Anda di halaman 1dari 13

PERLEMBAGAAN

PERSATUAN PENCAK SILAT GERAK 41

KANDUNGAN

PENDAHULUAN

FASAL I : NAMA, MOTTO, ALAMAT DAN LOGO

FASAL II : DASAR DAN TUJUAN

FASAL III : KEAHLIAN

FASAL IV : STRUKTUR ORGANISASI

FASAL V : PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MAJLIS


KEHORMAT DAN MAJLIS EKSEKUTIF

- Penaung.
- Dewan Penasihat.
- Dewan Pendekar.
- Dewan Guru.
- Dewan Jurulatih.
- Penasihat.
- Yang Di-Pertua.
- Timbalan Yang Di-Pertua.
- Naib Yang Di-Pertua I.
- Naib Yang Di-Pertua II.
- Setiausaha Agung.
- Timbalan Setiausaha Agung.
- Bendahari.
- Timbalan Bendahari.
- Ahli Jawatankuasa Kerja.
- Ketua Gelanggang.
- Setiausaha Gelanggang.

FASAL VI : MESYUARAT
- MESYUARAT AGUNG.
- MESYUARAT EKSEKUTIF.
- MESYUARAT TEKNIKAL.
- MESYUARAT PENGGAL.

FASAL VII : KEWANGAN

FASAL VIII : TATATERTIB

FASAL IX : PINDAAN DAN PEMBUBARAN

FASAL X : KESIMPULAN

1
PENDAHULUAN

Gerakan awal persilatan ini dapat ditakahi seawal-awalnya pada 15hb.


Januari, 1981, dalam bentuknya yang sangat sederhana, konvensional dan
sekadar kesinambungan tradisi. Pada 30hb. Mei, 1988 atas inisiatif beberapa
orang tenaga bimbing dan 10 (sepuluh) orang pelatih persatuan ini telah
didaftarkan dan diterima menjadi anggota PERSEKUTUAN PENCAK SILAT
KEBANGSAAN BRUNEI DARUSSALAM (PERSIB) sebagai ahli bergabung
dengan nama rasmi PERSATUAN PENCAK SILAT GERAK 41.

Pencak Silat Gerak 41 ditimbang-terima sebagi simbol persatuan dan nama


kompromi. Kerana aktivis awal dari persatuan ini melihat polemik nama dan
asal-usul persilatan yang selalunya kontroversial dan skeptis itu sebagai
fenomena “orang silat” yang harus dipistikan dan dibinari secara bijaksana.

Maka bulatlah fikiran tentang ke arah mana pembawaan persatuan ini, yang
berpandangan dinamik dan pragmatik. Impak daripada itu binaan sistem
pengajaran (instruksional) menjadi lebih unik dan terbuka iaitu dengan
menggalak dan melibatkan orang tua-tua yang pandai silat agar sama-sama
turun-tangan memeduli dan mengelinga anak buah. Bermulalah pewarisan
seni budaya Pencak Silat berserta nilai-nilai murninya secara serius,
orientasinya mulai berubah, melangkah dan bergerak sebagai sebuah
organisasi dengan mengikut ketetapan-ketetapan berikut:

FASAL I
NAMA, MOTTO, ALAMAT DAN LOGO

1. NAMA

Nama persatuan ini ialah PERSATUAN PENCAK SILAT GERAK 41


(selepas ini disebut PPSG41).

2. MOTTO

Moto Persatuan ini ialah

MELANGKAH SAMA SEGURU


MENAPIS SAMA SEIRAMA
EMPAT GERAK BERSATU
SATU RASA BERSAMA

3. ALAMAT

Alamat persatuan ini ialah

P. O. Box 525
Pusat Memproses Mel Berakas
Bandar Seri Begawan BS8675
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
2
4. LOGO

4.1 Rupa Bentuk

Logo persatuan adalah bermotifkan utap (perisai) yang ditunjangi


oleh sebatang dian yang menyala. Di depan utap terdapat sepasang
pedang bersilang. Objek-objek dilatarbelakangi dengan warna
kuning. Warna pedang ialah hitam, manakala utap pula berwarna
hijau, dan dian berwarna putih dengan nyalaan api berwarna merah.

