Anda di halaman 1dari 17

1.

0 Konsep dan Prinsip Perkembangan Kanak-kanak


Perkembangan dijelaskan sebagai satu perubahan yang berbentuk sistematik,
progresif,dan bersepadu dalam diri individu sejak lahir hingga akhir hayatnya. Ia juga
dapat diertikan sebagai perubahan-perubahan yang dialami individu dalam proses
menuju ke peringkat kedewasaan dan kematangannya.Pendapat ini disokong oleh
Santrock, yang mana beliau menyatakan corak perkembangan dalam pelbagai
aspek bermula sejak proses persenyawaan hingga akhir hayat.
Saya menyokong pandangan ini kerana memang terbukti dalam diri saya dan
orang disekeliling saya bahawa perkembangan adalah proses yang
berterusan.Sertiap hari,apabila kita bangkit dari tidur dan seterusnya, bermulanya
penambahan maklumat,pengalaman,kemahiran dan apa jua bentuk rangsangan
yang dikenakan keatas kita, termasuk juga proses-proses yang berterusan seperti
proses dalam tubuh badan dan proses penuaan.Namun,bagi Lev Vygotsky
perkembangan adalah sesuatu yang komplek untuk dinyatakan secara berperingkat.
Robert Havighurst menerangkan tentang konsep tugas dan tanggungjawab
yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu pada setiap peringkat perkembangan
hidupnya.Pendapat ini turut di sokong oleh Arnold Gesell, beliau menyatakan
perkembangan manusia mengikut jadual waktu yang tetap dan kanak –kanak harus
diberi peluang berkembang dengan kadar sendiri.

Melalui pengalaman saya;sebagai seorang guru ganti di sebuah sekolah


rendah,saya melihat dalam kalangan pelajar yang bermasalah dalam pelajaran,
mereka sebenarya terdiri daripada kalangan pelajar yang “slow learner”.Jadi saya
berpendapat, guru harus faham akan situasi murid terbabit dan jangan menyamakan
atau membezakan mereka dengan murid yang lain.Sememangnya, tiada insan yang
dilahirkan mempunyai tahap pemikiran yang sama.Pendekatan cara serta teknik
mengajar yang betul harus diguna pakai agar pelajar-pelajar ini tidak
ketinggalan.Menurut Hausfather (1996) guru seharusnya meneliti setiap akibat,risiko
dan kesan ke atas semua aspek,iaitu perasaan,pemikiran dan naluri murid.

Perkembangan bersifat kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif


tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada peringkat lebih awal.
Contohnya kematangan. Melalui pengalaman saya, pada ketika ini saya dapat
merasakan perbezaan pemikiran dan fizikal saya ketika berusia 6 tahun berbanding
usia 19 tahun sekarang.Dimana, dahulu adanya sikap egosentrik yang ada pada

1
saya ketika berusia 5 dan 6 tahun dan pada masa sekarang sikap itu sudah hilang
dari dalam diri saya.

2.0 Konsep Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran


yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Ia sangat penting kerana ia akan
mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan
kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang dan
perkembangan mental.Melalui pengalaman, saya juga bersetuju dengan penyataan
ini,sememangnya perkembangan kognitif memainkan peranan besar dalam
merangka masa depan seseorang individu.

Kemahiran kognitif adalah kebolehan individu untuk berfikir, memberi


pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran
masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental contohnya, ingatan,mengkategori,
merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-
lain. Jean Piaget berpandangan pemikiran sebagai satu proses yang disedari dan
berkembang secara berperingkat-peringkat.Lev Vygotsky pula memberi alternatif
kepada idea Piaget tentang perkembangan kognitif kanak-kanak di mana dia
menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak.

