Anda di halaman 1dari 5

Bismillahirrahmanirrahim,

Andai patah sayap rajawali,


Bertongkat jua saya ke mari,
Bukan kerana ingin mencari permata hati,
tetapi, untuk membawa anda semua, untuk kita samasama memahami, menyelami, dan mendalami mauduk
pidato saya yang berbunyi; SUKAN MENJANA
EKONOMI NEGARA.
Sekalung
apresiasi
saya
ucapkan
kepada
saudari/saudara pengerusi majlis, kombinasi intelektual
kehakiman bervisi seterusnya hadirin dan hadirat
pencetus revolusi minda yang saya muliakan.
Jauh di mata tetapi dekat di hati
Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam sehati
sejiwa
Sidang hadirin yang bervisi,
Sebelum kaki mengorak langkah dengan lebih jauh,
izinkan saya untuk mendefinisikan tajuk pidato saya
pada hari ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
perkataan sukan bermaksud segala kegiatan yang
memerlukan ketangkasan, kemahiran dan juga tenaga
seperti berenang, bermain bola sepak, lumba lari dan
lain-lain
lagi.
Perkataan
menjana
bermaksud
menghasilkan,
manakala
perkataan
ekonomi
didefinisikan
sebagai
ilmu
berkaitan
dengan
pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang
dan perkhidmatan. Perkataan negara merujuk kepada
sesebuah masyarakat yang menduduki kawasan
tertentu yang ditadbir oleh kerajaan. Tuntasnya, sukan
menjana ekonomi negara berkehendakkan kita
untuk berbicara tentang kepentingan kegiatan sukan

sebaga asas
negara.

untuk

menghasilkan

pendapatan

Hadirin minda bestari,


Sukan menjana ekonomi negara dapat dibuktikan
melalui indikator pertama; penganjuran sukan
bertaraf antarabangsa.
(Cetusan idea saya yang pertama; Penganjuran
Sukan Bertaraf Antarabangsa, Menjana Ekonomi
Negara)
Negara kita pernah menjadi tuan rumah untuk
penganjuran sukan bertaraf antarabangsa. Contohnya,
penganjuran Sukan Komanwel ke-18 pada tahun 1998
yang dahulunya banyak, banyak menguntungkan
negara dari segi pendapatan. Hal ini demikian
kerana penganjuran sukan seumpama ini mampu,
mampu
membawa
banyak
pelancong
dan
peminat sukan untuk bertandang ke negara kita.
Industri
sampingan
seperti
pelancongan,
pengangkutan, media dan makanan turut mendapat
manfaatnya. Pelaburan asing juga dapat ditingkatkan
dan Malaysia memperoleh keuntungan yang besar hasil
daripada tukaran wang asing. Oleh itu, tidak hairanlah,
setiap negara bersaing untuk menjadi penganjur sukan
bertaraf antarabangsa seperti Kejohanan Bola Sepak
Piala Dunia, Sukan Olimpik, dan lain-lain lagi.
Penganjuran ini dapat menarik pelancong asing sejurus
mengharumkan nama negara di persada dunia.
Ekonomi negara juga akan meningkat kerana hasil
dapatan yang diperoleh adalah lebih lumayan.
Perkara ini dapat dibuktikan apabila penganjuran sukan

bertaraf global telah berjaya menjadi sumber ekonomi


kepada sesebuah negara. Namun, tidak ramai dalam
kalangan rakyat Malaysia yang sedar dan sedia maklum
bahawa industri sukan adalah merupakan industri
yang besar nilai dan impaknya serta mula
berkembang pesat di negara kita. Natijahnya,
penganjuran sukan bertaraf antarabangsa mampu
menjana ekonomi negara.

Hadirin kelas intelektual,


Indikator kedua; Sukan menjana ekonomi negara juga
dapat dijustifikasikan melalui penyiaran kejohanan
sukan, khususnya menerusi iklan yang disiarkan. Bagi
mereka yang tidak mampu untuk menyaksikan
kejohanan sukan secara langsung, mereka boleh
berbuat demikian melalui media massa seperti radio
dan televisyen. Banyak siaran langsung telah
dibuat oleh negara-negara yang mengambil bahagian
untuk melaporkan perkembangan kejohanan sukan
kepada rakyat di negara masing-masing; dan hal ini
hadirin
sekalian
memerlukan
kerjasama/kolaborasi
syarikat
pengiklanan
seperti Maxis, Celcom, Adidas dan lain-lain lagi. Melalui
penajaan, syarikat yang menaja sesebuah pasukan
berpeluang untuk mempromosikan produk keluaran
syarikat mereka. Hasil dapatan yang diperoleh mampu
untuk meningkatkan ekonomi negara daripada sektor
sukan. Dalam hal ini, hak penyiaran kejohanan sukan
perlu disediakan kerana dapat menjana pendapatan
negara
dari
segi
jumlah
tontonan.
Namun,
persoalannya;
bagaimanakah,
bagaimanakah;
penyiaran kejohanan sukan mampu untuk

meningkatkan ekonomi negara? Baiklah, kita ambil


contoh di negara kita sendiri. Piala Dunia! Siapa yang
tidak mengenali Piala Dunia?; yang wajib diketahui oleh
semua kaum lelaki. Mereka pasti ingin menonton siaran
perlawanan secara langsung dan melihat pasukan
kegemaran mereka untuk beraksi. Maka, hal ini dapat
membawa keuntungan yang besar kepada syarikat
penyiaran yang membuat liputan secara langsung
apabila jumlah tontonan meningkat. Kerana itulah,
syarikat-syarikat penyiaran berlumba-lumba untuk
membuat liputan secara langsung acara sukan; dan
tidak dilupakan, syarikat-syarikat pengiklanan yang
tidak putus-putus ingin menaja sesebuah pasukan.
Tamsilnya, jelaslah bahawa penyiaran kejohanan sukan
mampu menjana ekonomi negara.

Sidang hadirin yang bervisi,


Indikator ketiga; Penubuhan Kemudahan Sukan,
Memacu Ekonomi Negara. Prasarana sukan seperti
kolam renang, padang golf dan gelanggang badminton
misalnya dapat menjana ekonomi negara. Lantaran
menyedari hakikat ini, pelbagai strategi telah
dirangka; pelbagai usaha telah direncana, untuk
memastikan rakyat Malaysia sentiasa mengunjungi
pusat sukan di negara kita. Pihak kerajaan telah
menetapkan harga sewaan yang murah dan berpatutan
untuk menarik minat rakyat untuk mengunjungi
kemudahan sukan di negara kita. Tujuannya? Untuk
memperoleh pulangan dan dapatan hasil daripada
penggunaan prasarana sukan. Sebenarnya, kos
penyediaan kemudahan sukan ialah berjuta-juta
ringgit namun; dengan adanya pulangan daripada

penggunaan kemudahan sukan, kita dapat menampung


kos tersebut. Tuntasnya, jelaslah bahawa penubuhan
kemudahan sukan dapat meningkatkan ekonomi
negara.
Konklusinya,
industri
sukan
berfungsi
untuk
merangsang serta menyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi negara. Kita hidup dalam masyarakat pelbagai
kebudayaan. Yang berat sama dipikul, yang ringan
sama dijinjing; hati gajah sama dilapah, hati
kuman sama dicecah; ke gunung sama didaki, ke
lurah sama dituruni.
Akhir kata, majulah sukan untuk negara kerana
Sukan Menjana Ekonomi Negara!
Sekian, w.b.t.