4.2 Tafsiran.

4.2.1Bentuk utap melambangkan bahawa PPSG41 ialah sebuah


organisasi persilatan. Dian Sepucuk juga melambangkan
pembawaan yang dinamik dan proaktif. Persatuan tidak sekadar
mengembangkan aspek fizikal, tetapi juga mental, spirituil dan
emosional.

4.2.2Pedang hitam bersilang sebagai alat keperkasaan diri


melambangkan keilmuan dan kecapaian tertinggi di dalam
persatuan, namun tetap ditaruh secara bersilang yang membawa
erti menahan diri seperti yang digambarkan oleh pepatah Melayu -
“Ikut resmi padi semakin berisi semakin tunduk” (semakin berilmu
semakin merendah diri)

4.2.3Terdapat pula erti lapisan kedua yang terkandung dalam logo


PPSG41. Kedua-dua pedang bersilang di bahagian tengah
melambangkan pemberitahuan tidak boleh dimasuki secara
sembarangan. Kedudukan pedang bersilang dengan ulunya yang
dijalin dengan kata “GERAK 41” seakan-akan membentuk huruf
(Lam-Alif) adalah singkatan kalimah Allah melambangkan
kekuasaan Mutlak Maha Perkasa yang melindungi dan memayungi
segala ungkayah murni persatuan.

Warna-warna kuning, putih, hijau, hitam dan merah adalah


pernyataan PPSG41 yang menjulang tinggi ideologi negara,
falsafah Melayu Islam Beraja.

FASAL II
DASAR DAN OBJEKTIF

5. DASAR

Pencak Silat sebagai sistem bela diri purih bangsa Brunei yang kebetulan
didominasi oleh aliran Cakak bukan sekadar item warisan seni budaya,
tetapi merupakan tradisi ulung nenek moyang yang sarat dengan nilai-
nilai keilmuan akal budi dan kemurnian budi daya. Dengan rangkuman
pengembangan aspek-aspek fizikal, mental, spirituil dan emosional
ditambah lagi kualiti nilai-nilai etika, teknik, estetik dan atletik
3
menjadikan Pencak Silat sebagai suatu bahan yang cukup bermanfaat
untuk diteruskan dan dikembangkan. Atas rasional ini dan takaduhung
menapak serta memacaki gelanggang, dengan bertawakal kepada Allah
Persatuan Pencak Silat Gerak 41 insya-Allah akan meneruskan gerakan
pewarisan dan pembudayaan Pencak Silat sebagai salah satu wahana
pengisian jelama Brunei Darussalam dengan mengutamakan calak dan
identiti keBruneian, sesuai dengan falsafah Melayu Islam Beraja.

6. OBJEKTIF

Mengetengahkan bahagian dari kekayaan dan kelainan aliran Pencak


6.1
Silat Brunei Darussalam (Cakak) dan Pencak Silat Gerak 41.

Menjambatani masyarakat kepada Pencak Silat dan memotivasikan


6.2
generasi muda khususnya, untuk mendekati, mempelajari dan
mengilmui Pencak Silat.

Memartabatkan Pencak Silat ke tahap yang lebih unggul, ilmiah dan


6.3
disenangi dengan segala kekhususannya dan keunikannya yang
menjurus kepada pemurnian.

6.4Memanfaatkan disiplin Pencak Silat sebagai wahana pengisian jelama


Brunei Darussalam dan wadah kreatif penyaluran ilmu dan nilai-nilai
luhur.

Memanipulasikan media Pencak Silat dalam pengaktualisasian falsafah


6.5
Melayu Islam Beraja.

Menampilkan Pencak Silat sebagai salah satu komponen aktif dalam


6.6
proses pembangunan bangsa, agama dan negara.

FASAL III
KEAHLIAN

7. JENIS

7.1 Ahli Biasa

Ahli Biasa ialah individu yang memohon menjadi ahli persatuan


melalui proses biasa iaitu dengan mengisikan borang menjadi ahli
PPSG41.

7.2 Ahli Bergabung

Ahli Bergabung ialah individu atau persatuan yang menghadapkan


permohonan dan menyatakan hasrat untuk ikut bergabung di bawah
naungan PPSG41.

