Anda di halaman 1dari 6

CARA JIMAT

Minyak Kereta
oleh
bundlebook2u.blogspot.com

20 cara jimat minyak


ketahui... pelajari... praktik..

i sini saya akan memberikan 20 cara praktikal secara ringkas dan padat
untuk menjimatkan minyak petrol anda dengan mudah. Kita boleh
jimat petrol lebih banyak jika mengetahui dengan lebih mendalam mengenai
pelbagai bahagian teknikal kereta yang sememangnya berkaitrapat antara
satu sama lain.
Panduan ini merupakan asas sahaja untuk orang biasa, sekurang-kurangnya
ia membolehkan kita lakukan sesuatu supaya mendapat lebih petrol dengan
setiap sen yang kita belanjakan.

CARA #1

Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu


sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak
cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu
panas siang hari yang banyak wap sahaja.
Sekiranya anda perhatikan, jika isi minyak di waktu
tengah hari petrol akan meruap lebih cepat dan
membuatkan ia dapat dibau dengan terlalu ketara.
Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol
anda hilang ditelan angin hendaklah jadikan amalan
mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.

CARA #2

Isi minyak dengan perlahan-lahan (tidak berterusan)


supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke
dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap
petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda.

CARA #3

Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana


lagi banyak baki minyak dalam tangki akan
mengurangkan kapasiti ruang udara sekaligus anda
akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih
optimum.

CARA #4

Kurang beban atau berat Jangan bawa barang yang


tidak perlu (kereta anda bukan stor). Penambahan
berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan
penggunaan minyak sebanyak dua peratus.

CARA #5

Perhatikan tayar anda, mesti ada tekanan angin mesti


betul. Jika tidak, penggunaan minyak bertambah lima
peratus kerana geseran lebihan.

CARA #6

Penyelenggaraan Penalaan enjin yang teruk


meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50
peratus. Jangan malas check tahap palam
pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa
secara berkala.

CARA #7

Kelajuan Lebih perlahan anda memandu, lebih


jimat minyak digunakan (dan tidak disaman).
Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan
meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak
Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j,
penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j
(15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).
Ia berbeza bagi setiap cc kereta, lagi tinggi cc lagi
banyak minyak dibakar.

CARA #8

Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar


menunggu seseorang. Elakkan menekan pedal minyak enjin
ketika kenderaan tidak bergerak..

CARA #9

Penggunaan gear Pilih gear yang sesuai dengan


kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan
tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin
menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu
menggunakan mod ekonomi jika kereta anda
memilikinya.

CARA #10

Brek Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti,


perlahankan kenderaan secara beransur-ansur.
Elakkan brek mengejut.

CARA #11

Perancangan Rancang perjalanan untuk


mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkan
masa, wang dan mengelakkan tekanan.
Anda juga boleh buat multi task kerja anda.. iaitu dgn
memaksimumkan sebaik mungkin satu perjalanan dgn
pelbagai kerja.. misalnya balik kerja dari opis boleh
singgah beli barang rumah kat memana berdekatan.
So ujung minggu dah x perlu lagi nak kuar kereta
lagi.. minyak pun save...

CARA #12

Minimum Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana


ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40
peratus. Kalo dah terlalu dekat elok guna basikal atau
motosikal saja berbanding kereta.

CARA #13

Tak perlu pasang aircond kete kalo cuaca dah sejuk..


atau matikan aircond apabila dah nak dekat sampai
destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10%
apabila menggunakan aircond.

CARA #14

Tok sah merempit cilok sana sini.. Kalo boleh


perlu bijak tekan pedal accelerator dengan
berhemah.. kalo nak jimat kenalah bawa
bersederhana tak yah laju-laju.. yang penting rileks
dan steady saja.. Kalo nak racing gi masuk Sepang
Circuit...

CARA #15

Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu utk


melancarkan pergerakan kereta. Jika tidak, kete anda
akan bertambah geseran dan perlahan dan
menyebabkan anda menekan minyak lebih byk untuk
bergerak.

CARA #16

Kurangkan perjalanan kereta semasa waktu peak


hour.. kalo KL biasanya pegi awal keje sebelum jalan
utama sibuk. Sbb bila jem, makin kuat minyak habis
terutamanya auto. Kalo bole guna kete manual.. bagi
mereka yang nak jimatlah.. kalo auto ni mmg makan
minyak daripada manual.

CARA #17

Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa


diservis ... Tukar minyak pelincir mengikut jadual
- selaras dengan cadangan pengeluar kenderaan. Dan
juga gunakan minyak pelincir berkualiti tinggi untuk
memaksimumkan keberkesanan enjin. Bab ini kene
tanya mekanik yang lebih arif mengenai kereta anda.

CARA #18

Warming up enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat


setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal untuk
warming up kerana ia akan membazirkan minyak sahaja.

CARA #19

Guna NGV berbanding petrol. Sekarang ni NGV sudah


semakin popular sejak kenaikan harga petrol. Sehingga
kini banyak kedai NGV installer/conversion sudah
kehabisan stok dan pelanggan terpaksa menunggu giliran.
Apa yang bagusnya adalah anda boleh switch memana
jenis minyak anda mahukan, sama ada NGV semasa di jalan
bandar atau petrol semasa berada perjalanan jauh.
Cumanya perlukan ruang di belakang kereta anda untuk
letakkan tangki NGV dan ini akan makan space sedikit.
Selain itu NGV lebih mesra alam dan kurang pencemaran
berbanding petrol biasa. Harganya jauh lebih murah iaitu
dalam lingkungan RM0.635 seliter.
Untuk info lanjut, anda disarankan mencari NGV installer
yang bertauliah dan dapatkan pandangan yang boleh
dipercayai di forum AutoWorld.

CARA #20

Tip saya yang terakhir.. Tingkatkan pendapatan passive


income anda...
Sekiranya harga petrol naik 40%, ini bermakna anda perlu
mencari pendapatan tambahan untuk penggunaan petrol
kenderaan anda. Namun, jika anda sudah mulakan
perniagaan sendiri, mempunyai passive income yang stable,
maka ia tidak akan menjadi masalah di masa akan datang
sekiranya harga petrol naik lagi.
Lagipun dalam hadis Nabi ada menyatakan 9/10 punca
rezeki itu datangnya dari perniagaan. Sepatutnya kita
praktikkan sunnah ini yang mana hikmahnya besar.

Anda mungkin juga menyukai