Anda di halaman 1dari 4

2.

Strategi Pembelajaran Direktif


Selain pembelajaran kooperatif, strategi kedua yang dipilih ialah strategi

pembelajaran direktif. Strategi pembelajaran direktif merupakan salah satu daripada sepuluh
jenis strategi pembelajaran bestari .(Tuan Jah Tuan Yusof , 2010)

Contoh-contoh strategi

pembelajaran direktif ialah kuliah, latih tubi, penerangan dan demonstrasi.


2.2.1

Definisi Strategi Pembelajaran Direktif


Strategi pembelajaran direktif merupakan satu strategi yang telah digunakan sejak

dahulu lagi dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pembelajaran direktif adalah pengajaran
yang memberikan penerangan tentang konsep atau kemahiran oleh guru dan diakhiri dengan
ujian kefahaman atau latihan yang dibuat dengan bimbingan guru. Strategi ini memberikan
tugas kepada guru sebagai seorang yang berkuasa penuh dalam kelas, iaitu guru lebih banyak
bercakap dan komunikasi yang berlaku hanya sehala, berbanding murid-murid. Peranan guru
amat penting dalam pembelajaran ini. Dalam pembelajaran direktif, keutamaan diberikan
kepada pencapaian objektif guru kerana guru mengajar bertujuan untuk melihat pengajaran
yang dijalankan pada hari itu berjaya dan menepati sasarannya. Sesetengah murid mudah
untuk memahami dan menguasai sesuatu kemahiran atau pelajaran melalui bimbingan dan
arahan guru secara terus. Strategi pengajaran direktif lebih menumpukan kepada penyebaran
ilmu pengetahuan secara demontrasi, kuliah, penerangan dan latih tubi. Murid menerima ilmu
dan pengetahuan tentang sesuatu perkara atau kemahiran melalui tunjuk cara, bimbingan, dan
latihan yang diberikan.

Ujian dijalankan untuk menilai kefahaman murid pada akhir

pengajaran. Seterusnya, strategi pengajaran ini lebih mempraktikkan aktiviti penyampaian


fakta secara menghafal dan mengingat. Oleh itu penglibatan murid dalam aktiviti adalah
minimum dan pasif. Justeru itu guru menjadi model kepada para pelajar dan pengetahuan
serta kemahiran yang diperolehi adalah replika kepada penyampaian guru . Kebiasaannya
kaedah yang sering digunakan untuk strategi ini adalah kaedah kelas.
2.2.2. Prinsip Asas Strategi Pembelajaran Direktif
Strategi pembelajaran direktif merupakan satu kaedah pembelajaran tradisional, iaitu
guru berperanan sebagai penyampai maklumat. Strategi ini berpusatkan guru dan bilangan
pelajar yang terlibat adalah besar. Selain itu, strategi ini mudah dirancang dan diurus kerana
penglibatan pelajar adalah amat rigid dan bersruktuktur. (Rahil,Habibah dan Kamariah,
2009). Terdapat empat prinsip asas strategi direktif iaitu:
i.

Penstukturan informasi

ii.

Penentuan matlamat dan kaedah yang digunakan

iii.

Penyediaan perancangan

iv.

Penyemakan terhadap pengetahuan dan ingatan

v.

Membuat peneguhan
Model yang selalu digunakan sebagai asas kepada pelaksanaan strategi ini ialah
model yang direka oleh Robert Slavin. Model Robert Slavin telah menggariskan beberapa
langkah dalam strategi pembelajaran direktif .
Langkah yang pertama ialah

menetapkan objektif pembelajaran.

Langkah ini

bertujuan untuk memastikan para pelajar diberi penerangan terlebih dahulu tentang
pengetahuan baru yang akan dipelajari dan mengaitkan dengan pengetahuan lalu yang telah
dipelajari.
Langkah kedua pula ialah mengimbas kembali pengetahuan sedia ada.

Dalam

langkah ini guru perlu memastikan pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada yang sesuai
dengan pelajaran baru melalui teknik mengimbas kembali tentang pelajaran sebelum ini yang
berkaitan.
Seterusnya langkah yang ketiga ialah menyampaikan bahan baru. Untuk
menyampaikan bahan yang baru guru perlu bijak mempersembahkan pelajaran atau bahan
baru tersebut secara tersusun dan jelas dengan menggunakan contoh-contoh yang konkrit dan
bersesuaian.
Langkah keempat ialah meneliti tahap pembelajaran. Ini bermakna guru perlu tahu
tahap penguasaan pelajar terhadap penyampaian guru. Oleh itu guru perlu mengajukan
soalan yang sesuai dan perlu bagi memastikan tahap penguasaan dan kefahaman pelajar.
Langkah kelima pula ialah memberi latihan kendiri. Tunjuk ajar dan bimbingan perlu
diberikan kepada pelajar sebelum memberikan latihan kendiri. Latihan dan bimbingan yang
berterusan serta maklum balas diperlukan bagi memastikan kemahiran dan maklumat yang
diperolehi pelajar adalah tepat.
Langkah keenam pula ialah menilai prestasi dan memberi maklum balas.
Melalui langkah ini penilaian yang sesuai dan maklum balas semerta perlu diberikan supaya
pelajar tahu tentang prestasi kerja mereka. Jika terdapat kesalahan , haruslah diperbetulkan
dengan segera supaya tidak menjadi kebiasaan.
Langkah ketujuh iaitu langkah yang terakhir menurut model Slavin ini ialah memberi
latihan tambahan. Ini bertujuan supaya pelajar dapat menggunakan dan memperaktikkan
pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam situasi yang berbeza.

