Anda di halaman 1dari 10

TUGASAN 1 : PENIRUAN BUDAYA ASING

Pengaruh barat secara umumnya boleh didefinisikan sebagai gerakan


pembaratan dan penjajahan fikiran yang dilancarkan kepada sesebuah negara
yang mempunyai tujuan yang nyata iaitu menundukkan negara itu kepada kuasa
imperialis dengan meleburkan nilai-nilai, memesongkan pengertian agama dan
memusnahkan tunjang dan asas-asas penting yang menjadi amalan dan
pembentukan keperibadian seseorang. Akibatnya, mereka akan kehilangan
identiti. Mereka akan menghayati budaya dan cara hidup barat dalam
kehidupannya . Ringkasnya, pengaruh barat adalah segala budaya yang datang
dari barat (termasuk negara Eropah) yang merosakkan budaya dan amalan nilai
tempatan. Ianya bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya yang
bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat. Pengaruh ini bukan sahaja
merosakkan jati diri seseorang itu, malahan boleh menyebabkan akidahnya
menjadi goyah. Misalnya, pengaruh seks bebas, homoseksual, hedonisme, dan
sebagainya.
Yesus Kristus berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata Damai
Sejahtera Bagi Kamu Yohanes 20:19. Demikianlah apa yang telah diucapkan
oleh Tuhan Yesus Kristus apabila penampakanNya yang pertama kepada muridmuridnya. Tuhan Yesus Kristus sangat mementingkan aspek pertuturan bahasa
yang sopan dan santun apabila berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa
mengira latar belakang orang tersebut. Begitu juga dengan budaya yang
dahulunya

sering

diamalkan

dalam

masyarakt

di

Malaysia

akan

tetapi

masyarakat pada era globalisasi ini telah menyimpang dari ajaran tentang
tingkah laku dan kesopanan tutur bicara dalam hidup atau ajaran agama
tertentu yang berlaku di dalam lingkungan masyarakat. Mereka cenderung
mengagung-agungkan budaya Barat dibandingkan dengan budaya asli Malaysia
yang sebenarnya sangat unik dan beragam. Bukan hanya mengagung-agungkan
budaya Barat saja tapi teknologi global juga turut mempengaruhi krisis nilai
masyarakat dalam kalangan remaja pada masa kini.
Agama Kristian sendiri adakah mereka termasuk dalam golongan orangorang yang mengagumi ataukah justeru yang secara aktif menolak budaya
Barat? Secara sepintas lalu kita boleh melihat bahawa dalam komuniti Kristian
berbagai produk budaya Barat begitu banyak digunakan dan diaplikasikan
seperti dalam aspek seni bina gereja sehingga kepada gaya hidup anggota1

anggotanya semuanya kelihatan semakin berorientasikan Barat. Orang-orang


Kristian, khususnya dari gereja-gereja Pentakosta dan Kharismatik, selalunya
mengikuti perkembangan gaya hidup moden Barat. Secara umum memang
kemodenan telah seakan menjadi salah satu ciri khas dari Agama Kristian di
Malaysia. Sebagai contoh, kemudahan media sosial seperti Facebook menjadi
medium kepada Agama Kristian untuk berkongsi pembacaan-pembacaan dari
Alkitab dan petikan-petikan ayat dari Alkitab yang sinonim dengan kehidupan
masyarakat

zaman

sekarang.

Orang-orang

Kristian

juga

secara

positif

menerimanya dan bahkan ada beberapa gereja tertentu yang celik teknologi
justru secara terbuka menggunakan kemudahan itu sebagai salah satu media
perkhidmatan mereka. Akan tetapi jika gereja-gereja neo-Pentakosta seperti di
atas terus semakin berorientasikan Barat dan Amerika khususnya, gereja-gereja
arus utama di Malaysia seolah-olah cenderung bersikap sedikit lebih berhati-hati
dalam menerima pengaruh moden ini (Hadsell & Stuckelberger. 2009). Sikap
berhati-hati mereka itu dapat dilihat daripada usaha mereka untuk terus
melestarikan

budaya

tradisional

dalam

aktiviti

keagamaan

mereka seperti

dalam

seni

bangunan

bina

ataupun dalam

pelbagai

kegiatan

ibadah

Sebagai

contoh,

Church

of

setiap
memilih

mereka.
gereja

Visitation

Seremban

masih

mengekalkan seni bina tradisional bagi memudahkan upacara ibadah dijalankan.


Jadi meskipun dalam kehidupan sehari-hari anggota jemaah gereja-gereja ini
juga sebahagian besar bergaya hidup sama dengan rakan-rakan neo-Pentakosta
mereka dalam kegiatan bergereja mereka cenderung sangat menonjolkan aspek
tradisional mereka.

