Anda di halaman 1dari 5

SKRIP MAJLIS RESTU ILMU SPM 2015

29.10.2015 (jumaat)
1.

Semua pelajar tingkatan 5 diminta berkumpul di anjung semarak minda untuk


majlis restu ilmu SPM 2015.

2.

Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi.
Doa dibaca memohon rahmat,
Semoga majlis sentiasa diberkati.
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis mempersilakan
Mohd Hafizuddin bin Shahrullail untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

3.

BACAAN DOA

4. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Mohd
Hafizuddin bin Shahrullail atas bacaan doa itu tadi.
5. Seterusnya dijemput wakil pelajar Saudara Muhammad Aiman bin
Roslan untuk memberikan ucapan. Dipersilakan.
6.
UCAPAN WAKIL PELAJAR
7. Terima kasih diucapkan kepada Saudara Muhammad Aiman bin
Roslan atas ucapan itu tadi.
8. Majlis diteruskan lagi dengan taklimat disiplin oleh Encik kamal
Arifin bin Kassim. Dan taklimat SPM oleh SU SPM Puan SEE Siew
Ying. Dipersilakan.
9.

TAKLIMAT DISPLIN/SPM

10.Terima kasih diucapkan kepada en kamal Arifin dan Puan See Siew
Ying atas taklimat itu tadi.
11.
.Mengumumkan perarakan masuk tetamu kehormat,Yang Berhormat Puan
Halimaton Saadiah bt Bohan, Ahli Dewan Undngan Negeri Kota Damansara,
diiringi oleh Puan Ranjithamalar a/p ARN Lingam, Pengetua SMK Seksyen 4 Kota
Damansara ,bersama barisan pentadbir.
Para hadirin diminta berdiri.

Di tepi kali mengail ikan,


Kail dibawa dari pekan.
Selamat datang kami ucapkan,
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.
Bersiar-siar di Tanjung Bidara
Singgah makan sepinggan lokan
Awal Bismillah pembuka bicara
Majlis Restu Ilmu kita raikan.
12.Bismillahirrahmanirrahim..

1. Yang Berhormaat, Puan Halimaton Saadiah bt Bohan, Ahli


Dewan Undangan Negeri Kota Damansara,
2. Yang Berusaha Puan Ranjithamalar a/p ARN Lingam, Pengetua
SMK Seksyen 4 Kota Damansara,
3. Yang Berusaha, En.Iszahar bin Abdullah , Yang Dipertua PIBG SMK
Seksyen 4 Kota Damansara
3. Puan Aini Wardiah bt Adenan,Penolong Kanan Pentadbiran
4. Puan Paizah bt Yusuf,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
5. Encik Shahnol bin Ibrahim Penolong Kanan Kokurikulum
6. Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran
7. AJK PIBG, Guru-guru, dan pelajar-pelajar tingkatan 5 yang
dikasihi sekalian.
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

13.Alhamdulillah. Mari kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran


ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izin Nya jua kita
dapat berkumpul pada pagi yang indah ini bagi meraikan Majlis
Restu Ilmu SPM SMK Seksyen 4 Kota Damansara tahun 2015.
Majlis terlebih dahulu merakamkan sekalung penghargaan dan
terima kasih atas keprihatinan dan kesudian Yang Berhormat Puan
Halimaton Saadiah bt Bohan, ADUN Kota Damansara dan semua
hadirin untuk sama-sama menjayakan majlis ini.
Majlis ini diadakan khas buat pelajar-pelajar Tingkatan 5 sebagai
tanda sokongan padu pihak sekolah kepada calon-calon SPM 2015
yang akan menduduki peperiksaan .