8. LUCUT
4
Ahli PPSG41 akan lucut keahliannya apabila melanggar atau bertindak
dengan cara yang tidak konsisten dengan dasar atau objektif
(perlembagaan) persatuan.

9. HAK & TANGGUNGJAWAB

9.1Semua ahli mempunyai hak bersuara demi kebaikan persatuan ini dan
juga hak mengundi bagi pelantikan Jawatankuasa Eksekutif dalam
Mesyuarat Agung.

Tiap-tiap ahli boleh dicalonkan bagi memegang sebarang jawatan di


9.2
bawah Majlis Eksekutif.

9.3 Mengikuti semua kegiatan.

9.4 Mematuhi perlembagaan.

9.5 Patuh kepada setiap keputusan dan arahan.

Memberi sumbangan moral atau material ke arah perealisasian dasar


9.6
dan objektif persatuan.

9.7 Bersedia bekerjasama dengan pengurusan.

FASAL IV
STRUKTUR ORGANISASI

10. Persatuan ini diurus tadbir oleh 2 (dua) majlis iaitu;

10.1 MAJLIS KEHORMAT.

Majlis Kehormat mengandungi;

10.1.1 Penaung.
10.1.2 Dewan Penasihat.
10.1.3 Dewan Pendekar.
10.1.4 Dewan Guru.
10.1.5 Dewan Jurulatih.

10.2 MAJLIS EKSEKUTIF.

Majlis Eksekutif (Ahli Jawatankuasa Tertinggi) mengandungi;

10.2.1 Penasihat Eksekutif (PE).


10.2.2 Yang Di-Pertua (YDP).
10.2.3 Timbalan Yang Di-Pertua (TYDP).
10.2.4 Naib Yang Di-Pertua I (NYDP I).
10.2.5 Naib Yang Di-Pertua II (NYDP II).
10.2.6 Setiausaha Agung (SUA).
10.2.7 Timbalan Setiausaha Agung (TSUA).

5
10.2.8 Bendahari (BH).
10.2.9 Timbalan Bendahari (TBH).
10.2.10 Lima orang Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK).
10.2.11 Ketua Gelanggang (KG).
10.2.12 Setiausaha Gelanggang (SUG).

FASAL V
FUNGSI DAN BIDANG TUGAS
MAJLIS KEHORMAT DAN MAJLIS
EKSEKUTIF

11. PENAUNG

Tahap ketuaan atau kehormatan tertinggi yang berfungsi melindungi atau


memayungi segala usaha pengembangan dan promosi Pencak Silat
Gerak 41 baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

12. DEWAN PENASIHAT

Dewan Penasihat adalah berfungsi sebagai penasihat kepada persatuan


dalam rangka mengembang majukan pencak silat.

13. DEWAN PENDEKAR

Dewan Pendekar adalah Guru Tua, sumber atau rujukan tertinggi dalam
hal-ehwal persilatan yang membantu memata-matai kebisaian,
keamanan dan kesejahteraan persatuan dan menjadi contoh teladan
kepada ahli-ahli PPSG41.

14. DEWAN GURU

Dewan Guru terdiri dari pengasas atau pendiri PPSG41 yang diketuai oleh
seorang Guru Utama dan adalah merupakan tenaga yang berfungsi
mendidik, mengajar dan melatih ahli-ahli PPSG41.

15. DEWAN JURULATIH

Dewan Jurulatih terdiri dari ahli paling kanan dan telah mendapat
pengiktirafan (ijazah) rasmi persatuan yang diketuai oleh Jurulatih
Kanan dan Ketua Jurulatih. Mereka adalah wakil Dewan Guru dalam
menjalankan tugas dan tanggungjawab Guru.

16. PENASIHAT EKSEKUTIF

Penasihat bagi Majlis Eksekutif adalah berfungsi menasihati secara langsung


bidang pengurusan dan pentadbiran persatuan dalam melaksanakan
tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan.

6
17. YANG DI-PERTUA

17.1YDP adalah pucuk pimpinan persatuan ini yang juga sebagai


jurucakap utama mengenai hal ehwal persatuan.

Memastikan peruntukan perlembagaan sentiasa dipatuhi serta


17.2
mengurus tadbir persatuan sebagaimana tercatat di dalam
perlembagaan.

Mempengerusikan mesyuarat serta berhak untuk mengemukakan


17.3
cadangan atau buah fikiran.

17.4 Menandatangani semua bil persatuan untuk pembayaran.

Mempergunakan kuasa penyeliaan umum ke atas pentadbiran dan


17.5
aktiviti-aktiviti persatuan.

YDP berhak memanggil Jawatankuasa Eksekutif untuk mengadakan


17.6
mesyuarat.

18. TIMBALAN YANG DI-PERTUA

Menjalankan tugas-tugas sebagaimana yang diarahkan oleh YDP


18.1
kepadanya.

18.2 Pembantu kepada YDP.

18.3 Menjalankan tugas dan tanggungjawab YDP semasa ketiadaannya.

19. NAIB YANG DI-PERTUA I

Memangku dan menjalankan


19.1 tugas-tugas sebagaimana yang
diarahkan oleh TYDP kepadanya.

19.2 Pembantu kepada TYDP.

19.3 Menjalankan tugas dan tanggungjawab TYDP semasa ketiadaannya.

20. NAIB YANG DI-PERTUA II

Memangku dan menjalankan


20.1 tugas-tugas sebagaimana yang
diarahkan oleh NYDP I kepadanya.

20.2 Pendamping kepada NYDP I.

20.3 Menjalankan tugas dan tanggungjawab NYDP I semasa ketiadaannya.

21. SETIAUSAHA AGUNG

21.1Mengetahui perjalanan dan pengurusan persatuan dan juga sebagai


jurucakap selain YDP.

21.2 Menjalankan keputusan-keputusan yang dicapai.


7
Bertanggungjawab dalam perhubungan, persuratan, penyiaran dan
21.3
penerangan.

Menyimpan daftar ahli yang lengkap, memantuni semua rekod dan


21.4
dokumen kecuali yang bersangkutan dengan akaun dan kewangan.

Menyediakan agenda, laporan dan minit mesyuarat serta persiapan


21.5
mesyuarat.

22. TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG

22.1Menolong dan membantu Setiausaha Agung dalam melaksanakan


tugas dan tanggungjawab Setiausaha.

Menjalankan tugas dan tanggungjawab Setiausaha Agung semasa


22.2
ketiadaannya.

23. BENDAHARI

23.1 Bertanggungjawab ke atas kewangan dan harta benda persatuan.

23.2 Mengutip bayaran pendaftaran menjadi ahli dan yuran bulanan.

Mengurus
23.3 dan mengembangkan sumber kewangan untuk
mengimplementasikan rancangan-rancangan persatuan.

23.4 Membentangkan laporan kewangan tahunan.

23.5 Menyimpan buku akaun dengan baik dan betul.

23.6 Menandatangani cek bersama YDP.

Dibenarkan menyimpan atau membayar B$100.00 (Seratus Ringgit


23.7
Sahaja) pada bila-bila masa kerana kegiatan persatuan tanpa
kebenaran Jawatankuasa Eksekutif terlebih dahulu dengan syarat
hendaklah mendapatkan resit pembayaran.

24. TIMBALAN BENDAHARI

24.1 Membantu kerja-kerja Bendahari.

Menjalankan
24.2 tugas dan tanggungjawab Bendahari semasa
ketiadaannya.

25. AHLI JAWATANKUASA KERJA

25.1Menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan bersesuaian dengan


jawatannya.

Menjalankan keputusan yang telah diluluskan oleh Majlis Eksekutif


25.2
dalam mesyuarat.

8
Mengatur, merancang
25.3 dan melaksanakan kegiatan persatuan
sepanjang tahun.

Berkuasa melantik satu jawatankuasa


25.4 khas (ad-hoc) dan
membubarkannya bila-bila masa yang difikirkan perlu.

26. KETUA GELANGGANG

Ketua Gelanggang dilantik dari kalangan pesilat cawangan bagi


26.1
mengepalai perjalanan persilatan di peringkat cawangan.

Menjalankan tugas dan tanggungjawab


26.2 mengikut ketetapan-
ketetapan yang diberikan oleh Majlis Eksekutif.

Memastikan peraturan dan tatatertib persatuan sentiasa dipatuhi


26.3
oleh pesilat-pesilat cawangan.

Mempengerusikan
26.4 mesyuarat peringkat cawangan serta
memberitahukan cadangan atau buah fikiran kepada Jawatankuasa
Eksekutif.

27. SETIAUSAHA GELANGGANG

Setiausaha Gelanggang dilantik dari kalangan pesilat cawangan bagi


27.1
membantu KG dan bertanggungjawab dalam perhubungan,
persuratan, penyiaran dan penerangan peringkat cawangan.

27.2 Mengetahui perjalanan persilatan cawangannya.

27.3 Melaksanakan keputusan-keputusan yang dicapai.

27.4 Menyerahkan daftar ahli yang lengkap kepada Setiausaha Agung.

27.5 Memantuni semua rekod dan dokumen cawangan.

Menyediakan agenda, laporan, minit mesyuarat dan persiapan


27.6
mesyuarat peringkat cawangan serta memberikan salinan kepada
Setiausaha Agung.

FASAL VI
MESYUARAT

28. MESYUARAT AGUNG

Diadakan sekali dalam 2 (dua) tahun pada tarikh dan tempat yang
28.1
dipersetujui oleh Majlis Eksekutif.

Dihadiri oleh Dewan Pendekar, Dewan Guru, Dewan Jurulatih, Majlis


28.2
Eksekutif dan ahli persatuan.
9
Mesyuarat hanya sah dijalankan dengan dihadiri oleh 1/3 (satu
28.3
pertiga) daripada jumlah ahli berdaftar yang aktif. Jika sekiranya gagal
boleh ditunda satu minggu dan terus diadakan walaupun tidak cukup
kuorum.

28.4Bahan persiapan dan agenda Mesyuarat Agung disediakan oleh Majlis


Eksekutif dan diserahkan kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14
(empat belas) hari dari tarikh diadakan Mesyuarat Agung.

28.5 Pada dasarnya, agenda Mesyuarat Agung mengandungi;

Membentangkan dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung


28.5.1
yang lalu serta membincangkan perkara berbangkit daripadanya.

28.5.2Membentangkan dan mengesahkan laporan Setiausaha Agung


serta membincangkan perkara berbangkit daripadanya.

Membentangkan
28.5.3 dan mengesahkan laporan kewangan
Bendahari serta membincangkan perkara berbangkit daripadanya.

28.5.4 Memilih Pengerusi dan Jurutulis sementara.

28.5.5Membubarkan Jawatankuasa Eksekutif lama dan memilih


Jawatankuasa Eksekutif baru.

28.5.6 Membincangkan cadangan ahli.

28.5.7 Hal-hal lain.

29. MESYUARAT EKSEKUTIF (MEK)

29.1 Diadakan sekurang-kurangnya 2 (dua) bulan sekali.

29.2 Dihadiri oleh ahli Majlis Eksekutif.

29.3Berhak merancang aktiviti dan bertindak bagi memajukan persatuan


ini.

29.4Kuorum mesyuarat sekurang-kurangnya 1/3 (satu pertiga) daripada


jumlah ahli Majlis Eksekutif.

30. MESYUARAT TEKNIKAL (MTE)

Diadakan pada masa yang perlu bagi membincangkan dan


30.1
menyelesaikan masalah yang wujud sebagaimana yang diperlukan
oleh disiplin berkenaan.

Dipengerusikan sama ada oleh YDP, Setiausaha Agung atau AJK


30.2
sesuai dengan keperluan.

31. MESYUARAT PENGGAL (MPE)

10
Diadakan 3 (tiga) bulan sekali bersama ahli.

FASAL VII
KEWANGAN

32. Kewangan persatuan dihasilkan melalui;

Bayaran pendaftaran menjadi ahli sebanyak B$5.00 (Lima Ringgit


32.1
Sahaja).

Yuran bulanan sebanyak B$1.00 (Satu Ringgit Sahaja) atau B$12.00


32.2
(Dua Belas Ringgit Sahaja) setahun.

32.3 Sumbangan ahli.

Ungkayah yang tidak menyalahi


32.4 undang-undang dan tidak
bercanggah dengan syariat Islam.

FASAL VIII
TATATERTIB

33. ETIKA PERSATUAN

Persatuan ini dan ahli-ahlinya tidak boleh menjadi alat kepada motif
33.1
yang di luar dasar kerajaan dan peraturan negara.

