apa yang tidak berjaya dalam bilik darjah. Guru-guru akan mempelajari apa yang penting dan
apa yang perlu dielak dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan datang.
Kedua-dua aktiviti yang berkesan dan kurang berkesan boleh digunakan untuk memperkayakan
seseorang melalui pendekatan refleksi sistematik. Apabila direnung kembali sesuatu tindakan
dan akibatnya, guru-guru bukan sahaja mengingati perkara tersebut tetapi juga memikirkan
keputusan yang menyebabkan perkara tersebut berlaku.
Refleksi atau introspeksi tersebut akan memberi input yang berharga untuk memperbaiki diri
dan peribadi seorang guru. Proses mengingat kembali faktor-faktor penyebab dan hasil
tindakan guru-guru akan memberi pengertian kepada mereka untuk mengelak perkara-perkara
yang kurang berkesan dan memperbaiki segala tindakan mereka. Guru-guru yang cekap dalam
mengamalkan refleksi juga akan mengalami proses pembelajaran dan pengajaran yang lebih
bermutu.

Ciri-ciri Refleksi
Memahami ciri-ciri amalan reflkesi akan memberi guru-guru asas yang baik tentang proses
refleksi seperti berikut :
(

a)

Proses Sistematik

Proses refleksi ialah proses yang sistematik , mengingati kembali dari ingatan pengalamanpengalaman yang telah berlalu. Dalam proses sistematik ini, guru-guru memahami dan
menjelaskan proses-proses yang berlaku dari awal hingga akhir bagi sesuatu kejadian supaya
mendapat pengertian dan pemahaman pembelajaran yang baru.
Contohnya, mengingati kembali dan memahami apa yang berlaku ketika mengajar, apa yang
berlaku di minda guru-guru dan reaksi murid-murid pada setiap langkah pengajaran.
b) Bukti Penambahbaikan
Refleksi juga dapat menyediakan bukti dan pengetahuan teknikal untuk meramal penyelesaian
efektif untuk proses-proses penambahbaikan. Selepas mengajar sesuatu pelajaran, guru-guru
perlu menganalisis aktiviti pembelajaran untuk menunjukkan hasil positif dan negatif.
Contohnya, dalam sesuatu keadaan pembelajaran dan pengajaran, perkara-perkara yang perlu
dielakkan dan langkah-langkah yang diteruskan apabila sesuatu pelajaran diulangi perlu diberi
penekanan.
c) Meramal Akibat
Refleksi

membolehkan

guru-guru

menjangka

hasil

sesuatu

tindakan

dan

membuat

perancangan awal. Guru-guru dapat meramalkan tentang segala perubahan dan hasil
pembelajaran kerana mereka mempunyai pengetahuan tentang murid-murid mereka.
menggunakan pengertian baru untuk mengubah pengajaran mereka. Oleh yang demikian, guruguru boleh menjana idea-idea yang baru untuk diterapkan dalam pengajaran selepas
pengalaman praktikal mereka.
Kepentingan Refleksi
Antara kepentingan refleksi ialah guru permulaan boleh dibantu melaksanakan refleksi dan
mempelajari nilai refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran pembelajaran Malahan, sama
ada di dalam atau pun di luar negara, kita melihat seperti telah berkembang suatu budaya di

mana bakal guru digalakkan untuk mempraktikkan amalan refleksi sebagai satu cara membuat
penilaian kendiri. Calderhead (1989) yang mengkaji hasil kerja
Handal dan Lauvas merumuskan bahawa amalan refleksi dalam pengajaran membolehkan
seseorang menilai keberkesanan dirinya sebagai guru dan menyoal tujuannya. Saranan ini
selaras dengan pandangan yang menganggap bahawa amalan refleksi memberi peluang
kepada kita untuk menyiasat secara kritis kepercayaan, anggapan-anggapan yang tersirat,
amalan pengajaran dan akibat amalan pengajaran tersebut (Dewey, 1933; Schon, 1987). Bagi
John Dewey (1933), seseorang yang mengamalkan pemikiran reflektif akan terhindar daripada
bersifat impulsive. Seseorang yang reflektif adalah lebih berhati-hati dan ini membolehkan guru
membuat keputusan dalam proses pendidikan.
Seterusnya, pandangan tentang terdapatnya kata sepakat bahawa amalan reflektif membawa
ke arah pertumbuhan profesional (Van Manen, 1977), menyokong pandangan Wildman, et al,
(1990). Kepentingan amalan reflesi ini juga ditegaskan oleh Steffy B.E, et al., (2000 ) yang
menyatakan bahawa adalah sukar untuk mencapai pertumbuhan profesional tanpa amalan
reflektif dalam karier seorang guru.
Seterusnya amalan refleksi juga membolehkan guru menjadi self-directed, iaitu mempunyai
tanggungjawab terhadap perkembangan kendiri. Pandangan lain menjelaskan bahawa amalan
reflektif menghasilkan kemajuan kepada bakal guru melalui peringkat-peringkat perkembangan
kognitif, perkembangan dari guru pelatih kepada guru terlatih dan membolehkan mereka
menganggap pengajaran dari perspektif yang lebih interpretif dan kritikal.
Refleksi juga penting kerana pembelajaran berlaku melalui campuran teori dan praktikal,
pemikiran dan tindakan serta pemerhatian dan interaksi :
a -

Menghasilkan perancangan pengajaran yang lebih baik.

b -

Menjana idea-idea inovatif untuk menghasilkan bahan pengajaran.

c -

Memahami keperluan murid-murid yang pelbagai.

d -

Boleh menyelesaikan masalah selepas mengambil kira semua pilihan.

e -

Menjana proaktif dan bukannya reaktif.

f -

Membina cara kreatif untuk memotivasikan murid-murid.

g -

Bertimbang rasa terhadap murid-murid yang lain.

h i.

Memahami diri sendiri dan orang lain.


-

Menyedari kesilapan dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.

Guru-guru akan lebih bertimbang rasa terhadap murid-murid kerana ebih memahami diri sendiri
dan keperluan anak murid mereka. Guru-guru akan menyedari kesilapan dan kesalahan diri dan
tidak akan mengulangi kesilapan-kesilapan tersebut.
Melakukan amalan refleksi, guru-guru yang berkeyakinan juga dapat menjalankan kajian secara
kolaborasi dengan jayanya dan berkongsi hasilnya dengan guru-guru lain dalam profesion
keguruan.
Dengan adanya refleksi guru dapat mengenalpasti kelemahan dalam pengajaran, guru dapat
membuat penilaian dan keputusan berkenaan cara-cara untuk memperbaiki pengajarannya
contohnya, Di antara cara memperbaiki P&P guru ialah :Kaedah mengajar
Dari segi kaedah mengajar guru telah menyediakan kad tugasan sebagai panduan murid
menjalankan aktiviti supaya arahan dan penerangan lebih jelas serta berkesan. Kad tugasan
diberikan kepada semua ketua kumpulan murid dan meminta setiap ketua kumpulan
membacakan arahan dalam kad tugasan di dalam kumpulan masing-masing. Setiap murid
dalam kumpulan masing-masing akan diberikan peranan masing-masing mengikut tahap
pengetahuan mereka dengan memberikan nama murid sebagai A,B,C,D,E dan F. Kumpulan
belajar murid juga dipelbagaikan iaitu murid yang tahap pengetahuan yang baik belajar
bersama murid-murid yang sederhana dan lemah dalam satu kumpulan yang sama.

Masa
Guru

menetapkan

masa

untuk

setiap

aktiviti

yang

melibatkan

perbincangan atau

pembentangan. Ini adalah supaya pengurusan masa yang terhad dapat diatasi dengan baik.
Murid-murid juga akan sentiasa diingatkan tentang perjalanan masa perbincangan setiap 5
minit. Ini akan mengelakkan murid-murid membazir masa kepada perbincangan yang lebih
panjang dan dapat menyiapkan rekod hasil perbincangan mereka mengikut masa yang
ditetapkan. Guru juga akan menetapkan murid-murid membentangkan hasil perbincangan
mereka secara bergilir-gilir mengikut nama murid A,B,C,D,E hingga F. Tindakan ini bagi
menggalakkan setiap murid aktif memainkan peranan masing-masing dalam kumpulan.

Kesimpulannya, dengan adanya kemahiran membuat refleksi dapat membantu guru belajar
secara optimum daripada kesilapan dan pengalaman lepas. Oleh sebab itu, refleksi juga
dikatakan dapat membantu pembelajaran sepanjang hayat dan perkembangan peribadi serta
profesion yang positif .

Ringkasnya, dalam belajar mengajar, refleksi membolehkan seseorang guru:


membuat penilaian kendiri
berfikir secara analitik, kritis dan kreatif
menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil kerja
melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusan
mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai & estetika
mengubah tingkahlaku

RUJUKAN
1. http://tamilselvi-subramaniam.blogspot.my/2011/12/refleksi-pengajaran.html
2.

Anda mungkin juga menyukai