3.0 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget


Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat
perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau
berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya, kanak-
kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami
persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan,
manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya.Piaget ada menyatakan empat faktor
yang mempengaruhi proses pemikiran individu (Rujuk LAMPIRAN 1.0).
Melalui pengalaman saya berumur 6 tahun, saya sudah minat untuk mengenal
apa itu sains.Walaupun saya tidak tahu apa itu sains namun,dorongan ingin tahu itu
semakin meningkat apabila bapa saudara saya membuat kipas kecil daripada motor
kecil kereta permainan.Melalui tindakan beliau saya begitu tertarik untuk mengetahui

2
bagaimana motor itu boleh bergerak dan memutarkan kipas yang dilekatkan
kepadanya.(Rujuk LAMPIRAN 2).Hasil rangsangan persekitaran inilah saya mula
memupuk minat untuk belajar sains.Penyataan ini telah disokong oleh Lev
Vygotsky,iaitu perkembangan kognitif dipengaruhi persekitaran sosial kanak-kanak
tersebut.

Bagi menjelaskan perkara ini lagi Piaget telah memperkenalkan 4 konsep utama
proses-proses tersebut:
 Skema (Schema)
 Penyerapan (Assimilation)
 Pengubahsuaian (Accomodation)
 Keseimbangan (Equilibrium)

3.0.1 Skema
 Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu
mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema
adalah seperti sebuah rak yang menyimpan banyak fail dan setiap fail
mewakili satu skema. Seorang bayi apabila dilahirkan ia mempunyai skema
umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin lama
semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi.
 Skema juga ditakrif sebagai proses mencipta, memperhalus, membuat
perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema
sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam. Melalui
pengalaman saya,saya mempunyai adik lelaki yang baru berusia beberapa
bulan,apabila disuakan dengan apa sahaja ke mulutnya, dia akan mencuba
untuk menghisapnya kerana menganggap bahawa itu puting susunya.Begitu
juga dengan kemahiran menggengam,tidak kira apa jenis barang yang
diberikan dia akan mencuba untuk memegangnya.

3.0.2 Asimilasi
 Asimilasi adalah proses kognitif di mana seseorang menghimpunka informasi
–informasi baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang
sedia ada iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia
ada. Contohnya, kanak-kanak mengetahui struktur asal motorsikal dan

3
spefikasinya informasi berkenaan motorsikal itu di simpan didalam fail
skemanya.Bermula dengan motorsikal biasa kepada motorsikal yang
mempunyai pelbagai jenama dan reka bentuk,maklumat sentiasa ditingkatkan
dan ditambah.
 Proses ini berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai
informasi dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan gelas yang
diisikan air didalamnya secara berterusan ia akan memenuhi gelas
tersebut.Sama juga seperti pengalaman sebenar saya,semakin saya belajar
dan berkomunikasi,pelbagai informasi dan maklumat yang saya
perolehi.Dengan menggunakan maklumat itu saya membuat kesimpulan saya
sendiri.Kesilapan dalam memproses maklumat menyebabkan kesan yang
tidak baik akan berlaku.Misalnya, saya menerima maklumat yang salah dan
tanpa penelitian yang wajar saya akan mengeluarkan penyataan yang salah.
 Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan
kualitatif.Ia bermaksud kualitatif adalah sesuatu yang tidak dapat diukur dan
disukat berbeza dengan kuantitatif.
3.0.3 Akomodasi
 Akomodasi juga dikenali sebagai penyesuaian diri dan menghasilkan
perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of schema).
Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan
diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka
maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai.
 Contohnya, motorsikal yang diketahui diubahsuai menjadi motorsikal roda
tiga,maka penerimaan pandangan daripada skema yang sedia ada adalah
bahawa itu motorsikal bukan motorsikal roda tiga.Namun apabila disesuaikan
dengan penerangan dan pendekatan maka kanak-kanak tersebut boleh
menerimanya.
 Situasi yang saya ingin gambarkan ada dilampirkan (Rujuk LAMPIRAN
3).Sekiranya kanak-kanak yang baru pertama kali melihat motorsikal roda tiga
dia akan mengatakan bahawa itu motorsikal biasa. Ini kerana skema yang ada
menyatakan motorsikal itu beroda dua, mungkin juga ada yang akan
mengatakan bahawa itu bukan motorsikal tetapi gerabak atau kereta model
baru.