Gambar 1: Gereja Church of Visitation, Seremban


Dalam

kehiduapan

masyarakat

Malaysia

zaman

sekarang,

mereka

cenderung untuk mengikuti budaya asing yang tidak baik dimana budaya sendiri
ditinggalkan dan hanya berputik di ranting usia. Hedonisme berasal dari
perkataan Greek dan telah wujud sebelum Masihi lagi. Ia membawa maksud
kesenangan atau dalam erta kata lain, menjadikan kesenangan dunia untuk
beroleh ketenangan rohani . Budaya hedonisme kini semakin meresap ke dalam
jiwa setiap remaja di Malaysia. Budaya ini secara tidak disedari akan mengikis
nilai masyarakat yang dipraktikkan sejak turun temurun di Malaysia. Dalam
kamus Collins Gem (1993) dinyatakan bahwa hedonisme adalah doktrin yang
menyatakan bahwa kesenangan adalah hal yang paling penting dalam hidup
atau hedonisme adalah faham yang dianut oleh orang-orang yang mencari
kesenangan hidup semata-mata . Menurut Kamus Dewan edisi keempat, budaya
didefinisikan sebagai cara berfikir dan berkelakuan manakala hedonisme ialah
pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau
kesenangan hidup. Secara kontekstualnya pula, budaya hedonisme membawa
maksud gaya hidup yang hanya mengejar keseronokan semata-mata. Menurut
Alkitab iaitu Matius bab 5 ayat 1 Yesus Kristus pernah berkata Berbahagialah
orang yang berdukacita, kerana mereka akan dihibur. Daripada ayat tersebut
dapat kita simpulkan bahawa budaya hedonisme sangat bertentangan dengan
ajaran Agama Kristian. Agama kristian tidak mengkehendakkan kita untuk hanya
mencari kesenangan dan kegembiraan semata-mata dalam hidup ini. Yesus
Kristus juga pernah berfirman;
Percayalah, sesiapa yang meninggalkan rumah atau isteri atau ibu
bapa atau saudara atau anak-anak kerana mengabdikan diri kepada
Allah, dia akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda pada
masa ini juga dan pada masa akan datang dia akan menerima hidup
sejati dan kekal
Oleh itu, keseronokan dan kebahagiaan bukanlah segala-galanya bagi umat
Kristian. Meneruskan hidup dengan berpandukan 10 hukum Allah merupakan

satu landasan yang akan membimbing seluruh umat ke syurga kelak dan
bukannya keseronokan semata-mata.
Seterusnya kita sering kali dikejutkan pula dengan kejadian seperti
pembuangan bayi, zina, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya
yang dilakukan oleh remaja di Malaysia pada hari ini yang merupakan implikasi
daripada pengaruh budaya asing seperti Barat yang kebanyakan mereka
berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh
budaya-budaya Barat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya
pegangan

agama

pada

diri

mereka.

Pergaulan

bebas

dalam

kalangan

masyarakat Malaysia semakin menular di mana perempuan sering keluar bedua


dengan lelaki pada waktu malam. Dari perspektif Barat, pergaulan bebas
merupakan sesuatu kebiasaan bagi mereka dan bukannya di negara Timur
seperti Malaysia. Ramai remaja terikut-ikut dengan gejala ini kerana perasaan
ingin merasa dan ingin tahu sangat tinggi dalam diri mereka. Terdapat banyak
ayat-ayat dalam Alkitab Kristian yang menyebut tentang tidak membunuh, tetapi
orang-orang

yang

bercakap

lebih

khusus

mengenai

perbuatan

seperti

pengguguran adalah 1 Korintus 3: 16-17;


Tidak tahukah kamu, bahwa kamu adalah bait Allah dan bahwa Roh
Allah diam di dalam kamu? Jika ada orang yang membinasakan bait
Allah, maka Allah akan membinasakan dia sebab bait Allah adalah
kudus dan bait Allah itu ialah kamu.
Di samping itu, Dalam injil Yeremia 1: 5 Tuhan Allah Bapa berkata;
"Sebelum Aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, Aku telah
mengenal engkau dan sebelum engkau keluar dari kandungan, Aku
telah menguduskan engkau.
Daripada kata-kata tersebut, Agama Kristian menolak secara keras pengguguran
bayi. Selain itu juga, Agama Kristian turut menolak amalan perzinaan kerana
Yesus Kristus pernah berfirman dalam Lukas 18: 19-20;
Engkau telah mengetahui segala perintah Allah, jangan berzinah,
jangan membunuh, jangan mencuri, jangan bersaksi dusta dan
hormatilah ayah dan ibumu.
Oleh itu, gejala perzinaan sangat dipandang keji dalam Agama Kristian.
Dalam Injil Yohanes bab 8 ayat 1-11 ada mengatakan bahawa dalam hukum
4

Taurat, Musa memerintahkan agar perempuan-perempuan yang berzina


direjam sampai mati. Daripada kata-kata tersebut, kita dapat simpulkan
bahawa budaya pergaulan bebas seperti budaya Barat yang membawa
kepada

perzinaan

di

dalam

kalangan

masyarakat

Malaysai

sangat

bertentangan dengan ajaran Agama Kristian.