14.Bagi meneruskan acara, Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Puan Ranjithamalar a/p ARN Lingam ,Pengetua
SMK Seksyen 4 Kota Damansara untuk menyampaikan ucapan dan
kata-kata perangsang buat pelajar semua. Dipersilakan
15.
UCAPAN PENGETUA
16.Demikian tadi satu pengucapan yang telus, percikan kata yang
halus membawa mesej dan makna yang mendalam daripada Puan
Pengetua kita.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berhormaat,
Puan Halimaton Saadiah bt Bohan, Ahli Dewan Undangan Negeri
Kota Damansara, untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
17.
UCAPAN YB
18.Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Yang Berhormat atas ucapan itu tadi.
Tegak berdiri di tengah dataran,
Bersama menyanyi lagu kebangsaan,
Cenderahati diberi tanda ingatan,
Semoga cemerlang dalam peperiksaan.
* Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan alat tulis
kepada calon-calon SPM SMK Seksyen 4 Kota Damansara bagi
tahun 2015.
Untuk makluman para hadirin Yang Berhormat Puan Halimatun
Saadiah bt Bohan telah berbesar hati untuk memberi sumbangan
berupa alat tulis kepada calon-calon SPM tahun ini.. untuk itu
dipersilakan Yang Berhormat Puan Halimatun Saadiah bt Bohan
diiringi oleh Puan Pengetua bagi majlis penyampaian sumbangan
tersebut.
1)Majlis dimulakan dengan menjemput wakil tingkatan 5 Amanah .
dipersilakan.

2) seterusnya, wakil tingkatan 5 Bakti


3) wakil tingkatan 5 Cerdas
4) wakil tingkatan 5 Dinamik
5) wakil tingkatan 5 Efisien
6) wakil tingkatan 5 Fasih
7) wakil tingkatan 5 Gigih
8) wakil tingkatan 5 Hemah
8) wakil tingkatan 5 Intelek
9) wakil tingkatan 5 Jujur *
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Puan
Halimatun Saadiah bt Bohan ADUN Kota Damansara atas
sumbangan alat tulis sebentar tadi. Pihak sekolah berasa amat
bertuah kerana dipilih untuk menerima sumbangan dan jutaan
terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat di atas
sumbangan tersebut. Untuk itu, sudilah kiranya menerima sedikit
cenderahati dari pihak kami..
dan salam restu buat pelajar-pelajar tingkatan 5
19.
CENDERAHATI
20.Semoga sumbangan yang disampaikan dapat memberi
perangsang kepada para pelajar untuk menjawab peperiksaan
dengan bersungguh-sungguh, seterusnya berjaya mendapat
keputusan yang cemerlang. Sebelum kita meneruskan majlis,
dijemput Yang Berhormat diiringi oleh pengetua , wakil PIBG dan
para pentadbir untuk menikmati jamuan di kantin.
21.Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan slip peperiksaan SPM
oleh Puan See Siew Ying. Dipersilakan.
22.
PENYERAHAN SLIP SPM
23.Majlis diteruskan lagi dengan sesi refleksi diri oleh Ustaz Hafiz
effendi bin.. dipersilakan.
24.
REFLEKSI DIRI
25.Buat anak-anak didik sekalian,
Melalui doa dan harapan yang kita sama-sama lafazkan ke hadrat
Ilahi dalam Majlis Restu ini diharapkan dapat mengelakkan dan

menghindari segala apa kemungkinan yang buruk menimpa para


pelajar dan sekolah tercinta ini. Kita amat mengharapkan anakanak, para pelajar kita ini akan selamat sehinggalah selesai
menjawab peperiksaan SPM. Guru-guru amat berharap dan
mendoakan, sisa-sisa waktu yang ada dapat dimanfaatkan
sepenuhnya oleh anak-anak didik yang dikasihi sekalian. Semoga
apa yang diajarkan oleh para guru, apa yang dibaca dan dihafal
oleh para pelajar semua sampai ke dalam bilik peperiksaan kelak
tanpa ada yang tercicir.
Dalam kesempatan ini, dalam pertemuan bermakna ini marilah
kita sama-sama melapangkan dada saling memaafkan dan
merelakan antara guru dan para pelajar pada pagi ini semoga
keberkatannya untuk manfaat bersama bagi mencari landasan
hidup yang berjaya. Beroleh kecemerlangan di dunia dan di
akhirat.
Sekian sahaja majlis restu ilmu kita pada hari ini. Saya sudahi
dengan wabillahitaufik walhidayah wasalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai