Anda di halaman 1dari 14

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


TINGKATAN 2

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI


Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 2, murid dapat :
1.

Mengetahui maksud komponen-komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelenturan, kuasa, dan
kelajuan;

2.

Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal;

3.

Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik artistik, gimnastik irama, gimnastik pendidikan, dan pergerakan kreatif
dengan betul dan selamat;

4.

Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan;

5.

Melibatkan diri dalam mengamalkan etika sukan yang baik;

6.

Mengurus stor alatan sukan serta dapat mengklasifikasi jenis-jenis alatan sukan; dan

7.

Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan menggembirakan.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN


Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap
kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 2, murid dapat :
1.

Memahami amalan pemakanan yang tidak sihat;

2.

Memahami peranan dan tanggungjawab ahli keluarga berdasarkan gender;

3.

Menjelaskan fungsi nutrien dan kesan kekurangannya;

4.

Memahami cara mengurus stres;

5.

Menjelaskan kesan pengambilan dadah;

6.

Memahami akta dan undang-undang penderaan kanak-kanak; dan

7.

Mengaplikasi prinsip dan prosedur Talk, Observe, Touch, Active, Passive dan Skills (T.O.T.A.P.S.).

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2


BAND

PERNYATAAN STANDARD
Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan

serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran.
Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan

kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran.
Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi,

pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan
kebersihan dan keselamatan persekitaran.
Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan

pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian dengan betul dan selamat serta membentuk sikap positif terhadap
kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran berasaskan
pengetahuan dan pengalaman.
Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat, berkemahiran

merancang, berkomunikasi, empati dengan orang lain, dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup
secara positif, sihat dan selamat.
Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan, menjana kreativiti minda

menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera, dan berkeupayaan meningkatkan kualiti kehidupan secara
keseluruhan bagi membentuk gaya hidup sihat.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2

TUNJANG/BIDANG

BAND

KECERGASAN:
1
KECERGASAN FIZIKAL
a) Daya tahan
kardiovaskular
b) Daya tahan otot
c) Kekuatan otot
d) Komposisi badan
e) Kuasa
f) Kelajuan
g) Prinsip latihan

DESKRIPTOR BAND

Menyatakan definisi setiap komponen kecergasan fizikal dengan betul.


Mengetahui konsep kekhususan dan tambah beban dalam prinsip latihan dengan
betul.

Mengenal pasti organ /otot utama yang terlibat dalam lakuan aktiviti berdasarkan
komponen-komponen kecergasan fizikal dengan betul
Menjelaskan dengan contoh konsep tambah beban dalam program latihan.

Melakukan aktiviti-aktiviti berdasarkan komponen-komponen kecergasan fizikal yang


sesuai.

Mengaplikasikan urutan prosedur keselamatan dalam melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan


fizikal dengan menggunakan alatan atau tanpa alatan dengan betul.

Menghubungkaitkan faedah dan kaedah melakukan aktiviti berdasarkan komponen


kecergasan fizikal dengan aktiviti fizikal harian dan sukan yang sesuai.

Menguasai tatacara dengan membimbing rakan sebaya dalam melaksanakan aktiviti


kecergasan fizikal dengan betul .

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2

TUNJANG/BIDANG

BAND

DESKRIPTOR BAND

Menyatakan enam kemahiran asas permainan bola baling dengan betul.

Menyatakan otot-otot utama yang terlibat dalam melakukan kemahiran asas permainan
bola baling dengan betul.

Melakukan kemahiran-kemahiran asas bola baling dengan teknik yang betul.

Mengenal pasti dengan jelas tindakan atau aksi berbahaya dalam situasi sebenar permainan
bola baling.

Mempamerkan aksi kemahiran dan mengaplikasi undang-undang dan peraturan dalam


situasi sebenar perlawanan bola baling.

Menguasai dan merancang formasi asas berpasukan yang sesuai dalam situasi
perlawanan bola baling.

KEMAHIRAN:
SUKAN
Permainan
a) Bola baling

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2

TUNJANG/BIDANG

BAND

DESKRIPTOR BAND

KEMAHIRAN:

Menyatakan lima kemahiran asas permainan badminton dengan betul.

SUKAN
Permainan
b) Badminton

Menyatakan otot-otot utama yang terlibat dalam melakukan kemahiran asas permainan
badminton dengan betul.

Melakukan kemahiran-kemahiran asas badminton dengan teknik yang betul.

Mengenal pasti dengan jelas tindakan atau aksi berbahaya dalam situasi permainan
badminton

Mempamerkan aksi kemahiran dan mengaplikasi undang-undang dan peraturan dalam


situasi sebenar perlawanan badminton.

Menguasai dan merancang strategi asas yang sesuai dalam situasi perlawanan.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2

TUNJANG/BIDANG

BAND

DESKRIPTOR BAND

KEMAHIRAN:

Menyatakan dua acara lari berganti-ganti dalam olahraga dengan betul.

SUKAN
Olahraga
a) Lari berganti-ganti

Mengenal pasti empat urutan fasa lakuan acara lari berganti-ganti dengan betul.

Melakukan ansur maju dalam fasa-fasa pergerakan asas dalam kemahiran acara lari
berganti-ganti dengan betul.

Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan yang sesuai dalam melaksanakan acara


berganti-ganti.

Mengaplikasikan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam situasi


pertandingan acara lari berganti-ganti.

Merancang strategi asas yang sesuai dalam situasi sebenar pertandingan olahraga.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2


TUNJANG/BIDANG

KEMAHIRAN:
SUKAN
Olahraga
b) Rejam lembing

BAND

DESKRIPTOR BAND

Menunjuk tiga cara teknik asas pegangan lembing dengan betul.

Mengenal pasti dengan jelas empat urutan fasa lakuan acara rejam lembing.

Melakukan ansur maju dengan tertib dalam fasa-fasa pergerakan asas dalam acara rejam
lembing.

Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan yang sesuai dalam salah satu teknik


rejaman acara rejam lembing.

Mengaplikasikan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam situasi


pertandingan acara rejam lembing.

Membimbing rakan sebaya dalam melaksanakan teknik dan fasa-fasa lakuan dalam acara
rejam lembing dengan betul dan selamat.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2

TUNJANG/BIDANG

BAND

1
KEMAHIRAN

DESKRIPTOR BAND

Pendidikan
Pergerakan

Rekreasi

Menyatakan dengan betul empat disiplin dalam pendidikan pergerakan.


Menyatakan maksud orienteering dengan betul.
Mengenal pasti dengan betul komponen-komponen kecergasan fizikal yang
diaplikasikan dalam kemahiran pendidikan pergerakan.
Menjelaskan tiga faedah yang diperoleh dalam aktiviti orienteering dengan betul.
Melakukan aktiviti secara tertib ansur maju pergerakan-pergerakan asas dalam
pendidikan
pergerakan.
Menunjuk cara menggunakan kompas untuk mencari bearing dan objek dengan
tepat.
Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan yang sesuai dalam melaksanakan
kemahiran
pendidikan pergerakan.
Melakukan langkah-langkah keselamatan yang sesuai dalam melaksanakan aktiviti
orienteering.
Membimbing rakan sebaya dalam melaksanakan fasa-fasa dan teknik lakuan dalam
pendidikan pergerakan dengan betul.
Melaksanakan aktiviti orienteering secara terancang di persekitaran kawasan
sekolah.

Mereka cipta persembahan aktiviti kemahiran dalam pendidikan pergerakan.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2

TUNJANG/BIDANG

BAND

DESKRIPTOR BAND

KESUKANAN

Pengurusan

Isu-isu dalam
sukan dan

permainan

Etika

Mengetahui buku stok dan buku penggunaan alatan sukan dan permainan dengan
betul .
Menyenaraikan ciri-ciri semangat kesukanan dengan jelas.
Menyenaraikan dua isu dalam sukan dan permainan.
Menyatakan dengan jelas faedah melaksanakan penyemakan stok peralatan sukan
dan permainan.
Menyatakan maksud etika, semangat kesukanan dan amalan permainan bersih
dalam
sukan dengan tepat.

Membuat penyemakan stok peralatan sukan dan permainan dengan efisyen.

Mengenal pasti dengan tepat amalan permainan bersih dalam beberapa situasi sukan dan
permainan.

Menyatakan jenis , kesan insentif dan isu pemilihan permainan yang betul dalam satu
komuniti.

Memilih dan membuat laporan berkaitan satu isu sukan dan permainan daripada
keratan akhbar.
Menghuraikan cara meningkatkan etika atlet dalam sukan dan permainan dengan
jelas.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2

TUNJANG/BIDANG

KESIHATAN DIRI DAN


KELUARGA

BAND

DESKRIPTOR BAND

Menyatakan maksud anoreksia nervosa dan bulimia dengan betul .


Menyatakan ahli-ahli dalam sesebuah keluarga asas dengan betul.

Kesihatan diri
Kekeluargaan

Mengenal pasti dengan jelas tanda-tanda anoreksia nervosa dan bulimia.

Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi berlakunya anoreksia nervosa dan


bulimia dengan tepat.

Membezakan dengan tepat peranan setiap ahli keluarga untuk mencapai ciri-ciri
keluarga bahagia

Menyenaraikan dengan jelas peranan dan tanggungjawab setiap ahli keluarga.

Membincangkan fungsi makro nutrien dan mikro nutrien dengan betul

Membincangkan kesan amalan pemakanan yang tidak sihat terhadap kesihatan individu
dengan betul.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2

TUNJANG/BIDANG

GAYA HIDUP SIHAT

Pemakanan

Pengurusan konflik
dan stress

BAND

DESKRIPTOR BAND

Menyenaraikan faedah-faedah memempunyai harga diri dengan betul.


Menyatakan maksud dan jenis-jenis makro nutrien dan mikro nutrien dengan betul.

Menyatakan kesan stres yang biasa dialami terhadap diri sendiri dengan betul.
Menyenaraikan sumber-sumber setiap nutrien dengan tepat.
Menyatakan dengan jelas definisi penyalahgunaan bahan dadah.

Penyalahgunaan
bahan
3

Membincang cara-cara yang sesuai untuk menguruskan stres.

Menjelaskan dengan tepat kesan kekurangan nutrien.

Menyenaraikan contoh-contoh kesan pengambilan dadah kepada institusi kekeluargaan


dengan betul..

Memerihalkan secara jelas kesan pengambilan dadah terhadap tubuh badan .

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2

TUNJANG/BIDANG

KEBERSIHAN DAN
KESELAMATAN
PERSEKITARAN

Keselamatan

Pertolongan cemas

BAND

DESKRIPTOR BAND

Menyatakan dengan jelas jenis penderaan kanak-kanak.


Menyatakan maksud akronim T.O.T.A.P.S dengan tepat.

Menerangkan dengan tepat akta perlindungan kanak-kanak.

Menerangkan dengan tepat peranan agensi yang terlibat dalam menangani kes
penderaan
kanak-kanak.

Menerangkan dengan jelas prinsip dan prosedur T.O.T.A.P.S untuk kecederaan ringan.

Membincangkan kesan pengabaian dan penganiayaan kanak-kanak kepada


masyarakat
dengan jelas
Melakukan dengan tertib amali T.O.T.A.P.S

Mengaplikasi pengetahuan keselamatan dan pertolongan cemas dengan nenunjuk cara


prosedur pertolongan cemas T.O.T.A.P.S

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2

Anda mungkin juga menyukai