Anda di halaman 1dari 7

Tajuk

Haba Tindakbalas Mengikut Hukum Hess


Tujuan
Untuk menentukan haba tindakbalas bagi:
1. Na2CO3 + 2HCl 2NaCl + H2O + CO2
2. NaHCO3 + HCl NaCl + H2O + CO2
dan secara tidak langsung, menurut Hukum Hess tentang penambahan haba
tetap, haba bagi tindakbalas
3. 2NaHCO3 Na2CO3 + CO2 + H2O

Hipotesis
Jumlah haba entalpi bagi sesuatu tindakbalas dapat ditentukan dengan
menggunakan Hukum Hess

Pembolehubah
Manipulasi: Campuran bahan untuk tindakbalas
Bergerakbalas: Nilai haba tindakbalas
Malar: Isipadu asid hidroklorik yang digunakan untuk setiap tindakbalas

Bahan
EC1: 2.0 mol dm-3 asid hidroklorik
EC2: pepejal natrium karbonat kontang
EC3: pepejal natrium hidrogen karbonat kontang

Radas
Buret 50 cm3, kaki retort dan penyepit, cawan plastik, termometer 0 - 110
( 0.2 ) , botol basuhan dipenuhi dengan air suling, penimbang elektrik
( 0.01 g)

Prosedur
1. Dengan menggunakan buret, 30.00 cm 3 larutan EC1 dimasukkan ke
dalam cawan plastik. Larutan di dalam cawan itu dibiar seketika dan
kemudiannya suhu larutan itu direkodkan.
2. Kira-kira 2.00 - 2.40 g EC2 di dalam tabung uji ditimbang dengan teliti

dan jisimnya direkodkan.


3. Kesemua EC2 dalam tabung uji dipindahkan ke dalam cawan plastik yang
mengandungi EC1 secara sekali gus.
4. Campuran EC1 dan EC2 dikacau dengan teliti menggunakan termometer,
dan suhu tertinggi direkodkan
5. Jisim tabung uji yang digunakan tadi ditimbang sekali lagi
6. Langkah 1 - 5 diulang semula dengan menggunakan EC3 untuk
menggantikan EC2 dengan jisim EC3 antara 2.75 - 3.15 g.

Image 1: Mengukur isipadu asid

Image 2: Mengukur suhu asid

Image 3: Tindakbalas bahan dengan asid

Image 4: Tindakbalas bahan dengan asid

Keputusan

EC2

EC3

Berat tabung uji + pepejal/g

11.9

9.9

Berat tabung uji kosong/g

9.9

9.9

Berat pepejal/g

2.0

3.0

Suhu awal asid/C

29.0

29.0

Suhu akhir asid/C

25.0

20.0

Perubahan suhu/C

-4.0

-9.0

Perbincangan

1. Lukiskan rajah aras tenaga bagi tindakbalas.

2. Apakah empat andaian yang anda lakukan dalam pengiraan anda?


a) Ketumpatan larutan dianggap sama dengan ketumpatan air
b) Muatan haba tentu bagi tindakbalas dianggap sama dengan muatan
haba tentu air
c) Haba tidak hilang atau terserap oleh persekitaran
d) Kesemua pepejal dari tabung uji masuk ke dalam cawan plastik dan
tiada cecair yang hilang melalui percikan

3. Apakah tiga cara yang boleh dilakukan untuk menambahbaik


ketepatan nilai H1, H2 dan H3 ?
a) Larutan dikacau sepenuh sewaktu mengambil bacaan termometer bagi
memastikan suhu yang sekata
b) Larutan dibiarkan seketika sebelum mengambil bacaan suhu agar
tindakbalas telah berlaku sepenuhnya
c) Kesemua pepejal hendaklah dimasukkan ke dalam cawan plastik dan tiada
cecair yang hilang melalui percikan
4. Perubahan entalpi piawai pembakaran benzena, karbon, dan
hidrogen ialah -3271, -394, -286 kJ mol -1. Kirakan perubahan
entalpi piawai pembentukkan benzena.

Kesimpulan
Jumlah haba entalpi bagi sesuatu tindakbalas dapat ditentukan dengan
menggunakan Hukum Hess. Hipotesis diterima.

Rujukan
Buku
Arun Bahl, B.S Bahl, et al. (2011). Essential of Physical Chemistry. Singapura
Dr. Norbani Abdullah, Noor Hayati Abu Bakar. (2005). Chemistry. Selangor:
Penerbit Higher Learning
Gordon M Barrow. (2009). Physical Chemistry. SIngapura
Raymond Chang. (2005). Chemistry. Singapore: McGraw-Hill