Anda di halaman 1dari 3

Pengajaran Berasaskan Projek (MOHD ZULAMZAR ABD GHAFAR)

Pembelajaran

berasaskan

projek

merupakan

proses

pembelajaran

yang

berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang


tertentu. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) mentafsirkan pembelajaran berasaskan
projek sebagai melakukan aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa
dan banyak melibatkan gabungan antara disiplin ilmu. Kebiasanya melibatkan kutipan
serta analisis data dan satu laporan yang betul. Pembelajaran berasaskan projek juga
merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai
cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta
amalan penerokaan oleh murid. Kaedah projek adalah satu strategi mengajar yang
disarankan oleh Professor William Kilpatrick (1871-1965), dengan pengubahsuaian daripada
kaedah penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh Dewey. Dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu guru untuk
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Dalam
pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila
guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran melalui projek
yang dilaksanakan.
Tujuan projek adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam
sesuatu bidang. Projek pelajar boleh dilaksanakan secara berpasukan kerana proses
interaksi sosial yang dilalui pelajar memberi kebaikan kepada diri mereka. Dari segi
keberkesanan kerja secara berpasukan, telah banyak kajian menunjukkan strategi
pembelajaran koperatif dan kolaboratif adalah lebih baik daripada pembelajaran secara
individu. Kaedah projek adalah berlandaskan teori bahawa pelajar akan lebih mudah
memahami isi pelajaran dengan cara mengalami dan membuat sendiri. Melalui kaedah
ini, pelajar akan dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian
dalam suatu situasi sebenar bagi mendapatkan hasil yang diharapkan. Biasanya pelajar
akan menjalankan projek selepas selesai menguasai sesuatu kemahiran tertentu. Dengan
menjalankan kerja-kerja projek ini, pelajar akan memperoleh pengalaman yang lebih luas di
samping mengembangkan potensi diri mereka secara global dan menyeluruh, selain
mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru dikuasai. Kaedah projek ini adalah
berlandaskan teori pembelajaran bahawa hasil pembelajaran murid akan menjadi lebih
berkesan jika mereka menaruh minat dan bersedia untuk melaksanakan aktiviti
pembelajaran yang dirancangkan dengan cara yang menarik. Dengan hal yang demikian,
kaedah projek ini menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti permainan, kerja
praktikal, kajian dan lawatan. Melalui kaedah ini, murid-murid dapat menjalankan aktiviiti
pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam satu situasi yang sebenar untuk

mendapatkan sesuatu hasil yang diharapkan. Tujuan kaedah juga ini adalah untuk
meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea konseptual dan mengembangkan
kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah-kaedah pengajaran yang
lain. Kaedah pembelajaran berasaskan projek ini menggalakkan pelajar mempelajari
sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok
menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna.
Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat
deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan.
Ciri-ciri yang terdapat dalam pengajaran berasaskan projek ini merangkumi kaedah
pelaksanaan di mana ianya boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.
Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap.
Seterusnya, interaksi guru dengan murid adalah berbentuk bimbingan dan perundingan
pada setiap tahap proses (guru sebagai fasilitator). Guru juga perlu menjelaskan prosedur
pelaksanaan yang lengkap. Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data,
memproses maklumat dan data, dan pelaporan hasil serta refleksi kendiri. Selain itu, kaedah
pembelajaran ini berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan
murid..Ciri yang terakhir ialah kaedah ini berorientasikan dunia sebenar.
Pembelajaran

berasaskan

projek

mempunyai

beberapa

kelebihan

dan

kelemahannya ya
ng tersendiri. Antara kelebihannya ialah ,hubungan guru dan murid akan menajdi lebih
mesra kerana guru dan murid sering berkomunikasi dan bertukar pendapat. Pengajaran
jenis ini turut menggalakkan pelajar mengembangkan hujah, pendapat, kemahiran menyoal
dan kemahiran penyelesaian masalah kepada pelajar. Aktiviti ini juga dapat menyemai
semangat kerjasama dan sifat sosial yang positif turut dapat dipupuk. Kelemahan
pengajaran ini pula

menurut Moursund (2003), tenaga yang banyak diperlukan dan

menggunakan masa yang lama dalam pelaksanaannya. Perbelanjaan yang banyak juga
turut menjadi kelemahan kepada pengajaran ini untuk membeli bahan dan peralatan yang
diperlukan untuk membuat projek.
Kesimpulannya, pembelajaran berasaskan projek ini mendatangkan lebih banyak
kebaikan kepada pelajar dan guru berbanding keburukan. Strategi ini lebih menekankan
kepada penglibatan guru dan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya
kedua-dua belah pihak memberi kerjasama yang baik ketika pengajaran berlaku, maka
suasana pengajaran akan menjadi lebih bermakna dan baik mampu diwujudkan berbanding
menggunakan cara pengajaran seperti biasa.

Anda mungkin juga menyukai