4
 Proses penyesuaian diri akan berlaku apabila skema yang sedia ada diubah
suai untuk disatukan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-
pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan
tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga
seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-
satu kemahiran tertentu.Situasi yang saya gambarkan menyatakan, sekiranya
kanak-kanak tersebut dapat menerima panduan dan pandangan yang betul
maka dia akan dapat menerima penyataan bahawa motorsikal yang diubah
suai itu menjadi motorsikal roda tiga.

3.0.4 Keseimbangan
 Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak
menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Malah, jika dia
sudah mencapai tahap keseimbanagn yang memberangsangkan dia akan
memperhalusi informasi yang diterimanya.Contohnya, motorsikal yang telah
diubahsuai menjadi motorsikal roda tiga dapat diterima bahawa ia motorsikal
yang sudah diubah menjadi roda tiga.
 Sekiranya ia berjaya, proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia
tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui
pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat
baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses
ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.
 Sebagai seorang pelajar sekolah suatu ketika dahulu,saya sering menghadapi
masalah berkenaan persoalan pelajaran yang tidak terjawab.Saya cuba
mencari kesinambungan antara perkara yang saya pelajari dan aplikasinya
kepada diri saya sendiri.Bagi saya tidak perlu belajar Matematik Tambahan
kerana tidak ada pun operasi hidup saya yang memerlukan formula yang saya
pelajari.Namun, apabila saya menggangpnya sebagai ilmu yang akan saya
gunakan kelak saya menerimanya dan memperoleh manfaat daripadanya.

5
Peringkat-peringkat dalam perkembangan kognitif mengikut teori Jean Piaget:

Bil. Peringkat Umur


1. Peringkat sensori motor ( 0 – 2 tahun )
2. Peringkat Pra Operasi ( 2 – 7 tahun)
3. Peringkat Operasi Konkrit (7 – 11 tahun)
4. Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas )
PERINGKAT UMUR

Peringkat sensori motor 0 – 2 tahun


Penerangan:

 Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk


memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya.
 Selepas dilahirkan selama dua bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan
objek-objek di dalam persekitarannya. Kanak-kanak kelihatan mula boleh
belajar bahasa dan lambang yang mudah. Pada usia 8 bulan dia sudah mula
kenal individu yang berada disekitarnya seperti ibu dan ayah.
 Kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan
gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek
yang dapat dilihat dalam persekitarannya.(Rujuk LAMPIRAN 5)
Refleksi

Hasil daripada pengalaman saya sebelum ini,ketika bersama dengan sepupu saya
yang berusia 10 bulan,pada awalnya dia tidak mahu mendekati saya dan apabila
saya mendukungnya dia akan menangis kerana dia tidak kenal akan orang yang
baru dilihatnya.Namun, apabila ibunya mengambilnya dari saya dia terus berhenti
menangis.Melalui penyataan Piaget ini,pada usia 8 bulan keatas,kanak-kanak sudah
mula kenal akan orang yang berada disekelilingnya.Sekiranya ada orang lain yang
hadir dalam kehidupannya dia akan berasa takut kerana tidak kenal.Keadaan ini
tidak akan berpanjangan sekiranya “orang baru” yang mendatanginya tidak
mengancam dan bertindak mesra dengannya,maka dia akan mula biasa.Lev
Vygotsky berpendapat bahawa faktor sosial iaini perhubungan dan perkongsian
pengalaman adalah penyumbang kepada perkembangan kognitif.Saya merupakan
unsur sosial yang bertindak ke atas sepupu saya dalam usaha untuk dia mengenali
dunia sekelilingnya.Ini membuktikan penyataan Vygotsky tentang pentingnya

6
peranan sosial.