Ahli ditegah menggunakan nama persatuan bagi urusan persendirian


33.2
dan kepentingan peribadi.

Persatuan ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tuduhan


33.3
dan dakwaan dari mana-mana pihak yang timbul dari kecuaian dan
kesalahan ahli di luar daripada kegiatan yang diatur dan diarahkan
oleh pihak persatuan.

Kewangan persatuan tidak boleh digunakan untuk membayar denda


33.4
ahli yang terdakwa di mahkamah.

Wang dan harta persatuan ini tidak boleh disalahgunakan oleh ahli
33.5
untuk kepentingan peribadi tanpa persetujuan Majlis Eksekutif.

Melanggar dasar persatuan


33.6 atau undang-undang Pendaftaran
Persatuan Brunei Darussalam.

34. ETIKA PERSILATAN

34.1Tuntutan dan pantang larang persatuan adalah sebagaimana yang


termaktub di dalam al-Quran‘an dan Hadis.
11
34.2 Taat dan hormat kepada ibu-bapa, orang tua, guru dan jurulatih.

34.3Menanamkan rasa hormat, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwah


(persaudaraan) antara sesama ahli, rakan sepersatuan mahupun rakan
dari aliran persilatan lain.

34.4 Sentiasa tolong menolong kepada sesama manusia.

34.5 Tidak membesar-besarkan diri dan memburuk-burukkan orang lain.

34.6 Tidak merendah-rendahkan aliran persilatan lain.

Mempergunakan
34.7 kepandaian kepada perkara-perkara yang
berkebajikan dan diredai Allah.

34.8 Tidak mencuba-cubakan kemahiran tanpa alasan yang munasabah.

Tidak mempermainkan (mempersembahkan, mendemonstrasikan)


34.9
aliran Pencak Silat Gerak 41 di khalayak ramai (majlis rasmi) tanpa
kebenaran daripada Guru atau Jurulatih.

Berjanji untuk bergiat aktif, melaksanakan tugas dan tanggungjawab


34.10
yang diamanahkan serta bertekad untuk memajukan PPSG41.

FASAL IX
PINDAAN DAN PEMBUBARAN

35.Tiada sebarang pindaan, tambahan atau penyempurnaan perlembagaan


dibuat kecuali dalam Mesyuarat Agung yang dibawakan atas satu
ketetapan oleh 2/3 (dua pertiga) dari jumlah pengundian ahli yang aktif.
Usul pindaan perlembagaan hendaklah diserahkan kepada Majlis Eksekutif
sebulan sebelum Mesyuarat Agung, dan hanya akan berkuat kuasa
selepas mendapat kelulusan Pendaftar Persatuan Brunei Darussalam.

36.Pembubaran PPSG41 hanya berlaku dengan persetujuan sebulat suara


daripada ahli yang tidak kurang 2/3 (dua pertiga) daripada mereka yang
berhak mengundi buat masa itu dalam Mesyuarat Agung dalam satu
mesyuarat yang diadakan khas bagi tujuan berkenaan.

37.Keputusan pembubaran hendaklah ditandatangani oleh 3/4¾ (tiga


perempat) ahli Majlis Kehormat dan Majlis Eksekutif dan hendaklah
dihantar kepada Pendaftar Persatuan Brunei Darussalam selewat-lewatnya
2 (dua) minggu dari tarikh mesyuarat tersebut.

38.Sekiranya persatuan dibubarkan segala harta benda persatuan ini


hendaklah dibahagi-bahagikan mengikut keputusan yang diambil dalam
mesyuarat berkenaan.
12
FASAL X
KESIMPULAN

39.Dalam semua hal yang tidak tercantum atau belum ditentukan dalam
perlembagaan ini insya-Allah akan ditetapkan oleh Majlis Kehormat dan
Majlis Eksekutif baik dalam Mesyuarat Agung PPSG41 mahupun Mesyuarat
Eksekutif selaras dengan tahap keperluannya.

40. Perlembagaan ini sah berkuasa dari tarikh ianya diputuskan.

41.Diputuskan di Bandar Seri Begawan dalam Mesyuarat Agung


pertama, bertarikh 29hb. Januari, 1995.

13