Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA PERLANTIKAN PENGAWAS

Bismillahhirahmanirrahim, alhamdulillahirabbil a'lamin, wassolatuwassalamua'la asyrafil


anbiya iwalmursalin, wa'ala alihi wasahbihi ajmain.
Ya Allah Ya tuhan Kami,
Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan
rasa kesyukuran / atas iradat dan qudrat-Mu, / yang telah menentukan dan mengizinkan
kami untuk berhimpun pada pagi yang berbahagia ini, dalam Majlis Penutupan Kursus
kepimpinan Pengawas sesi 2016..
Ya allah ya Rahman ya Rahim
Jadikanlah barisan pengawas sekolah kami sebagai wahana untuk
membentuk perpaduan nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat
dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah
meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah kami .

Ya Allah ya zal jalali wal ikram


Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan barisan pengawas kami
akan menjadi pengawas yang bertanggungjawab , berkeyakinan tinggi ,
tabah, dan bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah mereka yang
tercinta . Sekaligus menjadi pegawas yang cemerlang, terbilang , disegani
dan dihormati, samada dalam aspek akademik, kepimpinan dan pengurusan
seterusnya mampu melahirkan barisan pegawas yang berketrampilan dan
berwibawa .
Rabbana

Anda mungkin juga menyukai