Anda di halaman 1dari 8

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


TINGKATAN 2

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

MATLAMAT KURIKULUM SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam
masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah
kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

OBJEKTIF KURIKULUM SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Objektif Pengetahuan
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan negara.
Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentukan masyarakat yang sejahtera.
Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang sejahtera.
Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresif dinamik dan patriotik.
Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap pembangunan negara.
Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara.

Objektif Kemahiran
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara.


Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia.
Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan negara.
Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat.
Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama.
Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara.
Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi.

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

Objektif Nilai
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.


Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang mapan.
Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaan masyarakat Malaysia.
Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup.
Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantuan demi kesejahteraan bersama.
Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegara yang bertanggungjawab.
Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara.
Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara dan sejagat.

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

BAND

PERNYATAAN STANDARD

Mengetahui asas identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan.

Mengetahui dan memahami identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan.

Mengetahui dan memahami identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan serta
boleh melaksanakan kemahiran sivik dengan baik.

Mengetahui, memahami dan mengamalkan kemahiran sivik dengan dedikasi ke arah membentuk warganegara yang
berakhlak mulia bertanggungjawab, patriotik dan bersatu padu.

Mengaplikasi pengetahuan serta mengamalkan kemahiran dan nilai sivik secara konsisten ke arah melahirkan
warganegara yang bersikap positif, bertanggungjawab, berupaya menyelesaikan masalah dan bersedia menghadapi
cabaran.

Mengaplikasi pengetahuan serta mengamalkan kemahiran dan nilai sivik secara konsisten sebagai warganegara yang,
berakhlak mulia, prihatin, berwawasan, bertanggungjawab, patriotik dan bersedia menyumbang ke arah pembangunan
diri, masyarakat dan negara serta boleh diteladani.

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

TAJUK / TEMA

BAND
1

Menyatakan ciri-ciri kecemerlangan diri dalam aspek pendidikan, perwatakan, kemahiran


berkomunikasi, dan kemahiran membuat refleksi secara ringkas.

Membuat refleksi untuk membaiki kelemahan diri dengan jelas.

Merancang sambutan hari khas keluarga untuk menunjukkan peranan setiap anggota keluarga
dengan teratur.

Berupaya menyelesaikan pelbagai konflik dalam keluarga berdasarkan situasi yang diberi secara
rasional.

Mencipta dialog dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi untuk menyelesaikan konflik dalam
keluarga dengan beradab.

Mempersembahkan lakonan berdasarkan dialog yang telah dihasilkan dengan sempurna.

PENCAPAIAN
KENDIRI
a. Kecemerlangan diri

DESKRIPTOR

&
HUBUNGAN
KEKELUARGAAN
b. Perpaduan dalam
keluarga

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

TAJUK / TEMA

BAND

DESKRIPTOR

Menyatakan hak orang lain yang perlu dihormati dengan ringkas.

a. Hormati hak orang


lain

Menyenaraikan kepentingan menghormati latar belakang, kebolehan dan bakat serta pendapat
orang lain dengan betul.

b. Pemupukan
semangat kekitaan

Mengenal pasti perbezaan latar belakang antara rakan sebaya dengan jelas.

Mempamerkan maklumat mengenai agensi yang membantu menjaga kesejahteraan masyarakat


secara kreatif.

Merangka projek khidmat masyarakat bertemakan Hidup Bermasyarakat dengan terperinci.

Melaksanakan projek khidmat masyarakat yang telah dirangka dengan sempurna.

HIDUP
BERMASYARAKAT

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

TAJUK / TEMA

WARISAN
KEPELBAGAIAN
BUDAYA MALAYSIA

a. Warisan kesenian
pelbagai kaum

BAND

DESKRIPTOR

Mengenal pasti jenis warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia dengan betul.

Menyenaraikan contoh muzik, tarian, dan kraftangan mengikut kaum di Malaysia dengan tepat.

Menerangkan cara-cara mengekalkan warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia dengan jelas.

Mengumpul maklumat salah satu jenis warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia dengan
lengkap.

Menghasilkan koleksi tentang warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia dengan kreatif.

Melibatkan diri dalam aktiviti warisan kesenian pelbagai kaum seperti pertandingan, pameran,
pertunjukan di pelbagai peringkat dengan aktif.

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

TAJUK / TEMA

BAND
1

MALAYSIA NEGARA
BERDAULAT
a. Sistem demokrasi
berparlimen di
Malaysia.

DESKRIPTOR

Menyatakan susunan proses pilihanraya di Malaysia dengan tepat.

Mengenal pasti tanggungjawab sebagai warganegara dengan betul.

Peranan dan
tanggungjawab
warganegara dalam
kerajaan demokrasi.

Menghuraikan ciri-ciri pemimpin yang berwawasan dalam mewujudkan pentadbiran yang


berkesan dengan terperinci.

CABARAN MASA
DEPAN

Menjelaskan tujuan penubuhan dan bentuk kerjasama negara anggota ASEAN dengan tepat.

a. Kestabilan dan
keberkesanan
jentera pentadbiran
negara.

Membuat kajian mengenai penglibatan Malaysia dalam menyelesaikan isu keamanan serantau
dan dunia secara sistematik.

b. Bekerjasama dan
bersatu padu dalam
meghadapi pelbagai
cabaran

Membuat pembentangan mengenai peranan Malaysia Sebagai Negara Berdaulat dalam


menyelesaikan isu keamanan serantau dan dunia secara kreatif dan menarik.

b. Raja
Berperlembagaan
c.

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

Anda mungkin juga menyukai