Anda di halaman 1dari 3

Orang yang Sabar; "Kisah yang paling banyak sekali diceritakan didalam Al-Quran ialah kisah Nabi

Musa . Dan cuma kisah Nabi Yusuf yang diceritakan sekaligus dari mula hingga
akhirnya didalam satu surah iaitu Surah Yusuf."
"Nabi Musa dipaggil untuk bertemu Allah di Gunung Tursina. Pada hakikatnya,
tidak perlu kepada tempat untuk bertemu Allah. Di mana saja kita berdoa, Allah Maha Mendnegar.
Jadi kenapa Allah bertemu dengan Nabi Musa di Gunung Tursina?"
"Untuk menunjukkan ada tempat-tempat tertentu yang boleh menjadi sebab untuk mendekatkan diri
kepada Allah . Gunung Tursina ingin dimuliakan Allah agar menjadi saksi
pertemuan Allah dan Nabi Musa dan untuk diingati umat sepanjang masa, dan agar umat
menghayati, mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di tempat itu. "
"Nabi Muhammad berpesan kalau lalu di tempat yang pernah berlaku azab; Menangislah, kalau
tak boleh, berpura-pura menangis. Suatu hari ketika Nabi lalu tempat berlakunya azab kepada
kaum Nabi Soleh , baginda berpesan sebegitu walaupun jarak berlakunya sudah ribuan
tahun berbanding zaman Rasulullah .
"Ini juga untuk mengingatkan kita untuk takut kepada Allah dan mengambil iktibar agar
tidak berlaku kufur sepertimana yang dilakukan oleh mereka yang diazab. Bila lalu tempat yang
pernah berlaku keajaiban, kita disuruh bertafakur merenung kejadian yang pernah berlaku itu.
Peliknya sekarang orang naik Gunung Tursina untuk lihat matahari terbit."
"Yang memang cantik tapi macam tak pernah lihat matahari terbit dan luput daripada matlamat
sebenar iaitu untuk ambil iktibar daripada apa yang pernah berlaku di situ - pertemuan dan munajat
Nabi Musa kepada Allah , dilantik menjadi Nabi disitu. Ramai orang alpa tentang
ini. Kalau orang bukan Islam pergi tengokk matahari terbit tak apalah, tapi peliknya kalau umat Islam
buat begitu, lebih pelik lagi kalau pelajar universiti Al-Azhar sendiri yang pergi sana untuk lihat
matahari terbit. Yang tujuannya adalah untuk bertafakur."
"Nabi mengajarkan, apabila melalui sesuatu tempat, ambillah iktibar apa yang pernah berlaku di
situ, kerana perjalanan Israk dan Mikraj Rasulullah juga merupakan perjalanan mencari kesan
peninggalan para Anbiya. Baginda dibawa ke kubur Nabi Musa , kemudian dibawa ke tempat
kelahiran Nabi Isa. Kenapa?"
"Untuk ambil iktibar sifat-sifat orang yang hebat di sisi Allah dan mencontohi mereka, Dalam AlQuran pun Allh menyuruh ziarah agar kita mengambil iktibar daripada tempat-tempat yang dilawati.
"Sayyidina Uzair lalu satu kampung tak berpenghuni yang sudah usang dan runtuh dan tertanyatanya, Bagaimana Allah hidupkan orang yang telah mati? Perasaan ingin tahunya itu dijawab oleh
Allah dengan mematikan dia."
"Setelah seratus tahun dia dihidupkan semula. Dan apabila ditanya sudah berapa lama dia berada di
situ. Jawabnya sebentar saja sehari atau setengah hari. Allah nyatakan sebenarnya sudah seratus
tahun dan disuruh dia tengok bekalannya, dan keldainya."
"Bekalannya masih elok tetapi keldainya sudah tinggal tulang. Benda yang mudah rosak, Allah
kekalkan baik, dan benda yang lambat rosak keldai, Allah biarkan rosak. Setelah itu, Allah
tunjukkan bagaimana daging membalut tulang keldai itu sehingga keldai itu hidup semula.

Oleh sebab itu, kita perlu ambil iktibar daripada tempat-tempat diceritakan oleh Allah ,
baik tempat yang pernah berlaku azab. Gunung Tursina pernah diangkat oleh Allah sangat hampir
ke atas kepala Bani Israel ketika mereka berkata, Kami dengar tapi kami tak patuh.
"Syeikh Muhammad Al-Sharawi berkata ketika mentafsirkan ayat ini Jika dilihat bani Israel Yahudi
sujud, mereka akan senget sedikit ke kiri atau kanan tak pasti. Ini kerana setelah meihat Gunung
Tursina di atas kepala mereka, baru mereka sujud, tetapi miring kerana mata mereka ingin melihat
sama ada gunung itu akan dijatuhkan atau tak. Jadi, Gunung Tur juga pernah jadi saksi bani Israel
yang tak mahu patuh pada Allah ."
"Nabi Muhammad juga banyak memberi perumpamaan yang menyentuh tentang ketabahan dan
kesabaran dan kegigihan berdakwah Nabi Musa . Dalam hadis Nabi ada menyebut; Kalau
Nabi Musa hidup di zamanku, maka tiada ruang baginya kecuali ikut kepadaku.
"Di Dalam hadis lain, baginda menyebut; Semoga Allah merahmati Nabi Musa, sesugguhnya Nabi
Musa diduga oleh Allah dengan beberapa dugaan yang lebih berat daripada aku akan
tetapi dia bersabar.
"Ketika Israk dan Mikraj pun, Rasulullah bertemu Nabi Musa . Ketika dalam perjalanan di
bumi menuju Israk pun juga Rasulullah bertemu Nabi Musa . Di Dalam sahih Bukhari
dinyatakan Rasulullah lalu di kubur Nabi Musa dan melihatnya solat. Ketika menceritakan kepada
sahabat, Rasulullah berkata; Kalau kamu bersamaku, aku tunjukkan di mana kubur Nabi Musa
dan tempatnya yang di situ ada tompokan pasir merah.
"Yang bercakap adalah orang yang tak pernah berdusta. Untuk apa Rasulullah ingin tunjukkan
kubur Nabi Musa ? Ini adalah simbol kepada pentingnya Ziarah kepada makam para anbiya
dan auliya."
"Nabi Musa menghadapi banyak sekali ujian ketika berdakwah kepada kaumnya, bani Israel. Nabi
Musa sendiri mengakuinya dan menggunakan contoh yang berlaku pada dirinya agar Rasulullah
meminta keringanan solat yang pada asalnya difardhukan sebanyak lima puluh waktu, kerana beliau
tahu kita takkan mampu melakukannya sepertimana kaumnya sebelum ini."
"Nabi Musa seakan-akan merayu agar Rasulullah minta kurang lagi pada Allah . Bila
tinggal lima pun Nabi Musa suruh minta kurang lagi, tapi Rasulullah berkata; Aku malu pada
Tuhanku. Jadi yang berjasa pada kita ialah Nabi Musa . Ketika Nabi susah hati
menghadapi gangguan kaum Quraisy, baginda akan mengingati dan menjadikan Nabi Musa
sebagai teladan."
"Maksud kepada Mukhlas yakni kepada orang yang terpilih. Kalau Mukhlis maknanya orang yang
ikhlas. Allah memberi tiga gelaran kepada Nabi Musa iaitu yang terpilih, nabi
dan rasul."
"Nabi dan Rasul ada banyak bilangannya cuma tidak semua disebut atau diceritakan dalam AlQuran, dan kita disuruh beriman kepada dua puluh lima sahaja. Daripada ini ada lima yang termulia
digelar ulul Azmi iaitu Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Ibrahim, dan Nabi Muhammad yang
merupakan yang termulia daripada empat yang lain."

"Nabi ulul Azmi ialah nabi-nabi yang termulia kerana dikenali dengan sifat kesabaran mereka. Allah
berfirman didalam Al-Quran kepada Rasulullah. Firman Allah; Sabarlah kamu Wahai Muhammad
seperti sabarnya ulul azmi. Oleh sebab itu, sifat sabar menjadi sebab kemuliaan seseorang."
"Dikhabarkan nanti Syurga akan memberi salam kepada orang yang memasukinya kerana
dahulunya adalah orang yang sabar ketika di dunia. Bersabar diatas segala dugaan musibah. Antara
golongan yang akan masuk syurga tanpa hisab ialah orang yang sabar."
"Betapa tingginya maqam orang yang sabar. Dan antara amalan yang tiada had hisabnya sempadan
atau ganjaran ialah sabar juga. Ada sebahagian mengatakan maksudnya ialah orang yang sabar
yakni sabar dan redha keatas musibah yang menimpanya diatas dunia, dia akan masuk syurga
tanpa hisab."
Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

Anda mungkin juga menyukai