Anda di halaman 1dari 4

Soalan: Adakah ketua negara berkewajipan menerima dan melaksanakan

pandangan majlis syura?


Tuntutan syura adalah bersifat mustahab (sunat). Adapun dalam keadaan Hakim
(pemerintah) melaksanakan tuntutan syura bersama ahli halli wal aqdi dalam
menentukan sesuatu dasar yang berhubung dengan maslahah ummah dalam
pentadbiran negara, ulama bercanggah pandapat dalam menentukan hukum
melaksanakan syura bagi seseorang pemerintah negara.
Pandangan pertama :
Syura adalah wajib bagi seseorang pemerintah dalam memutuskan ketetapan
berhubung dengan pentadbirannya.
Huraian pandangan I
Pendapat ini dipegang oleh sebahagian ulama dan juga fuqaha' yang menyatakan
syura adalah sesuatu kewajipan bagi pemerintah. Sekiranya ia meninggalkan tuntutan
syura dalam pentadbirannya ataupun bersendirian dalam menentukan hukum maka
ianya dianggap sebagai suatu dosa. Ummah juga dianggap berdosa sekiranya mereka
berdiam diri kerana ia merupakan suatu kemungkaran yang perlu dicegah. Ini
ditegaskan lagi oleh hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Shahihnya
melalui riwayat Abu Said Al Khudri, Sabda Nabi SAW:


Ibn Atiah di dalam tafsirnya menyatakan Syura merupakan salah satu
daripada kaedah syara dalam menentukan sesuatu hukum. Mana-mana pemerintah
yang tidak melaksanakan musyawarah bersama-sama ahli ilmi dan ulama maka
wajib memecatnya daripada tampuk pemerintahan yang sememangnya tiada lagi
khilaf padanya. Berikut adalah pandangan yang diambil secara ringkas daripada
kebanyakan fuqaha' yang mengatakan bahawa syura adalah merupakan suatu
kewajipan terhadap pemerintah dalam sesebuah negara.

1) Fuqaha' Hanafiah
Abu Bakar al Jashas: Firman Allah SWT

menunjukkan

ketinggian darjat syura di sisi Allah yang disertakan dengan perintah iman dan
solat.
2) Ibn Asyur

menjelaskan apa yang dinyatakan oleh Ibn Arabi adalah

menerangkan mengenai apa yang disepakati oleh mazhab Hanafi mengenai


kewajipan pemerintah dalam melaksanakan tuntutan syura
3) Fuqaha Malikiah
Ibn Atiah al Andalusi: Pandangan beliau adalah sebagaimana yang dijelaskan
di mana pemerintah yang mengenepikan tuntutan syura hendaklah dilucutkan
daripada jawatannya. Antara lain beliau mendakwa apa yang dipegangnya
adalah merupakan suatu keputusan ijma.
4) Ibn Juwaiz: Pemerintah berkewajipan untuk mengadakan musyawarah
bersama ulamak di dalam urusan yang tidak diketahuinya mahupun urusan
yang berkaitan dengan soal agama, peperangan ataupun soal dalam
menentukan maslahah yang berkaitan dengan kementerian dan urusan
pentadbiran Negara.
5) Ibn Arabi: Musyawarah adalah merupakan salah satu daripada usul agama
dan juga sunnah yang diamanahkan oleh Allah SWT. Ianya adalah suatu
kewajipan

ke atas seluruh ummah semenjak zaman Nabi SAW dan

seterusnya.
6) Fuqaha' Syafieah
Kebanyakan pandangan dalam mazhab Syafie menyatakan syura adalah
wajib ke atas pemerintah dan juga ke atas Nabi SAW.

7) Imam Al Nawawi menyatakan bahawa ianya adalah wajib sebagaimana


pandangan jumhur ulamak dan usuliyyin bahawa ayat

adalah menunjukkan perintah suruhan yang berbentuk wajib. Ianya adalah nas
yang terang dan tiada lagi kesamaran padanya.
8) Fuqaha Hanabilah
Syeikh Islam Ibn Taimiah
seseorang pemerintah

menjelaskan bahawa tidak dapat tidak bagi

berkewajipan untuk melaksanakan tuntutan syura

sebagaimana Firman Allah :




159 )
Pandangan kedua :
Tuntutan syura hanyalah disunatkan dan ianya tidaklah dianggap sebagai sesuatu
kewajipan bagi seseorang pemerintah.
Dr. Abd Kadir Abu Faris di dalam kitabnya menyatakan bahawa pendapat yang
sesuai untuk diterima adalah pendapat yang menyatakan bahawa syura adalah wajib
untuk

dilaksanakan oleh setiap pemerintah. Ini berdasarkan kekuatan dalil yang

dibawa oleh golongan ini. Seandainya syura di anggap sebagai suatu perkara yang
sunat sematamata, maka ianya telah menolak beberapa faedah yang besar terhadap
ummah. Di antaranya ialah:
1. Pemerintah akan bersendirian dalam menentukan hukum dan dasar

2. Dasar akan diputuskan oleh suatu golongan sahaja. Ini akan membawa kepada
hilangnya keyakinan rakyat terhadap pemerintah seterusnya membawa kepada
perpecahan di kalangan rakyat.
3. Ianya seolah-olah menolak dasar persamaan dan kebebasan berfikir dalam
menyuarakan pandangan.

4. Pemerintah seolah-olah hanya mengikut kehendak dirinya semata-mata. Sekiranya


dasar syura diamalkan, secara tidak langsung pemerintah sebenarnya telah
melaksanakan salah satu daripada tuntutan syara yang di anggap sebagai ibadah.
Seandainya tuntutan ini ditinggalkan maka hilanglah salah satu daripada cabang
ibadah yang mendekatkan seorang hamba kepada tuhannya. Maka hilanglah di sana
suatu kebaikan yang besar dan tinggallah kerugian yang menimpa.
Jumhur muhaddisin menyatakan syura adalah suatu kewajipan

terhadap

pemerintah sebagaimana pandangan yang dinyatakan oleh Syeikh Tohir Ibn Asyur. Di
antara tokoh-tokoh ulama lain yang menyokong mengenai kewajipan melaksanakan
syura bagi pemerintah termasuklah tokoh gerakan Islam, Imam Hassan al Banna,
Ustaz al Maududi, Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Muhammad Abi Zahrah, Syeikh
Abd Wahab Khalaf, Dr. Abd Kadir Audah, Dr. Abd Razak al Sanhuri dan Dr. Abd
Karim Zaidan.

Anda mungkin juga menyukai