3.2

Strategi Direktif
Dapatan kajian yang kedua pula saya perolehi melalui pemerhatian ke atas proses

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh Puan Masni bt Jamin. Beliau mengajar
mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 4 Genius. Topik yang dipilih ialah pemahaman yang
bertajuk Kraftangan Di Malaysia. Beliau memulakan aktiviti dengan memperkenalkan
tajuk. Beliau bersoaljawab dengan murid tentang jenis-jenis kraftangan yang biasa dilihat
untuk mengaktifkan semula pengetahuan sedia ada murid. Gambar-gambar turut digunakan
bagi merangsang fikiran murid.

Guru mengedarkan bahan petikan kepada semua murid.

Seterusnya beliau memilih beberapa orang murid secara rawak untuk membaca petikan yang
diberi. Beliau menerangkan semula tentang kandungan petikan yang dibaca. Beliau juga
mengajukan beberapa soalan secara lisan kepada murid tentang petikan untuk menguji
kefahaman mereka. Langkah seterusnya murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan
topik yang dibincangkan.
3.2.1

Refleksi Kajian
Hasil pemerhatian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini, kekuatan yang

dapat dilihat ialah murid memperoleh maklumat secara langsung daripada guru.

Guru

menyampaikan maklumat berkaitan tajuk yang dibincangkan dengan terperinci dan tersusun.
Penyediaan bahan bantu seperti gambar-gambar dan petikan berjaya menarik minat murid
untuk terus mengikuti pelajaran.

Di samping itu aktiviti soaljawab secara lisan dapat

merangsang minda dan meningkatkan kefahaman murid. Kawalan kelas juga baik kerana
penglibatan murid dalam aktiviti adalah minimum dan berdasarkan arahan guru.
Selain daripada beberapa kekuatan yang dibincangkan, terdapat juga beberapa
kelemahan yang diperhatikan sepanjang aktiviti ini dijalankan. Antara kelemahan-kelemahan
tersebut ialah suasana pembelajaran agak pasif kerana fokus pembelajaran adalah kepada
penyampaian guru. Penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga
kurang aktif dan hanya tertumpu kepada beberapa orang murid yang sama sahaja. Murid lain
lebih suka bersikap tunggu dan lihat. Tidak wujud semangat persaingan dan kerjasama di
kalangan murid kerana murid menjalankan aktiviti secara individu. Kelemahan lain adalah
penggunaan bahan bantu yang tidak relevan dengan jumlah murid. Contohnya guru hanya
menunjukkan gambar di hadapan kelas yang mempunyai bilangan murid yang ramai. Ini
menyebabkan murid yang berada di bahagian belakang tidak memberi tumpuan dan merasa
bosan.

Justeru itu, bagi mengatasi kelemahan-kelemahan ini beberapa cadangan untuk tujuan
penambahbaikan perlu dilaksanakan dan seterusnya memastikan pelaksanaan strategi direktif
di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ini berjaya dan berkesan.
Antara cadangan penambahbaikan itu ialah, guru perlu memperbanyakkan aktiviti
yang melibatkan penyertaan murid. Contohnya guru boleh mengadakan aktiviti seperti kuiz
atau pertandingan bercerita dan memilih pemenang.

Ini bertujuan untuk menggalakkan

murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Cadangan
seterusnya ialah guru perlu memastikan aktiviti yang disediakan memerlukan penglibatan
murid yang ramai dan tidak terhad kepada segelintir murid sahaja.

Contohnya dengan

mengadakan pertandingan kuiz mengikut kumpulan di dalam kelas. Oleh itu semua murid
akan terlibat bagi memastikan kejayaan kumpulan mereka. Di samping itu guru juga perlu
prihatin terhadap murid yang lemah dengan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan tahap
kebolehan mereka.
terpinggir.

Ini akan menyebabkan murid murid ini tidak merasa bosan dan

Selain itu guru juga perlu bijak untuk menarik perhatian murid dengan

menggunakan bahan bantu yang menarik dapat merangsang minda murid seperti tayangan
slaid atau LCD berkaitan tajuk, bahan maujud seperti benda atau objek yang boleh dipegang
oleh murid dan gambar-gambar yang menarik dengan pelbagai warna, besar dan jelas. Oleh
itu murid akan merasa seronok dan tertarik untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Cadangan berikutnya ialah guru boleh mengadakan sistem ganjaran atau
hadiah bagi murid yang dapat menjawab soalan atau menyelesaikan tugasan yang diberi.
Langkah ini boleh memotivasikan murid supaya saling berlumba-lumba merebut hadiah yang
ditawarkan. Ini juga dapat mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan murid.
Dengan adanya beberapa cadangan yang diberikan adalah diharapkan strategi yang
digunakan ini akan dapat dijalankan dengan lebih baik dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai