Anda di halaman 1dari 2

Ada juga kita terdengar keluhan ibubapa, anak-anak tidak mendengar kata dan macam-macam ..

Ada pula kita terdengar keluhan isteri, suami buat hal.. dan macam-macam..
Di bawah adalah beberapa panduan yang pernah saya perolehi/dengari untuk ikutan bersama :1. (Ayat 200 daripada Surah Al Imran)

Yaaaa Ayyuhalladziina aamanuszbiruu


waszaabiruu waraabithuu wattaqullaha la'a'llakum tuflihuuuun.
Maksud ayat :
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah
bersiapsiaga (di perbatasan Negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.
Ayat terakhir daripada surah Al Imran ini hendaklah dibaca ketika memasak/menyediakan makanan
dan dihembus ke dalam makanan tersebut bertujuan untuk melembutkan hati anak-anak, suami..
dsb. Doa ini diberi oleh kakak sulong saya beberapa tahun dahulu.
2. (Ayat 30-31 Surah AnNaml)

Innahuu min sulaimaana wainnahuu


bismillaahirrahmaanirrahiiiim. Allaa ta'luu a'layya wa'tuunii muslimiiiin.
Maksud ayat :
Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya : 'Dengan menyebut nama Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekelian berlaku sombong
terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri".

Ayat ini dibaca dan dihembus ke muka atau ke arah orang yang dimaksudkan secara berdepan.
Panduan ini diberi oleh kawan saya Kak SyajaraatulDur untuk mengatasi masalah anak-anak yang
tidak mendengar kata, tidak hormat kepada ibubapa dsb dan boleh diamalkan terhadap suami.
Hendaklah diingat, pesan Kak Syaja, sebelum diamalkan ayat ini kepada orang lain hendaklah
diamalkan terhadap diri sendiri terlebih dahulu.
3. (Ayat 74 Surah Al Baqarah)

Tsumma qasat quluubukum min ba'di dzaalika


fahia kaalhijaarati au asyaddu qaswah. Wa'inna minalhijaarati lamaa yatafajjaru minhul'anhaaaar.
Wa'inna minha lamaa yasysyaqqaqu fayakhruju minhulmaaaa'. Wa'inna minha lamaa yahbithu min
khasyyatillaaaah. Wamallaahu bighaafilin 'amma ta'maluuuun.
Maksud ayat :
Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara
batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada
yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur
jatuh, kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.

Ayat ini pula diperolehi daripada seorang ustaz yang mengajar di kelas tajwid di tempat saya.
Ceritanya, ada seorang isteri mengadu suaminya tak balik-balik rumah, selepas ustaz bagi ayat ini
dah balik dah. Caranya ialah dengan membaca ayat ini dan dihembus ke dalam minuman dan diberi
minum orang yang dimaksudkan. Orang lain minum pun tak apa.
Ibu kawan saya yang berada dalam kelas tersebut mengajar ayat ini kepada anak perempuannya
untuk diamalkan kepada cucu lelakinya yang tidak bertegur sapa dengan ibunya lantaran menegur
perbuatannya yang suka keluar malam dan balik lewat dan berkawan dengan entah sapa-sapa.
Kawan saya mengikut panduan ustaz tersebut iaitu dengan membaca ayat itu dan menghembus ke
dalam minuman dan diberi minum anaknya itu. Di samping itu kawan saya juga mengikut panduan
ibunya supaya membaca dan menghembuskan ayat ini sebelum anaknya bangun tidur, dihembus dari
ubun-ubun ke belakang, jangan dari kepala ke bawah. Setelah diamalkan sedemikian, nampaklah
ada perubahan, mula bertegur sapa..
Ulasan Saya :
Jika dilihat kepada maksud ayat yang pertama itu, seolah-olahnya ayat itu dimaksudkan kepada
ibubapa agar bersabar dengan segala perlakuan anak-anak dan kepada isteri/suami agar bersabar
dengan pasangan masing-masing

Anda mungkin juga menyukai