Anda di halaman 1dari 1

Contoh karangan Perbincangan

Tajuk : Harga barangan di pasaran semakin mahal dari


semasa ke semasa. Bincangkan punca-punca kenaikan harga
barangan tersebut.
Isu kenaikan harga barangan bukanlah satu fenomena yang baru berlaku pada hari ini. Ia
sudah lama berlaku disebabkan oleh peningkatan taraf kehidupan sesebuah masyarakat
itu sendiri. Namun, terdapat juga punca-punca yang menyebabkan kenaikan harga barang
ini berlaku.

Salah satu punca kenaikan harga barang ialah bencana alam. Bagi negara-negara yang
membekalkan hasil-hasil bumi mereka seperti beras, bawang, buah-buahan dan
sebagainya terpaksa menaikan harga penjualan yang mendadak naik khususnya apabila
berlaku bencana alam seperti banjir, ribut petir, kemarau dan sebagainya. Sebagai contoh,
apabila negara India dilanda banjir kilat harga bawang melonjak naik kerana
pengeksportan bawang dari negara itu cukup terhad dan tidak dapat dimiliki oleh semua
pengguna.

Selain daripada itu, kenaikan harga minyak juga tidak kurang memberikan impak yang
besar dalam kenaikan harga barangan. Ini kerana setiap produk yang diimport
memerlukan kos bayaran minyak bagi perkhidmatan penghantaran. Apabila harga
minyak melonjak naik secara drastik, secara tidak langsung ia mempengaruhi harga
barangan yang diimport tersebut apabila ia dipasarkan kelak. Sebagai contoh, isu yang
berlaku baru-baru ini, harga barangan banyak melonjak naik secara mendadak akibat
kenaikan harga minyak di pasaran dunia yang mencecah dua hingga tiga kali ganda
daripada harga biasa.

Terdapat juga peniaga yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan secara
berlebihan. Ini juga salah satu punca harga barangan naik. Hal ini berlaku kerana
kurangnya pantauan yang dibuat oleh pihak berkuasa terhadap syarikat-syarikat serta
gedung-gedung perniagaan baik yang besar mahupun perniagaan kecil di sesebuah negara
tersebut. Apabila berlaku kelonggaran dari segi penguatkuasaan tersebut, tidak mustahil
seseorang peniaga itu menaikan harga barangan di kedainya untuk mengaut keuntungan
yang lebih.

Walaupun banyak perkara yang mempengaruhi kenaikan harga barang tersebut, namun
hal ini masih boleh diatasi dengan adanya penguatkuasaan undang-undang yang ketat
yang ditetapkan oleh Jabatan Ekonomi sesebuah negara tersebut. Selain daripada itu,
pihak kerajaan sewajarnya memberikan subsidi kepada rakyatnya khususnya di negara-
negara miskin. Dengan hal-hal yang sedemikian, saya percaya bahawa ia sekurang-
kurangnya boleh mengurangkan masalah kenaikan harga barangan yang berlaku pada