Budaya barat seperti clubbing merupakan satu budaya yang menjadikan
judi dan arak menjadi semakin popular di kalangan remaja ini. Mereka
merasakan judi dan arak adalah sesuatu kegiatan yang dapat medatangkan
keseronokan dan kekayaan secara cepat. Namun semua ini dalah dilarang oleh
ajaran agama. Menurut Alkitab Kristian, minum minuman arak adalah satu
perlakuan yang salah. Sebagai contoh, Efesus 5:18 Dan janganlah kamu mabuk
oleh anggur karena anggur menimbulkan hawa nafsu, tetapi hendaklah kamu
penuh dengan Roh. Kepenuhan Roh Kudus tergantung pada tanggapan orang
percaya terhadap kasih karunia yang diberikan kepada mereka untuk mencapai
dan memelihara pengudusan. Maksudnya, seseorang tidak mungkin "mabuk oleh
anggur" dan pada saat yang sama "penuh dengan Roh." Paulus mengingatkan
semua orang percaya tentang perbuatan sifat berdosa. Oleh itu, agama Kristian
berpendapat bahawa minum arak akan mendorong seseorang untuk melakukan
dosa. Oleh hal yang demikian agama Kristian melarang sama sekali umatnya
minum arak. Pasangan suami isteri yang sering terlibat dalam gejala ini
mempunyai kecenderungan untuk bercerai yang sangat tinggi. Hal yang
demikian kerana, ketika mabuk, tidak akan wujud persefahaman antara mereka
berdua. Perkara ini seterusnya akan membawa kepada pergaduhan dan perkara
yang lebih teruk akan berlaku adalah perceraian. Dalam perspektif agama
Kristian, perceraian merupakan dosa besar kerana Yesus Kristus pernah bersabda
dalam injil Markus bab 10 ayat 9;

kerana itu, apa yang telah dipersatukan Allah, tidak boleh diceraikan
manusia.
Oleh itu, agama Kristian tidak menggalakkan umatnya untuk minum arak
walupun sedikit kerana ia boleh menyebabkan seorang itu ketagih seterusnya
melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak diingini.
Seterusnya, pengaruh budaya asing yang menjadi ikutan remaja atau belia
kini adalah budaya pemakaian yang tidak mencerminkan masyarakat ketimuran.
5

Ini banyak dilihat pada busana atau corak pakaian yang menjolok mata bagi
wanita. Corak pemakaian remaja wanita kini kebanyakannya yang menjolok
mata malahan tidak menghargai keindahan tubuh wanita dan kecantikan tubuh
wanita yang seharusnya ditutupi tetapi dieksploitasi ke setiap sudut mata
memandang. Daripada pemikiran Barat pemikiran Barat yang mengacu kepada
kebebasan hak asasi manusia dan kebebasan berekspresi membuat kita menjadi
ikutan. Sebagai contoh corak pemakaian artis artis tempatan yang telah
dahulunya mengikuti busana daripada Barat kini menjadi ikutan remaja kini.
Kebanyakan gaya fesyen kini lebih menonjolkan bentuk badan pemakai dan
faktor ketidaksopanan yang terselah. Budaya pemakaian yang tidak sopan ini
juga bukan sahaja melanda remaja wanita malahan turut serta pada belia lelaki
kini.
Remaja pada zaman sekarang juga terpengaruh dengan aktiviti Black
metal. Aktiviti Black metal ini merupakan gejala atau aktiviti sosial nagetif yang
membawa kepada pemujaan syaitan dan Black metal ini diasaskan di barat dan
terkenal dengan muzik berentak keras, unsur lirik kasar, menjerit dan tidak jelas
sebutannya. Mesej yang dibawa dalam setiap lagu yang di mainkan oleh mereka
ialah berunsurkan menolak kewujudan Tuhan, menggalakkan seks rambang dan
keganasan. Selain daripada itu juga kumpulan ini menggalakkan bunuh diri dan
berfahaman bebas. Kumpulan Black metal ini mempunyai simbol mereka iaitu
berbentuk tatu salib terbalik yang dibuat daripada gurisan duit syiling yang
tersendiri sebagai pengenalan mereka ke dalam kumpulan tersebut. Selain
daripada itu juga ahli yang menyertai kumpulan ini dikenakan syarat iaitu
memakai pakaian serba hitam, membakar duit syiling 50 sen lalu digariskan di
dagu dan mengenakan tatu bintang berbucu lima. Setiap bucu bintang itu
mempunyai maksud seperti dewa, syaitan manusia, tuhan serta alam ghaib dan
alam nyata. Bucu bintang itu juga bermaksud api, air, angin, tanah dan udara.
Remaja belia kini dilihat sudah hilang arah pegangan agama mereka. Mereka
mengaggap aliran kepercayaan Black metal ini adalah bebas dan mereka lebih
berkuasa daripada segalanya. Kerosakan pemikiran dan jiwa remaja kini
membawa kepada kehancuran budaya ketimuran kita kini justeru membawa
kepada kehancuran Negara.

Didikan agama penting bagi membendung aktiviti Black metal yang


semakin meluas kini. Selain daripada itu kerajaan perlu mengambil langkah bagi
6

membendung gejala ini terus merosakkan remaja kita kini. Selain daripada
kempen kesedaran, faktor pendidikan, penguatkuasaan undang-undang perlu
diperketatkan. Pemahaman mengenai gejala ini serta kesannya perlu dihebahkan
kepada masyarakat kini.
Antara cadangan untuk mengatasi masalah pengaruh budaya asing adalah
usaha yang berterusan perlulah diambil oleh pihak yang berkaitan. Sebagai
contoh,

Lembaga Penapisan Filem (LPF) harus menapiskan filem-filem Barat

yang mempunyai unsur negatif untuk mengekalkan budaya ketimuran Malaysia.


Tidak dinafikan penonjolan budaya yang ditampilkan dalam filem Barat banyak
terselit adegan ganas, perang, dadah dan arak, lucah, tidak bersopan sering
menjadi ikutan remaja. Unsur-unsur sebegini tidak harus menjadi sumber
hiburan yang ditonjolkan dalam filem. Walau bagaimanapun, filem-filem barat
yang mendorong kepada nilai-nilai pengajaran dan pendidikan harus digalakkan.
Masalah budaya Barat adalah tanggungjawab semua indidvidu dan
keluarga. Di peringkat individu, kita bertanggungjawab menjaga diri kita sendiri.
Di

peringkat

keluarga

pula,

jika

kita

adalah

ketua

keluarga,

menjadi

tanggungjawab kita untuk menjaga dan mendidik ahli keluarga di bawah jagaan
kita agar mematuhi suruhan agama. Sekiranya ketua keluarga mendidik anakanak mereka sedari awal dengan ketaatan kepada Tuhan, maka anak-anak ini
selalunya menjadi seorang yang patuh dan mempunyai perilaku yang selaras
dengan kehendak agama dan masyarakat. Kalaupun anak-anak ini agak nakal di
peringkat awal, tetapi akhirnya anak-anak ini, apabila besar mudah diajak
kembali untuk mematuhi nilai atau norma masyarakat. Begitu juga jika anakanak yang dibesar dan dididik dengan kehidup jauh daripada nilai-nilai agama
maka

anak

tersebut

mudah

cenderung

kepada

perilaku

yang

menyimpang apabila mereka besar.


Secara kesimpulannya, berbagai krisis akhlak dan moral terus menular,
merebak dan menjadi wabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan
remaja. Jenis-jenis budaya yang diperkatakan di atas merupakan budaya yang
menjadi ikutan remaja dan masyarakat timur hari ini. Remaja yang diperkatakan
kini sudah hilang pegangan agama dan jauh terpesong daripada budaya
ketimuran yang diangkat oleh masyarakat sejak berkurun lagi. Ternyata
pendidikan moral, sivik, pendidikan Islam masih belum cukup untuk menangani
isu budaya sosial ini. Pelbagai pihak perlu mengambil langkah dari sekarang bagi

membendung budaya negatif ini daripada terus menular dan menjadi ikutan
genarasi akan datang.
.

RUJUKAN

Alfred R. Tais. Maria Tagal. Randy Singkee. (2011). Alkitab Kanak-Kanak. Petaling
Jaya,
Selangor. Wawasan Penabur.
Collins Gem. (1993). Gem Dictionary of the Bible. Canada. HarperCollins
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2013). Kamus Dewan Bahasa (4th ed.). Selangor Darul
Ehsan: Utusan Printcorp Sdn. Bhd.
Jeric Griffin. (2015). Bible Verses About Modern Social Issues. Dipetik daripada
http://www.rantpolitical.com/2015/07/15/bible-verses-about-modern-social-issues/
pada 3.4.2016
Kamus Dewan Edisi Keempat, (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Heidi Hadsell. Christoph Stckelberger (2009), Overcoming Fundamentalism.
Ethical
Responses from Five Continents, 212pp. ISBN:978-2-940428-00- 7
Lembaga Alkitab Indonesia. (2007). Perjanjian baru, mazmur dan amsal (3rd ed.). Jakarta:
The Indonesian Bible Society of The Gideons International.

LAMPIRAN

10

Anda mungkin juga menyukai