PERINGKAT UMUR

Peringkat Pra Operasi 2 – 7 tahun


Penerangan:

 Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk


menggambarkan sesuatu konsep.
 Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan
fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan kognitifnya kian
menjadi pesat.
 Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa
dengannya.
 Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan
mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami
konsep keabadian bilangan.
 Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini bersikap egosentrik iaitu
mereka melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif sendiri.
 Contohnya, seorang kanak-kanak yang menonton kartun, akan beranggapan
bahawa semua orang mempunyai minat yang sama dengannya.
Refleksi:

Merujuk kepada pengalaman saya,ketika berusia 5 tahun saya sudah dapat


memasuki pertandingan berpidato dan bercerita.Pada ketika itu, saya mula hilang
perasaan gentar dan cemas kerana saya mengganggap perkara tersebut adalah
perkara yang biasa saya lakukan.Ketika itu saya pernah berpidato dihadapan bekas
Menteri Besar Johor, YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin bin Hj. Yassin ketika beliau melawat
ke kampung kami.Lev Vygotsky menyatakan bahawa manusia menggunakan alat
iaitu penulisan dan ucapan bagi membiasakan diri dengan persekitaran
sosialnya.Hasil dari perlakuan tersebut,saya mula membina perasaan untuk berani
tampil dan bersuara dalam perbincangan dalam kalangan organisasi sosial.

7
PERINGKAT UMUR

Peringkat Operasi Konkrit 7 – 11 tahun


Penerangan:

 Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses


keterbalikan dan menaakul.
 Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh menguasai
konsep pemuliharaan (conservation).Pengekalan bermaksud memahami
bahawa perubahan objek atau susunan tidak mengubah cirinya atau sifatnya.
Pengekalan berlaku pada isipadu atau kuantiti cecair,berat bahan pepejal
seperti plastersin dan nombor.
 Seperti dalam rajah di bawah, sekiranya ditanya soalan kepada kanak-kanak
berusia 7 tahun, bekas A atau B' yang banyak air, dia tentu menjawab B'
kerana dia telah memperoleh konsep pengekalan isipadu air. Dia juga telah
menguasai konsep 'tidak memusat' (decenter) iaitu boleh melihat kaitan tinggi
dan lebar bekas air. Dia juga secara mental melakukan proses pembalikan
iaitu menuang semula ke dalam bekas A. A dan B adalah 2 gelas yang sama
besar diisi kandungan air. Air dalam bekas B dituang dengan air yang sama
banyak kepada bekas tinggi iaitu bekas B.(Rujuk Rajah 1.0.1 di LAMPIRAN 4)
 Selain itu, kanak kanak juga boleh menguasai prinsip pengelasan. Di dalam
kemahiran ini, kanak-kanak dapat mengklasifikasi objek ke dalam set atau
kumpulan berdasarkan sesuatu ciri. Contoh, pengelasan mengikut ciri, warna,
saiz dan bentuk.(Rujuk Rajah 1.0.2 di LAMPIRAN 4).
 Di samping itu, kanak-kanak juga boleh menguasai perkaitan logik. Mereka
telah berkebolehan membuat persirian secara mental (mental seriation) iaitu
kebolehan untuk menyusun dalam minda mereka senarai secara siri
ketinggian, berat atau jantina. Contohnya, mereka boleh membezakan di
antara orang yang lebih tinggi atau lelaki dan perempuan.(Rujuk RAJAH 1.0.3
di LAMPIRAN 4)
 Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit
sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara
abstrak.Oleh itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks.
Di dalam peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih

8
bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.

Refleksi:

Melalui penyataan Piaget berkenaan penguasaan kefahaman berdasarkan


pengetahuan dan pendekatan secara konkrit.Pada ketika ini sekiranya pelajar di
tanya bagaimana kedudukan dacing sekiranya 1 kilogram kapas di timbang dengan 1
kilogram batu (Rujuk LAMPIRAN 6).Pada ketika ini, walaupun mereka tahu bahawa
kapas itu ringan namun apabila jumlah berat kapas itu sama dengan jumlah batu
maka kedudukan dacing adalah sama iaitu kedua-dua barang yang ditimbang itu tadi
mempunyai berat yang sama.Jelaslah bahawa kanak-kanak pada peringkat ini sudah
boleh membuat persamaan logik yang sekaligus membantu proses perkembangan
kognitifnya.Saya mengutarakan contoh ini kerana ia merupakan soalan matematik
yang disoal kepada saya ketika berada dalam tahun 5,jadi hasil daripada logik akal
saya mengatakan bahawa kedudukan dacing adalah sama,walaupun kapas itu
ringan namun ia mempunyai berat yang sama dengan batu yang pada hakikatnya
berat.

PERINGKAT UMUR

Peringkat Operasi Formal 11 tahun ke atas


Penerangan:

 Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah
yang lebih kompleks.
 Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif, dan menggunakannya
untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuat rumusan
atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik.
 Remaja juga boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk
menggambarkan konsep yang abstrak, mengaitkan satu konsep dengan
konsep yang lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah
matematik.
 Antara ciri-ciri pemikiran formal ialah:

9
1. Berfikir secara abstrak
Kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah-masalah matematik di mana
melibatkan perwakilan abstrak.
Contohnya, 4x + x = 10. Apakah nilai x ?
2. Berfikir secara sistematik
Contohnya, terdapat 3 helai baju dan 3 helai seluar, berapakah kombinasi
pakaian yang dapat dibuat daripada pakaian di atas ?
3. Boleh membuat hipotesis
Mereka boleh membuat ramalan tentang apa yang akan terjadi terhadap
Bandar yang mengalami pencemaran teruk dalam 20 tahun akan datang.
Refleksi:

Saya begitu bersetuju dengan pendapat Piaget berkenaan perkembangan


kognitif pada peringkat ini.Hasil dari pengalaman ketika saya berada dalam
Tingkatan 1, saya sudah mempelajari fungsi Algebra yang dipelajari dalam salah
satu sukatan matapelajaran Mathematic Form 1,dan pada ketika itu saya tidak faham
akan perlambangan “x”, “y” dan sebagainya. Atas pendedahan dan pendekatan
pembelajaran yang saya perolehi,saya dapat memahami perkara tersebut dengan
mudah dan cepat. Piaget (1966) merumuskan bahawa persediaan mental
merupakan faktor dalaman yang banyak mempengaruhi keberkesanan pembelajaran
Ini telah dinyatakan dalam teori Piaget,iaitu kanak-kanak pada usia ketika ini sudah
mampu memahami konsep abstrak.Malah,pada ketika ini, unsur imaginasi kanak-
kanak sudah mula menggunakan elemen-elemen logik yang mereka rasakan sesuai
dan sememangnya tidak menyalahi hukum fizik.Contohnya,imaginasi mencipta
papan selaju yang terapung diudara menggunakan konsep aruhan magnet.(Rujuk
LAMPIRAN 7).Jika kita lihat dari segi idea,konsep dan hukum fizik itu menepati ciri
yang dinyatakan.

4.0 Cara-Cara Membantu Murid Dalam Mencapai Perkembangan Kognitif Yang


Optimum

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menggariskan enam komponen utama


yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh. Ia merangkumi bahasa dan
komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian moral, perkembangan emosi,
perkembangan fizikal serta kreativiti dan estetika. Proses pembelajaran mempunyai

10
pelbagai peringkat (Rujuk LAMPIRAN 11).Bermula dengan ingatan,tingkah
laku,persekitaran dan rangsangan.Ia saling bergerak seiringan secara kitaran.

Manakala perkembangan kognitif pula melibatkan pemerhatian, perbandingan


dan diskriminasi, ramalan, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah,
pengelasan, padanan satu dengan satu konsep nombor, operasi nombor dan
pengukuran.

Sebagai seorang bakal warga pendidik, saya haruslah memahami dan


mengenalpasti cara untuk mengoptimumkan perkembangan kognitif kanak-
kanak.Berikut saya nyatakan cadangan yang menggunakan peringkat
perkembangan Jean Piaget sebagai model konsep asal.

4.0.1 Peringkat sensori motor (0-2 tahun)

Pada ketika ini kanak-kanak masih lagi dalam proses pengenalpastian


objek.Dimana kanak-kanak sudah dapat mencari objek yang jelas dan separa
tersembunyi (Rujuk LAMPIRAN 5).Walaupun objek sudah diubah kedudukannya dan
sudah tidak ada pada kedudukan asal kanak-kanak masih boleh mengingatinya.

Ketika peringkat usia begini,kanak-kanak harus diberi peluang untuk


menerokai persekitarannya.Galakan dari ibu bapa penting,namun masih perlu
pengawasan yang sewajarnya agar kemalangan tidak berlaku.Fuson(1988) ada
menyatakan pada peringkat usia begini,kanak-kanak sudah boleh belajar mengira
dan menyebut nombor – nombor mudah.Ini membuktikan bahawa kana-kanak sudah
dapat menerima konsep asas.

Guru atau pengasuh bolehlah mencari kaedah yang sesuai seperti


mengaitkan situasi yang berlaku dengan cerita kanak-kanak.Bagi menggambarkan
sifat seekor ayam,gunakan bahan cerita berkenaan ayam (Rujuk LAMPIRAN 8).

4.0.2 Peringkat Pra Operasi (2 – 7 tahun)

Pada peringkat ini,kanak-kanak boleh di dedahkan dengan soalan yang


menggunakan aplikasi penyelesaian masalah yang mudah.Guru harus

11
menggunakan alat bantuan mengajar yang menarik dan sesuai.Seperti, blok kayu
kecil,batuan kecil dan air.

Biarkan pelajar melakukan aktiviti mengikut kefahaman mereka.Ketika mereka


sedang melakukan aktiviti,guru boleh mencelah dan bertanya kepada murid .Kaedah
ini amat berkesan dalam diri murid tersebut.Ketika ini,dia sudah mula memupuk
sikap berkeyakinan untuk bercakap dan bersedia untuk disoal.Sekaligus,pembinaan
idea yang kreatif juga dapat dicungkil dari dalam diri murid itu.Kaedah ini di nyatakan
oleh Hausfather (1996),iaitu aktiviti sebegini haruslah melibatkan murid dan guru
agar komunikasi secara terbuka dapat dijalankan.

Menyentuh aspek soalan yang besesuaian dan effektif,guru boleh


mennggunakan aplikasi bertanya soalan berkenaan bahan atau objek yang
konkrit.Contohnya, guru menunjukkan beberapa bentuk bongkah plastik yang
mempunyai pelbagai bentuk.Seterusnya, guru mengambil bongkah berbentuk empat
segi sama sisi dan bertanya kepada anak-anak muridnya berkenaan sifat bongkah
itu tadi,(Rujuk LAMPIRAN 9) .Pendapat ini telah dibuktikan oleh Thompson
(1990),dimana beliau menyatakan bahawa,pada peringkat usia sebegini kanak-
kanak sudah mula dapat mengelaskan objek yan dilihatnya.

4.0.3 Peringkat Operasi Konkrit (7 – 11 tahun)

Menurut Burns & Sibley ( 2000 ), pengalaman nyata atau “hands-on” dan
beberapa pendekatan menerangkan peryelesaian permasalahan adalah salah satu
elemen yang membantu perkembangan kanak-kanak pada peringkat usia ini.

Sebagai seorang guru,pada peringkat sebegini saya mencadangkan agar


aktiviti pengalaman nyata dapat dilakukan agar menjadikan proses pembelajaran
menyeronokan dan kefahaman murid apabila mereka melihat sendiri proses itu
berlaku.

Namun kaedah ini masih tidak dapat dijalankan secara menyeluruh kepada
semua subjek atau topik pengajaran.Ini kerana,aktiviti sebegini memerlukan murid-
murid berfikir secara abstrak.Ini kerana penguasaan konkrit mereka baru sahaja
bermula dan mereka memerlukan ia sebagai bantuan.

12
Guru boleh melakukan aktiviti yang bersesuaian dengan pembelajaran di
samping menggunakan alat bantuan mengajar yang jelas.Contohnya untuk mengajar
berkenaan sifat haiwan mamalia seperti arnab.Guru membawa arnab hidup kedalam
sesi kelas.Melalui aktiviti ini,kos induksi yang jelas dan bahan rujukan ada di
hadapan murid.Apabila mereka memegang dan meneliti arnab tersebut mereka mula
membuat kesimpulan seperti, mamalia berdarah panas,melahirkan anak dan
sebagainya.

Apabila aktiviti sudah berakhir, guru boleh bertanyakan soalan dan


mendengar pendapat murid-murid berkenaan apa yang mereka lakukan sebentar
tadi.Penggunan bahan yang nyata mampu memupuk nilai keyakinan tentang apa
yang dipelajarinya. Sehubungan dengan itu, minat mereka untuk lebih tahu akan
mula timbul.Maka perkembangan kognitif mereka dapat diperkembangkan ke tahap
yang optimum.”Perbincangan yang berkesan dari guru kepada murid dan sebaliknya
menyumbang kepada perkembangan kognitif pelajar” Hausfather(1996).

Berdasarkan pengalaman yang saya lalui apabila berhadapan dengan tajuk


mendarab menggunakan nilai yang besar,guru saya memperkenalkan dua kaedah
yang berbeza.Kaedah penggiraan biasa dan kaedah “potong wajik” .Ketika itu saya
berada dalam tahun 5.Bagi saya,penggunaan kaedah “potong wajik” adalah lebih
mudah dan cepat untuk diselesaikan,namun ada juga rakan lain lebih gemar kaedah
biasa kerana menganggapnya satu kaedah yang merumitkan.

Penyataan ini disokong oleh pendapat Eggen & Kauchak(1999), bagi


mereka,satu kaedah yang spesifik dalam menyelesaikan masalah adalah bermakna
bagi seseorang,namun kepelbagaian penyampaian yang berbeza adalah lebih
bermakna kepada orang lain.

4.0.4 Peringkat Operasi Formal ( 11 tahun ke atas)

Pada peringkat ini guru bolehlah menggunakan aktiviti yang lebih kepada
kemahiran kendiri dan kemahiran berfikir secara kreatif bagi mengoptimumkan
perkembangan kognitif pelajar.

13
Terdapat empat bentuk pendekatan yang sesuai
antaranya,Penyataan,Inferense,Penilaian dan Pengaplikasian.Keempat-empat
kaedah mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Melalui kaedah Penyataan,pelajar akan belajar cara untuk mengeluarkan


maklumat dan isi penting dalam menyelesaikan permasalahan.Guru dapat
membantu dengan cara menyediakan bahan bantuan dan info yang berguna bagi
mereka menilai dan mengeluarkan penyataan yang berkaitan dengan permasalahan
yang mereka hadapi.Menurut Vygotsky, pengalaman perbincangan bersama rakan
dan pemantauan daripada orang dewasa (guru) mempunyai tahap yang berbeza
berbanding mereka membuat tugasan itu sendirian.

Kaedah Inferens,menyiapkan diri seorang pelajar untuk bersedia


mengeluarkan inferens yand induktif dan deduktif.Kemahiran deduktif adalah
pandangan yang melibatkan penyataan konsep umum kepada perkara yang
spesifik.Manakala inferens induktif melibatkan kaedah mengeluarkan maklumat
persamaan dan perbezaan daripada objek atau situasi tertentu dan menuju kepada
persamaan.

Seterusnya ialah kaedah Penilaian,penggunak kaedah ini adalah untuk


menbolehkan murid mengenalpasti kesilapan dan keputusan yang mereka perolehi
dengan jawapan yang betul .Kaedah ini menekankan agar murid tidak akan
melakukan kesilapan yang sama kelak dan memberi gambaran awal kepada murid-
murid akan permasalahan yang mempunyai konsep yang sama dengan perkara
yang mereka bincangkan.

Akhir sekali adalah kaedah Pengaplikasian.Kaedah ini merupakan teknik yang


tertiggi berbanding kaedah yang lain.Apabila tiba pada tahap ini,guru
memperkenalkan kepada murid-murid berkenaan situasi sebenar yang
berlaku.Mereka dikehendaki mennggunakan aplikasi ilmu yang mereka tahu dengan
situasi semasa.

Contohnya,mereka tahu struktur binaan bangku kecil berdasarkan model


konsep asal dan teori,apabila mereka dikehendaki menghasilkan bangku kecil yang
sebenar dan mampu digunakan,maka mereka akan menggunakan semua kemahiran

14
dan pengetahuan yang mereka pelajari untuk menghasilkan bagku kecil
tersebut.Sesi perbincangan dan pelaksanaan secara berkumpulan dapat membantu
perkembangan kognitif,sosial dan perkongsian,Hausfather(1996).

Melalui aktiviti sebegitu,murid dapat menjana pemikiran logik dan waras.Iaitu


semasa proses penghasilan dan rekaan, kaki bagku kecil itu haruslah besar bagi
memperolehi kestabilan.Jika tidak ia akan mudah rosak dan tidak selesa apabila
digunakan.

4.0.5 Kesimpulan

Pelbagai kaedah pendekatan yang sesuai untuk mengoptimumkan


perkembangan kognitif murid-murid.Namun,ia haruslah bersesuaian dengan
peringkat umur murid-murid.Sebagai bakal guru kita harus melengkapkan diri
dengan persiapan yang mantap agar matlamat melahirkan modal insan yang
bersepadu dapat dicapai.Seperti yang kita ketahui,perkembangan kognitif juga
berpaksikan faktor persekitaran.Guru merupakan faktor persekitaran yang jelas dan
tidak dinafikan memberi impak yang besar.Oleh itu penguasaan terhadap ilmu ini
amat penting dalam membantu kita melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran.

Rujukan

Abdul Ghani Abdullah,Ph.D & Abd.Rahman Abd.Aziz (2009) Mengurus Tingkah Laku

Pelajar,Kuala Lumpur,Perpustakaan Negara Malaysia

15
Alberto Munari1 (2000)JEAN PIAGET(1896–1980) Paris, UNESCO: International
Bureau of Education), vol. XXIV, no. 1/2, 1994, p. 311–327,©UNESCO:International
Bureau of Education

Artikel,Elizabeth M. Riddle Lev Vygotsky’s Social Development Theory

Bobby Ojose(2008) Applying Piaget’s Theory of Cognitive Development to


Mathematics Instruction The Mathematics Educator, Vol. 18, No. 1, 26–30
Ee Ah Meng (1996) Psikologi Pendidikan 1(Semester 1),Shah Alam,Penerbit Fajar

Bakti

Haliza Hamzah & Joy N.Samuel,(2008)Perkembangan Kanak-Kanak untuk

PISMP,Kuala Lumpur,Kumpulan Budiman

http://starfsfolk.khi.is/solrunb/vygotsky.html

http://www.associatedcontent.com/article/29997/vygotskys_theory_of_cognitive_dev

elopment.html

Mohd Sharani Ahmad (2004).Psikologi kanak-kanak,,Kuala Lumpur: Perpustakaan

Negara Malaysia

Mok Soon Sang. ( 2009 ). Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd

Rozumah Baharuddin(1985).Perkembangan Kanak -Kanak, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka

16
LAMPIRAN

17

Anda mungkin juga menyukai