Anda di halaman 1dari 11

KURIKULUM LAMA SEKOLAH RENDAH (KLSR)

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak Negara mencapai
kemerdekaan.Pada tahun 1960, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata pelajaran telah dibentuk
yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib.Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran
ketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib.Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji
semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan
Razak yang dibuat pada tahun1956 dan dasar pendidikan awal sebelum itu iaitu Ordinan
Pelajaran 1957.Laporan Rahman Talib telah mencadangkan beberapa aspek pendidikan.Bahasa
Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina dan Tamil.Laporan Rahman Talib ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen
dan diluluskan yang mana kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961.Sejak itu,
perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan
kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini.
Seterusnya pada tahun 1966 Laporan Razak telah diperkenalkan.Sekolah umum menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sementara sekolah jenis umum seperti sekolah
Inggeris, sekolah Cina, dan Tamil boleh menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Satu
sukatan yang sama diwujudkan untuk semua
sekolah.
Perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap
iaitu Tahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga (1971-1975).
Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah
dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961.
Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan
Malaysia Pertama.Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial
yang timbul dalam tempoh ini. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan
sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik ,

menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar,
meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian
pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama.
Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan pengubahsuaian
sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta untuk
menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).Sistem
pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi sumbangan penting bagi menggalakkan
perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa.Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini
adalah akibat dari konflik perkauman yang tercetus pada 13 Mei 1969.Kerajaan Malaysia
terpaksa mengkaji semula matlamat -matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang
suatu sistem pendidikan yang lebih sesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat
berbilang kaum dan dapat mengelakkan tragedi konflik perkauman itu daripada berulang
kembali.

ASPEK PENGURUSAN BILIK DARJAH KLSR


Bilik darjah tradisi digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah Kurikulum Lama
Sekolah Rendah ( KLSR ) iaitu sebelum KBSR diperkenalkan. Bilik darjah tradisi ini merupakan
satu tempat bagi sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru
menggunakan kaedah keseluruhan kelas.Di dalam bilik darjah jenis ini biasanya pelajar duduk
mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris. Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik
darjah dan meyampaikan pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga
kerusi dan meja guru serta papan hitam yang digantung dihadapan kelas.

Ciri-ciri bilik darjah tradisi:


1) Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris
2) Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan pendengaran ditempatkan di
hadapan
3) Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusat pada
guru.
4) Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah.
5) Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan
6) Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru.
ASPEK PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM KURIKULUM LAMA SEKOLAH
RENDAH (KLSR).
Dalam aspek pengujian menurut Laporan Rahman Talib, semua murid perlulah lulus dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu peperiksaan awam, di mana kertas peperiksaan tersebut ditulis dengan
menggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.Selain itu, sistem pendidikan pada
tahap ini berorientasikan kepada pembasmian buta huruf.Murid diuji untuk mengetahui
kebolehan mereka untuk mengujarkan sesuatu huruf.Pengujian dalam aspek bacaan
dititikberatkan mengikut kurikulum KLSR ini.Peperiksaan LCE juga telah dimansuhkan dan
diganti dengan SRP. (1978). Justeru, peperiksaan Umum yang wujud pada masa ini ialah
Peperiksaan Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE), Ujian Penilaian
Darjah Lima, Ujian Diagnostik darjah Tiga, SRP, SPMV dan MCE. Aspek penilaian dibuat
sepenuhnya berdasarkan peperiksaan bermula pada darjah tiga.Pada tahun 1973 ujian Diagnostik
diperkenalkan pada Darjah 3 supaya kerja pemulihan dapat dilaksanakan awal.Sementara itu,
mulai tahun 1967, muridmurid dikehendaki menduduki peperiksaan Penilaian Darjah
5.Tujuannya adalah bagi menjalankan pemulihan ketika murid tersebut berada dalam darjah
enam.

KEKUATAN DAN KELEMAHAN KLSR


Mengikut kajian terhadap Kurikulum lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan
sejak merdeka, jawatankuasa kabinet telah mengenalpasti beberapa kelemahan seperti:-

1. Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata
2.

pelajaran atau antara darjah.


Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membebankan dan

membosankan murid
3. Guru dan murid selalu terdsak menghabiskan sukatan pelajaran terutama apabila ada
peperiksaan.
4. Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks. Ini menghadkan
penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.

KURILULUM BARU SEKOLAH RENDAH (KBSR)

Matlamat kurikulum baru Sekolah Rendah adalah untuk memberikan pendidikan yang
menyeluruh kepada murid-murid. Jadi, oleh yang demikian, kejayaan KBSR ini dapat dilihat dari
segi aspek pencapaian 3M - Membaca, Menulis dan Mengira - kemahiran belajar dan
perkerabangari'sahsiah .
Satu kajian tentang penilaian pencapaian KBSR ini yang telah dijalankan oleh Kementerian
Pendidikan dengan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982. Laporan Fasa I (1988) kajian
tersebut menunjukkan bahawa taraf penguasaan murid-murid dalam 3M ini adalah lebih tinggi
apabila dibandingkan dengan murid-murid yang mengikuti kurikulum lama. Murid-murid KBSR
berjaya menguasai kemahiran belajar yang raudah seperti menyoal, berbincang dan
mengeluarkan pendapat .Sebilangan besar murid juga telah menguasai kemahiran belajar yang
lebih kompleks lagi seperti mengenal idea-idea utama dan membuat rumusan
Dari segi perkembangan sahsiah, murid-murid KBSR juga didapati lebih berani bercakap dan
yakin-dan menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka.Budaya membaca juga memuaskan.
Selain daripada itu mereka boleh berinteraksi sesama sendiri , bekerjasama dan bertolak ansur.
Laporan kajian penilaian pencapaian KBSR, Fasa II telah dibentangkan pada tahun 1990.Jadi,
satu lagi kajian "Projek Inspire" yang menilai tentang pencapaian KBSR bagi murid-murid di
luar bandar telah dijalankan. Projek Inspire ini adalah kajian yang berterusan mengenai
penggunaan alat Bantu mengajar .
KBSR telah menimbulkan kesan yang positif terutama dari segi murid.Penekanan KBSR ke atas
pengajaran yang berpusatkan kepada murid, kepelbagaian aktiviti serta penglibatan semua murid
dalam aktiviti yang berkenaan telah menghasilkan muridmurid yang lebih berminat dalam
pembelajaran.Cadangan pengelolaan pengajaran seperti kaedah kelas, kumpulan, rakan sebaya
dan individuserta penggunaan berbagai jenis bahan telah dapat memberi kepelbagaian dalam
teknik pengajaran dan
pembelajaran, gerakerja kumpulan khasnya pula dapat menanamkan sifat-sifat kepimpinan dan
bekerjasama di kalangan murid-murid. KBSR juga telah menegaskan bahawa aspek penilaian

adalahsebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan hendaklah dijalankan


berterusan. Iniadalah dengan tujuan supaya kelemahan tidak terkumpul dan langkah-langkah
pemulihan dapat dijalankan dengan serta-merta.Program pemulihan dan pengayaan dijalankan
untuk mengambil kira
bahawa murid berbeza dari segi pengalaman, tingkah-laku, amalan kecenderungan, bakat dan
kebolehan.
Melalui temuramah dengan guru-guru KBSR, adalah didapati bahawa golongan murid-murid
yang tahumembaca adalah lebih ramai daripada dalam KLSR dan mereka membaca lebih pantas
daripada murid-murid dalam KLSR. Penilaian yang telah dijalankan yang menunjukkan bahawa
pencapaian murid KBSR dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa
Tamil adalah lebih baik daripada murid-murid dalam KLSR. Dari sumber-sumber pengesanan
yang lain didapati juga murid KBSR lebih cekap dan lebih berdikari.
KELEMAHAN KBSR
Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P. Ini
mengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnya melalui
proses P&P di bilik darjah. Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialah fokus
berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Maka kebanyakan proses P&P
yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan,
bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu seperti
mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. Ini secara langsung mengurangkan
keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri ciri modal insan cemerlang yang
dihasratkan.

KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH (KBSR)

1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.


1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.
1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup.
1988 Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi
1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.
Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun
1979.Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama
Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa
terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi.
Antaranya termasuklah
1. Isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan antara satu
sama lain.
2. dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan murid.
3. guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang peperiksaan
4. ialah pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa menggunakan
sebarang bahan bantu lain.
5. Aktiviti kokurikulum dijalankan secara berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal
bilik darjah.

Justeru, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983.
Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada nama baharu iaitu
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Namun, hanya perubahan nama sahaja yang berlaku.
Kandungan kurikulum itu masih sama seperti sebelumnya.
Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama, murid dapat
menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat
perpaduan dengan baik dan memuaskan.

Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu
membaca , menulis dan mengira.
Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru Sekolah
Rendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhir program Bahasa Malaysia, murid seharusnya
boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan tajuknya serta
memahami dan boleh mengisi borangborang yang sesuai untuk keperluan seharian.
Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi pengajiannya.
Di samping itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara
menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga turut ditekankan berbanding
KLSR sebelum ini.Pengajaran mata pelajaran moral dan Pendidikan Islam pula menjadi unsur
kesepaduan dalam pengajaran, bukannya terletak
pada guru agama sahaja.
KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan
dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu.
Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi
mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta mata pelajaran
Matematik.
Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian,
Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam.Mata pelajaran yang mewakili
bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen
Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan
Pendidikan Jasmani.

Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan KBSR
di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek,
rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan
dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum
yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.
Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan
serta unit beruniform.Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya
kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan
rakan- rakan yang berlain agama dan budaya.Justeru, penerapan nilai- nilai murni ini adalah
penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional.
ASPEK PENGURUSAN BILIK DARJAH KBSR
Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah
rendah sebagai percubaan manakala bilik darjah KBSM pula diperkenalkan apabila pelajar dari
sekolah rendah tadi meneruskan pengajian ke sekolah menengah pada tahun 1988. Bilik darjah
jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah
tradisi.Dari segi susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan. Ini
kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan interaksi
antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari segi strategi
pengajaran,pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan
mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan.Dari segi bentuk
dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan
pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasil pembelajran
juga diletakkan di ruang tersebut. Hal ini menimbulkan suasana bilik darjah yang menarik dan
merangsang proses pengajran dan pembelajaran
Ciri-ciri bilik darjah KBSR
1) Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan

2) Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri


3) Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif4) Menggunakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan pelajar
5) Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar6) Hasil
kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif ( Pelajar sentiasa
berada dalam keadaan aktif.)

Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
Ujian Diagnostik Darjah 3 telah digantikan dengan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang dapat
dijalankan selama tiga tahun sebelum dimansuhkan.

Penilaian Darjah 5 pula telah digantikan dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
untuk murid-murid KBSR, tahun 6.
Antara jenis ujian lain yang terdapat dalam kurikulum baru ialah:
Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada tingkatan tiga, Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau Sijil
Pelajaran Vokasional Malaysia(SPVM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM). Aspek
penilaian dalam KBSR pula menekankan penguasaan tiga kemahiran
yang perlu dikuasai dan diuji iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca, dan kemahiran
menulis. Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini akan diberikan pemulihan.
Daripada aspek penilaian pula, kurikulum ini memberikan kenaikan darjah secara automatik
tetapi murid yang lemah diberi peluang untuk mengulang darjah atau mengikuti kelas pemulihan
yang dijalankan.
Dari aspek bentuk penilaian yang dilaksanakan guru adalah secara formatif dan sumatif.Penilaian
sumatif ialah penilaian yang dijalankan di akhir sesuatu matapelajaran.Contohnya adalah seperti
ujian akhir tahun, dan ujian bulanan.Penilaian formatif pula ialah penilaian yang dijalankan
secara berterusan seperti kuiz dan soal-jawab.

Anda mungkin juga menyukai